CT287. HARI WUKUF 1435H = HAJI AKBAR ?

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

WukufFatima1Arafah

*

HARI INI, 3 OKTOBER 2014 bersamaan 9 Zulhijjah (JUMAAT), merupakan HARI WUKUF di bumi Arafah, Makkah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Agung Arab Saudi.

Manakala menurut kalendar (takwim) Islam di Malaysia, tarikh 9 Zulhijjah bersamaan 4 Oktober 2014 (Sabtu). Oleh itu, telah diumumkan bahawa HARI RAYA AIDIL ADHA DI MALAYSIA akan berlangsung pada

 5 Oktober 2014, HARI AHAD.


Namun terdapat kekeliruan di kalangan umat Islam di Malaysia tentang perbezaan waktunya. Mudahan penjelasan dari Dr. Abdul Basit Abdul Rahman dapat memberi pencerahan kepada persoalan yang ditimbulkan. Semoga kebaikan akan menyusul setiap amalan baik yang hendak dilakukan. Aamiin.

*

*

APAKAH SEBENARNYA MAKSUD HAJI AKBAR ?

Ramai sedia maklum bahawa musim haji tahun ini disebut sebagai HAJI AKBAR kerana jatuhnya pada HARI JUMAAT.

Apakah perkara ini disandarkan kepada Hadis Nabi SAW atau merujuk kepada pandangan para ulamak.

*

Terdapat satu hadis yang menjelaskan KELEBIHAN WUKUF PADA HARI JUMAAT iaitu daripada Razin bin Muawiyyah dalam Tajrid as-Sihah. Beliau menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Hari yang AFDHAL sekali ialah HARI ARAFAH kalau bertepatan jatuhnya pada HARI JUMAAT. Wukuf pada HARI JUMAAT itu lebih afdal daripada 70 kali haji SELAIN DARIPADA HARI JUMAAT.

*

PERHATIAN PENTING:

Ulamak-ulamak menyebut Sanad Hadis ini TIDAK SAHIH dan TERBATAL. Imam Ibnu Qayyim rhm. menjelaskan bahawa hadis ini BATAL kerana tidak berasal dari Nabi SAW.  Menurut Imam Ibnu Hajar rhm, beliau tidak mengetahui kedudukan hadis ini. Manakala Imam Sahawi rhm. menyatakan hanya Razin sahaja yang membawa hadis ini.

*

JANGAN IKUT-IKUTAN

Jika demikian, mari kita teliti pendapat beberapa ulama muktabar agar kita memahami dengan ilmu dan bukan kerana ikut-ikutan (taklid). 

PERKATAAN HARI HAJI AKBAR terdapat dalam AYAT KE-3 daripada SURAH AL-TAUBAT. Allah SWT berfirman yang kira-kira bermaksud”

“dan satu pengisytiharan (pemberitahuan) daripada Allah dan Rasul-NYA kepada umat manusia pada HARI HAJI AKBAR (HARI RAYA) bahawa sesungguhnya Allah dan Rasul-NYA berlepas diri daripada orang-orang musyrik….”

*

Ulamak telah khilaf kepada DUA PENDAPAT berkenaan dengan HARI HAJI AKBAR iaitu:

1. Imam al-Nawawi menjelaskan YANG ZAHIR PADA HARI RAYA. Ini menurut pendapat Imam Maliki, Imam Syafie dan Jumhur Ulamak.

2. HARI ARAFAH. Ini adalah pendapat Imam Syafie dalam satu riwayat yang dinukilkan oleh Qadi Iyadh.

  • Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti dalam tafsirnya Ad’wa al-Bayan 2/383 – 384 berkata pendapat yang paling sahih ialah pada HARI RAYA HAJI atau HARI RAYA QURBAN.
  • Ulamak berkata HAJI AKBAR ialah haji yang besar UNTUK MEMBEZAKANNYA dengan umrah.
  • Syeikh Sya’rawi dalam kitabnya al-Haj al-Akbar berkata HAJI AKBAR (dengan menggunakan isim tafdil) menunjukkan adanya HAJI KABIR (Haji Besar). Dinamakan HAJI AKBAR bagi ibadah haji kerana terdapatnya WUKUF DI ARAFAH, dimana disaksikan oleh para jemaah haji dari pelusuk dunia yang merupakan perhimpunan besar bagi umat Islam.
  • Jika KEBETULAN Hari Arafah jatuhnya pada HARI JUMAAT, Syeikh Sya’rawi menjelaskan bahawa SEBAHAGIAN ULAMAK berpendapat ada LIMA KEISTIMEWAAN iaitu:
  1. Bersamaan dengan haji Rasulullah SAW di mana hari wukuf jatuh pada hari Jumaat.
  2. Hari Jumaat mempunyai satu waktu di mana doa dimakbulkan.
  3. Amalan bertambah mulia dengan sebab hari dan tempat
  4. Diampunkan dosa bagi mereka yang wukuf di Arafah
  5. Terdapat riwayat kelebihan Hari Arafah sebagai SEMULIA HARI, antaranya;
*

