CT344. WAKIL SEMINAR KEBANGSAAN KAEDAH KAJIAN DALAM PENDIDIKAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SeminarFatima1KajianKaedah29Julai2015

*

SIBUK

Tahun 2015 mempunyai cabaran tersendiri sepanjang kerjaya saya sebagai pensyarah selama 19 tahun. Sangat sibuk dan melelahkan. Namun harus ditempuh kerana tanggungjawab dan amanah yang diberi bagi memastikan setiap pelaksanaan sistem yang bersangkut dengan Misi dan Visi IPG dapat tercapai.

Sejak Januari lalu, Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang dan 26 kampus yang sama di bawah tadbiran Instititut Pendidikan Guru Malaysia sedang mengalami kesibukan pemeriksaan audit.

Pelbagai pemeriksaan audit dilakasanakan di peringkat dalaman sebelum menjalani pemeriksaan audit sebenar bagi Sistem Pengurusan Kualiti Audit MS ISO 9001: 2008, Audit MQA (Malaysian Qualifications Agency) untuk penilaian akreditasi penuh bagi PISMP sepenuh masa dan PPG, juga Audit QAS (Quality Auditing Services).

Dalam kesibukan tersebut, saya bersama Ketua Jabatan berusaha menghasilkan bahan inovasi pengajaran bagi mewakili Jabatan Pendidikan Islam dan Moral untuk Pertandingan Inovasi pengajaran peringkat IPGK Rajang yang telah dilaksanakan pada 23 April 2015 (Khamis).

Alhamdulillah, rezeki tanpa diduga antara 7 inovasi pengajaran pensyarah yang dipertandingkan, hasil inovasi pengajaran saya telah mendapat Anugerah Emas (tempat pertama). Insya Allah dalam bulan September nanti kami akan mewakili IPGK Rajang ke Pertandingan Inovasi Pengajaran peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur. Doakan kami berjaya.

*

PialaFatima2InovasiJomMaHu2015

Pembentangan Pertandingan Inovasi Pengajaran peringkat IPG Kampus Rajang pada 23 April 2015 (Khamis)

*

PialaFatima1AnugerahEmasInovasiIPGKR

Alhamdulillah, mendapat tempat pertama (Anugerah Emas)

*

KAJIAN TINDAKAN

Bertitik tolak daripada pembinaan inovasi pengajaran “jom MaHu” tersebut, sekaligus saya dapat menjalankan kajian tindakan terhadap proses pembelajaran yang dilaksanakan. Hasil dapatan kajian tindakan selama 5 hari terhadap penggunaan kaedah “jom MaHu”, saya mengambil inisiatif untuk melaksanakan pembentangan di luar kampus.

Banyak borang permohonan sampai kepada saya melalui Ketua Jabatan Pembangunan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (KJ PIPK), Encik Subandi Kasidan. Maklumlah juara Anugerah Emas, pasti mendapat perhatian yang lebih dan dihargai sumbangannya. Alhamdulillah. πŸ™‚

Sebenarnya, sudah lama saya tidak membentang hasil kajian dan sudah tentu banyak perkara yang perlu saya pelajari kembali. Kesibukan kuliah dan tugas jabatan menghambat waktu untuk menjalankan penyelidikan terhadap isu-isu yang boleh dibangkitkan dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Insya Allah, minat itu kian bercambah kini. Mudahan akan banyak penyelidikan saya lakukan di masa depan.

Setelah mempertimbangkan beberapa permohonan, saya akhirnya memilih Seminar Kebangsaan Kaedah Kajian Dalam Pendidikan anjuran IPGK Batu Lintang, Kuching sebagai platform pertama untuk berkongsi kajian tindakan yang merupakan satu kaedah penyelidikan kualitatif. Seminar sehari ini bertarikh 29 Julai 2015 (Rabu).

