CT189. WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN (3): MAKKAH 2011 (1)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Haramain3Fatima1Makkah2011

*

JEMPUTAN SANG PEMILIK

ALHAMDULILLAH…. Tahun 2011, saya dan SPH menerima jemputan Allah SWT bersama hampir 4 juta umat Islam seluruh dunia sebagai Duyuf ar-Rahman untuk musim haji yang kesekian kali di muka bumi ini.

Kami bermukim selama 49 hari di bumi Hijaz iaitu Madinah (9 hari),  Kota Makkah, Arafah, Muzdalifah dan Mina, Makkah (39 hari) dan Madinatul Hujjaj, Jeddah (1 hari).

Setelah menunggu lama proses giliran haji yang dikendalikan oleh Tabung Haji bersamaan kekangan yang direncanakan oleh Allah SWT, akhirnya tarikh 9 Oktober 2011 (Sabtu) termaktub dalam sejarah hidup, kami diterbangkan ke Kota Madinah, Arab Saudi sebelum ke Kota Makkah bagi menunaikan perintah Allah SWT.

Posting CT161. MENUNGGU GILIRAN HAJI ditulis untuk menggambarkan situasi di Malaysia. Selain itu, menggalakkan sesiapa sahaja agar segera berdaftar haji dan menggumpul dana kewangan sejak usia muda agar dapat menunaikan haji dalam keadaan tubuh badan masih kuat dan sihat.

*

*

PERBEZAAN WAJAH MAKKAH TAHUN 2004 DAN 2011

Mari kita lihat dan bandingkan Makkah pada tahun 2004 dan 2011 ? Pasti banyak perubahan yang berlaku terutama di kawasan persekitaran Masjidil Haram yang menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia. Kini Makkah sudah “diubah wajahnya” sehingga mampu menjana sumber ekonomi negara minyak yang kaya ini.

Namun yang pasti, ada segelintir umat Islam di mana-mana ceruk dunia yang bakal menjadi “mangsa” ketidak mampuan untuk menjejak kaki ke bumi suci ini untuk menyahut perintah Allah SWT dek pembangunan yang menelan belanja berbilion Riyal Saudi. 

KENAPA ? Tentulah kosnya akan semakin bertambah dari tahun ke tahun atas alasan “perlunya” pembayaran untuk usaha kerja me’moden”kan Tanah Suci demi kemudahan umat Islam sejagat.

Menangislah mereka (segelintir umat Islam) dalam sedu sedan yang tidak terbayang oleh kita. Sedihnya jika kita berada di tempat mereka. Lalu sebahagian kita pun beralasan bahawa mereka “belum menerima seruan Allah”. Sedangkan seruan Allah SWT sudah menjemput hamba-NYA sejak zaman Nabi Ibrahim.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj: 27, yang bermaksud :

“Dan serulah kepada umat manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.”

*

MAKKAH 2004

Haramain3Fatima2Makkah2004

Menara Abraj Al Bait (mula dibina pada 2004 dan siap sepenuh pada 2012) dan  Jam Diraja Makkah (telah beroperasi pada 2010) – (belum wujud lagi) – di tengah binaan bangunan Marwah (hampir siap) dan Safa (sedang dibina). Kedua bangunan ini dijangka siap pada tahun 2010.  Di sebelah bangunan Safa adalah Hotel Hilton (putih dan coklat)

*

MAKKAH 2011

Haramain3Fatima5MasjidilHaram2011

Foto yang saya ambil pada hari pertama memasuki Masjidil Haram setelah selesai melaksanakan Tawaf Umrah Wajib dan Saie pada 19 Oktober 2011 (Rabu), jam 10.10 pagi  (3.10 petang waktu Malaysia). 

Bangunan yang berdiri megah di belakang Kaabah yang menjadi kecil bentuknya oleh ketinggian bangunan-bangunan tersebut ialah 1. Menara Abraj Al-Bait dan Menara Jam Diraja Makkah  2. Hajar  3. Zam-Zam  4. Qiblah  5. Sarah  6. Marwah  7. Safa  8. Hilton

*

Haramain3Fatima7BinaanMasjidilHaram2011

Pemandangan pembinaan bangunan baru Masjidil Haram di sebelah Marwah sedang rancak dilaksanakan. Foto diambil dari Dataran masjidil Haram berdekatan Pintu 70 – 73. Debu-debu berterbangan tidak dapat dielakkan. Jemaah Haji dan Umrah dinasihatkan untuk memakai penutup hidung bagi mengelak udara tercemar yang boleh menyebabkan batuk, asma, dan penyakit lain.

