CTaa503. RESEPI AIR LEMON SIRAP PUDINA

ASSALAAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

LemonSirapFatima1.Pudina

*

AIR LEMON SIRAP PUDINA

*

Saya memang menggemari air Lemon Sirap Pudina. Tetapi kurang manis. Biasanya kalau hari panas atau saya sangat ingin menikmatinya, saya akan menyediakan minuman ini di dalam gelas besar dan masukkan ketulan ais atau  disimpan di dalam freezer agar dapat mengeras sedikit sahaja, bukan mengeras penuh. Ala-ala nak buat ais krim gebu dengan ais yang nipis.

Lazatnya tak terkata dengan perasa lemon yang masam-masam, daun pudina (mint) yang pedas-pedas sejuk dan sirap grenadine yang kurang manis. “Allahu, nikmat mana lagi yang hendak aku dustakan kalau dengan air ini sahaja sudah membuat aku bahagia. ALHAMDULILLAH ”

Saya akan pastikan buah lemon sentiasa ada. Daun pudina kalau habis, saya akan beli di Pasar Minggu Kubah Ria yang dijual seikat dengan harga RM2.00 atau minta dari Pengerusi Masjid Al-Mualimin, IPGKBL kerana kebun masjid ada menanam daun pudina ini. Air Sirap Grenadine memang “wajib” ada di dalam rumah. 

Kalau ingin merasai air kesukaan saya, saya kongsikan di sini. Resepinya senang sahaja.

RESEPI AIR LEMON SIRAP PUDINA

3 hirisan buah lemon – masuk dalam gelas. Hanya tekankan isinya agar keluar jus. 

Air sirap grenadine – jenama Sun Valley (ikut manis sendiri – saya suka kurang manis. Hanya ingin warna merahnya). Masukkan dalam gelas berisi hirisan lemon.

Beberapa helai daun pudina – dicarik-carik agar aroma dan kepedasan sejuknya terasa. Masukkan dalam gelas. 

Air dan Ais – mengikut jumlah kesukaan. Masukkan air dan ais dalam gelas berisi semua bahan di atas. Kacau atau kuar sebati. Baca Basmalah dan minum.

SELAMAT MENCUBA

(Jika anda mahu memasukkan sama ada batang serai, daun pandan, kulit kayu manis atau bunga cengkih, pun boleh, rasanya akan lebih lazat lagi)

*

CANTIK DAN KAGUM

KISAHNYA. Suatu hari, saya terlupa dengan gelas plastik oren yang saya guna untuk minum air Lemon Sirap Pudina disimpan terlalu lama di dalam freezer kerana sibuk berkebun bunga dan sayur. Akhirnya mengeras dan memerlukan masa yang lama untuk menjadi cair.

Apa yang menarik dan mengkagumkan saya adalah bentuk air Lemon Sirap Pudina tersebut semasa saya mengangkatnya dari gelas plastik. Sudu masih melekat ketat pada ais Lemon Sirap Pudina. Tidak dapat dicabut. Kuat.

Keindahan bentuknya sungguh cantik. Masya Allah. Inilah ciptaan Allah yang tidak kita nampak semasa ia cair. Sayang nak minum. Indah dan penuh estetika. Seperti ada topi, skirt, mata, ekor dan berkaki. 🙂 Semasa saya memasukkan ke dalam freezer, hanya kacau air dan terus letak. Tak terfikir kejadian ciptaanya begitu unik. Subhanallah. LIHAT SENDIRI DI BAWAH INI. Cantikkan.

*

LemonSirapFatima3Pudina

*

MUNGKIN ANDA JUGA BOLEH MENCUBA DAN LIHAT HASILNYA BAGAIMANA ALLAH MENCIPTA SESUATU DENGAN HEBAT TANPA PENGETAHUAN KITA.

*

Resepi LemonSirapFatima1.Pudina12.21

*

***************************************************************************************

*

ThankYouFatima2FromMyHeart

*

CintaFatima1untukmu

(BUATMU SPH yang menyambut Hari Ulang Tahun Hari ini. Semoga umur diberkati, kesihatan sejahtera, kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Aamiin Allahumma Aamiin. Barakallahu fiik.) 

**

***************

SalamFatima3SalamFatima5 Disember 2021 (Ahad) / 30 Rabiulakhir 1443H/ 1036 malam / Kota Samarahan.

Advertisement

4 thoughts on “CTaa503. RESEPI AIR LEMON SIRAP PUDINA

  1. Assalamualaikum wr wb, Kak Siti,

    Kalau melihat Air Lemon Sirap Pudina yang sudah jadi ais itu cantik sangat. Air Lemon Sirap Pudina ini mungkin juga bermanfaat untuk kesihatan.
    Di tempat saya daun Pudina susah dicari.

    Saya sudah lama tidak berkunjung ke blog Kak Siti. Saat ini pon saya sudah lama tidak menulis. Sudah hampir setahun. Kondisi masih malas menulis.

    Tadi Kak Siti menyebut Pasar Minggu Kubah Ria . Sayang langsung lihat di google street view. di google maps namanya Kubah Ria Commercial Complex. Saya juga melihat Market Bandar Riyal Samarahan di google street view. Dua market itu cantik dan ramai.

    I dream of selling Nasi Padang in both markets. Saya sendiri anak jati Padang, Sumatra Barat.
    Kalau saya lihat di google maps belum ada yang jual Nasi Padang di kedua pasar itu. This is a good opportunity.

    Salam sihat untuk Kak Siti dan Family.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Mas Alris…

      Semoga sukses dengan cita-cita untuk menjual Nasi Padang. Memang ada kedai Nasi Padang di Kuching seperti Kedai Makan Pak Agus. Tetapi tidak banyak yang menjualnya.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.