CT353. MELAZATKAN STRAWBERRY MASAM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

BerryFatima1LazatMasam

*

SEGAR MENYALA

Ketika sedang mencari sayuran dan buahan di sebuah supermarket di bandar Sarikei, saya amat teruja apabila melihat beberapa kotak bungkusan kecil buah strawberry yang masih segar.

Terus teringat beberapa tahun yang lalu, saya pernah makan buah strawberry yang sangat manis ketika menjalani praktikal di sebuah hotel lima bintang untuk slot Etiket di Meja Makan.

Praktikal itu salah satu dari pelajaran dalam Kursus Protokol dan Etiket Sosial di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Tanpa memikirkan buah strawberry yang kelihatan segar dan merah menyala itu masam atau manis, saya terus mengambil sebungkus.

Harganya RM16.00 satu. Sangat mahal. Kenapa saya membelinya ? Ada 2 alasan. Pertama, ingin makan. Kedua, jarang jumpa buah strawberry segar di Sarikei. πŸ˜€

*

BerryFatima2DalamBungkusRM16

Ini bungkusannya. RM16.00 sebungkus.

*

BerryFatima3Merahmenyala

Warna merah menyala yang amat menggoda. Kelihatan sangat manis dan menggugah hati untuk menggigitnya segera. Aroma bau Strawberry memang menyegarkan.

*

Saya beri Ieesyah (anak bongsu berusia 10 tahun) makan dahulu kerana dia tak sabar nak makan. Hehehe…. sudah diduga, tubuh Ieesyah mula mengeliat dan dahinya berkerut.

“Masaaaammmm… ma. Tak sedap. Tak mahu makan lagi.” reaksi Ieesyah jelas menunjukkan rasa buah strawberry tersebut. Saya menggigit buah yang separuh sudah dimakan Ieesyah.

Hmmmm…. benar. TERSANGATLAH MASAMNYA. eee… saya menutup kuat mata sambil menggenggam buku tangan dengan erat. Rasa separuh nyawa hilang kerana masam yang bersangatan. πŸ˜€

*

BerryFatima4SebelahMasam

Saya potong dua buah strawberry. Ternyata….masya Allah, masaaamnya. Tak sepadan dengan rupa dan warna.

*

IDEA HEBAT

Saya berusaha mencari idea bagaimana hendak makan buah strawberry yang masam. Saya merenung buah strawberry. Kasihan kalau dibuang. Sudahlah mahal pasti membazir. Saya tidak mahu mengalah dengan syaitan yang berusaha menjadikan saya salah seorang “kawan”nya.

Tiinnggg !!!…. saya mendapat idea. Kebetulan saya juga membeli 2 set “YOGURT CALCI-YUM FERNLEAF” pelbagai perisa iaitu anggur, mangga, coklat dan vanilla. Yogurt itu khas untuk Ieesyah kerana dia suka makan yogurt.

Otak saya berfikir ligat untuk menjadikan yogurt sebagai penyelamat keadaan. ahamdulillah, idea itu muncul jua. Inilah 2 resepi yang saya fikir bernas dan terhebat pernah saya cipta untuk makan buah strawberry.

*

1. RESEPI CELUPAN YOGURT

Resepi ini sangat mudah. Hanya dua bahan digunakan iaitu (1) Buah Strawberry (dipotong) dan (2) Yogurt Calci-Yum (ikut perisa kesukaan) atau mana-mana yogurt jenama lain. Proses pelaksanaannya seperti berikut:

*

BerryFatima5SukuMasam

Buah strawberry dipotong empat (ikut suka hati nak makan sebiji, separuh atau suku)

*

BerryFatima6PerisaAnggur

Sediakan yogurt pilihan. Ini perisa anggur. Buka penutupnya agar mudah untuk mencolek isinya…hehehe

*

BerryFatima7Celupanlazat

Langkah akhir…. ambil potongan buah strawberry dan celup ke dalam yogurt. Masukkan ke dalam mulut dan rasai nikmatnya sambil memejam mata. Masya Allah… masaaamnya masih terasa kuat. Saya fikir resepi ini kurang praktik dan gagal menurut lidah saya. πŸ˜€

*

2. CAMPURAN YOGURT SEHATI SEJIWA

Sekali lagi saya berusaha mencetus idea untuk melazatkan rasa strawberry yang masam. Tujuannya agar saya dapat makan semua buah strawberry tersebut. Alhamdulillah, tidak memerlukan masa yang lama, saya memulakan langkah resepi kedua pula.

