CT186. BUNGA KEMBANG PAGI MASJID NABAWI (2): TIANG LAMPU BERPAYUNG

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

KembangAsyik2Fatima1TiangLampuBerpayung

*

Pertama kali saya menyaksikan kembang payung elektrik di Masjid Nabawi, telah saya ungkap dalam posting CT176. BUNGA KEMBANG PAGI MASJID NABAWI (1): TERPEGUN. Memerhati keindahan gerakan payung elektrik yang lembut, serata dan tepat masanya mengikut barisan, benar-benar menghiburkan.

Sejak itu, saya dan SPH selalu mengisi waktu santai setelah solat Subuh dan membaca al-Quran sambil bersarapan dengan buah kurma dan kekacang di Dataran Masjid Nabawi sebelum mengambil sarapan berat yang lain.

KembangAsyik2Fatima8KurmadanKekacangMadinah

Saya akan membeli kurma, kekacang dan susu segar sebagai makan sarapan pagi selepas solat Subuh sebelum saya dan SPH berehat santai bersama puluhan ribu jemaah haji sambil melihat acara BUNGA KEMBANG PAGI mengembangkan kelopaknya.

*

Pemandangan indah ini membuat saya terpegun kerana hebatnya teknologi yang dicipta bagi memudahkan pergerakan para jemaah umrah dan haji yang menziarahi Masjid Nabawi di siang terik mentari. Subhanallah walhamdulillah yang mengurniakan ilmu dan teknologi moden kepada manusia di akhir zaman.

KembangFatima4Baiki1

Kelopak payung yang tidak dapat berkembang, segera diperbaiki

*

KembangFatima6Bayang2

Bayang-bayang besi yang menyokong pengembangan payung

*

HEBATNYA IQRAK

Tranformasi ilmu dan pendidikan yang dibawa oleh Rasulullah SAW melalui wahyu pertama – surah al-Alaq – benar-benar telah menguasai kepintaran akal manusia. Tiada siapa yang pernah menjangka bahawa Masjid Nabawi mempunyai kemudahan teknologi canggih seperti ini.

“Nikmat Tuhanmu yang manakah hendak engkau dustakan.” – Surah Ar-Rahman: 13

Malah Masjidil Haram juga bakal dilihat wajah barunya untuk menampung lebih dari 4 juta jemaah haji setiap tahun. Pembesaran dan pembaharuan dalam pembinaan Masjidil Haram yang sedang berjalan kini, bakal disempurna pada tahun 2020. Bakal jemaah haji dan umrah pada tahun 2020 dan seterusnya, dapat menikmati pembaharuan yang menakjubkan ini.

BatukFatima7a Pembesaran MasjidilHaram

Proses pembinaan dan pembesaran Masjidl Haram masih berjalan rancak sehingga siap pada tahun 2020.

*

SEJARAH

Membaca dan mengetahui tentang sejarah perubahan yang berlaku dalam pembinaan dan pembesaran Masjid Nabawi memang sangat menarik. Walaupun ada setengah sahabat terdahulu tidak menyukai keadaan ini berlaku kerana membabitkan perobohan kepada tempat tinggal asal isteri-isteri Rasulullah SAW.

Bagi mereka sejarah itu harus dikekalkan untuk pengetahuan umat terkemudian. Tetapi perubahan dan pembesaran harus dijalan bagi menampung jumlah pertambahan umat Islam dari zaman ke zaman sehingga kini untuk urusan umrah atau haji. Oleh itu, pembesaran Masjid Nabawi terus mengalami perubahan dari semasa ke semasa.

Pada pembesaran kedua Masjid Nabawi oleh Kerajaan Arab Saudi 1984 – 1994 di bawah Khadimul Haramain, Raja Fahd bin Abdul Aziz r.hm merupakan perluasan terbesar yang dilakukan dalam sejarah Masjid Nabawi.

Masjid di kelilingi dengan halaman terbuka (dataran) di sebelah utara, selatan dan baratnya. Sebahagiannya dilitupi marmar putih yang sejuk untuk memantul kepanasan dan yang lainnya dengan batu ubin.

