CT303. MENULIS TAJUK “YANG MENIPU” PEMBACA

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

MenulisFatima1MenipuPembaca

*

Perlukah kita menulis tajuk yang menipu pembaca ?

Persoalan ini selalu bermain di minda kita setiap kali ingin menulis tajuk yang bakal diluncurkan. Kita mungkin berfikir bahawa tujuan kita itu baik kerana mahu menarik perhatian sekaligus “mengajak” pembaca untuk membaca tulisan kita. Namun, saya yakin ada pro dan kontra dalam membicarakan tajuk ini.

Dalam beberapa kesempatan ketika melayari dunia maya, saya sangat tertarik dengan tulisan yang membicarakan tentang PENULISAN dari penulis senior atau pemula (yang selalu menggangap diri mereka sebagai orang yang baru menulis).

Menurut pemerhatian saya, idea-idea curahan para pemula ini juga sangat menarik dan hebat, Malah setanding dengan mereka yang sudah lama di dunia penulisan (senior) atau mungkin mereka merahsia identiti sebenar tetapi menggelarkan diri seorang penulis novis (pemula).

Minat dan kegilaan menulis menjadikan saya banyak berfikir dan menyoal diri apabila bertemu dengan sesuatu yang baharu dan mahu dicerna. Semuanya menarik perhatian saya untuk menikmati dunia tulis dan baca. Setiap blog atau laman web yang dikunjungi, akan saya baca sehingga habis untuk memahami apa yang hendak disampaikan penulis.

Saya pernah membaca beberapa tulisan tentang petua atau cara untuk menarik perhatian pembaca ke blog atau ruang penulisan mereka. Petua ini disarankan oleh beberapa penulis senior yang sudah masak ranum dalam bidang penulisan yang kemudiannya diikuti oleh penulis pemula.

Antara saranan mereka adalah MENULIS TAJUK (title) yang dianggap ‘MENIPU’ atau istilah yang mudah difahami sebagai ‘BOMBASTIK’. Biar ‘tergoda’ segala hati yang menatapnya dan terus klik ke tajuk tersebut.

“Tajuk” menipu atau bombastik ini, dikesan dapat menarik jumlah pembaca yang banyak ke blog mereka. Tetapi kadang kala, apabila membaca isi kandungan yang ditulis, ternyata tajuk dan isi tidak mempunyai relevansi.

Akhirnya, kekecewaan berlaku di hati pembaca kerana mengharapkan sesuatu yang benar dalam tajuk yang disiarkan sebagai HEADLINE bagi mempromosikan hasil karya yang diusahakan. Ternyata sebaliknya.

Bukankah ini merupakan satu penipuan ? Tidakkah nanti akan menimbulkan rasa kurang senang di hati pembaca dan berakibat kepada ’sumpah seranah’ kerana merasa diri mereka ditipu, dibohongi dan rasa diperbodohkan.

*

TenangFatima4

*

Pelbagai kategori tajuk-tajuk ‘menipu’ yang sering digunakan dalam menarik perhatian pembaca lain. Ada yang bernada positif dan tidak kurang juga yang negatif.

Namun begitu, jika dilihat dari sudut positif, jelas penulisan tajuk sebegini memperlihatkan kreativiti dalam pengolahan bahasa dan ayatnya. Ini juga dinamakan inovasi dalam idea penulisan dan membuat saya kagum dengan upaya fikir penulisnya.

Saya tidak membantah jika isinya bersifat positif dan memberi manfaat untuk meraih perhatian pembaca. Tetapi sebaliknya yang saya tidak senangi adalah tajuk yang berbau porno atau lucah. Besar kemungkinan saya tidak membaca postingan tersebut kerana tidak tertarik. 

Namun kadang kala, saya membaca juga untuk mengetahui apa sebenarnya yang dimahukan oleh penulis dalam tulisannya. Selain itu, saya juga ingin tahu manfaat yang ingin dikongsikan oleh sang penulis menurut perkiraan akanya. 

Sangat rugi jika kita menulis tajuk dengan TIDAK JUJUR semata-mata bimbang tidak ada orang datang dan membaca tulisan kita. Jika menulis tajuk sahaja sudah tidak jujur, bagaimana manfaat dari hasil karyanya dapat menempati dan mengesani hati para pembaca yang mengharapkan sesuatu yang bermanfaat dapat dipelajari dari tulisan kita..

Jangan takut menulis tajuk yang benar dan berkaitan dengan isi tulisan kita. Pilihlah tajuk yang mempunyai sensasi tersendiri yang dapat dimaknai dengan baik sehingga menarik hati pembaca. Jangan bimbang, yang menghadirkan hati untuk menuju ke blog kita adalah Allah Yang Maha Menyaksikan niatan hati kita dalam menulis.

Mudahan hasil tulisan kita menjadi pahala buat bekal di akhirat sana. Apa yang kita catat, fikir dan bicara, semuanya menjadi saksi dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt. Raihlah kebaikan melalui tulisan yang mengajak kepada perkongsian ilmu yang dapat mengubah pemikiran dan sikap orang lain.

