CT168. 16 MEI 2013: SELAMAT HARI GURU – GURUKU MANUSIA HEBAT

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

HariGuru2013Fatima1GurukuManusiaHebat

Penulisan ini merupakan intro kepada kisahku di Sekolah Rendah (SR). Sekolah kedua sesudah setahun berada di sekolah pertamaku, Kindergarten (Taman Kanak-Kanak) Balai Polis, Simanggang pada tahun 1973.

*

TAHUN 1974

Sejarah hidup ini menyaksikan pelbagai peribadi guru yang kita telah temui. Cuba kita ingat kembali. Siapa guru yang paling kita suka atau sayang ? Siapa guru yang paling kita benci ? (apakah sesuai perkataan “benci” untuk guru ?) Siapa pula guru yang paling kita takuti ?

Tidak dinafikan bahawa semua gejala emosi terhadap penampilan guru menunjukkan kehebatan mereka. Hebat …sehingga mereka di sayangi pelajar. Hebat…kerana menimbulkan kebencian kepada pelajar. Hebat…..menjadikan pelajar takut kepadanya. Yang mana satu kehebatan guru di atas, begitu mempengaruhi hidup kita di kemudian hari? 

Sepanjang tahun 1974 (Darjah 1) hingga 1979 (Darjah 6) zaman persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Abang Aing, Simanggang (ditukar kepada Bandar Sri Aman); saya lalui dengan penuh gembira. Betul-betul gembira menjadi murid. Sebabnya ? Silibus tidak banyak. Sekolah waktu pagi sahaja.

Waktu petang,  jika tidak ada ‘work party” (kerja kumpulan) saya akan bermain dan mengelilingi kampung bersama kawan-kawan (lebih tepat – sepupu) bersama Siti (Siti Rohani Effendi kini bekerja di syarikat sendiri), Eda (Norlida Bojeng- pembantu pembangunan masyarakat) dan Kecik (Sharifah Kamsiah Wan Salleh – suri rumahtangga). Kami sangat rapat.

HariGuru2013Fatima2SRKAbangAing

Inilah pintu masuk ke sekolahku setiap hari. Tidak sangka masih dapat menatap foto lama ini. Sungguh kenangan yang mengusik hati. Di tepi jalan berumput seakan garisan memanjang itu adalah parit kecil yang jernih airnya. Banyak ikan kecil dan selalu menarik perhatianku untuk menangkapnya sebelum masuk ke sekolah.

Suatu hari, aku terjatuh di dalamnya dan basah lecun masuk ke dalam bilik darjah. Bila cikgu  bertanya kenapa aku basah, aku kata hari hujan. Tidak disedari aku telah berbohong kerana hari tersebut cuaca sangat baik. Aku dihukum cikgu berdiri di luar kelas. 😀

*

HUKUMAN

Guru yang mengajar saya ketika itu, kebanyakannya sudah berumur. Tidak ramai yang muda seperti sekarang. Seingat saya hampir semua guru bersifat garang dan tegas. Muka serius, jarang senyum. Jika lalu di hadapan mereka, kami akan menunduk diri tanda hormat, malu dan takut.

Bila nama dipanggil, terasa kecut perut bimbang terdapat kesilapan yang tidak disengajakan, sedangkan guru memanggil hanya hendak meminta bantuan membawa buku. Boleh dikira dengan jari guru yang berwatak lemah lembut seperti Cikgu Utih dan Cikgu Nacy.

Dalam mengajar dan mendidik, jarang sekali guru saya menggunakan pendekatan psikologi. Lebih banyak pendekatan pukulogi dan hukuman yang dilaksanakan ke atas pelajar yang membuat silap. Jangan sekali-kali melakukan kesalahan. Akibatnya hukuman mandatori akan dikenakan segera tanpa belas ihsan.