KembangAsyik2Fatima3DataranMasjidNabawiBaqi

Lantai marmar putih dan ubin

*

KembangAsyik2Fatima6TiangLampuBerpayung

Sejuk dan nyaman: di bawah kaki – lantai marmar putih. Di atas kepala – payung kembang. Alhamdulillah.

*

TIANG LAMPU ASAL DAN BERPAYUNG

Pada pembesaran kedua tersebut, dataran terbuka Masjid Nabawi juga dihiasi dengan unit pencahayaan yang istimewa yang dilekatkan pada 151 tiang yang ditampal dengan ubin dan batu buatan.

Perlantikan Abdullah bin Abdul Aziz sebagai Raja Arab Saudi pada tahun 2009, membawa perubahan dalam reka bentuk di Masjid Nabawi. Halaman Timur (Bahagian utara Baqi’) diperluaskan.

Manakala, di sekeliling Masjid Nabawi ditambah “payung-payung” yang dikawal selia secara automatik sebagai tempat perteduhan para jemaah haji dan umrah.

KembangAsyik2Fatima5TiangLampuAsalMasjidNabawi

Tiang lampu asal dan tiang lampu terkini yang dilengkapkan payung elektrik.

*

KembangAsyik2Fatima4VariasiTiangPayungMasjidNabawi

Puncak tajam lampu asal dikekalkan atas payung elektrik dan tenggelam di tengah bersama kembang payung. Saya selalu teruja melihat hujung kemuncak tajam itu tenggelam. Ia pemandangan yang unik dan mengkagumkan.

*

KembangAsyik2Fatima7TiangAsalBerpayung

Lihatlah bagaimana puncak tajam itu ditelan masuk dalam kelopak payung yang sedang berkembang.

 *

KembangAsyik2Fatima2TiangBawahPayung

Foto di ambil dari bawah tiang lampu. Saya sangat suka memoto cara begini walau terpaksa menahan sakit leher dan kepala. Tetapi sangat puas hati melihat hasilnya. Indah dan cantik.

*

KembangFatima3KembangPagi

Walaupun hanya menggunakan kamera kompak Olympus FE-280, saya sangat berpuas hati menatap ketika pemandangan yang unik selepas payung “Bunga Kembang Pagi”  menutup kelopaknya satu jam sebelum masuk waktu Maghrib. Foto ini diambil pada pukul 6.10 petang waktu Madinah (1110 malam Malaysia). Pemandangan indah itu akan saya paparkan di posting seterusnya.

DataranMasjidNabiFatimaku

Setelah siang merangkak santun ke tabir malam. Lampu-lampu di tiang payung elektrik dibuka untuk menerangi seluruh dataran Masjid Nabawi. Saya merasa damai dan hati tersentak sayu atas nikmat yang Allah SWT berikan kepada saya dan SPH untuk melalui semua pengalaman indah ini. Alhamdulillah.

*

SELAMAT MENIKMATI SECUIL DARI INDAHNYA SYURGA DUNIA YANG DIKURNIAKAN ALLAH SWT BUAT TETAMU-NYA  DI TANAH SUCI

*

**************

18 Ogos 2013 (Ahad)/ 11 Syawal 1434H/ 9.40 malam- Sarikei, Sarawak

AKU…. tidak akan membiarkan dunia menggenggam diriku sehingga aku terbelenggu di dalam kesulitan dan kepayahan hidup di atasnya. Apa yang aku inginkan adalah menggenggam dunia dalam telapak tanganku sehingga aku boleh menggoncangnya sesuka hatiku. Oleh itudengan menulis, dunia pasti berkocak jiwanya oleh kata-kata ku yang bisu tetapi berbisa.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

bunga-senyum

DEDIKASIKU UNTUKMU…. aku ingin selalu membawa kegembiraan dalam hidupmu kerana aku dapat merasa bahagia di hatiku. Sebuah senyuman buatmu yang selalu indah di hatiku. Walaupun, engkau tidak pernah melihatnya, apabila aku senyum padamu. Senyumlah seindah suria. Wassalaam. 😀