Sebelum seseorang pembentang dipilih untuk membentang kajian, mereka perlu menghantar terlebih dahulu abstrak kajian untuk dibaca dan dibuat penilaian oleh panel penilai dari pihak penganjur. Tujuannya untuk memastikan kualiti hasil kajian yang dibentang menepati objektif Seminar yang dijalankan.

*

ABSTRAK

Menurut saya, ABSTRAK merupakan bahagian artikel yang PALING SUKAR ditulis berbanding isi kajian. Abstrak seperti sinopsis. Hanya dengan membaca abstrak, pembaca akan mudah tertarik dengan kajian yang kita akan bentang. Melalui abstrak pembaca boleh memahami apa yang ada dalam sebuah tulisan ilmiah. Oleh sebab itu, abstrak harus jelas, ringkas, padat dan merangkumi semua perkara yang dibincangkan.

Mungkin kerana itu, abstrak saya telah mengalami banyak perubahan dan pemurnian setelah dihantar kepada pihak penganjur. Mulanya saya terkejut apabila dimaklumkan bahawa abstrak saya salah dan perlu dibaiki semula. Sedangkan abstrak rakan sejawat Dr. Ling Pik Kuong sekali hantar terus diterima.

Apa yang menyenangkan hati saya, pihak penganjur memaklumkan nama saya tersenarai dalam pilihan pembentang kerana mereka tertarik dengan kajian yang dijalankan. Hanya perlu membuat pembetulan kepada abstrak sahaja.

Saya tidak terfikir bahawa kesilapan abstrak tersebut berpunca dari kajian yang saya laksanakan iaitu KAJIAN TINDAKAN. Setelah diamati dan dikaji semula bersama Dr. Ling, penulisan abstrak dan kandungan KAJIAN TINDAKAN mempunyai perbezaan dengan kajian-kajian berbentuk emperikal. Saya mula memahami kehendak penulisan KAJIAN TINDAKAN.

Setelah bertungkus lumus selama satu bulan, akhirnya ABSTRAK KELIMA saya diterima tanpa soal bicara. Saya sangat berbesar hati mengucapkan terima kasih kepada pihak panel penilai abstrak terutama Encik Mohd. Richard yang bersabar menerima abstrak saya sehingga diluluskan untuk dicetak dalam buku program.

*

SeminarFatima2AbstrakFatima

Proses penulisan dan pembaikian abstrak selama satu bulan

*

SeminarFatima7AbstrakjomMaHu2015

Inilah hasil abstrak yang telah diterima dan dimasukkan di dalam buku program seminar. Alhamdulillah.

*

JEMPUTAN SEMINAR

Tarikh 27 Julai 2015 (Isnin), saya mendapat surat makluman jemputan pembentangan ke Seminar Kebangsaan Kaedah Kajian Dalam Pendidikan daripada Timbalan Pengarah sebagai wakil pembentang IPGK Rajang.

Saya dan Dr. Ling Pik Kuong sebagai pembentang kajian. Manakala Madam Wong Mee Leng sebagai peserta. Ustaz Normizan Abang tidak dapat hadir kerana pelaksanaan audit MS ISO sedang berjalan di kampus kami.

Kami diberi kelulusan untuk menaiki pesawat bagi penerbangan satu hari pergi dan balik antara Sibu dan Kuching. Saya lebih menyukai perjalanan satu hari daripada memilih untuk bermalam di Kuching kerana komitmen terhadap tugas di kampus masih banyak. Kedua teman saya, Dr. Ling dan Madam Wong bersetuju dengan saranan saya.

*

SeminarFatima3SuratJemputBentang

Surat jemputan untuk pembentangan dna peserta

*

SeminarFatima4EdaranNamaBentang

Kelulusan perlu diberi sebelum tiket kapal terbang diuruskan

*

SELAMAT BERSEMINAR

Jadual dan slip penerbangan sudah diterima. Seawal jam 0450 pagi saya sudah memandu Hyundai Tucson membelah kegelapan pagi bersama Madam Wong yang menumpang untuk ke Lapangan Terbang Sibu.