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Tidak ada suatu hari di mana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah).” (Sahih Muslim)

*

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.“.(Riwayat Ahmad)

*

(sumber rujukan: Bahagian Bimbingan, Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji Malaysia)

symbols-of-gratitude

*

MARI PUASA SUNAT HARI ARAFAH

Alhamdulillah, setelah kita memahami konteks HARI ARAFAH yang mempunyai kelebihan tersendiri, marilah kita (muslim di Malaysia) sama-sama menunaikan PUASA SUNAT HARI ARAFAH pada esok hari, 9 Zulhijjah 1435 bersamaan 4 Oktober 2014 (Sabtu). 

Selain dua hadis di atas terdapat satu hadis masyhur menjelaskan kelebihan PUASA HARI ARAFAH seperti di bawah ini.

*

gambar-puasa-sunat-hari-arafah-2014

*

Mudahan apa yang saya kongsi berdasarkan pembacaan dan penelitian dari sumber yang dipercaya dapat membuka minda kita yang selama ini masih keliru dalam memahami makna HAJI AKBAR yang sebenarnya seperti yang dijelaskan melalui dalil NAQLI dan dalil AKLI.

*

FOTO LANGSUNG HARI WUKUF

Berikut adalah foto-foto Hari Wukuf yang berlaku pada hari ini (3 Oktober – Jumaat). Foto-foto kurang jelas ini diambil menggunakan kamera 12 mega pixel dari telefon bimbit Blackberry Torch menerusi siaran langsung dari saluran Astro 111, TV ART VARIETY berbahasa Arab. 

Suasana yang hebat dan dahsyat ini mengingatkan saya dan SPH yang pernah menghuni beberapa jam di bumi Arafah. Malah sempat tidur semalaman dan merasai sejuknya udara di malam hari. Pengalaman itu akan saya tulisakan di posting khas di kemudian hari.

*

Dengan kongsian foto-foto berikut, sekurang-kurangnya kita yang tidak berada di Padang Arafah dapat mengalami pandangan yang hebat dan menghadirkan rasa rindu yang dalam untuk kembali ke sana dan berkumpul bersama saudara islam sedunia.

Foto-foto ini diambil sekitar jam 6.30 petang sehingga 6.43 petang waktu Malaysia. Manakala waktu Makkah adalah pukul 1.30 petang, lebih kurang satu jam sesudah masuk waktu Zohor bersamaan masuknya WAKTU WUKUF 9 Zulhijjah sehinggalah tamat apabila masuk waktu Maghrib petang tersebut.

PERBEZAAN WAKTU ANTARA MALAYSIA DAN MAKKAH ADALAH 5 JAM

*

 WukufFatima2PadangArafah

*

WukufFatima3PadangArafah

*

WukufFatima4PadangArafah

*

WukufFatima5PolisPerondaUdaraSA

*

WukufFatima6MulaArafah

*

WukufFatima7PadangArafah

*

WukufFatima8JabalRahmah

*

SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN KITA GANJARAN ATAS SETIAP PENGORBANAN UNTUK MENINGGIKAN SYIAR ISLAM DI MUKA BUMI INI. AMIIN

 

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima

3 Oktober 2014 (Jumaat)/  8 Zulhijjah 1435H/ 11. 26 malam.  Sarikei, Sarawak

AKU….. bersyukur kerana berpeluang menyelusuri denai yang pernah dilalui Baginda Rasul SAW di bumi gersang yang mempunyai seribu makna dari tangisan dosa yang mengalir di bumi Arafah. Ya Allah, semoga ENGKAU menerima doa dan taubatku sejak kelahiran baru sehingga aku menemui ajal kematianku. Aamiin Ya Rabb.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Dedikasiku Untukmu… bersihkan hati dari segala prasangka yang boleh mengakibatkan jiwa tidak tenteram dan meragukan kejernihan rasa yang tidak sepatutnya disuburkan dengan keluh kesah yang mencurigakan. Mudahan kita diampunkan Allah SWT atas khilaf kita. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

