CT85. BUNGA GUBAHANKU (1)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Foto 1. Bunga  ini  menghiasi atas televisyen pada awalnya. Tetapi telah dipindah ke atas almari buku di ruang tamu, setelah gubahan baru yang lebih eksklusif.

****************

Maaf, berlaku masalah teknikal ketika sedang mengedit posting ini. Posting ini telah diterbitkan semalam. Maka dengan sabar dan hati yang kesal atas kecuaian,  saya mengedit semula dengan memendekkan foto-foto gubahan bunga ini untuk disisipkan sebagai masa “ISTIREHAH” sebelum tulisan Travelog Hajjah (1) bertajuk “FORMULA JERI’S” diterbitkan.

Semoga semua ini memberi pengajaran untuk melakukan sesuatu dengan tenang dan “relax”. Mungkin kerana terlalu penat, mengantuk dan mata sudah berpinar-pinar, lalu ketikan menjadi tidak keruan halanya. Mudahan tidak berulang lagi. Satu pengajaran yang “melelahkan.”

SELAMAT MENJAMU MATA

Foto 2. Gubahan bunga ini menghiasi almari rak kasut di ruang tamu. Khusus digubah sebagai penyeri kepada sejumlah foto-foto Konvokesyen saya supaya kelihatan sangat istimewa. Inilah gubahan pertama sebelum gubahan yang lain.

****************

Foto3.  Bunga ros kuning itu digubah sebanyak 4 pasu yang serupa dan gubahan yang sama bagi menghiasi kiri dan kanan almari televisyen di ruang tamu. Manakala gubahan di pasu besar hanya sebuah kenangan indah kerana setelah foto ini di ambil, saya telah merombaknya untuk dijadikan gubahan baru yang lebih menarik dan cantik.

****************

1 Febuari 2012 (Rabu)/ 9 Rabi’ul Awwal 1433H/ 1028 malam- Sarikei, Sarawak

AKU…. yang selalu berusaha menghargai segala ANUGERAH TERINDAH daripada Allah SWT kepadaku. Alhamdulillah wa syukrulillah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 BUNGA SEROJA  (foto googles)

****************

LAGU KEGEMARANKU – BUNGA SEROJA DEDIKASIKU  UNTUKMU – BUNGA SEROJA  OST LASKAR PELANGI

***************

HADIRMU SELALU MEWANGI DUNIA HATIKU.

44 thoughts on “CT85. BUNGA GUBAHANKU (1)

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra….

      Aamiin.. Ya Rabbal’alamiin.
      Terima kasih untuk doanya di awal pagi ini, semoga mas Indra dan juga keluarga diberi keberkatan yang sama oleh Allah swt.

      Salam sukses kembali.

      • Ass…..
        Hadir kembali di website yang indah ini untuk memberitahukan bahwa ada sebuah award persahabatan untuk website ini dari kami. Bila berkenan dapat mengambilnya di tempat kami ya Bun.

        Sukses selalu
        Salam
        Ejawantah’s Blog

  1. Assalaamu`alaikum kak,
    cantiknya gubahan bunga yang dibuat oleh akak, memang kreatif… mungkin suatu hari nanti akak boleh perturunkan seni gubahan bunga tu kepada saya pulak 🙂

    • Wa’alaikum salaam wrt.wb, dik Mama…

      Lega rasanya dik Mama tidak mengkritik gubahan akak tu… 😀

      Sebenarnya, mengubah bunga ini tidaklah susah sangat. Hanya perlukan bunga-bunganya, fikiran yang mahu digunakan dan kesabaran yang tinggi. Oh ya… minat mesti nombor satu, dik.

      No problem dik, jika mahu beritahu aja akak. 😀
      Terima kasih untuk apresiasinya.

      • Saya dah cuba buat kak, tapi bunga tak secantik yang ada dalam gambar akak tu 🙂 , kak kalau tak letak span untuk dijadikan cerucuk kat bunga tu, boleh tak? Sebab saya ni alah kepada benda-benda berhabuk,dan habuk yang keluar daripada span tu akan menyusahkan saya kelak. Adakah cara untuk menyusun bunga tanpa perlu meletakkan span?

        Terima kasih kak…

        • Alah, jangan memperkecilkan bakat sendiri dik. Cuma bakatnya belum diasah tajam lagi. Untuk mengubah bunga memerlukan kesabaran yang tinggi dan kesungguhan.

          Hehehe..kalau dik Mama merujuk kepada foto 3 untuk bunga di pasu besar itu, gubahannya tidak menggunakan span. Akak susun elok dan bunganya harus banyak supaya kelihatan tetap dan tidak beranjak. 😀

          Yang penting adalah kreativiti kita untuk menghasilkan sebuah karya mudah dahulu kemudian barulah yang sukar bentuknya. Bila sudah biasa, tiada lagi istilah sukar untuk merangkai bunga mengikut cita rasa kita sendiri.

