CT4. DARI ‘ARSY KE BUMI: RAHSIA SEBALIK KEMULIAAN LAILATUL QADR

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


17 Ramadhan hadir lagi bagi tahun hijriyyah 1431 bersamaan 27 Ogos 2010. Penulisan ini telah saya siarkan pada waktu yang bersamaan dalam tahun 2009, namun dilakukan beberapa perubahan untuk disesuaikan sebagai sebuah postingan baharu yang berbentuk review atau ulasan buku.

Buku Qishotul Khalq (Kisah Penciptaan : Dari “Arasy hingga ke bumi) yang ditulis oleh ‘Idh Wardani ini dibeli dalam 2 jilid.

Ketika meneliti isi kandungan buku bagi Jilid 1,  tumpuan saya terhenti pada satu sub-tajuk yang  tercatat “LAILATUL QADR”. Lalu saya mula membaca dari satu ayat ke satu ayat. Menurun dari perenggan ke satu perenggan. Subhanallah… asyik sekali meneliti kupasan penulis buku yang didatangkan bersama dengan hujah  al-Quran dan al- Hadis.

Penulisan ini ditulis pada dua halaman  sahaja iaitu 243 dan 244 di bawah Bab Pertama bertajuk “AWAL PENCIPTAAN ALAM”. Awal penulisan sub-tajuk ini, penulis buku mendatangkan dua buah hadis  dari Rasulullah saw.

Hadis pertama, diriwayat oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: ”Allah telah ada sebelum sesuatu selain-Nya ada. Saat itu “Arasy (singgahsana)-Nya berada di atas air. Allah telah menuliskan di dalam al-Zikr atas sesuatu dan Dia menciptakan langit juga bumi.”

Hadis kedua, diriwayatkan oleh Imam al-Muslim yang bererti:  “Allah menetapkan tempoh masa penciptaan sebelum menciptakan langit dan bumi  selama 50, 000 (lima puluh ribu ) tahun dan ‘Arasy Allah  berada di atas air.”


Hal ini juga berlaku antara jarak penciptaan langit dan bumi dengan penciptaan makhluk selama  50,000 tahun atau penentuan tempoh masa lebih dahulu dari penciptaaan makhluk. Ini menjadi dasar kiraan 50,000 tahun bagi kiraan kalendar alam semesta sebelum penciptaan matahari dan bulan; dan sebelum penciptaan langit dan bumi juga penciptaan makhluk. Dengan itu, tidak diragukan bahawa masa mempunyai ukuran dan tempoh di sisi Allah swt dengan jarak 50,000 tahun setiap penciptaan tadi.

Setelah itu, dalam tempoh enam hari, Allah menciptakan bulan yang berfungsi sebagai kalendar langit dan bumi di mana ia (bulan) berputar pada BUNDARAN ( bujur seperti bentuk bulat yang dileperkan – rujukan Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, hlm. 221) atau (berbentuk lingkaran atau melengkung dengan jejari yang sama – rujukan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Ketiga, 2001, hlm. 176).

Kemudian, dalam tempoh 345 hari bentuk bulan menjadi sempurna bulatnya sehingga mencapai 360 darjah. Putaran bulan pertama selama 345 hari merupakan pelengkap atas enam masa dan juga akhir tempoh masa penciptaan makhluk.  Oleh itu, tempoh masa antara penciptaan makhluk  dengan langit dan bumi dinamakan masa yang diberkati Allah swt (waqtun Mubarak) dan Allah menyebut masa ini dengan nama LAILATUL QADR atau masa yang telah ditetap dan ditentukan pada penciptaan langit dan bumi.

Kemudian penulis  buku mendatangkan dua dalil dari al-Quran untuk menguatkan pendapat tersebut iaitu:

(1) Surah adh-Dhukhan, ayat 1 – 6  yang bermaksud:

“Haa, Miim. Demi Al-Quran Kitab Yang menerangkan kebenaran. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (Kami menurunkan Al-Quran pada malam Yang tersebut, kerana) pada malam Yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara Yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). Iaitu perkara-perkara Yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan kami; Sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul (untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui (akan Segala keadaan hamba-hambaNya).