Kaedah menghukum dilaksanakan dalam pelbagai bentuk mengikut mood guru seperti mengelilingi bangunan dengan membawa “manila card’ yang ditulis pelbagai perkataan yang melemahkan semangat dan memalukan; atau batu bata yang digantung di leher, berdiri atas kerusi atau meja, membawa meja atas kepala sambil berdiri – (biasanya teman semeja akan jadi mangsa dihukum sama kerana mejanya sangat berat…hehehe) kasihan.

Paling banyak adalah hukuman rotan, telinga dipulas, pusat dipulas dengan batang penyapu, berlari mengelilingi padang bola atau padang bola keranjang; dan berdiri di luar atau hadapan kelas. Semua hukuman di atas telah saya lalui… :D. Perit juga menanggung rasa malu. Tapi sedar itu semua berpunca dari kesalahan diri sendiri. Memang patut pun kena hukum. Bagi saya, itu bukan salah guru yang menghukum tetapi saya yang memang patut di hukum dan tanggunglah risikonya.

Yang hebatnya guru ini, walaupun mereka menghukum dengan pelbagai hukuman di atas, tidak adapun pelajar yang berani mengadu kepada ibu bapa mereka bahawa mereka telah dihukum oleh guru. Kalau saya mengadu, pasti akan mendapat hukuman tambahan dari bapak atau emak saya. Bukan marah dengan guru tetapi marah dengan anak yang mengadu.

Guru-guru dahulu suka bertanya khabar dengan ibu bapa dan suka bercerita tentang olah anak mereka di sekolah. Hubungan mereka sangat mesra dan jarang berlaku perselisihan faham. Mereka saling hormat memghormati.

*

SenyumFatima1matahariku

ANAK NAKAL

Zaman kanak-kanak, saya termasuk dalam kategori “anak nakal” dan hiper aktif. Berani, yakin diri dan lebih bersifat “kelakian” daripada “keperempuanan”.  Sangat lasak dan cergas. Keadaan ini mungkin berimpak dari ramainya saudara lelaki berbanding perempuan.

Semua permainan anak lelaki seperti main bola sepak, sepak takraw, main baling selipar, main rondes, main gasing, memanjat pokok, melastik burung, main layang-layang, lumba renang, main guli, main getah, bersilat dan sebagainya sudah menjadi permainan saya, Siti, Eda dan Kecik.

Namun begitu, saya anak yang patuh dengan ibubapa dan guru. Solat dan mengaji al-Quran adalah rutin harian yang wajib dilaksanakan. Jika tidak, menangislah dirotan bapak atau emak. Pelajaran pula tetap penting bagi saya walaupun saya lebih banyak bermain dari belajar. Apabila melakukan sesuatu pekerjaan, saya akan bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Saya tidak mudah berputus asa dan mengalah dengan kegagalan.

Di dalam bilik darjah, perhatian saya akan sepenuhnya ditumpukan kepada ajaran guru. Saya tidak bermain semasa belajar. Di sekolah rendah, saya termasuk pelajar yang selalu mendapat kedudukan terbaik dalam kelas – top ten – iaitu antara nombor 1 hingga 6 sahaja.

Ketika berada di dalam kelas, saya dan rakan sekelas tidak bercakap kecuali ditanya guru. Kami tidak berani bergurau ketika guru ada dalam kelas. Perhatian sepenuhnya diberikan kepada guru. Apabila guru keluar kelas, barulah kami berbuat bising dan bermain. Tetapi bila guru lain masuk pula, kelas akan kembali senyap dan sunyi tanpa perlu guru memberi arahan itu dan ini untuk mententeramkan muridnya.

Teman-teman sekelas yang rapat dengan saya adalah (perempuan): Jamayah, Jamilah, Noraisah, Mashitah dan Sharifah. Mana kala lelaki pula adalah Iskandar (Senior Director), Mumin, Nicholas, Jefri, Nazarudin (Inspektor Polis) dan Fauzi. Entah di mana sebahagian dari mereka sekarang ini. Semoga teman-teman saya berjaya dalam kehidupan masing-masing.

kejayaan5

*

GURU GARANG

Sebenarnya, saya selalu mendapat didikan dari guru-guru yang garang dan bersifat tegas. Guru garang banyak membentuk peribadi saya menjadi seorang yang berani kepada cabaran. Mereka garang tetapi bersemangat dalam mengajar. Tidak pernah berputus asa memberi didikan di dalam kelas dan di luar kelas.