*

PERLUASAN BESAR-BESARAN MASJIDIL HARAM 2011

*

SEJARAH MENULIS

Setelah menulis 2 posting terdahulu CT187. SEJARAH MAKKAH dan CT188. MAKKAH DARI 1885 dan 1953, benar-benar sangat menginsafkan saya dan menimbulkan rasa kagum dengan perubahan yang berlaku sepanjang zaman.

Masya Allah, dalam tempoh 12 tahun (2004 -2011), ternyata banyak perubahan yang berlaku di Masjidil Haram dan Kota Makkah.  Di sambung posting mendatang sehingga Makkah 2050. Hati jadi sayu mengenangkan sejarah yang kian hilang tandanya di bumi suci ini.

BERBANGGAKAH KITA ?

Bukankah kita sepatutnya bersyukur kerana hidup di zaman ini ? Moden dan berteknologi tinggi. Segala kelengkapan prasarana kehidupan dapat dinikmati dengan baik walau tidak dinafikan adanya kehidupan miskin yang melingkungi kita di mana-mana.

Namun di sebalik perubahan itu, pasti ada yang perlu dikorban dan dimusnahkan untuk hasil kerja tangan yang dianggap mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam sesebuah tamadun yang sedang wujud dan berada di kemuncak jaya.

Tanpa kita sedari, kita sedang menuju ke arah TANDA-TANDA AKHIR KIAMAT. Masya Allah.

Haramain3Fatima10Makkah2012

Pemandangan udara tentang perkembangan pembesaran dan pembinaan Masjidil Haram tahun 2012. Tahun 2013, bangunan Masjidil Haram sebelah kanan (bahagian arah Marwah) telah dirobohkan. Maka, tawaf  tidak dapat dilakukan lagi di tingkat 1  dan bumbung Masjidil Haram. Lalu di bina jambatan lingkung mengelilingi Kaabah untuk mereka yang berkerusi roda dan pejalan kaki.

*

PesanFatimaku

KEPADA BAKAL JEMAAH HAJI DAN UMRAH

Kita yakin akan kebesaran Allah SWT sebagai satu-satunya Zat yang kita sembah. Secanggih manapun zaman yang kita diami, semoden manapun kehidupannya, Allah SWT  tetap menjadi keutamaan yang merupakan kewajiban dari perintah-NYA untuk disembah selama bernafas di muka bumi ini. Tidak ada sesuatu yang dapat menyekutukan Allah SWT.

Ramai di kalangan kita masih  lalai sehingga tidak tahu mengatur bagaimana hidup sebagai muslim sejati. Muslim yang disebut mukmin dalam erti kata hamba Allah yang bertakwa. Perlukah kita berbangga dengan jawatan yang disandang ? Megah dengan kedudukan yang dipegang ? Angkuh dengan harta yang tidak terbilang ? Sombong dengan ilmu yang mendatang cemerlang ?

Tetapi dalam semua kurnia yang kita nikmati, ternyata kebodohan masih melingkari. Ilmu tidak dijadikan bual. Akal tidak dijadikan bekal. Apabila orang panggil kita bodoh, kita marah. Memberi alasan bahawa tidak ada manusia yang bodoh di dunia ini. Jika tidak bodoh, mengapa kita masih tidak tahu membezakan siapa  hamba dan siapa Tuhan ?

Hati kita dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang mengajak kepada keseronokan dunia dengan membiarkan waktu yang berharga dari umur ini kita sia-siakan. Sedangkan rohani kita lemah lesu minta di sajikan dengan hidangan zikrullah, solat dan lantunan ayat-ayat suci cinta Ilahi.

Oleh itu, segala penemuan dan penciptaan baru di zaman moden berteknologi ini hanyalah sebagai alat dan benda untuk mengingatkan bahawa kita adalah manusia biasa yang memiliki tugas sebagai Khalifah Allah SWT di muka bumi. Dengan bekal ilmu dan akal, kita mampu bertahan untuk memakmurkan bumi dengan segala sumber yang dikurniakan Allah SWT. 

Mendapat jemputan Allah SWT ke bumi paling dicintai-NYA tidak patut kita sia-siakan. Ia merupakan penghormatan tertinggi yang pernah kita terima sepanjang hidup ini. Jika pilihan sudah jatuh ke atas nama kita. Apa lagi yang kita fikirkan tentang niat dan tujuan berhaji atau berumrah. 