          Insya Allah, masih banyak lagi gubahan bunga akak yang belum dikongsikan. Posting tentangnya akan menyusul sebagai “selingan”. 😀

          Salam sayang dari akak.

  2. Assalaamu`alaikum,
    pandai sangat merangkai bunganya… membuat cantik ruang tamu. luar biasa… Bunda.. ni.
    Namun jangan diletakkan dekat Angry Bird… bisa dirusaknya nanti. 😀

  3. wa ‘alaikum salam warahmatullahi wabarakaatuh,,
    canytik nian bunda.. tentu ini membuat anak- anak dan suami betah tinggal dirumah..

    • Alhamdulillah, terima kasih untuk apresiasinya mbak.
      Hehehe… bunga pun bisa membuat orang duduk betah di rumah juga ya mbak.

      Mungkin benar itu kerana saya tidak pernah memikirkannya dan tidak pernah pula bertanya. 😀

    • Aamiin… Ya Rabbal’alamiin.
      Mudahan demikianlah hendaknya.
      Sebuah rumah yang nyaman diduduki, kemas dengan segala dekorasi yang indah yang terhasil oleh buatan tangan sendiri. Sungguh satu kepuasan bila berada di sekelilingnya.

      Terima kasih mas Amazzet.
      Selamat bergembira bersama keluarga di penghujung minggu ini.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang CM…

      Senang menerima kunjungan dari Kang CM. Mudahan tahun baru 2012 ini, silaturahmi bisa dijalin kembali untuk berbagi ilmu dan hikmah yang bermanfaat.

      Terima kasih kang.
      Salam ceria di penghujung pekan.

  4. Assalamualaikum wr wb, Farimah

    Selamat menyambut Maulidur Rasul 1433

    ‘Telah zahir Nabi Pilihan, inilah kesukaan sebenarnya.’
    Maka sungguh bertuahlah sesiapa yang suka memuliakan Nabi saw itu sebagai tujuan hidupnya.
    – Maulid Berzanji

    Cantik bunga-bunga yang menghiasi ruang tamu, sejuk mata memandangnya.

    Salam dari Singapura

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Zohra…

      Subhanallah, tiada kekasih yang dapat mencintai kekasih yang tidak pernah dilihat wajahnya, dibayang senyumannya, diintip tingkahnya, dirindu sosok tubuhnya kecuali cintaku kepadanya… Rasulullah saw tercinta. Setiap kali merindu Rasulullah, mata ini selalu bergenang untuk bertemu muka. Semoga Allah meredhai di akhirat kelak, di syurga sana.

      Sungguh..saya merasai nyaman dan hebat bila sebuah cinta itu dibiar bebas merdeka dengan doa-doa yang jauh dari pandangan mata bersama sayap-sayap rindu yang berterbangan di angkasa raya. Tetapi hati sangat rasa kedekatannya seperti hadir di sisi.

      Subhanallah… Law kana bainana… Muhammad bin Abdullah. Ana uhibbuka Ya Rasulullah.

      Selamat menyambut Maulidur Rasulu juga, Zohra.
      Bunga-bunga selalu menyeri mata dan menyejuk hati.

      Terima kasih Zohra. Salam mesra selalu.

  5. Selamat Memperingati Maulid Nabi Muhammad saw. Bunga itu ikut menghiasi rumah yang ‘sejuk’ saat pulang ke rumahsetelah bekerja keras diluar rumah….

    Enak dipandang mata

    • Terima kasih Azzahra untuk apresiasinya.

      Iya, bunga-bunga gubahan sendiri tanpa kita sedari dapat menjadi terapi kepada kepenatan yang kita alami sepanjang hari.

      Ia satu kepuasan sambil senyum-senyum memandangnya.dengan bersandar di sofa bersama ingatan menerawang ke tempat lain. 😀 Sungguh indah gaya itu sehingga tertidur santai tanpa disedari.

      Selamat Menyambut Maulidur Rasul juga.
      Salam hormat dan sukses selalu, Azzahra.

  6. Ass WW Bunda SFA,
    bunga gubahanmu sungguh cantik dan molek, rasanya susah utk mencari celah jeleknya karena semua bagus tertata demikian eloknya . nicee 😛

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, @brus….

      Alhamdulillah dan terima kasih atas penghargaan yang diberikan.
      Sebenarnya, masih banyak yang harus dipelajari dalam merangkai bunga ini.

      Tidak jelek dari pandangan mas Abrus, tapi masih belum memuaskan dari kaca mata saya. 😀

  7. Pingback: CT103. BUNGA GUBAHANKU (2) « LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  8. Pingback: CT136. BUNGA GUBAHANKU (3) « LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.