Perjalanan mengambil masa satu jam lebih. Pukul 6.15 pagi kami sudah berada di LT Sibu. Tiket sudah di “check-in” oleh Dr. Ling secara online untuk pergi balik.Β  Kami tidak perlu ke kaunter kerana kami tidak membawa bagasi.

Saya ketawa apabila mendengar Dr. Ling dan Madam Wong rasa teruja menaiki kapal terbang dalam satu hari perjalanan. “Ia nampak menarik dan menyeronokkan. Ini pengalaman pertama saya. Terima kasih Siti kerana mencadangkan perjalanan satu hari. Relaks dan ringan tanpa beban barang.” kata Dr. Ling dengan riang. “Betul, saya juga seronok. ” sampuk Madam Wong.

*

SeminarFatima8SchduleTiket2015

Jadual flight kami bertiga. Flight Sibu – Kuching jam 0715 dan Flight Kuching – Sibu jam 1925

*

SESI BENTANG

Setelah membelek buku program, jadual pembentangan saya diadakan pada sebelah petang, jam 1500 hingga 1520. Saya merupakan pembentang ke 12 dari 13 pembentangan untuk sesi KAJIAN TINDAKAN (AR – Action Research).

Manakala Dr. Ling Pik Kuong pula membentang pada sebelah pagi, jam 1120 – 1140. Kedua-dua pembentangan kami berlokasi di Pusat Sumber, Tingkat 1.

*

SeminarFatima6JadualBentang

*

Selesai sesi pembentangan berakhir pada jam 1615, kami bergegas ke Auditorium TAZA untuk mengambil sijil penyertaan dan sijil pembentangan. Kami tidak dapat menghadiri sesi penutupan oleh Tuan Rektor IPGM kerana bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk penerbangan jam 6.45 petang.

Kami harus keluar awal dari IPGK Batu Lintang untuk menggelak kesesakan lalu lintas yang sangat teruk di Bandaraya Kuching. Sebelum menaiki teksi yang sudah menanti, kami mengadakan sesi bergambar bersama Encik Subandi Kasidan, selaku wakil Pengarah sebagai tanda kenangan dan bukti kehadiran SEMINAR SEHARI.

*

SeminarFatima5WakilBentangIPGKR2015

Foto 1. Bersama Madam Wong dan Encik Subandi. Foto 2. Saya sedang membentang kajian. Foto 3. Bersama Dr. Ling, Encik Subandi dan Madam Wong.

*

SEBUAH PERJALANAN PANJANG MENUJU KEJAYAAN ADALAH MILIK SEMUA INSAN DALAM KEHIDUPAN INI

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima5 OgosΒ  2015 (Rabu)/ 20 Syawal 1436H/ 1. 30 petang, Bintangor, Sarikei, Sarawak

AKU…. dan dirimu saling punya tarikan yang tidak disedari. Dunia ini bagai lengkap jika engkau menemani kesunyian hati. Kemana-mana aku berada di belahan bumi ini, kau tidak pernah pergi dan tidak pernah berpaling. Kau bagai sayap cintaku yang terbang bebas mengkhabarkan berita dunia walau aku masih bertapak di sini. Di bumi ini.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Jadilah seorang penyayang dan belas ihsan kepada diri sendiri dan sesiapa sahaja. Allah akan bersamamu dan melimpahkan kasih sayang-NYA bila-bila masa dan di mana-mana. Jika kau punya hati, berilah hatimu selembut salju agar aku sentiasa rindu dan ingat padamu. Doaku setulus untukmu. Aamiin. Wassalaam. πŸ™‚