*

TANYA SAMA HATI

Kenapa kita hendak ke Tanah Suci ? Kenapa kita rasa rindu untuk ke sana ? Apakah kita faham, untuk apa kita bersusah payah mengumpul wang, membuat pemeriksaan kesihatan dan meninggalkan kampung halaman ?

Ingatlah, bahawa ibadah ke Tanah Suci adalah IBADAH YANG SANGAT BERAT. Kita tidak mampu menikmati ibadah ini sebagai pendekatan diri kepada Allah SWT jika hati kita masih bertumpu kepada dunia. Pada hal kita adalah hamba-hamba yang terpilih untuk datang kepada-NYA di tanah yang berbeza dari tempat lain di muka bumi ini.

Inilah yang banyak berlaku di Tanah Suci di mana IBADAH HAJI DAN UMRAH yang sepatutnya ditunaikan mengikut apa yang disyariatkan, tidak menjadi keutamaan di hati ramai jemaah.

*

MUHASABAH DIRI

Selama pemerhatian dan pengalaman saya di Tanah Suci, terdapat segelintir jemaah haji yang malas ke Masjid dan beramal ibadah. Mereka lebih selesa bersenang-senang di hotel dengan alasan badan letih, sakit kaki dan kepala, jarak hotel dan Masjid pula sangat jauh, mengantu dan bermacam-macam. Tanpa disedari, niat dan tujuan asal ke Tanah Suci sudah jatuh prioritinya.

Anehnya, bersemangat pula apabila menyusuri kedai-kedai dan mall untuk membeli belah. Malah, baru menjejak kaki ke Kota Madinah sudah ada yang mulai berbelanja dan sempat pula mengirim barang belian mereka ke Tanah Air.

Sedangkan ibadah haji masih belum dilaksanakan. Kota Makkah masih jauh untuk disapa. Tetapi ribuan wang sudah dilabur untuk memuaskan nafsu dengan harta dunia. Alasan lagi, bimbang di Makkah nanti, tidak sempat berbelanja. Allahu Akbar.

Ayuhlah, kembali semula kepada asal tujuan kita ke Tanah Suci. Kalau kita sedari, semakin dekat kita dengan Kaabah semakin besar tenaga positif yang kita perolehi. Kerana itulah, ramai orang yang mengadu sakit, kemudiannya sembuh dari sakit fizikalnya.

Semua tenaga positif itu terhasil dari tumpuan hati selain pasrah menyerah diri kepada Allah SWT yang menjadi sumber pengharapan atas tiap sesuatu.

DI KEJAUHAN INI…. SERING AKU NYATAKAN RINDU PADAMU

*

**************

29 Ogos 2013 (Khmais)/ 22 Syawal 1434H/ 3.04 petang- Sarikei, Sarawak

AKU…. yakin kebodohan bukan impian semua insan. Apabila seseorang takut menjadi bodoh, itu bermakna dia sudah mengorak langkah untuk menjadi orang bijaksana. Menyedari bahawa kebijaksanaan adalah milik semua insan, akan meningkatkan kematangan kita untuk mencari jalan menjadi orang yang berjaya. Bijaksana adalah lambang keilmuan dengan akal sebagai bekal.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

IlmuFatima4Kekasih Allah

*

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Nostalgia itu sering datang menusuk ingatan. Janganlah merasa kesunyian andai sebuah kehilangan pasti menjadi milik kita. Kehilangan adalah anugerah Tuhan yang terindah buat kita memahami erti sebuah pertemuan yang pernah dihadiahkan dalam kehidupan ini. Dan… kita belajar erti mengikhlaskan diri setulus hati. Senyumlah… dengan senyuman ada hati yang akan bahagia iaitu… AKU. Wassalaam. 😀

*

28 thoughts on “CT189. WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN (3): MAKKAH 2011 (1)

  1. waalaikumsalam,
    melihat penampilan masjidil haram yang baru, memang elok rupanya, namun kenapa saya merasa melihat seperti tampilan jam BIG BEN di London dengan segala arsitektur yang berbau eropa, kemanakah gerangan arsitektur kejayaan Islam yang masih terlihat hadir megah di tahun 90-an, ..hmm semoga apa yang terlintas dalam pikiran ukhti bahwa ini adalah gejala kita semakin mendekati akhir zaman tidaklah benar….walaupun hati kecilku mengatakan juga demikian…semoga semua pembangunan ini niatnya hanyalah semata untuk memudahkan para jamaah haji yang datang dari seluruh Indonesia untuk datang bersujud di hadapan ALLAH SWT……..
    salam hangat dari Makassar Indonesia 🙂

    • Iya, demikianlah banyak tanggapan terhadap reka bentuk Menara Jam Diraja Makkah (Royal Clock Tower). Namun arkitekturnya mempunyai ciri-ciri seni bina Islam yang tersendiri kerana di dalam Islam, apa pun seni bina yang mungkin serupa dengan buatan orang kafir asal sahaja tidak bercanggah dengan aqidah, syariat dan akhlak adalah diterima dengan baik.

