Archive | September 2010

CT13. MANA DIA MILIK KITA ?

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Wahai sahabatku…. Aku ingin berpesan kepada diriku dan berpesan juga kepada dirimu dalam kesempatan yang hanya ada beberapa detik waktu sebelum rumah kata pergi, kubur kata mari. Continue reading

CT12. YANG PERTAMA…. DARIKU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Dalam posting yang lalu, CT10. Untukmu Kekasih: Sejambak Doa Sebuah Puisi, sebuah harapan ditampilkan oleh sahabat maya  saya,  yang berjiwa ramah untuk  membuat desain istimewa buatnya. MBAHJIWO…. begitulah namanya. Nama itu hingga kini sempat membuat saya bingung  kalau melihat pada fotonya itu. Hehehe… dunia maya kan penuh misterinya. Continue reading

CT 11. HANYA KERANA SENYUMAN…

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Perjalanan menaiki pesawat menuju ke Kuala Lumpur dan pelbagai destinasi di seluruh negeri di Malaysia sudah tidak asing lagi bagi ku  sama ada atas urusan peribadi, belajar, bercuti, menghadiri mesyuarat, kursus, seminar, bengkel, pembentangan kertas kerja atau mengiringi aktiviti GERKO pelajar baik di peringkat institut atau  kebangsaan. Continue reading

CT9. 47 TAHUN – MALAYSIAKU MENDUDUKI PETA DUNIA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Hari ini,  16 SEPTEMBER 2010 adalah tarikh keramat dalam hidup semua insan yang dilahirkan sebelum, pada dan selepas 16 September 1963. Tarikh ini menjadi detik bersejarah yang menoktahkan sebuah negara baru yang wujud di peta laman dunia dengan namanya yang gah iaitu MALAYSIA . Continue reading

CT8. AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Saat penat mengulit diri tika ruang sibuk cuba dihindari. Sambil bermain dengan pen dan kertas…mencari idea menulis buat postingan yang seterusnya….terdengar olehku siulan burung yang entah dari mana datangnya…. sayup-sayup seakan mengalunkan satu dendangan lagu yang pernah aku dengar suatu ketika dahulu. Amat mengkagumkan…adakah benar apa yang ku dengar atau sekadar mimpi dan khayal yang menguasai diri kerana menahan rasa mengantuk yang tidak terperi. Continue reading

CT7. SALAM DUNIA SALAM SEMUA SALAM HARIRAYA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


SAHABAT PEMBACA LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI…. setelah membuat posting ini, saya bercadang untuk beristirehat dari menulis di blog buat  beberapa waktu kerana banyak urusan kehidupan di dunia nyata yang harus saya beri perhatian bagi menikmati hari-hari terakhir bulan Ramadhan dan persediaan menyambut kedatangan Syawal yang tidak siapa menafikan kehadirannya yang menceriakan dunia sejagat ini. Insya Allah BW (anjangsana dan anjangsini) akan tetap berjalan sesuai dengan masanya untuk bersapa. Continue reading

CT6. MISI KEMANUSIAAN (3): MANGSA BENCANA ALAM (BANJIR) PAKISTAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Setiap penderitaan yang dialami oleh orang lain, pasti hati ini juga menggamit sama turut merasai apa dirasai. Mata ini pun mulai digenangi kolam airmata yang cuba ditahan, namun kadang kala tumpah jua tak tertahankan. Sedih mengenang nasib orang lain yang tidak sebaik kita. Continue reading