Alhamdulillah, sehingga saat ini saya tidak pernah mendendami atau membenci guru yang pernah mengajar saya erti kejayaan dan semangat hidup. Walaupun ada guru yang pernah menghukum saya tanpa diketahui kesalahannya. Saya pasrah menerima hukuman tersebut dengan hati yang lapang dan terbuka.

Bukan tidak ingat guru yang berwatak lemah lembut. Tetapi watak garang seorang guru itu, lebih memberkas di jiwa saya kerana menjadikan saya rajin dan berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan. Rajin melakukan kerja rumah walau sekali sekala itu ada juga terlupa. Bukan disengajakan. Kerana itulah saya dihukum Cikgu Hussein mengangkat meja atas kepala. 😀

*

HariGuru20133UcapanTerimakasihku

TERIMA KASIH CIKGU

Buat guru Kindergartenku; Cikgu Timot. Guru sekolah rendahku, sekadar mengingati beberapa nama (guru garang memang selalu diingat namanya he..he..he..); Cikgu Dayang Esah, Cikgu Hussein (arwah), Cikgu Maslem (arwah) Cikgu Abang Adenan, Cikgu Dayang Mutiara (arwah), Cikgu Wong Che Che (Mendiang), Cikgu Saleh, Ustaz Ghazali dan Ustaz Wan Mohd. Noh.

Guru-guru lain, engkau tetap dalam ingatan walau nama sudah tiada dalam memori. Maaf, bukan maksudku melupakan kalian. Semua guru sentiasa dalam doaku. Aku mencintaimu dan sentiasa merindui zaman bersamamu di sekolah rendah dahulu.

Terima kasih Cikgu. Anak murid mu ini sudah mencapai puncak menara gading atas usahamu mencelikkan aku dengan ilmu. Malah kini bergelar guru kepada guru. Alhamdulillah.

Jasamu menjangkau langit tinggi, membuah emas di lautan dan mengalir keringat mutiara di daratan. Aku sangat mencintaimu guru-guruku dan mendoakan kesejahteraan kalian di dunia dan di akhirat. Sungguh banyak kenanganku bersama kalian. Insya Allah,  akan ku tulis kisah pahit manis bersamamu di dunia sekolah rendahku.

“WALAU DIAMBILNYA SEMUA BUKU, SEMPAT DITINGGALKANNYA ASAS ILMU.

kad-hari-guru

1 ASPIRASI 1 AGENDA

*

**************

15  Mei 2013 (Rabu)/ 5 Rejab 1434H/10.38 malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. selalu mengharap setiap kali menemui kegagalan, aku akan dapat mengubahnya menjadi kejayaan asalkan aku dapat bertahan  seminit lagi untuk mencubanya kembali. kegagalan yang pernah aku alami bukan menunjukkan aku lemah tetapi aras penanda bahawa kemahuanku belum cukup kuat bagi mencapainya. Gagal itu tidak ada dalam kamus hidupku kerana Allah SWT selalu memberi peluang untuk ku berjaya mencapai impian dan cita. Bermimpilah sebanyak-banyaknya kerana Tuhan selalu memerhati setiap impian itu.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************


*

RinduFatima1AkudanKenangan

*

SELAGI RINDU MENYAPA… SELAGI ITU HATI BERTAUT RASA

*

DEDIKASIKU UNTUKMU…. aku selalu mengharap kau bahagia. Kebahagiaan perlu diperjuangkan bukan dengan mengeluh tetapi dengan hati yang berlapang dada. Kebahagiaan hidup yang tertinggi adalah keyakinan yang diri kita dicintai. Ketahuilah bahawa engkau selalu disayangi dan dicintai dalam seluruh hidupku. Aamiin. 😀

