CT493. SOLAT SUBUH (1)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

Peredaran masa berlalu sangat cepat, tidak terasa waktu memintas kita dengan begitu pantas. Ambang tahun baru 2019, menunjuk dengan jelas waktu Subuh di Kota Samarahan semakin lewat iaitu 5.28 pagi berbanding akhir tahun 2018 iaitu 5.08 pagi.

Jika dulu saya sempat menunaikan solat Subuh di rumah sebelum memandu di kegelapan pagi menuju ke tempat kerja. Setelah solat, saya biasanya berangkat kerja pada jam 5.15 pagi atau 5.20 pagi. Jalanraya ketika ini masih lengang.

Kereta tidak terlalu banyak dan perjalanan lancar. Cukup dengan kelajuan 80 km sejam, saya boleh sampai ke tempat kerja mengambil masa dalam 20 atau 25 minit. Kini, tidak lagi dapat berbuat demikian.

Jika saya menunaikan solat Subuh di rumah pada jam 5.28 pagi, saya terpaksa berangkat kerja pada jam 5.40 pagi. Ketika ini, kesesakan jalanraya mulai bertandang. Perjalanan boleh mencapai sehingga 40 minit atau satu jam apabila jalan sesak dan lambat.

Hal ini benar-benar membuat saya tertekan dan boleh menyebabkan rasa mengantuk kembali datang apabila kerap berhenti. Saya tidak suka, sungguh tidak suka.

*

*

Akhirnya, SPH mencadangkan agar saya berangkat awal seperti biasa dan menunaikan solat subuh di Masjid Al-Muallimin, IPG Kampus Batu Lintang, tempat saya bekerja. Saranan SPH amat bernas dan saya bersetuju.

Waktu Subuh di Bandaraya Kuching ialah 5.30 pagi. Biasanya saya akan sampai ke kampus Batu Lintang pada jam 5.40 atau 5.45 pagi.

Alhamdulillah, dengan berangkat awal, maka saya sempat menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid tersebut. Kini, masalah kesesakan jalanraya tidak lagi saya lalui. Hati saya tenang memandu sambil mendengar alunan al-Mathurat sehingga tamat.

Namun ada sesuatu yang bakal saya tempuh dan menjadi cabaran baru apabila melihat kelompongan ruang yang luas di dalam Masjid al-Mualimin tersebut pada waktu Subuh.

Saya perlu berbuat sesuatu agar rumah Allah dapat dimakmurkan dan dirai dengan hati yang ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

*

***************

SalamFatima3SalamFatima29 Januari 2019 (Selasa) / 22 Jamadil Awal 1440H/ 11.29 malam / Kota Samarahan, Sarawak –  SITI FATIMAH AHMAD

20 thoughts on “CT493. SOLAT SUBUH (1)

  1. Assalamualaikum Bu Hajjah Fatimah.

    Semoga selalu dalam keadaan sehat wal ‘afiat. Alhamdulillah Allah mudahkan dan beri cara sholat subuh sehingga dapat tetap terjaga.

    Saat ini di Jakarta subuh di pukul 04.33, sebelumnya pukul 4 lewat sikit nanti mendekati Ramadhan. Semoga kita semua dapat menjaga ibadah kita apapun itu. Insya Allah.

    Salam musim hujan dari Jakarta Pusat 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany Fatmaningrum….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Didoakan Frany sekeluarga juga demikian sama dalam rahmat Allah SWT.

      Masya Allah, di sana matahari terbit lebih awal lagi dari Malaysia. Sekarang jam 6.30 pagi baru cahaya menjadi cerah. Moga-moga kita sabar dan tabah dengan kondisi waktu solat di tempat kita. Jika berada di negeri orang lain, pastinya lebih sabar lagi kerana pertukaran waktu yang kadang kala sehingga mencapai belasan jam.

      Di Kuching, musim hujan semakin kurang. Sekarang cahaya matahari kian cerah dan menjadikan kita selalu berpeluh apabila berada di luar.

      Terima kasih mbak Frany sudah hadir menyapa.
      Salam manis selalu. 🙂

  2. Assalamualaikum wr.wb. Mbak Fatimah, apa kabar? Semoga Mbak selalu sehat dan bahagia selalu.

    Alhamdulillah Mbak masih tetap berusaha untuk shalat Subuh berjamaah. Semoga tetap konsisten demikian ya Mbak.
    Di Sukabumi, waktu Subuh sekitar jam 04.32. Tetap merasakan nikmat menjalani shalat Subuh berjamaah di masjid, sambil menghirup udara yang masih terasa sejuk dan segar juga bersilaturahmi dengan jemaah lainnya.

    Salam dari saya di Sukabumi.

    • Wal’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…
      Alhamdulillah, saya sihat wal afiat. Didoakan mas Titik dan keluarga juga demikian sama.

      Insya Allah, itulah baiknya bila berangkat awal pagi, tidak sesak di jalan raya dan dapat berjamaah Subuh. Mudahan hal ini akan berkekalan. Aamiin.

      Ini bermaksud kalau subuhnya jam 4.32, keadaan di sana lebih awal cerah dari di Sarawak. Begitulah Allah mengatur urusan masa manusia sesuai dengan lokasinya.

      Terima kasih mas Titik sudah berkunjung.
      Salam sejahtera dan takzim.