      Insya Allah, di posting mendatang akan dijelaskan kenapakah tanda-tanda akhir kiamat itu semakin jelas kepada kita di akhir zaman ini kerana ia telah disebut oleh Rasulullah SAW di dalam hadith baginda 1400 tahun yang lalu.

      Memang tidak dinafikan adanya kemudahan buat jemaah haji atau umrah atas semua pembangunan yang dijalankan tetapi tentu juga mempunyai impak yang besar kepada mereka yang tidak mampu membayar kos yang besar untuk menunaikan haji. Malah segala kos haji semakin tahun semakin mahal atas sebab pembangunan yang sedang dijalankan.

      Insya Allah, apa yang dilakukan tentulan untuk maslahat ummah sejagat dan kita bisa menikmatinya dengan izin Allah SWT jua.

      Terima kasih mas Hariyanto atas pandangan berbobot yang selalu mencerahkan. Semoga sihat dan sukses selalu.

      Salam hormat takzim. 😀

  2. Assalamu Alaikum wr. wb. umiku sayang

    wadduuhh, tadi sudah panjang-panjang kooment, eehh eror ngk bisa, terpaksa diulang lagi deh, agar hati umi senang riang gembira 😉

    afwan telat tiba menorehkn kata mutiara dari ananda, siang tadi telat membaca meseg umi, lagian anakmu ni keluar beli sup buah, laper seharian dirumah, bersama antu2 umi 🙂 😀

    wajah Makkah 50 tahun kemudian gimana yah ?
    pasti lebih elok dan lebih indah, masyaAllah
    semoga impian ananda beserta zauji’ kelak bersama pergi kesana, amin ya Allah, amin ya Allah

    salam rindu buat ummi
    salam hangat
    salam sayang dan salam cinta
    muuaahh 😉 🙂 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, anakku Neni yang solehah…

      Kasihan anak Umi yang harus istirehat bersama antu-antu Umi. Harap kenyang dengan bacaan Basmalahnya, jika tidak para antu itu yang bakal kenyang dan gendut. 😀

      Insya Allah, jika panjang umur, Neni akan ke sana jua untuk menyahut panggilan Ilahi dalam menunaikan ibadat Rukun ke-5. Cuma, persediaan ilmu sebagai bekal mesti dimulai sekarang supaya mantap kefahaman dalam beribadah.

      Jangan asal sahaja lalu banyaklah kesilapan yang bakal dilakukan. Akhirnya, haji yang ditunaikan menjadi haji mardud sedangkan kita hendak haji yang mabrur.

      Terima kasih hadir untuk menyenangkan hati Umi. Alhamdulillah, Umi sedang senyum membaca komentar Neni sambil mendoakan Neni selalu sukses dan sihat di sana. Aamiin.

      Salam sayang dan rindu kembali dari Umi buat Neni. 😀

    • Alhamdulillah, jika sudah menyedari akan kekurangan kita dalam agama. Oleh itu, jangan malu untuk meningkatkan ilmu mengenal agama kita.

      Lakukan perubahan dengan segera, mudahan dengan agama yang kita anuti kita diselamatkan Allah SWT dari musibah dunia akhir zaman.

      Jadilah golongan yang sedikit (yang taat dengan perintah dan larangan Allah SWT) di akhir zaman kerana mereka inilah yang akan masuk Surga tanpa hisab (hadis Rasulullah SAW).