*

17 thoughts on “CT168. 16 MEI 2013: SELAMAT HARI GURU – GURUKU MANUSIA HEBAT

  1. Assalamu’alaikum wr. wb., Ibunda,
    ^_^ Saya mendapati beberapa hal yang mirip dengan experience Ibunda. Paling tidak saya cukup beruntung pernah merasakan pukulan rotan dari guru (=cikgu) saya sewaktu masih bersekolah dulu. Dan seperti yang Ibunda lakukan, saya tidak berani melaporkan hal itu ke orang tua saya. Karena jika itu saya lakukan, saya akan mendapat bonus rotan tambahan dari orang tua saya.

    Berkaca pada masa itu, kami di Negeri kami ini pantas untuk merasa prihatin. Dengan dalih “Hak Asasi Manusia”, bila ada seorang guru menjatuhkan hukuman ‘pukul’ kepada seorang anak didiknya, maka guru tersebut dapat diancam dengan hukuman penjara.

    Jika guru tersebut menghukum ‘pukul’ si anak didik dengan memperturutkan emosinya dan diluar batas-batas kepatutan, mungkin wajar jika diancam dengan hukum pidana. Tapi jika pukulan itu tak lebih dari bentuk didikan yang penuh kasih sayang, tentu saja tidak membahayakan atau menciderai si anak didik, apakah patut jika si guru di hukum?

    Dampaknya… di Negeri kami mulai terjadi pergeseran nilai-nilai moral anak didik yang besar. Sebagian anak didik mulai berani menentang si guru. Berani melakukan pelanggaran-pelanggaran tanpa takut mendapat hukuman.

    Sudahlah… yang pasti, menjadi seorang guru berarti mendedikasikan diri untuk membangun sebuah peradaban yang gilang gemilang dimasa depan. Menjadi seorang guru berarti berjuang untuk menciptakan generasi emas pemimpin bangsa kedepan. Berjuang untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat yang lebih baik.

    Semoga Allah Ta’ala meninggikan derajat pada guru dimanapun mereka berada.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Rizal…

      Apa yang berlaku di Indonesia masa kini, juga berlaku di Malaysia. Semua hukuman ke atas pelajar sudah diketatkan dan tidak sebarang guru boleh merotan atau menghukum pelajar. Jika salah perkiraan dalam menghukum, guru akan diambil tindakan oleh pihak ibu bapa.

      Perlu diingat, tidak ramai guru yang beremosi dalam menghukum pelajar. Mungkin segelintir yang sudah “stress” dan tidak berminat mengajar berpotensi untuk melakukan hal yang di luar batasan kemanusiaan. Memang itu patut dihukum. Samalah seperti kata pepatah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.

      Akhirnya, peraturan ini meminimakan kuasa guru dalam mendisiplinkan pelajar dengan baik. Akibatnya, pelajar semakin kurang ajar dan tidak berakhlak mulia dengan guru.

      Sungguh berbeza sekali keadaannya di masa lalu dengan masa kini. Generasi yang tidak didisiplinkan dengan baik masa sekarang berkemungkinan akan menghasilkan masyarakat yang kurang harmoni jiwanya dan rapuh perjuangan hidupnya.

      Mudahan guru dapat memenuhi segala aspirasi negara untuk membangun modal insan yang berguna. Guru harus banyak bersabar dan kuat semangat kerana institusi pendidikan ibarat medan perang bagi mencapai keberhasilan dalam memajukan negara bangsa.

      Terima kasih atas perkongsian pengalaman dan ide berbobot yang mencerahkan. Semoga sukses selalu.

      Salam sejahtera. 😀

  2. Ass……..

    Guru merupakan pekerjaan dan profesi yang mulia untuk ikut mencerdaskan bangsa dan melahirkan para generasi cerdas, tangkas dan memiliki akhlak yang baik untuk masyarakat bangsa dan negaranya. Dan saya ikut mengucapkan hari guru untuk para guru-guru yang ada di Malaysia. Salam untuk keluarga di sana ya Bun.

