CT388. TEKANAN KERJA “LAST MINUTE”

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

TekananFatima1KerjaLastMinute

HARI INI (23 Mei 2016) dan esok, IPGK Rajang menerima lawatan dari Pemeriksa Luar (EE) untuk pemeriksaan Skrip Kerja Kursus bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pengajian Bahasa Iban bagi semester 2015 dan 2016.

*

SEMINGGU YANG LALU

Saya tidak terlibat dengan Jawatankuasa Pengelola Lawatan Pemeriksa Luar tersebut telah dimohon oleh Dr. Ling Pick Khuong selaku JK Urusetia dan Penyelaras Kerja Kursus untuk membantu beliau dalam urusan jamuan. Sebagai rakan setugas saya memahami apa yang perlu dilakukan.

“I hanya terbayang you sahaja yang mampu membantu I dalam urusan jamuan ini kerana you sangat cekap dan berpengalaman dalam mengurus jamuan.” kata Dr. Ling berbasa basi dengan saya pada hari Rabu seminggu yang lalu.

Sebaik bersetuju menerima permintaan Dr. Ling, saya terus bertindak menghubungi pihak yang terbabit dengan mengatur jadual masa, tempat, menu, harga dan jumlah orang. 

Semuanya berjalan lancar dan dipersetujui tanpa sebarang masalah. Sudah tentu kita hanya merancang tetapi Allah sudah merencana yang lain untuk menguji kesabaran dan kesanggupan kita menerima sesuatu yang kita sangka sudah selesai.

*

HARI INI…. LAST MINUTE

“ALHAMDULILLAH…… semua sudah selesai dalam masa satu jam. Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan segala urusan ku pagi ini.” guman saya sambil memejamkan mata, menarik nafas dalam-dalam dan menyandarkan badan di kerusi kerja sebaik masuk ke dalam pejabat.

Rasa lega menyelinap ke seluruh tubuh seakan beban berat sudah surut dari bahu. Senyum kembali terukir dengan ria sebaik tangan saya (pengurus Jamuan) dan Dr. Ling berjabat erat menanda apa yang kami lalui selesai dengan sempurna.

Kami saling mengucap tahniah atas kerjasama dan usaha jaya yang telah dilakukan.

*

TEKANAN BERMULA

Masih terbayang di ruangan mata saya peristiwa satu jam yang lalu bermula 7.45 pagi. Sebaik Dr. Ling (dengan kelam kabut) memasuki pejabat saya untuk memaklumkan berlakunya perubahan pada jumlah orang, tempat jamuan dan masa dalam jadual jamuan yang sudah ditetapkan.

Sebagai rakan yang telah dipertanggungjawab membantu urusan jamuan tetamu luar, sudah tentu saya merasa tekanan mulai muncul di benak hati dan denyutan di otak. Tambah lagi kerja “last minute” tersebut adalah persediaan untuk minum pagi yang hanya berbaki 1 jam dari sekarang. 

Begitu juga Dr. Ling yang memang jenis kelam kabut itu…hehehe. Maka, saya perlu bertingkah sebaliknya, cool dan relax… sambil menarik nafas dalam dan menyabarkan hati. Saya memohon kepada Allah agar semua kerja saya dimudahkan Allah. Aamiin.

Menghadapi situasi kerja “last minute” atas arahan dari pihak atasan perlu ditangani dengan fikiran waras dan menenangkan diri. Sebagai orang yang banyak pengalaman dalam menghadapi situasi seperti ini, membuat otak saya perlu berfikir ligat agar saya dan pihak pembekal tidak merasa tegang dan marah-marah.

Tidak dinafikan, memang marah itu wujud dalam hati. Sebagai orang yang berpengalaman selama 18 tahun dalam mengurus jamuan rasmi di peringkat IPGK, saya perlu berhadapan secara bijak dan rasional untuk menjelaskan sebarang perubahan yang berlaku kepada pihak pembekal.

Ini bukan kerja mudah untuk menghadapi situasi apabila kita menerima arahan “last minute” dengan pihak pembekal yang sudah bersedia dengan jadual asal yang telah dipersetujui sebelum itu. Oleh kerana itu, saya perlu mempunyai komunikasi yang baik dengan pihak pembekal agar semuanya dapat diatasi dengan berkesan.

Jamuan minum yang berlangsung jam 9.30 pagi sudah selesai diurus dengan jayanya dalam tempoh 1 jam. Saya dan Dr. Ling Pick Khuong sangat lega kerana urusan yang sempat membuat kami resah berjaya diatasi. Alhamdulillah.