UCAPAN HARI RAYA

Dalam kesempatan yang hanya tinggal satu hari sebelum menjelma 10 Zulhijjah, setulus hatinya saya sekeluarga ingin mengucapkan kepada teman pembaca LMGS G2

*

AdhaFatima2

*

AdhaFatima3.2014

*

*

PABILA TAKBIR BERKUMANDANG… SELURUH RINDU MENGUMPUL RASA

*

24 thoughts on “CT287. HARI WUKUF 1435H = HAJI AKBAR ?

  1. Bu Siti, sholat ied hari sabtu? saya juga sabtu. Alhamdulillah kita sama dalam satu waktu dan sepakat dalam islam. cuma pemerintah negara saya menetapkan hari ahad. entah gimana mikirnya mereka. dan cuma indonesia yang sholat ied-nya ahad. negara-negara lain sabtu.
    winterwing telah kembali dengan ratusan konten. makasih untuk dukungan Bu Siti selama ini.

    • Maaf Wahyu… mungkin penulisan saya tidak lengkap kerana hanya menjelaskan tentang Puasa Sunat Arafah sahaja sedangkan tarikh Hari Raya Aidil Adha tidak ditulis. Namun sudah saya paparkan dengan jelas di atas.

      Perbezaan tarikh hari raya antara Arab Saudi dan negara-negara lain berlaku disebabkan oleh waktu yang tidak sama. Kalau di Malaysia jarak waktunya adalah 5 jam.

      Terima kasih sudah berkunjungan dan memaklumkan.
      Salam Aidil Adha. 🙂

  2. Assalamualaikum ukhti Fatimah, pemerintah malaysia dan Indonesia bersamaan waktu merayakan IDUL ADHA, pada tanggal 5 Oktober, meskipun ada yang sholat ied pada hari sabtu, 4 Okteber, namun semoga perbedaan itu tidaklah menjadi dasar perpecahan, melainkan membuat persatuan umat Islam semakin kuat, karena perbedaan itu adalah rahmat….
    selamat merayakan IDUL ADHA, bila ada salah dan khilaf dalam kata serta prilaku selama nge-blog…mohon dimaafkan lahir batin, keep happy blogging always..salam dari Makassar 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto…

      Alhamdulillah, sehingga kini di Malaysia tidak berlaku percanggahan dalam penentuan mana- mana tarikh hari raya. Semuanya disepakati oleh pihak yang dipertanggungjawabkan dalam bidang agama untuk menjalankan tugas masing-masing agar tidak timbul kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

      Walau bagaimana pun, jika adanya perbezaan, mudahan ia bukan menjadikan umat Islam berpecah belah dan huru hara kerana kita mempunyai sumber yang boleh dirujuk seperti al-Quran, al-Hadis, Qiyas dan Ijmak Ulamak dalam menentukan kesahihan sesuatu masalah.

      Terima kasih mas Hariyanto atas kunjungan dan perkongsian ideanya. Selamat Hari Raya Iedul Adha. 🙂

  3. Assalamualaikum wr wb
    Kak Fatimah 🙂

    Kami sekeluarga besar di jakarta juga turut mengucapkan selamat hari raya Idul Adha untuk seluruh keluarga di sana,
    Moga dimomen hari yang penuh berbagi dan bahagia ini, kita selalu mendapat ridhonya . Amin

    Salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi…

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Saya juga mendoakan mbak Sussi dan keluarga di sana dalam kebahagiaan dan dilimpahi keberkatan hidup yang tenang dan damai seluruhnya.

      Salam Aidil Adha yang mulia dan terima kasih berkunjung kemari mbak. 🙂

  4. Alhamdulillah -Wasyukurillah … alangkah jelas uraian tentang Haji Akbar, Hari Arafah dan Puasa Arafah … dan Syukurlah di Malaysia hari Iedul Adha jatuh serentak (5-10-2014) … dinegeri kami ada 2 versi yaitu hari Sabtu (4-10-2014) dan Minggu (5-10-2014) … terpulang pada keyakinan masing2.

    Salam taqzim dari Pekanbaru – Riau.