(2) Surah al-Qadr, ayat 1 – 5 yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.  Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”

Berdasarkan ayat 3 dalam surah adh-Dhukhan  (“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Yang berkat.”……) dan ayat 1 dari surah al-Qadr (“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar.”) menunjukkan bahawa malam ini (malam Yang berkat) dan (malam Lailatul-Qadar) telah WUJUD atau ADA sebelum diturunkan al-Quran atau dengan lain perkataan; bahawa al-Quran al-Karim telah diturunkan oleh Allah swt pada MALAM YANG PENUH BERKAT dan MULIA juga membatasi masa penciptaan  makhluk dan juga ketetapan yang diputuskan oleh Allah swt pada masa sekarang.

Allah swt menganggap malam ini adalah sebaik-baik malam dan Allah swt memberi kurnia dan anugerah kepada hamba-hamba yang dekat kepada-Nya serta mengabulkan segala permohonan dan doa-doa mereka.

Sebagaimana yang dijelaskan di atas bahawa masa mempunyai tempoh di Loh Mahfuz dan termaktub kiraannya  selama 50,000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi atau kiraannya sebanding dengan Lailatul Qadr. Mana kala langit dan bumi lebih dahulu diciptakan daripada alam yang lain dalam enam masa. Allah berfirman dalam surah at-Taubah, ayat 36:

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan Yang diharamkan. Ketetapan Yang demikian itu ialah ugama Yang lurus.”

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah telah membatasi kiraan masa dan menetapkan  setahun itu 12 bulan di dalam al-Quran.  Setelah itu Allah menciptakan  matahari dan bulan berfungsi untuk mengetahui bilangan tahun dan perhitunganya (Surah al-Israa’, ayat 12).

Penulis buku ini melanjutkan hujah dengan mendatangkan Tafsir Fath al- Qadir karangan asy-Syaukani berhubung ayat 36, surah at-Taubah yang menyatakan bahawa “jumlah bilangan bulan dalam setahun telah ditetapkan oleh Allah iaitu 12 bulan sebelum alam semesta pertama diciptakan dan telah ditetapkan di Loh Mahfuz yang kemudian Allah menamainya dengan masa penciptaan langit dan bumi.

Jelaslah dari hujah muffasirin bahawa satu (1) hari di sisi Allah  bersamaan dengan seribu (1000) tahun di sisi makhluk. hal ini dijelaskan Allah dalam surah al-Hajj, ayat 47 yang bermaksud :

“Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.”

Subhanallah, begitulah hebat dan bijaksana Sang pencipta alam dalam mempertunjukkan kuasa dan perkasa-Nya  dari hal mencipta sesuatu dengan mudah tanpa payah sedikitpun. Wallahu’alaam.. mudahan kita mendapat manfaat melalui sedikit kongsian ilmu dari buku yang aku baca ini.

*

 SalamFatima3SalamFatima 24 OGOS 2010 (SELASA)/ 0500 PAGISARIKEI, SARAWAK


AKU…. selalu ingin berada dalam selubung kasih-Mu dan selimut cinta-Mu. Ya Aziz Ya Muhaimin….kurniakan damai yang indah membenam ranah segala gelisahku, anugerahkan bahagia yang ria membasuh segala deritaku dan hamparkan kasih cinta-Mu seluas lautan buatku menjana iman bagi membalut diri yang kehausan sayang-MU. Amiin. Ya Rahman Ya Rahim.

– SITI FATIMAH AHMAD –


59 thoughts on “CT4. DARI ‘ARSY KE BUMI: RAHSIA SEBALIK KEMULIAAN LAILATUL QADR

  1. Ramadhan ini harapan saya banyak menjadi orang yang baik, imam yang baik dan suami yang baik

    Insya Allah

    salam bu buat keluarga

  2. Kekuatan Al Qur’an memang luar biasa. Ia merupakan kitab suci umat islam yang mampu menyibak rahasia2 alam yang belum pernah terpecahkan sebelumnya. Subhanallah. Sungguh beruntung orang yang senantiasa mengkaji Al Qur’an dan senantiasa menghubungkannya dengan tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Sepatutnya kita sebagai umat islam memiliki ghirah yang kuat untuk mempelarinya tidak hanya sebatas membaca tapi tidak mengetahui arti/terjemahannya sama sekali. Insya Allah, jika kita tekun, Allah SWT akan membukakan hati kita agar menjadi terang dan menjadi hamba yang semakin sholeh untuk mengejar kehidupan akhirat yang kekal berupa Surga Nya. Amin Ya Rabbal Alamin.

