CT203. FRESH PAPRIKA OMELET WITH CHEESE

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

OmeletFatima1FreshPaprikaOmeletWithCheese

Hujung minggu adalah Hari Dapur buat CHEF FATIMA (saya). Hari yang sibuk untuk memasak bagi merealisasikan keinginan “perut” ahli keluarga dengan makanan kegemaran. Semalam saya menyediakan resepi yang saya namakan FRESH PAPRIKA OMELET WITH CHEESE (Telur Dadar Paprika Segar dengan Cheese) untuk suami tersayang, SPH.

Sejak Jumaat lalu, SPH membayangkan betapa sedapnya masakan Omelet di hotel. Kebiasaannya, hotel bertaraf 4 dan 5 bintang menyediakan khidmat menerima pesanan makanan dari pelanggan di waktu sarapan dan memasaknya terus dari dapur terbuka. Saya paling suka memesan Pepper Omelet with Cheese. Sedangkan SPH memesan telur separuh masak. Kadang kala SPH juga memesan Omelet jika telur separuh masak tidak disediakan.

Sebagai Chef tidak bertauliah tetapi dunia masakan sudah dikuasai sejak kecil, tentu tidak sukar untuk saya menyediakan apa yang SPH kehendaki. Lagipun, saya suka melihat Chef hotel memasak Omelet di hadapan ruang dapur terbuka dan meneliti cara mereka memasak. Sangat ringkas dan bersahaja. Melalui pemerhatian tersebut, amat senang untuk dilakukan.

Berikut saya kongsikan ramuan membuat FRESH PAPRIKA OMELET WITH CHEESE ala CHEF FATIMA. πŸ˜€ Sangat mudah. Omelet ini sedap dimakan begitu sahaja atau bersama nasi dan lauk lain.

OmeletFatima2BahanOmelet

Sediakan bahan-bahan seperti di atas. Semuanya dipotong dadu dan kecil. Gunakan planta atau marjerin sebagai ganti minyak masak agar aromanya naik. Untuk makan seorang, ambil sebiji atau dua biji telur. Pukul telur hingga sebati dan campurkan sedikit garam. Masukkan semua bahan di atas mengikut kemahuan. Goreng dengan api perlahan. Balik-balikan agar telur goreng masak sekata.Β  Setelah masak, hidangkan mengikut kreativiti.Β  Tabur lada hitam di atasnya, jika suka.

SELAMAT MENCUBA

OmeletFatima3FreshPaprikaWithCheeseFRESH PAPRIKA OMELET WITH CHEESE, siap untuk dimakan. πŸ˜€

*

NASI GORENG

OmeletFatima4NasiGorengUdangPutihKering

Takkan hendak makan telur sahaja, kan. Lalu saya menyediakan nasi goreng spesial yang saya namakan NASI GORENG UDANG PUTIH KERING. Bahan asasnya adalah cili merah, bawang merah, bawang putih dan serai. Bahan utama pula adalah Udang Putih Kering. Tambahkan sayuran (mengikut kesukaan). Semua bahan asas dan udang putih kering ditumbuk halus. Goreng nasi hingga masak dan siap dihidangkan.

OmeletFatima5UdangPutihKering

Untuk menghasilkan Udang Putih kering, Udang Putih segar setelah dibuang kulit (dikenali dengan nama Udang Lapis oleh masyarakat setempat) hendaklah dijemur di bawah terik mentari atau ditungku secara asap sehingga kering. Harga pasarannya sangat tinggi antara RM100 hingga RM150 sekilo.

*

SILAKAN MENIKMATI HIDANGAN HUJUNG MINGGU DARI CHEF FATIMA

OmeletFatima6NasiGorengUdangdanOmelet

Apakah menu hidangan hujung minggu anda ?