    • Alhamdulillah, mudahan mendapat manfaat dari penjelasan yang sederhana di atas. Saya sudah mengetahui tentang berlakukan keadaan 2 versi setiap kali puasa atau hari raya. Mudahan ia tidak menjadi sebab kepada perpecahan umat Islam. Hanya lebih kepada keyakinan yang sepatutnya dengan toleransi dapat disatukan seluruhnya.

      Dulu di Malaysia juga demikian, apabila sudah disepakati maka tidak timbul lagi permasalahannya di kemudian hari. Di harap negara Indonesia juga begitu, suatu hari nanti. Aamiin.

      Terima kasih Soeman atas kunjungan dan salam Aidil Adha yang mulia. 🙂

    • Kalau di kampung saya (semasa masih kecil dan remaja), biasanya selepas solat sunat Aidil Adha akan ada rombongan tertentu yang datang ke rumah dan bertakbir ramai-ramai dari rumah ke rumah. Setelah itu menjamu selera. Hari-hari lain juga demikian tetapi tidak semeriah hari pertama.

      Kini, tradisi tersebit sudah hilang ditelan zaman dan kurang diparktikkan lagi, entah kenapa. Semuanya membuat hati kering dan kehilangan suasana indah itu.

      Tentu di sana ada tradisi juga ya, Dina ?
      Terima kasih sudah berkunjung dan salam Aidil Adha yang indah. 🙂

  5. ALLAHU AKBAR-ALLAHU AKBAR-ALLAHU AKBAR
    LAILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR
    ALLAHU AKBAR ALILLAHIL HAMDU

    GEMA TAKBIR SABTU MALAM MINGGU DILANJUT POTONG SAPI DAN KAMBING KEESOKAN HARINYA DI SINI [SEMARANG] CENTER JAVA

    ALLAHU AKBAR

    SEMOGA PARA HAJJI DIBERI MABRUR

    • Aamiin, selain kita mendoakan para hujjaj memperolehi haji mabrur, didoakan juga mereka yang menyembelih qurban mendapat perkenan dari Allah SWT.

      Terima kasih mas Ilyas, mudahan kebaikan akan mencerahkan seluruh kehidupan umat Islam dalam perpaduaan ummah.

      Salam sejahtera dan salam Aidil Adha. 🙂

  6. Ass……..

    Selamat hari Raya Idul Qurban bunda, semoga kita semua dalam keadaan tetap bahagia dan selalu diberikan kecerahan dan keberkahan dalam hdup bersama keluarga dan orang-orang yang kita cintai dan sayangi.

    Salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra…
      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Alhamdulillah mudahan pencerahan dankedamaian selalu dalam kehidupan yang dilimpahi rahmat dan barakah Ilahi.

      Terima kasih mas Indra dan salam Aidil Adha yang mulia. 🙂

  7. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Di sinilah penting bagi kita bersama untuk memahami segala sesuatu dengan ilmunya ya, Mbak Fatimah. Maka, belajar dan belajar, termasuk banyak membaca dan mendengarkan serta meneliti penting untuk kita lakukan. Sebab, mencari ilmu termasuk kewajiban.
    MasyaAllaah…, itu foto2nya semakin membuat diri ini rindu, Mbak.

    Salam hormat dari Jogja, Indonesia
    @muhaiminazzet

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Memang sepatutnya begitulah respon yang kita perlu lakukan untuk mendapat pengetahuan dari sesuatu ilmu yang menjadi musykil kepada kita. Islam mengajar kita untuk tidak menerima sesuatu ilmu tanpa diselidiki sumbernya agar kita tidak sesat dan tersasar dari jalan yang benar.

      Mudahan dengan rajin menelaah dan membaca kita dapat meningkatkan kefahaman, menumbuh pengertian dan membuka fikiran dengan lapang dada untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari semalam. Aamiin.

      Alhamdulillah, sepanjang musim haji ini, saya selalu melekat di depan tv untuk menonton slot-slot perkhabaran dari Makkah. Semua itu untuk melepas rasa rindu yang semakin hari tumbuh subur untuk ke sana kembali.

      Terima kasih mas Amazzet kerana sudah hadir berkunjung.
      Salam hormat selalu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ditya…
      Selamat Hari raya Aidil Adha. Saya difahamkan di Indonesia merayakan dua hari berasingan.

      Terima kasih Ditya atas kunjungan walaupun telat. 🙂
      Salam ceria di hujung minggu.

  8. Pingback: CT291. KISWAH @ KELAMBU KAABAH 1435H/ 2014 | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.