*

DisiniFatima1PuisiTetapDisini

*

YANG INDAH ADALAH DIRIMU DALAM HATIKU

*

16 thoughts on “CT344. WAKIL SEMINAR KEBANGSAAN KAEDAH KAJIAN DALAM PENDIDIKAN

  1. πŸƒAslmkm, sahabatku tersayang …. πŸ’‹
    πŸ‚Tahniah atas kejayaanmu. Moga mentarimu akan terus menyinari
    πŸƒAlam buana … πŸ’‹ dan kejayaan akan terus menapak dan bertahta
    πŸ‚Pada tiap lelangkah titian hidupmu … πŸ’‹
    πŸƒPandanganmu seluas daratan … πŸ’‹ Citamu setinggi langit … πŸ’‹
    πŸ‚Teruskanlah kembaramu, terokailah tiap Jengkal bumi ini … πŸ’‹
    πŸƒPetiklah bintang di langit … πŸ’‹ Yang bergemerlapan di angkasa … πŸ’‹
    πŸ‚Justeru ku tahu kau insan hebat …. πŸ’‹
    πŸƒAllah akan sentiasa bersamamu Sahabatku … πŸ’‹

    🌸🌸🌸 Salam rindu buat sahabat yang dirindui … 🌸🌸🌸
    😘 kutitipkan kasihku di angin lalu 😘

  2. πŸƒAslmkm, sahabatku tersayang …. πŸ’‹
    πŸ‚Tahniah atas kejayaanmu. Moga mentarimu akan terus menyinari
    πŸƒAlam buana … πŸ’‹ dan kejayaan akan terus menapak dan bertahta
    πŸ‚Pada tiap lelangkah titian hidupmu … πŸ’‹
    πŸƒPandanganmu seluas daratan … πŸ’‹ Citamu setinggi langit … πŸ’‹
    πŸ‚Teruskanlah kembaramu, terokailah tiap Jengkal bumi ini … πŸ’‹
    πŸƒPetiklah bintang di langit … πŸ’‹ Yang bergemerlapan di angkasa … πŸ’‹
    πŸ‚Justeru ku tahu kau insan hebat …. πŸ’‹
    πŸƒAllah akan sentiasa bersamamu Sahabatku … πŸ’‹

    🌸🌸🌸 Salam rindu buat sahabat yang dirindui … 🌸🌸🌸
    😘 kutitipkan kasihku di angin lalu 😘

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, sahabatku yang disayangi…
      Terima kasih atas untaian kata indah yang menyentuh hati. Rasa terharu kerana Lea masih memberi kata semangat yang tidak pernah luntur sejak kita bersahabat berkurun yang lalu. Abis pink pipi kamek tok….hehehe.

      Lea…. blog dirik ya nang ada ke sik. macam sik dapat bukak jak. kata ada blog baru. Masih blog lamak marek juak tanggar kamek.

      Indahnya persahabatan yang pernah terputus dek masa kini bertaut kembali dengan izin Allah yang tentunya mempunyai hikmah yang tidak dijangka. Mudahan kejayaan dan kebaikan akan selalu menjadi milik kita andai kita optimis dan sentiasa mahu mengejarnya.

      Kamek doakan Lea selalu sihat dan diberi kebahagiaan dan kesejahteraan bersama suami dan anak-anak di Perak. Insya Allah, kita pastikan bersua juga jika ada takdir yang Allah siratkan buat kita di suatu ketika nanti. Aamiin.

      Salam kasih sayang dan rindu selalu buat Lea yang jauh di mata, namun selalu dekat di hati. Terima kasih udah berkunjung. πŸ™‚

    • Alhamdulillah, bunda baik dan sihat. Didoakan nanda Blue juga demikian sama. Terima kasih sudah berkunjung kembali ke mari. Mudahan banyak manfaat yang diraih dengan tulisan bunda ini.

      Salam sejahtera dan sukses selalu. πŸ™‚

  3. Pingback: CT345. LAKSA SARAWAK DI PLAZA PREMIUM LOUNGE, KIA | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.