      Terima kasih kembali dan semoga bermanfaat.
      Salam sejahtera. 😀

  3. wa’alaikum salam warrohmatullohi wabarokatuh
    Perubahan besar-besaran yang dilakukan pemerintah Saudi memberikan dampak positip dan negatif. Positipnya, kenyamanan para tamu Alloh Ta’ala semakin menjadi lebih baik dalam banyak hal apalagi mengingat jumlah penduduk dunia meningkat begitu pula dengan keinginan umat muslim seluruh dunia untuk menyempurnakan rukun Islam kelima dengan berhaji, atau paling tidak umroh.
    Hanya saja, perluasan itu terpaksa harus menggusur tempat-tempat bersejarah semasa perjuangan Rasululloh SAW, maupun tempat-tempat kenangan lainnya. Termasuk saya sendiri yang memiliki kenangan (tahun 2006) setiap lepas shalat subuh sarapan di dekat pasar seng.

    Sangat disayangkan jika ada sebagian dari sodara-sodara kita yang memiliki kesempatan ke Tanah Suci tidak memaksimalkan waktu beribadah dan mendulang pahala di dalam Masjidil haram yang hanya bermalas-malasan di hotel maupun senangnya hanya jalan-jalan berbelanja di mall. Padahal tidak semua orang memiliki kesempatan ke sana. Bahkan saya dan istri saja yang sudah berupaya maksimal di masjidil haram masiiiihhh saja merasa kurang. Saya dan istri bahkan seringkali ngobrol, semoga Alloh Ta’ala memudahkan kami berangkat lagi kesana untuk lebih dan lebih lagi berlama-lama di masjid bahkan kalo perlu nginep di sana. Sebab Alloh Ta’ala telah menjanjikan pahala berlipat-lipat siapa saja yang shalat dan beribadah di dalam masjidil Haram.
    Salam silaturahim kami dari Blitar. Maaf baru bisa mampir

    • Perubahan yang berlaku kini akan terus berlanjutan sehinggalah Kota Madinah dan Kota Makkah bakal menjadi salah satu kota paling moden di dunia.

      Tidak dinafikan perubahan dan pembesaran itu mempunyai dampak besar yang positif untuk menampung kebanjiran para jemaah setiap tahun. Tetapi hasil dari pembinaan dan pembesaran itu bakal meningkatkan semua kos kehidupan yang sedia mahal di sana.

      Semoga sahaja, dengan kos yang mahal untuk berhaji akan meningkatkan pula kefahaman dan pengertian jemaah haji dan umrah agar tidak asal sahaja untuk mengerjakan ibadah kerana banyak kerugian andai kita berlengah dalam beribadah selama di sana. Kerana kita tidak tahu apakah kita akan kembali ke sana semula setelah pertama kali datang kepada-nya.

      Alhamdulillah, jika ramai yang berfikiran matang dan optimis seperti Pakies dan isteri, tentu makmur Masjid Nabawi dan Masjidil Haram oleh semangat beribadah selama di sana.

      Insya Allah, jika takdir Allah SWT itu memang direncana, pasti akan ada izin untuk kembali ke sana lagi atau lebih bahagia lagi, menginap di sana, sama ada hidup atau meninggal dunia di Tanah Haram.

      Terima kasih Pakies untuk perkongsian dari pengalaman berbobot selama di Tanah Haramain yang tentunya bermanfaat buat renungan bersama. Mudahan kunjungan seterusnya dapat memberi kita semua kebaikan untuk menambah baik amal dan ibadah.

      Salam hormat selalu. 😀

  4. Bener2 sudah mendekati akhir jaman, sangat2 megah, bagi mata awam menara jam itu lebih menarik daripada kubah mekahnya
    Hhhh, ya sudahlah daripada pusing mikirin tanda2 akhir jaman lebih baik memperbanyak ilmu dan amal ibadah kita 🙂

    kunjungan pertama kali nih, salam kenal aku Miko, si Tukang Sate Jago Gambar, hhhhe

    • Hai Miko….

      Alhamdulillah, kalau Miko sudah memikirkan bagaimana mahu memperbanyakan ilmu dan amal ibadah. itulah yang sepatutnya dilakukan oleh umat islam selueuhnya sebelum terlambat. 😀

      Namun, mengingati tanda-tanda akhir kiamat, juga salah satu dari cara untuk meningkatkan amal ibadah. Jika tidak melihat akan tandatanda ini, kita akan semakin leka dan lalai atas setiap pembangunan moden yang sedang terjadi di sekeliling kita. Kehidupan kita pula semakin jauh dari syariat dan akhlak Islami.