  3. Assalamualaikum wr.wb puan Fatimah.

    Allhamduillah puan Fatimah bisa mendapatkan rezeki sholat shubuh berjamaah sebelum bekerja.
    Di Jakarta juga, di lingkungan rumah saya .. ada beberapa yang pergi sholat shubuh di mesjid sudah berpakaian kerja. Habis sholat langsung berangkat ke kantor. Apalagi kondisi kemacetan di Jakarta bisa dikatakan parah.

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Bersapedahan….

      Alhamdulillah, hati jadi tenang dan bersemangat untuk melakukan pekerjaan apabila sudah solat berjemaah. Sampai di tempat kerja pun selamat dan tidak dilanda kesesakan jalanraya.

      Terima kasih mas dan salam takzim.

  4. Assalamualaikum ustazah, saya mendoakan ustazah sentiasa berada dalam keadaan yang sihat wal’afiat.

    Solat ada had sempadan masa yang ditetapkan. Dalam hal ini, amat jelaslah bahawa solat membimbing kita bagaimana menguruskan perjalanan waktu dengan sebaiknya. Melalui ibadah solat, ia mengajar kita supaya bijak menguruskan masa dalam kehidupan. Walaupun waktu solat sentiasa berubah waktu ke waktu, ia tidak menjadi penghalang kepada kita untuk berusaha menunaikan ibadah solat pada awal waktu. Disamping itu, janganlah menjadikan kesibukan sebagai alasan kepada kita untuk lalai dan bersikap tidak acuh terhadap perintah Allah dalam urusan ibadah. Apabila kita selesai menunaikan solat dengan sebaiknya maka insha allah segala urusan harian akan berjalan dengan lancar. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di awal waktu kerana di akhirat kelak, perkara pertama sekali disoal oleh Allah SWT adalah solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalannya yang lain.

    AIDATUL AZIERAH BINTI SA’ET
    PA SK(2) PISMP JUN 2020
    SEMESTER 1 TAHUN 2
    IPG KAMPUS BATU LINTANG

    • Walaikum salaam wr.wb, Aidatul Azierah…
      Alhamdulillah, saya sihat. Terima kasih atas doanya dan didoakan Aidatul juga sihat dalam rahmat Allah SWT.

      Demikianlah Allah menguji hamba-NYA dengan solat dan waktu. Jika kita merasa mudah untuk melakukannya dalam apa keadaan pun, tetap kita merasa bertanggungjawab untuk menunaikannya. Sebaliknya kepada orang munafik, mereka akan merasa susah, berat dan lambat untuk mendirikan solat walau keadannya lapang dan tidak ada urusan. Maka sebaiknya, berusahalah menjadi hamba Allah yang taat dan bertaqwa.

      Semoga beroleh manfaat dan terima kasih atas perkongsian idea yang bernas.
      Salam sejahtera.

  5. Asaalamualaikum ustazah..
    Coretan ustazah kali ini membuatkan saya mengimbau kembali kenangan bersama ustazah sebagai anak mentoring ustazah. Sungguh saya rindu suasana Masjid al-Muallimin IPG Kampus Batu Lintang. Pada musim Covid-19 ini sungguh hati ini rindu untuk pulang kesana. Tapi apakan daya, sama-sama kita berdoa moga Allah angkat wabak ini dan lenyapkan dari bumi ini. Sungguh saya rindu dengan nasihat ustazah suruh solat berjemaah agar diri kita ini menjadi insan yang hebat dalam menunaikan ibadah kepada Allah dengan bangun awal dan turun bersama-sama bagi memeriakan masjid pada waktu subuh. Ya Allah, sungguh saya rindu. Ustazah tidak pernah marah, malah tidak jemu hampir setiap minggu di dalam mahupun dalam aktiviti mentoring setiap kali pada hari jumaat, ustazah tidak pernah lokek dalam memberikan nasihat kepada kami agar menunaikan solat subuh berjemaah di masjid bagi memeriahkan suasana dalam masjid pada waktu subuh. Moga ada rezeki untuk saya bersua kembali ke IPG. Terima kasih atas nasihat dan teguran ustazah yang tidak pernah jemu selalu menasihati kami. Hanya Allah sahaja dapat membalas kebaikan ustazah. Aamiin Ya Rabb.

    SITI MARIEYAH BINTI AZIZAN
    PA SK (2) PISMP JUN 2020
    SEMESTER 1 TAHUN 2
    IPG KAMPUS BATU LINTANG

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Siti Marieyah…

      Alhamdulillah, semoga kenangan itu kekal abadi bahawa suatu ketika dulu kita pernah bersama-sama memakmurkan masjid dengan berjemaah Subuh. Memang sukar pada awalnya, tetapi jika cinta kita kepada Allah dan Rasul lebih tinggi dan hebat, ia akan menjadi mudah. Insya Allah, orang yang suka memakmurkan rumah Allah amat dicintai Allah dan tentu sekali Allah akan mudahkan segala urusan kehidupannya dan urusannya di akhirat kelak.

      Insya Allah, kita pasti bersua lagi pada masa yang ditentukan dan dapat berjemaah Subuh bersama-sama. Saya juga menrindui suasana tersebut. Jika takdirnya masih begini, kita perlu redha dan berdoa agar semuanya kembali pulih.

      Terima kasih Marieyah, mudahan banyak ganjaran Allah berikan kepada kita atas kebaikan yang kita rebut dan lakukan untuk meninggikan syiar agamanya di muka bumi ini.

      Selamat maju jaya dan menjadi wanita solehah. Aamiin Allahumma Aamiin.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.