    • Ifan Jayadi…. Al-Quran adalah maukjizat sepanjang zaman. Keagungnannya tiada bandingan dengan mana-mana mukjizat yang lain kerana di dalamnya penuh engan sejuta rahsia Ilahi yang perlukan kekuatan akal dan kemantapan iman untuk dikaji, diteliti, ditaakul bagi menunjuk jalan kebenaran.

      Setiap yang telah dan akan berlaku, semuanya Allah kisahkan di dalam al-Quran. Hanya mereka yang mahu mencari petunjuk dan kebenaran akan menjadikan al-Quran sebagai panduan. Malahan dengan membaca dan menjadikan ia sahabat akan mendapat keuntungan di padang mahsyar dengan gelaran ahlul kitab.

      Terima kasih Ifan atas tambahan ilmu yang dikongsikan. Saya senang membacanya untuk percerahan minda dan kejernihan jiwa.

      Salam mesra dari saya.

    • Selamat berpuasa Mas Cenya95… Terima kasih sudah mampir ya. Senang dapat bersua sahabat lama di dunia maya.

      Marilah kita amalkan segala suruhan Allah dan sunnah Rasulullah.

      Amiin…. Ya Rabb atas doa yang dihadratkan.
      Salam hangat kembali dari saya

    • Wa’alaikum salaam Nanda Aldy..
      Tak apa-apa kalau tidak bisa berkomentar. Yang penting, nanda sudah membaca dan mengambil manfaat dari ilmu yang dikongsikan. Semoga beroleh berkah dari Allah dalam melakukan kebaikan.

      Salam mesra dari bunda. 😀

  3. Assalamu’alaaikum warohmatullohi wabarokatuh .

    harapan saya pribadi semoga shobat semua selalu dalam tuntunanNya menjalankan perintahnya dan menjaui segala laranganNya .

    dan dengan datangnya bulan 1000 bulan ini menjadi lebih baik dan selalu ingat apa yang kita cari hanyalah satu yaitu Liang kubur .

    • Wa’alaikum salaam Warahmatullahi Wabarakaatuh.

      Alhamdulillah… mudahan doa yang Pak Doel kirimkan buat semua shobat dikabulkan Allah. Amiin… Mudahan Pak Doel yang baik ini juga dilimpahi kebaikan dari Allah SWT.

      Satu kata simbolik “Liang Kubur” yang sungguh mengesankan bagi mereka yang mahu berfikir. Segala yang berakhir akan menuju kuburnya masing-masing menurut ketetapan yang disuratkan Allah SWT ke atasnya.

      Selamat bersahur Pak Doel
      Salam Ramadhan 😀

  4. sangat mendamba hadirnya lailatul qadr..dan mengalaminya…
    apakah setiap ramadhan lailatul qadr itu… memiliki materi yang sama?? hmm..merenung seperti apa rasanya mendapatkannya… 🙂

    • Elmoudy…Amiin. Mudahan harapan yang hadir di hati itu dikabulkan Allah SWT. Saya juga berkeinginan demikian. Sukar untuk menjawab soalan yang seperti satu misteri yang tak terungkapkan. nanti akan diusaha mencari hadis2 tentangnya.

      Terima kasih Elmoudy masih sudi berkunjung. Senang menerima sapaan sahabat lama.
      Salam mesra dari saya dan selamat berpuasa. 😀

  5. Al-Qur’an adalah mukhjizat yg diturunkan Allah SWT kepada Rasullullah SAW … tiada tandingannya dari mukhjizat yg disampaikan Allah SWT kepasa Nabiyullah yang sebelumya.
    Subahannalah …

    • Hai Si~j@ya:
      Oleh itu, marilah kita menjadi al-Quran sebagai santapan rohani setiap hari setelah kita mengetahui keutamaan dan keajaiban sejarahnya.

      Salam kenal dan terima kasih atas kunjungan saudara.
      salam mesra dari saya.