****************

26 Oktober 2013 (Sabtu)/ 21 Zulhijjah 1434H/ 10.15 malam – Sarikei, Sarawak

AKU… yakin HATI yang tunduk pada yang SATU, pasti berpadu. HATI yang mengingati pada yang SATU sentiasa bersatu. Pertautan HATI pada yang SATU sumber kekuatan sebuah ikatan dan KASIH yang diikat semata-mata kerana yang SATU pasti diredhai dan direstui oleh YANG SATU. Semoga Allah SWT meredhai kita. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. semoga bahagia. πŸ˜€

RinduFatima5Untukmu

*

DI LANGGIT BIRU, KU LIHAT ADA SENYUMMU YANG MENYERLAH

17 thoughts on “CT203. FRESH PAPRIKA OMELET WITH CHEESE

    • yummiiii.. jadi lapar rasanya, baru liat gambarnya sahaja, sudah terasa lapar perut aku ummi… πŸ˜€
      boleh jg tuh resep dari ummi, nantilah tak cobain πŸ™‚

      duuuhhh si naira, kenapa pula, hola neni asyik tulis koment, nangis merengek pula

      yah sudah, ummi aku pamit dlu

      wassalam

      • Memang mahu dikongsikan agar Neni dapat menikmatinya di sana. Sangat mudah, cepat dimasak dan lazat dimakan. πŸ˜€

        Cuba berikan mainan buat Naira. Pasti tidak menangis. πŸ˜‰

        Salam rindu dari Umi. πŸ˜€

  1. assalamu’alaikum
    sajian akhir pekan yang sangat menarik untuk keluarga. Apalagi adanya irisan kulit paprika membuat rasa semakin enak karena antara sensai kesegaran dan pedasnya

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Pakies…

      Hidangan yang sangat ringkas tetapi lazat. Keluarga saya semuanya suka hidangan yang berasaskan telur. Maka saya harus bijak untuk mempelbagaikan rupa bentuk dan rasanya melalui tambahan bahan lain yang menyokong keenakan hidangan telur itu.

      Cuma kalau sangat pedas (sehingga keluar air mata) kurang mendapat perhatian dalam keluarga.saya. Kalau pedas yang biasa sahaja, itu bolehlah diterima lagi.

      Terima kasih Pakies atas kunjungan.
      Salam hormat. πŸ˜€

  2. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Waduh, waduh…. pagi-pagi sebelum masuk kelas karena jam mengajar agak siang, eh kok ada sajian yang menggiurkan. Kebetulan belum makan pagi. Aduuuhh… jadi ingin mencicipi lho Mbak…

    Pintar juga Mbak Fatimah ini meramu masakan, pasti Sang Pangeran di rumah menjadi betah, tak perlu mencari-cari masakan di luar. Tentunya anak-anak dan ayahnya selalu lahap menikmati sajian di rumah.

    Eh, jadi lapar betulan nih, tapi sebentar lagi mau masuk kelas juga… Ditinggal dulu ya Mbak…

    Salam penuh kelezatan, he..he…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden….

      terima kasih sudah menikmati sajian Omelet di atas sebelum masuk kelas. Harap tidak kelaparan semasa mengajar…hehe.

      Alhamdulillah, setakat ini tidak ada chef yang dapat menandingi masakan Chef Fatima. Semuanya enak dan habis di makan, sehingga menjilat jari. πŸ˜€

      Terima kasih mas Raden atas kongsiannya.
      Selamat mengajar dan berbakti dengan ilmu yang bermanfaat.

      Salam hormat. πŸ˜€

  3. Lihat menu makanan yg disajikan chef Fatima ini membuat saya lapar,
    Baiklah, saya keluar kamar kost-an dulu untuk membeli nasi goreng yang biasa berjualan di depan di pinggir jalan…

    Mbak, goreng pisang nya mana? Hehehe…

    Salam,

    • Alhamdulillah, nasi goreng adalah makanan siap yang paling mudah untuk disediakan kerana semua bahan dapat dimasukkan sekali tanpa perlu menyediakan lauk yang lain.

      Insya Allah, akan diterbitkan pada masa yang sesuai.
      Terima kasih mas Titik Asa atas kunjungan.
      Salam hormat. πŸ˜€

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.