    Sukses selalu
    Salam wisata

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra…

      Syabas untuk semua guru yang berjasa. Saya turut berbangga dengan harapan dan sokongan dari sesiapa sahaja terhadap profesion keguruan ini. Pasti semua faham betapa pentingnya guru untuk mendidik membaca dan mengira sehingga anak muridnya menjadi pandai dan hebat di mata dunia.

      Semuanya bermula dari seorang guru biasa.

      Terima kasih dan sukses kembali. Didoakan mas Indra dan keluarga dalam sihat wal’afiat.

      Salam hormat. 😀

      • selamat malam Bundaku tersayang
        aku datang mewakili si blue yang sedang sibuk..ehheh
        apa kabarnya Bunda
        selamat hari Guru ya Bunda
        bunda juga salah satu Guru buat aku dan blue di setiap blogernya
        blue dan aku selalu menyimak apa yang buanda sajikan buat kita semua disini,di jakarta
        salam hangat dari blue

        • Alhamdulillah, bunda baik nanda Blue. Didoakan Blue juga sihat. Hehehee… kenapa bunda rasa lucu pula membaca komentar Blue ini. Iya, sudahlah. siapapun Blue atau Kezedot tetap selalu bunda ingat. 😀

          terima kasih atas ucapan dan ingatan kepada bunda di hari yang membanggakan para guru ini. Senang menerima kunjungan nanda Blue di sana.

          Salam hangat kembali dari bunda.

  3. Dari sahabat yang pergi lama entah kemana, kembali berkunjung 🙂 . Tulisan tentang guru/cikgu mengingatkanku akan guru-guru kita yang telah mendidik kita. Mereka pahlawan tanpa jasa. Orang tua kita saat kita berada di lingkungan sekolah. Semoga kita selalu mengenang kebaikan mereka, sebagaimana lirik lagu: Terpujilah wahai engkau ibu bapak guru…namamu akan selalu hidup dalam sanubariku…

    • Guru adalah manusia yang berjasa dan menjadi sebahagian dari kehidupan kita. Muliakan mereka walau di mana kita berada dengan doa dan ingatan yang berpanjangan. Mudahan dengan memuliakan para guru, kita akan dimuliakan Allah SWT. Aamiin.

      Terima kasih mas Wajidi sudah hadir menyapa kembali blog LMGS G2. Senang dikunjungi oleh sabahat guru yang berkaliber.

      Semoga beroleh manfaat atas sajian yang dikongsikan. Mudahan silaturahmi akan memanjangkan ilmu yang membuahkan kebijakan sesama kita.

      Salam hormat takzim. 😀

  4. jd teringat guru yang di katakan teman-teman galak. jika kita tidak menyimak apa yang di sampaikan, besar kemungkinan akan batur kapur yang mendarat kebadan kita.
    sebenarnya beliau hanya mengajarkan kedisplinan, buktinya saya sendri tidak pernah kena lemparan.. bahkan sampai sekarang di antara guru-guru beliau lah yang paling saya kenang..

    • Di mana-mana, sifat guru itu hampir sama ya, mbak. Suka baling kapur.
      Untung sekarang ini, kurang menggunakan kapur. Banyak sekolah di Malaysia sudah menggunakan “whiteboard maker pen”.

      Jika kita membandingkan guru zaman dulu dengan guru zaman sekarang, ternyata jauh sekali cara mereka mendisiplinkan pelajar. Kuasa atonomi guru kian terbatas disebabkan adanya syarat-syarat yang menghalang hukuman dikenakan ke atas pelajar.

      Kita akan selalu mengingati guru yang “berbeza” dan mampu membawa perubahan dalam hidup kita. semoga mereka diredhai Allah dan di tempatkan di kalangan orang-orang soleh di sisi Allah SWT. Aamiin.