  6. Assalamu’alaikum Wr Wb.
    Alhamdulillah Bunda, tahun ini saya merasa labih nikmat Ramadhannya, Insya Allah dapat lebih berisi ibadah Kita, Amin…
    Salam dari Ampah Kalimantan Tengah Indonesia.

    • Wa’alaikum salaam Wr Wb.
      Alhamdulillah… mas Yusami, kalau sudah demikian nikmat ramadhan yang dirasai. Saya turut mendoakan agar tetap istiqomah dalam mengamalkannya bukan setakat di bulan Ramadhan tetapi teruskan ke bulan-bulan lain juga. Semoga Allah meredhai amal ibadah yang dilaksanakan.

      Salam mesra dan selamat berpuasa dari saya di Sarikei. 😀

  7. Salam Takzim
    Subhannalloh bunda
    Paparan tulisan bunda lebih menyentuh dari pad aslinya, walau belum pernah punya dan pegang buku itu pencerahan bunda menyimpulkan kehebatan LailatulQodr bunda, semoga kita diberi kesempatan menjumpai malam lalilatulQodr bunda.
    Makasih juga sydah hadir di blog baru saya
    Salam Takzim Batavusqu

    • Salam takzim kembali Kang Zipoer
      Alhamdulillah… mudahan silaturahminya terjalin kembali setelah sekian lama saya menyepi diri. Sepertinya kang juga sakit ya. Semoga disembuhkan Allah SWT dan diberi kesihatan yang baik dalam kehidupan mendatang.

      Pengisian yang kecil sahaja Kang, buat kita kongsikan bersama sebagai mengingati akan keagngan Allah SWT.

      Sama-sama kembali membalas kunjungan saya di blog baharu juga.
      Selamat berpuasa dan salam hangat selalu dari saya di Sarikei, Sarawak. 😀

  8. Subhanallah, semoga kita semua di bulan puasa tahun ini mendapatkan Lailatul Qadr, diampuni segala dosanya,diberikan kesehatan, dan dimudahkan segala urusan. Terima kasih Bunda telah memberikan renungan sejuk untuk kami semua sekeluarga, salam dari Pekalongan-Indonesia.

    • Mas Teguh… mudahan apa yang menjadi harapan dan keinginan yang baik akan dimakbulkan Allah SWT. Semoga beroleh lailatul Qadr dengan iringan amalan yang ikhlas kepada Allah.

      sama-sama kembali mas Teguh untuk manfaat kita bersama.
      salam hormat dan mesra selalu dari saya di Sarikei.

    • Salam Kang KC.
      Mudahan kita tidak demikian kang.
      Marilah menjadi hamba yang selalu mencintai al-Quran dan bersahabat dengannya.

      Alhamdulillah dan sama-sama kembali. Semoga kita beroleh kemuliaan di sisi Allah SWT. Amiin.

      Salam mesra dan hormat dari saya. 😀

  9. Ass….

    Salam perkenalan, semoga kita mendapatkan malam yang terindah di mana padamalam tersebut turun berbondong-bondong para malaikat yan di pimpin oleh malaikat Jibril sebanyak jumlah bilangan yan melebihi batu kerikil yng ada di permukaan bumi ini,dengan membawa panji sholawat nabi untuk para manusia yang pada malam tersebut sedang melakukan ibadah mendekatkan diri dan menyatukan diri dengan Tuhannya.

    Salam perkenalan

    • Wa’alaikum salaam R. indra Kusuma Sejati (nama yang indah) Salam perkenalan kembali dari saya.
      Terima kasih sudah berkunjung dan menikmati hikmah yang disajikan.

      Sajian ayat dari surah 97 :al-Qadr di atas menggambarkan keagungan penurunan al-Quran yang diiringi dengan kemuliaan oleh para malaikat. Subhanallah hebatnya malam barakah ini.

      Sayangnya, berapa ramai umat Islam kini yang mencintai al-Quran, membaca dan menghayati kandungannya lalu diamalkan dalam kehidupan ?

      Mudahan kita dalam kalangan hamba2 Allah yang selalu sedar diri dalam mensyukuri nikmat Allah SWT. Terima kasih saudara R. Indra atas kongsian hikmah. Senang membacanya.