Bahan yang diperlukan ialah (1) buah StrawberryΒ  dan (2) yogurt CALCI-YUM FERNLEAF atau yogurt jenama lain mengikut kesukaan.

Ikuti langkah berikut. Anda akan merasai nikmat kemasaman strawberry dalam kelazatan yogurt campuran. πŸ˜€

*

BerryFatima8PotonganDadu

Buah Strawberry dihiris kecil (dadu) atau cincang halus

*

BerryFatima9PerisaCoklatMangga

Dua perisa Yogurt CALCI-YUM FERNLEAF , mangga dan coklat

*

BerryFatima10Campuranduaperisa

Masukkan dua perisa yogurt ke dalam mangkuk yang berisi buah strawberry yang dipotong dadu

*

BerryFatima11SehatiSejiwa

Gaul sebati. Anda akan nampak bentuknya yang sehati sejiwa. πŸ˜€

*

…SIAP dan boleh dimakan segera. Dengan ucapan BASMALLAH… saya dapat menghabiskan semua buah strawberry masam dengan kelazatan berganda. ALHAMDULILLAH.

Jika ingin lebih lemak, masukkan sedikit susu cair atau susu sejat. Simpan di dalam peti sejuk untuk mendinginkannya.

Resepi ini boleh juga dibuat kepada buah-buahan masam yang lain. Sudah pasti…. pembaziran tidak akan berlaku apabila kita tahu jalan penyelesaiannya.

SELAMAT MENCUBA

*

strawberry

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima1 Oktober 2015 (Khamis)/ 17 Zulhijjah 1436H/ 10.38 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. dan sekelumit rasa yang wujud dalam pertemuan yang dijanjikan Allah adalah sekilas dari cerita hidup yang panjang. Kita dipertemukan dalam sedar namun bayangan itu tetap melingkar. Diari hidup ini bukan senang dipentaskan tetapi mudah diceritakan. Ku hirup kasihmu dan ku luah sayang dalam tadah doa yang berpelukan.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Setulus hati ku simpul kasih yang mengait rindu. Biar jauh dari pandangan mata, namun dekat di hati terasa. Doa tanpa jemu ku titip untukmu dalam setiap nafas yang ku hela. Aamiin. Wassalaam. πŸ™‚

*

HatiFatima1Untukmu

*

*

26 thoughts on “CT353. MELAZATKAN STRAWBERRY MASAM

  1. Bagus sekali idenya mbak buat bikin strawberrynya jadi lezat.

    Jadi inget masih ada buah strawberry di halaman rumah, tinggal metik ,biasanya sih saya bikin smoothie

    Salam manis dari desa dongeng πŸ™‚

    • Hai mbak Ely… senang menerima kunjungan sahabat dari desa dongeng, Jerman. Didoakan mbak sihat kini. Maaf mbak, jarang BW sekarang, banyak tugas yang harus disiapkan.

      Baru saya teringat, pernah membaca tulisan mbak membuat smoothie menggunakan buahan dan sayuran. Tidak terfikir pula membuat buah strawberry masam itu jus campuran. Terima kasih mengingatkan saya.

      Salam manis selalu, mbak Ely. πŸ™‚

  2. Alhamdulillaah…., sungguh layak untuk dicoba ini, Mbak Fatimah, biasanya saya dan keluarga hanya mendesakkannya ke gula pasir untuk menikmati buah ini. Makasih banyak ya, Mbak, salam hormat dari Jogja πŸ™‚

    • Tak terbayang saya makan buah strawberry dengan gula pasir. Seperti saya masa kecil dahulu memakan ubi kayu (baca: ubi bandung) dengan gula pasir. Memang lazat.

      Terima kasih kembali mas Amazzet atas kongsiannya.
      salam takzim.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Neni….

      Hmmm… sudah habis dimakan Umi. Datangnya selalu lewat, maka tidak sempat dihidang untuk Neni. Lain kali…. berkunjunglah kemari awal-awal, biar umi hidangkan makanan lazat yang lain.

      Salam rindu dan sayang selalu dari Umi. πŸ™‚

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.