CT324. RINDU BUAT KEKASIH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

RinduFatima1Padamu

*

Rasa ini…..

murni dan setulus hati. Walau hanya dari kejauhan, getar tetap menyelinap ke urat nadi. Debar pesona gusar melewati nurani suci.

Ku habiskan sisa nafas yang gundah. Menghilang resah yang payah. Sukar melingkar jiwa untuk menyatu rasa kerana terpisah jasad nan lelah.
*

Rindu padamu….

menyapa tanpa mengenal ruang dan waktu. Di mana-mana. Saatku berjalan, berlari, berdiri, duduk, baring hingga ku terlena dalam selimut kasihmu.

Kita bertemu dalam seribu cerita tanpa rupa. Berbicara tanpa suara, bertatap tanpa mata, mengukir senyum tanpa sedar. Sedangkan hati saling mendengar dan menyentuh rasa.

Kita adalah kita yang jauh dari segalanya. Jauh di dunia, semoga dekat di sana. Abadi di firdausi tak kan pernah berpisah lagi.

*
Wahai Kekasih yang menyentuh hati…

Setiaku ingati. Sabdamu ku sebati dalam diri di setiap saat dan masa. Apa yang perlu engkau ketahui adalah sebuah rindu yang ku pendam. Jauh ku simpan direlung hati yang terdalam. Hanya untukmu.

Mengertilah…. selamanya. Selagi hayat masih ada. Rinduku tidak pernah padam walau jasadku sudah bersemadi. Ku pasti di sana, noktah rindu kita menyatu dalam bahagia.

-*

-siti fatimah ahmad –

       11 April 2015 – Sabtu /21 Jamadil Akhir 1436H
Sarikei, Sarawak
1001 malam

*

Untukmu yang selalu ada di HATIku…

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima12 April 2015 (Ahad)/ 22 Jamadil Akhir 1436H/ 10.50 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU…. melirik pada titis hujan yang turun, ada rindu yang gugur bersama sendu lewat semalam yang panjang. Kian larut gelap menenggelamkan wajah alam memudar segala cerita yang disimpan di kanvas lukisan. Aku menyepi dalam cinta yang tidak pernah ku kongsikan lagi kecuali pada Sang Pencinta dan Kekasih Abadi.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU… Hari ini, belum tentu milik kita. Setiap detik waktu dalam genggaman-NYA.  Semuanya sudah tersurat dalam siratan yang tidak bertanda. Raihlah kejayaan dalam lafaz Basmalah agar hidupmu berpahala. Sentiasa ada doa untukmu.   Aamiin. Wassalam. 🙂

*

RinduFatima2Puisikupadamu

*

TAK PERNAH  JEMU

KU SEBUT NAMAMU DI HATIKU

*

16 thoughts on “CT324. RINDU BUAT KEKASIH

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi….

      Hati sahaja yang mampu mengungkap rindu yang terkandung dalam jiwa. Peritnya terasa hingga menyusuk dalam. Sukar nak diungkapkan kecuali dari patah-patah kata yang diluahkan bersama tangisan yang panjang.

      Begitulah ya, mbak… 😀
      salam manis dan terima kasih.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah…

      Benar, kak. Sesiapa yang ada cinta padanya dapat merasai nikmat rindu yang indah dan derita yang payah. Semua itu kesan rindu dlam jiwa manusia.

      Terima kasih dan salam manis. 🙂

  1. aku pun merindui junjungan ku semoga bisa bertemu dengan nya di hari kemudian seandainya kita diperkenankan memiliki kekasih selain Nya maka tentulah kujadikan ia kekasih

  2. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Masya Allah, indah sekali, Mbak Fatimah, guratan kerinduan dalam jalinan kata. Rasanya saya tak bisa mengomentari selain ikut larut dalam rindu di dalamnya. semoga cahaya kian membuat rindu kian berwarna bahagia.

    Salam cahaya dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Iya, mudahan begitulah harapan kita. Rindu juga membuat dunia indah berseri dan berusaha untuk mewarnainya dengan kata-kata luhur yang bercahaya.

      Terima kasih mas Amazzet dan salam hormat. :).

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.