      Salam mesra dari saya.

  10. Tautan Blog Anda sudah saya pasang ditempatku dengan anchor Blog Siti Fatimah Negeri Jiran. Bisa dilihat sekarang. Jika kurang berkenan akan anchor tadi bisa saya re-edit lagi menjadi nama lain.
    Malam Lailatul Qadr sangat saya tunggu-tunggu dalam kehidupan saya kali ini. Mudah-mudahan Allah SWT mengabulkan doa sahabat semua untuk memperoleh kemuliaan dunia dan akhirat saat malam itu tiba dan berlangsung mulai malam ini hingga akhir Romadhon 1431 Hijrah.

    • Hai Vtrediting… terima kasih atas makluman dan senang dengan nama yang terakan di sana. cuma ingin memaklumi url blog saya sudah bertukar kerana blog ini blog baru.

      Amiinn.. mudahan saudaraku bertemu dengan lailatul qadr yang diimpikan selama ini. Semoga Allah memperkenankan doa saudara dan semua kita.

      Salam mesra dari saya. 😀

  11. isro’ mi’roj adalah sebuah perjalanan yang tidak dapat dijangkau dengan akal, namun sebagai muslim hal itu adalah suatu anugerah karena telah memiliki seorang pemimpin yang mampu melakukan perjalanan tersebut.

    Selamat bersantap sahur bunda
    salam dari pamekasan madura

    • Kang CM… Itulah keajaiban mukjizat anugerah Allah buat rasul kita yang tercinta, Muhammad bin Abdullah. Mudahan kita akan selalu menjadikan perjalanan baginda dan sejarahnya sebagai petunjuk dan panduan menuju hidayah Allah SWT.

      Selamat berbuka di petang nanti kang, semoga bahagia berbuka bersama keluarga. terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan.

      Salam mesra dari Sarikei. 😀

    • Mas Nurhayadi… Alhamdulillah, mudahan sama-sama beroleh manfaatnya. terima kasih atas kunjungan perdana ke blog bahru ini. Senang dapat sapaan sahabat lama.

      Amiin… mudahan dimakbulkan Allah SWT.
      Salam mesra dari saya. 😀

  12. memperingati peristiwa turunnya Al-Qur’an pertama kali tidaklah penting, sebab di samping hal itu tidak dicontohkan oleh Rasulullah, para sahabatnya dan para tabi’in, Al-Qur’an diturunkan tidaklah untuk diperingati tetapi untuk memperingatkan kita.

    Peristiwa Nuzulul Qur’an bukanlah diharapkan agar dijadikan sebagai hari raya oleh umat ini, yang dirayakan setiap tahun, karena Islam bukanlah agama perayaan sebagaimana halnya agama-agama lain.” Islam tidak memerlukan polesan, tidak perlu dibungkus dengan perayaan-perayaan yang membuat orang-orang tertarik kepadanya. Karena itu pesta hari raya tahunan di dalam Islam hanya ada dua yaitu Idul Fitri dan Idul Adha.

    Semoga Allah menyampaikan kita untuk mendapatkan kemuliaan Lailatul-Qadr di bulan Ramadlan ini, yang mana tidak ada yang tahu pasti tanggal berapa turunnya, boleh jadi tanggal 17 ramadhan, atau lainnya. Wa Allahu A’lam.

    • Nanda Usup…
      Bunda menyetujui pendapat yang dirangkai dengan penuh hikmah dari nanda. Harapan semoga umat Islam memahami bahawa lahirnya agama Islam ke muka bumi ini adalah untuk menjelaskan kebesaran Allah dan ketinggian agama-Nya yang selalu benar dan tinggi dari agama2 lain.

      Kehidupan di muka bumi ini bukan utnuk main-main malah ia sebagai satu kewajiban ibadah yang menjadi tanggungjawab untuk dimakmurkan sebagai khalifah yang telah dilantik Allah bagi melunasi segala sistem kehidupan menuju keredhaan Ilahi.

      Amiin..Ya Rabb. Mudahan kita diperkenankan Allah untuk melalui malam yang barakah dari seribu bulan ini dengan keimanan yang utuh dan mendapat ganjaran dari ibadah yang dilaksanakan.