      Terima kasih, mbak dan Salam mesra. 😀

  5. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Mengenang masa silam tak pernah ada habisnya ya Mbak? Apalagi masa-masa sekolah, waow pasti beragam rasanya. Begitu pun saat mengenang guru-guru kita. Pada saat belajar bersama mereka, mungkin pernah pula kita mendapat nasihat yang agak keras, saat itu tentunya ada rasa jenuh, kesal, atau yang lainnya. Kita baru menyadari bahwa yang dikatakan guru-guru kita benar adanya adalah saat kita menjalani kehidupan sesungguhnya di lingkungan masyarakat karena di sanalah kita diharuskan mampu menerapkan ilmu yang telah kita peroleh dari para guru..

    Ada sebuah hadits yang menyebutkan bahwa “Barang siapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga” (HR. Muslim). Subhanallah, sungguh mulia guru-guru kita yang telah menyediakan suatu jalan untuk menuntut ilmu, yang berarti menyediakan pula kemungkinan memperoleh kemudahan dari Allah Swt untuk menuju syurga.

    Selamat untuk para guru di mana saja. Tetap semangat menularkan ilmu, semoga bisa menjadi “guru sebenar guru, ke sekolah tidak jemu, mengajar tidak lesu…”

    Meski terlambat, saya mengucapkan “Selamat Hari Guru” bagi sahabat guru di Malaysia, terkhusus untuk Mbak Fatimah…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden….

      Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan guru-guru yang banyak mengajar saya erti kehidupan sejak pra sekolah sehingga sekarang.. Baik ajarannya secara formal di dalam kelas ataupun di dalam kehidupan.

      Semuanya mempunyai “kuasa” tersendiri untuk diambil iktibar buat bekal masa depan. Yang penting kita mengambil segala nasihat dan teguran guru dengan hati dan akal bukan dengan emosi.

      Subhanallah, hadis di atas benar-benar meninggikan martabat guru dalam bidang apapun mereka mengajar ilmu. Hanya mereka yang berakal sahaja mengerti akan tujuan hidup di muka bumi ini.

      Dalam sebuah hadis ada menyebut sabda Rasulullah SAW yang kira bermaksud: “Untuk mendapat dunia, mestilah dengan ilmu. Jika menghendaki akhirat juga dengan ilmu dan andai mahu kedua-duanya sekali mesti mempunyai ilmu.

      Betapa mencari ilmu diwajibkan atas muslim dan muslimah.Berapa ramai umat Islam yang memahami betapa Islam sangat mementingkan ilmu bagi memakmurkan bumi ini. Jika emosi dan nafsu menjadi kawan dan guru, pasti dunia akan hancur berkecai. Alhamdulillah, dengan adanya guru makan kemelut dunia ini dapat disalur dengan baik menuju kebaikan kehidupan dunia dan akhirat.

      Terima kasih mas Raden untuk kongsian ilmu dan ucap selamat Hari Guru. Semoga dirahmati Allah SWT.

      Salam hormat. 😀

      • Betul Mbak, dalam Islam mencari ilmu diwajibkan, sebagaimana bunyi hadits “tolabul ‘ilmi faridhotun ‘ala kulli muslimin wal muslimat,” yang artinya “menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Muslim laki-laki dan perempuan.” Dari hadis tersebut terlihat jelas bahwa setiap manusia diharuskan untuk berilmu.

        Nah, derajat para guru di sini makin ditinggikan karena salah satu upaya untuk mencari ilmu adalah melalui peran serta para guru. Mudah-mudahan para guru yang sebenar-benar guru senantiasa memperoleh balasan pahala dari Allah Swt atas ilmu yang telah didarmakan…

        Salam hormat pula untuk Mbak Fatimah…

        • Alhamdulillah, beruntungnya menjadi guru kerana kita banyak membantu orang lain melalui ilmu yang ada pada kita.

          Malah kita juga bersyukur kepada mereka yang menjadi pembantu kita iaitu mereka yang mendapat ilmu dari kita kerana melalui mereka, kita mendapat pahala dan ganjaran dari Allah SWT dari kerja pendidikan ini.

          “Ilmuan itu adalah pewaris para Nabi.” al-hadith

          Terima kasih mas Raden dan salam sejahtera. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.