      Terima kasih Miko untuk kunjungan perdana yang mencerahkan minda.
      Salam sejahtera dan semoga sukses selalu. 😀

  5. Luar biasa perubahannya ya bunda…
    saya pernah mendengar bahwa tanda2 akhir jaman adalah dibangunnya gedung2 pencakar langit hingga menjulang. Kalo kita lihat di gambar jadi lebih terlihat jam besar itu daripada kabah ya bunda, astaghfirullah aladzim semoga tidak ada maksud mengarah ke sana ya bunda.
    Rindu hati semoga bisa menyusul untuk dapat haji di tanah suci amiiin.
    salam bunda fatimah.

    • Iya benar, mbak Puteri. Demikianlah hadis Rasulullah SAW menyebut tentang tanda akhir Kiamat. Insya Allah, akan saya bahaskan di kemudian hari apabila membincangkan perihal Jam Diraja Makkah. 😀

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Mudahan hajat dan niat untuk ke Tanah Suci akan diperkenankan Allah SWT.

      Terima kasih mbak Puteri kerana kunjungan dan coretannya. Didoakan sihat dan dilindungi Allah SWT. Aamiin.

      Salam manis selalu. 😀

  6. Wa’alaikum salaam wr.wb…
    Dengan di perluasnya dan di lakukan pembenahan di masjidil haram..di harapkan dapat lebih memberikan kenyamanan dan ke khusyuan para jemaah dari seluruh negeri dalam menjalankan ibadah ya mbak..

    Semoga saya sekeluarga pun di beri kesempatan untuk memenuhi panggilannya di sana…Amin 🙂

    • Alhamdulillah, begitulah harapan kita semua kerana pengalaman berhaji menunjukkan ruang solat yang tidak cukup, bersesak dan ada terpaksa solat di luar masjid. Dalam keadaan demikian peratusan tinggi untuk khusyuk memang kurang kerana keadaa yang tidak selesa.

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Didoakan Purnomo dan keluarga akan berkesempatan ke sana di kemudian hari. 😀

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sejahtera. 😀

  7. Pingback: CT190. WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN (3): MAKKAH 2011 (2) – KEMUDAHAN HAJI 2011 | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  8. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Kunjungan di akhir pekan sambil menikmati sajian istimewa di LMGS G2 nih Mbak… Puas rasanya membaca informasi bermakna yang sangat lengkap, juga mencermati foto-foto yang menambah wawasan mengenai wajah Masjidil Haram dan Kota Makkah.

    Eh, ternyata ada pula ya Mbak, jamaah haji yang bermalas-malasan dalam ibadah dan lebih konsen berbelanja aneka buah tangan untuk kerabatnya di tanah air? Kalau begitu, apa yang mereka dapatkan dari gelar haji yang disematkan pada dirinya? Barangkali itu semua kembali pada motivasi awal yang membuatnya menunaikan ibadah haji, menunaikan panggilan Allah ataukah panggilan gengsi? He..he..he… hanya sekedar sentilan lho Mbak.

    Terima kasih telah berbagi ilmu yang mencerahkan, semoga Allah Swt memberikan balasan kebaikan pada Mbak Fatimah.

    Salam penuh kedamaian di penghujung pekan…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden….

      Alhamdulillah, mudahan sedikit kongsian ilmu yang digarapkan dalam penulisan yang sederhana ini akan menambah wawasan sambil berasa syukur dan kegum dengan kekuasaan Allah SWT yang dikurniakan kepada manusia.

      Namun dalam kemudahan prasarana yang kian maju dan menyelesakan, semakin ramai yang terpesona dan lebih mengarah kepada duniawi berbanding ukhrawi. Mudahan niat kita harus dijaga rapi agar tidak kecundang dek panahan harta benda yang melalaikan hati.

      Terima kasih kembali atas kunjungan dan komentar yang mencerahkan.
      Aamiin, Ya Rabbal’alamiin atas doa yang dilampirkan buat usaha yang sedikit ini. Didoakan mas Raden dan keluarga juga diberi kebaikan yang sama.

      Salam hormat selalu. 😀

  9. Pingback: CT192. WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN (5): MAKKAH 2020 & 2050 | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  10. assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh. saya juga pada th 2011 yang lalu mendapat panggilan Allah untuk menunaikan ibadah haji. seandainya saat itu kita bisa ketemu, alangkah senangnya hati ini. wass

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, H. Lalu Mulyadi….

      Alhamdulillah, jemputan Allah SWT sudah dilaksanakan. Semoga beroleh haji mabrur. Bersilaturahmi ke LMGS G2 ini juga merupakan satu pertemuan yang diiznkan Allah. Terima kasih untuk kunjungan pertana.

      Salam hormat. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.