*

HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN

Hikmah yang boleh kita pelajari bila menghadapi arahan “last minute” ialah terima dengan hati terbuka, bersikap tenang, berfikiran kreatif untuk cepat bertindak dan sentiasa positif bahawa apa yang kita lakukan dapat diselesai dengan baik.

Jangan lupa memohon doa kepada Allah SWT yang tentunya sedang memberi ujian kepada kesabaran kita dalam menyelesaikan masalah. Yakinlah, semua itu memberi pengalaman tersendiri untuk kita menghadapi situasi yang lebih hebat di masa hadapan dari apa yang kita lalui masa kini.

*

CP doa bila stress

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima23 Mei 2016 (Isnin)/ 16 Syaaban 1437H/ 1030 pagi, Bintangor, Sarikei, Sarawak

AKU…. selalu optimis dengan setiap tekanan yang datang kepadaku. Kita mesti memaksa diri untuk berfikir secara positif bahawa setiap ujian itu ada hikmah di sebaliknya. Susah mana pun urusan yang kita tempuhi, jika kita sabar dan berbaik sangka semuanya menjadi mudah dan dimudahkan.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU….  Untuk sebuah nama, ingatan dan doa tidak pernah pudar dalam setiap lingkar aksara yang bertitah ke hadrat Ilahi. Semoga selalu sejahtera dalam rahmat Ilahi.  Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

10 thoughts on “CT388. TEKANAN KERJA “LAST MINUTE”

  1. Assalamu’alaikum Kak…
    Alhamdulillah ya Kak acara tetap berjalan lancar meski harus menghadapi tekanan last minutes.
    Ada kalimat yang sering diucapkan teman2 yaitu ‘in the name of kepepet/terdesak’ maksudnya ya saat terdesak seperti Kak Siti tadi orang bisa menjadi kreatif dan banyak akal. Bukan saja jika harus menyiapkan jamuan untuk tetamu, untuk menyiapkan menu keluarga saja sering para wanita harus menghadapi perubahan mendadak. Semisal bahan ada tapi bumbunya kurang lengkap. Sehingga harus membuat plan B agar makanan tetap terhidang di meja makan.
    Sikap tenang memang diperlukan karena jika terburu-buru dan emosi malah tidak bisa berjalan lancar

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Dyah….

      Ada-ada sahaja istilah yang boleh kita cipta apabila menghadapi situasi tertentu dalam hidup. Sekurangnya dengan istilah itu, kita menjadi senang dan tersenyum.

      Benar Dyah… bukan hanya di tempat kerja sahaja kita bertemu dengan kerja last minute ini, malah di dalam rumah juga terjadi hal-hal yang tidak terduga seperti yang Dyah jelaskan di atas. Saya juga selalu menghadapinya sehingga mengubah menu lain atau batal sahaja dan makan di restoran. 😀

      Terima kasih mbak Dyah sudah berkongsi pengalaman dan salam manis. 🙂

  2. Assalamu’alaikum wr.wb., Mbak Fatimah.

    Pada saat seperti itu maka rasa tenang di hati penting sekali ya, Mbak. Dengan rasa senang maka tak mudah terpancing emosi, termasuk dari pihak lain. Di sinilah peran berbaik sangka itu juga penting sekali. Dan, yang tak kalah pentingnya berdoa dan berdzikir sebagaimana yang Mbak sebut di atas itu sangat penting.

    Tulisan yang sangat berguna ini, Mbak. Salam takdzim dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Benar sekali, saat seperti ini kita dapat belajar dari kesukaran yang nantinya ada kemudahan jika kita optimis dan bersangka baik.

      Selain itu, kita juga belajar mendidik nafsu yang memberi peluang kepada syaitan untuk menyuntik emosi kita ke tahap yang merendahkan akal kita. Alhamdulillah, kita semuanya masih bergelar pembelajar selagi masih hidup. Dan Allah mahu mengajar kita erti keperitan hati dan masa untuk menjadi manusia yang bernama manusia.

      Terima kasih kembali mas Amazzet atas apresiasi dan kunjungannya.
      Salam hormat.

  3. Assalamu’alaikum puan Fatimah
    biasanya kalau jika under pressure … jadi muncul potensial karakter kita yang asli … bahkan bisa memacu kita untuk melakukan aktifitas dengan kemampuan kita di 100%
    hebat puan Fatimah bisa melaksananakan tugas dalam last minute …

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, saudara bersapedahan….

      Alhamdulillah, terkadang emosi itu terpancing juga apabila sebelah pihak yang lain suka mendesak dan membuat kita rasa dikerah untuk melakukannya dengan cara mereka sedangkan kita mempunyai cara tersendiri yang dilihat lebih efektif. Semua itu merupakan pengalaman yang mendewasakan kita dalam berhadapan situasi begini.

      Terima kasih dan salam sehat kembali.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.