      Terima kasih nanda usup atas kongsian ilmu yang bermanfaat. Bunda suka membaca buah fikiran dari nanda yang selalu kritis. teruskan nanda menulis untuk pencerahan.

      Selamat berpuasa dan selamat berbuka.
      Salam mesra dari bunda di Sarawak. 😀

  13. Assalamu`alaikum wr.wb.
    bismillah alhamdulillah. mau tahu lailatul Qodr yang Haq (benar menurut Allah), setiap saat bisa kita dapati bagi siapapun yang berimannya Haq.

    Ingat lailatul Qodr diturunkannya AlQuran pertama dimalam hari, artinya dalam kondisi gelapnya aqidah manusia datanglah secercah cahaya Allah untuk menerangi, fikiran Qolbu dan nafsu manusia yang sedang gelap aqidahnya manusia,

    dengan kata lain AlQuran buat menunjuki manusia (Huda) pada jalan yang haq/lurus, tanpa petunjuk AlQuran hidup kita ini akan sesat. jadi siapapun yang hidupnya setiap saat dengan AlQuran, maka selalu dimuliakan Allah, tidak akan ada kegelapan pada dirinya, sebab Allah selalu menunjukinya apa saja yang ia mau dalam kebenaran (habis gelap terbitlah terang) bisa singron dengan lailatul Qodr.

    dan inilah sebenarnya kita bisa setiap saat mendapatkan lailatul Qodr, artinya orang-orang yang dalam hdupnya selalu memahami AlQuran sebagai petunjuk dirinya tidak akan pernah mendapat kegelapan, malaikat bersama Allah akan selalu mengatur kehidupannya sehari-hari tanpa batas (tanazzalul Malaikatu warruuh fiihaa) batas kecuali dengan kematian didunia, dan cahaya terang selamanya akan didapat dalam syurganya Allah,

    maka marilah terangi hatimu selama matamu terang, jangan terlambat, sesudah mata gelap baru kau sadari ingin menerangi hatimu terlambat selamnaya

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, saudara Ahmad….

      Satu lagi kongsian yang cukup bermakna buat saya dalam mempelajari sesuatu yang tersirat dari yang tersurat dan biasanya difahami secara luaran tanpa dikaji secara bathiniahnya. Subhanallah, baru saya fahami akan maksudnya lailatur qadr yang haq setelah saya mendalami setiap butir fikrah yang diutarakan.

      Setiap baris kenyataan yang saudara kemukakan tentang maksud tersirat dari kehadiran lailatur Qdr dalam diri insan muslim dan diperolehi setiap hari jika mahu mencarinya, membuat saya termanggu sebentar membuat mata saya berkaca-kaca penuh bahagia jika itulah hakikat lalitur Qadr sebenarnya yang menjadi santapan jiwa hampir setiap masa

      Masya Allah, jika benar apa yang saudara maksudkan sesudah membuat kajian dari kitab2 muktabar tentang inti lailatur Qadr yang sememangnya bisa diperolehi dalam setiap saat dan detik kehidupan ini dengan menghidupkan roh al-Quran dalam diri kita, .Sungguh beruntung mereka yang menjadikan diri mereka ahlul Qur’an. (membaca al-Quran setiap hari).

      Semoga kita akan selalu istiqamah dalam menerangi hati dan minda kita dengan alunan suci ayat-ayat Allah di samping mendalami agama dan syariatnya serta menjadikan Islam itu panduan hidup yang sempurna dalam rahmat Allah swt.

      Terima kasih saudara Ahmad kerana berusaha membuka ruang kefahaman yang lebih jauh tentang hakikat lailatur qadr. selama ini kita hanya faham untuk merebut dan mencari lailatur Qadr di bulan Ramadhan sahaja sedangkan ia berlaku sehari-hari dalam hidup ini.

      Subhanallah, membuat saya semakin ingin membaca al-Quran untuk menambah iman dan takwa kepada Allah di samping berharap untuk memasuki syurga-Nya melalui banyak jalan yang mudah seperti ini. Wallahu’alaam.