*

MENULISLAH DENGAN BENAR

*

AlQarniFatima8KagumFatima2

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima3 Disember 2014 (Khamis)/ 10 Safar 1436H/ 10.58 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. menulis bukan kerana nama. Menulis memberi hiburan  kepada hati untuk meluahkan segala aksara agar bersepadu di alam nyata. Jika ingin menguasai dunia, tulislah sesuatu yang dapat dibaca untuk dipertahankan dalam cerita yang bernada minda. Menulis menjadikan aku belajar bersabar dengan kalimah-kalimah yang berbicara.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU… Di setiap detik waktu, doa untukmu selalu ku sisip dalam alun rindu zikirku agar kau sejahtera dan dilindungi Allah SWT di mana sahaja kau berada. Aamiin. Wassalam. 🙂

* RinduFatima3Penaku

*

*

30 thoughts on “CT303. MENULIS TAJUK “YANG MENIPU” PEMBACA

  1. Alhamdulillah..saya setia dengan tulisan tulisan Mbak Siti..penuh inspiratif , semangat serta Do,a.

    Jarang saya temukan penulis seperti mbak.. saya tidak pernah bosan utk mengulang membacanya lagi.

    terima kasih .. salam

  2. Waalaikumsalam, hmm aku merasa tersentil dengan tulisan ukhti, karena ada beberapa artikelku yang memilki judul bombastis..namun isinya tidak seperti judulnya, namun ..ada namunnya nich…dalam tulisanku selalu ada penjelasan mengenai judul yang bombastis itu…terus terang itu memang untuk menarik orang agar mau membaca artikel yang kubuat….. ,
    terimakasih sudah berbagi pendapat yang sangat bijak…salam takzim selalu untuk keluarga ukhti…keep happy blogging always…salam dari Makassar 🙂

    • Salut buat mas Hariyanto yang jujur memaknai penulisan tajuk sendiri. Saya yakin, bukan mas Hariyanto seorang yang berbuat begini, sesiapa sahaja yang terlibat dalam dunia penulisan juga berbuat yang sama dengan tujuan untuk menarik perhatian pembaca.

      Cuma yang kurang elok apabila tajuk tersebut bernada lucah yang tidak sesuai bagi mereka yang waras dan berakal. Tulisan ini bukan menggurui sesiapa, hanya sekadar mengingati diri saya juga agar tidak terjebak dalam perkara yang melarutkan manusia ke jalan pemikiran yang salah.

      Terima kasih kembali untuk kunjungan dan kongsian yang berbobot di atas. Mudahan diberkati Allah SWT. Aamiin.

      Salam sejahtera selalu. 🙂

  3. Assalamualaikum mbak Fatimah
    Memang demikian kiranya, ngeblog merupakan sarana untuk belajar bicara lewat tulisan, dan tinggal mau di bawa kemana arahnya, semuanya berpulang dari si empunya ya mbak
    Terima kasih mbak fatimah, dah mengingatkan kembali ke kita kita
    Salam 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi…

      Menulis memerlukan keinginan yang sihat untuk mencurahkan kebaikan akal fikiran untuk dimanfaatkan kepada manusia. Maka, latih diri dengan menulis yang dapat memaknai sesuatu yang dapat menjadi pencerahan.

      Terima kasih kembali mbak atas perkongsiannya.
      Salam manis selalu. 🙂

  4. assalamu’alaikum wr wb
    bunda fatimah.

    setidaknya saya juga pernah menemui hal semacam ini.
    tajuk yang terpampang dalam judul sungguh menarik hati tapi pada kenyataannya hanya tips dan trik belaka.

  5. Assalamualaikum ummi..
    “Menulis tajuk yang menipu pembaca” hmm…menarik tu. Tentunya ada pro dan kontra…namun bagi saya jujur adalah sebaiknya…Bimbang menimbulkan kurang senang dan tidak selesa kepada pembaca…
    Apa pun, terpulang kepada empunya diri yang menulis…

    Salam hormat dari Kuantan.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ikhwan…

      Setiap penulis mempunyai hak untuk menulis tajuk yang disukai, tetapi tajuk yang dilihat bermanfaat dan jujur sesuai isi penulisan adalah lebih menunjukkan kematangan dalam berfikir dan bertindak.

      Terima kasih Abu Ikhwan dan salam sejahtera. 🙂

  6. merupakann dua teknik yang wajib dicoba Bunda.

    kala sesuai
    atau judul yang menipu

    tujuannya demi berdakwah dan memberdayakan manusia 😀

  7. Assalamualaikum …

    bu SFA … Betoolll bu, setuju sangat … 🙂
    ‘Mudahan hasil tulisan kita menjadi pahala buat bekal di akhirat sana. Apa yang kita catat, fikir dan bicara, semuanya menjadi ‘amal kebaikan disi Allah SWT … sekecil apapun sangat berguna bagi kelak kemudian hari. Aminn Allahumma Aminn … .
    Salam taqzim dari pinggir Jakarta Timur

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya…

      Alhamdulillah, sesuatu yang dilakukan berasas kepada kemurnian fikiran akan berdampak kepada kesan yang positif dalam apa juga perlakuan yang dilakukan terutama dalam penulisan yang mempunyai kesan pengaruh tersendiri di hati pembaca. Maka, kita harus bijak dalam mengajak manusia ke arah kebaikan.

      Terima kasih Soeman. Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Semoga diberkati Allah SWT hendaknya.

      Salam takzim kembali. 🙂

  8. Assalamu’alaikum wr.wb. mbak Fatimah,

    Tajuk yg “menipu” pembaca ya mbak? Ah bagi saya hanya berusaha membuat tajuk yang sesuai saja dengan tulisan yang akan disampaikan.
    Seperti yang mbak Fatimah sampaikan diatas “menulis bukan kerana nama. Menulis memberi hiburan kepada hati untuk meluahkan segala aksara agar bersepadu di alam nyata”. Nah, ini rasanya sesuai juga dengan pandangan saya mengenai menulis.

    Apapun, mari tetap menulis dan berbagi, mbak.

    Salam persahabatan dari saya di Sukabumi,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…

      Sebaiknya kita menulis dengan hati yang murni menjurus kepada apa yang ingin disampaikan secara jujur dari pengalaman dan pengetahuan yang dapat dimanfaatkan kepada sesiapa sahaja.

      Terima kasih dan salam takzim. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.