CT454. TAKOYAKI BUATAN SENDIRI LEBIH LAZAT, SIHAT DAN PUAS

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

CARA MEMASAK TAKOYAKI

Alhamdulilah… bertemu kembali untuk sesi memasak Takoyaki. Maaf kerana lambat menyambung langkah setelah catatan CT453. PENYEDIAAN RESEPI TAKOYAKI YANG MUDAH. Setiap foto yang dilampirkan bersama di bawah ini menunjukkan langkah-langkah saya memasak Takoyaki.

Tidaklah susah sangat, hanya memerlukan sedikit kemahiran yang boleh dipelajari dalam beberapa minit. Heran juga kerana ada penjual Takoyaki menyatakan untuk membulat Takoyaki dia memerlukan masa 3 bulan untuk mahir. Betul ke ?Β 

Awalnya saya juga berfikir demikian tetapi apabila sudah melakukan sendiri, apa yang didakwa itu hanya “bohong”. Dalam beberapa minit saya sudah mahir membulatkan Takoyaki dengan cantik.

Lucunya…. saya boleh pula merasai debaran saat mula memasak kerana bimbang adunan tidak menjadi seperti yang diharapkan. Hati resah memikirkan apakah Takoyaki saya akan menjadi comel, lembek, lazat dan cantik membulat ?

Jika mahu mengetahui kejayaan saya memasak Takoyaki, silakan meneliti foto-foto di bawah ini dengan sedikit penjelasan ringkas sehingga selesai. πŸ˜€

*

LANGKAH-LANGKAH MEMASAK

*

Saya melecerkan minyak dengan menitikkan lebih kurang 1/2 sK minyak masak ke dalam acuan. Tujuan minyak adalah untuk mengelakkan adunan melekat pada acuan. Minyak itu juga perlu dititik dicelah-celah adunan (sekira perlu) agar adunan menjadi garing di bahagian luar.

*

*

Maaf 3 foto di atas tertinggal, namum masih menurut kronologi langkah memasak. πŸ™‚ Sila teruskan….

*

*

*

*

*

*

*

Hehehehe…. inilah saat mendebarkan saya untuk pertamanya membalikkan adunan. Jadi ke tidak. Alhamdulillah, lama-lama semakin mahir dan tidak susah melakukannya. Jika anda dapati adunan masih lembek (belum masak), biarkan dulu sehingga bahagian bawah mengeras sedikit sebelum digolek separuh.

*

*

*

*

*

*

*

*

BAHAGIA

Tidak ada yang menggembirakan saya apabila berjaya memasak Takoyaki sendiri. Kebahagiaan menyulam hati melihat insan-insan tersayang tidak sabar-sabar hendak merasai masakan saya.

Melihat suami tersenyum senang dan memuji-muji keenakan. Melihat Muhammad dan Ieesyah berebut-rebut untuk menghabiskan Takoyaki yang terakhir, jugaΒ  membuat Iffah dan Izzah yang jauh di mata, cemburu melihat foto kami makan Takoyaki ini. Kemeriahan amat terasa dan mengujakan.

Allah, Allah…..Sungguh masakanΒ  hasil tangan sendiri lebih lazat. Kerana….. kita yang menentukan inti yang kita suka. Lebih sihat kerana kita menggunakan bahan-bahan segar dan terpilih halalnya. Paling best…..sangat memuaskan perut kerana kita boleh makan panas-panas dan sebanyak mana yang kita suka sehingga kenyang. Alhamdulillah.

Untuk Resepi Takoyaki di atas, saya dapat menghasilkan 32 biji Takoyaki. Jika kita makan di kedai, sebiji Takoyaki berharga RM1.20. Andai kita membeli 32 biji Takoyaki, bermakna kita perlu mengeluarkan wang sebanyak RM38.40. Hmmm…. kan bagus membuatnya sendiri. Lebih jimat dan tentu berhemat.

*

PERINTAH ALLAH TENTANG MAKANAN

Ingatlah… Allah memerintahkan kita untuk memakan makanan yang halal dan baik seperti yang dijelaskan di dalam maksud ayat-ayat berikut:

*

β€œdan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang telah direzekikan kepadamu dan bertaqwalah kepada Allah dan kamu beriman kepada-Nya”   Surat Al Maidah, ayat 88

*

β€œWahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syetan; karena sesungguhnya syetan itu adalah musuh yang nyata bagimu”  – Surat Al Baqarah : 168

*

SELAMAT MENCUBA

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima5 Oktober 2017 (Khamis)/ 15 Muharram 1439H/ 9.50 petang, Sarikei, Sarawak

AKU… melangkah demi kesinambungan hidup yang kian mendekat menuju keabadian. Apa lagi yang mahu dikejar dengan kekayaan dunia yang fana, jika hati lebih mencintai akhirat yang abadi. Wahai Yang Menyentuh Rasa, himpunkan cintaku bersatu dalam cintamu yang hakiki. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

 

*

22 thoughts on “CT454. TAKOYAKI BUATAN SENDIRI LEBIH LAZAT, SIHAT DAN PUAS

  1. Kak Siti… Makin menetes liur melihat penampilan Takoyaki ala Chef CT. Coba kita bertetangga, pasti sudah saya ke rumah Kakak ikut mencicipi

    Betul kak, memasak sendiri memang lebih baik. Bersih, sehat dan kita bisa memilih bahan terbaik. Apalagi kalau keluarga bilang enak, alamaaaak lelahnya langsung hilang… 😊😊

    • Hehehe…. pasti akak akan jemput Dyah, kalau kita berjiran. Akak memang selalu memberi masakan akak kepada jiran tetangga. Biar mereka juga merasa sama rezeki yang Allah SWT kurniakan. Sesiapa yang menjadi jiran akak memang sangat beruntung… πŸ˜€

      Kenapa link ke blog Dyah tidak ada ?

      Terima kasih Dyah atas kunjungan dan salam manis selalu. πŸ™‚

  2. Assalamualaikum wr. wb bu Hajjah Fatimah.
    Lihat takoyaki hasil masakannya, saya terpacu untuk mencoba juga. Terima kasih sudah sharing resep dan langkah membuatnya. Semoga saya pun bisa berhasil membuatnya.
    Salam hangat dari Jakarta.

  3. Assalamu’alaikum wr.wb. puan Fatimah

    Hasil karya sendiri .. apalagi sangat disukai oleh keluarga, kepuasannya pasti luar biasa .. melihat keluarga sangat menikmati hasil masakan dan muka yang bahagia … tidak ternilai kebahagiaannya

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb mas bersapedahan….

      Iya, itulah yang mahal dan tidak dapat dijual beli apabila melihat kebahagiaan dan kegembiraan ahli keluarga kita apabila menikmati masakan kita. Air tangan ibu atau isteri dapat menambat hati anak dan suami untuk melekat makan di rumah sahaja berbanding makan di kedai makan di luar. Betul kan.

      Salam hormat dan terima kasih.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.