      Sakam hormat dari saya. 😀

      • Wa`alaikum salam salam ta`arrup dalam lindungan Allah, Siti Fatimah Ahmad, memang inti perbutan baiklah yang ditunggu Allah dari pelaksanaan AlQuran, isi perbuatannya dari hasil yang kita baca, AlQuran hanyalah petunjuk tanpa Action nilainya kosong, bahkan kelak kita akan dituntut Allah manakala kita baca tanpa ada actionnya ( Ash shooff 2-3 ) Hai orang-orang yang beriman mengapa apa yang kau katakan tidak engkau perbuat. Dan Allah sangat murka apa yang kau ucapkan untuk Allah (disisi-Nya] tetapi tidak engkau kerjakan, Siti Fatimah sayapun sedang belajar memahami apa sebenarnya inti sebenarnya yang diucapkan dalam AlQuran, saya tidak memiliki apa-apa, kecuali apa yang Rabb Allah tunjuki kepada saya, karena Rabb kita memberikan setitik air dari luasnya air dilautan itulah ilmu Allah yang diberikan kepada manusia. AlQuran disiapkan oleh Allah untuk orang-orang yang beriman dilaksanakan oleh Rasulullah adalah bagaikan buah yag lezat, sekarang bagaimana cara kita mengupasnya dan bisa kita ambil dagingnya untuk dimakan, bukan sekedar ditimang-timang dielukan, dialunkan suaranya dan dipuji-puji kebagusannya, tetapi kita tidak berusaha mengupas dan mengambil isinya untuk dimakan, tidak akan mungkin kita merasakannya sekalipun kata orang buah tersebut enak dan lezat rasanya, in disinggung Allah dalam surat Yasin ( Wamaa `allanaahusy syi`ra wamaa yan bagii lahu in huwa illaa dzikrun waqur`aanun mubiinun ) dan AlQuran itu tidaklah AKU (Allah)ajarkan untuk disya`irkan tetapi AlQuran AKu ajarkan untuk menjadi peringatan (mengingatkan)mu yang jelas /nyata, smoga kita terus belajar memahami apa yang tersirat dari inti isi AlQuran ini, jazaakillah khoiratu katsirotu atas balasan komentarnya, smoga bertambah terus ilmu Allah pada diri kita dan orang-orang berima yang mencintai AlQuran, wasaalamu`alaikum WR.Wb salam Iman dalam rahmat Allah selalu.

        • Wa’alaikum salaam wr.wb, saudara Ahmad Sjahroni…

          Saya sangat bersyukur dengan Allah bisa dipertemukan dalam komunikasi yang bermanfaat sebegini dengan saudara muslim seperti saudara. Saya menyenangi bahasan ilmu yang ditumpahkan di sini sebagai pesan dan nasihat yang membantu untuk menambah baik amal dan meningkatka iman dari semasa ke semasa.

          Alangkah beruntungnya manusia yang menjadikan al-Quran sebagai sahabat petunjuk jalan kebenaran dalam mendekatkan diri kepada Allah swt. Bagaimana kita bisa mengenali Allah jika tidak membaca al-Quran. Sedangkan al-Quran itu adalah kalam Allah. Malah Allah menjelaskan tentang dirinya yang sangat dekat dengan hamab-Nya.

          “Allah berfirman:”Hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Aku, maka (katakan kepada mereka), sesungguhnya Aku sentiasa dekat (kepada mereka).

          Tidakkah mereka mahu berbicara dengan Allah melalui kalam-Nya yang mulia ini. masya Allah sangat rugi jika berpaling dari al-Quran. Mukjizat al-Quran tidak punya bandingan dengan mana-mana mukjizat sebelum ini kerana ia mukjizat yang berjalan sepanjang zaman, merentas masa hingga kiamat menjelang. Semoga kita sentiasa menjadikan al-Quran sebagai teman karib di dunia ini.

          Semoga usaha kita untuk mendekatkan diri kepada Allah, akan selalu dimudahkan Allah jalan menuju-Nya. Orang yang mencintai Allah, tidak pernah merasa gusar dan susah untuk melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya. Demikianlah bila cinta badi telah kukuh di hati.

          Terima kasih sekali lagi saudara Ahmad Sjahroni untuk komentar berbobot yang mengesankan. Semoga dirahmati Allah selalu.

          Salam ukhuwwah berpanjangan. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.