*

22 thoughts on “CT186. BUNGA KEMBANG PAGI MASJID NABAWI (2): TIANG LAMPU BERPAYUNG

  1. Ass……..
    Pemandangan yang bagus dan menarik ya Bun, apalagi melihat payung kembang yang bisa dibuka tutup itu. Walau baru bisa melihat dari gambar-gambar photo sudah dapat menyejukan hati. Semoga suatu hari nanti saya bisa sampai di sana. Amiiiiin…..

    Salam wisata

  2. maaf lahir batin ya kak.., maaf terlambat ke sini

    keindahan kembang pagi ini sangat bermanfaat buat para jamaah ya kak
    ilmu teknologi yg sangat bermanfaat

    • Maaf zahir dan bathin juga mbak Monda.

      Iya, Islam menerajui ilmu kepintaran manusia di zaman sains dan teknologi ini untuk dimanfaatkan oleh umat Islam sendiri.

      Dan kita sudah melihatnya apabila teknologi itu dibangunkan di bumi Madinah dan Makkah.

      Terima kasih Monda untuk kunjungan.
      Salam manis selalu. 😀

  3. waalaikumsalam,
    membaca postingan mengenai tiang lampu yang dihiasi payung kembang sebagai tempat berteduh bagi jamaah haji, membuat kerinduanku untuk kembali ke tanah suci semakin memuncak…demikianlah seharusnya umat Islam memanfaatkan kemajuan teknologi untuk hal yang bermanfaat bagi umat Islam,….semoga kelak aku bisa kembali ke sana lagi…insya ALLAH,
    salam hangat dari Makassar Indonesia 🙂

    • Insya Allah, mudahan kerinduan mas Hariyanto dimakbulkan Allah SWT. Kali ini, tentu akan membawa mbak Wieka Wintari juga. 😉

      Begitulah selalunya keadaan jemaah haji dan umrah yang pernah ke sana. Pasti ingin kembali lagi walau dengan apapun alasannya. Rasa rindu itu tidak pernah hilang.

      Semoga manfaat kemajuan teknologi akan meninggikan syiar Islam di bumi ini sebagai salah satu dari ciri Tamadun islam.

      Terima kasih mas Hariyanto atas kunjungan.
      Salam hormat selalu. 😀

  4. Indah sekali…payung besi yang sungguh mempesona. ibarat sekumpulan jamur yang merekah dan kita ada di bawahnya…dengan pohon2 nya seperti sebatang pohon kurma…sungguh luar biasa indahnya

    • Satu gambaran yang unik dari Elmoudy. Kalau melihat foto sahaja sudah sangat mengesankan. Subhanallah, melihat dengan mata sendiri terlebih lagi rasa kagum dan luar biasanya.

      Terima kasih Elmoudy kerana menyempat diri lagi ke sini.
      Salam sejahtera. 😀

  5. wa ‘alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh..

    masya Allah, Subhanallah,, indah sekali,, kapankah bisa melihatnya langsung..

    terimakasih Ka,, telah menshare,, menyejukkan mata dan menambah kerinduan pada bumi Rasulullah..

    salam manis dari sini,, .. 🙂

    • Insya Allah mbak Ummu, jika panggilan dari-NYA sudah sampai, pasti akan ke sana jua. Berdoa dan berusaha adalah jalan terbaik untuk merealisasikan niat yang mulia itu. 😀

      Memang cantik dan mengkagumkan, mbak.
      Terima kasih atas kunjungannya.

      Salam manis kembali untuk di sana. 😀

  6. Assalamualaikum,
    saya sudah lama mendengat tentang keelokan bunga kembang atau payung yang mekar secara automatic ini, dan ini adalah salah satu niat mulia dari pemerintah Arab Saudi untuk menjaga agar para tamu Allah tetap segar dan sehat selama berada di tanah suci,
    saat ini saya hanya bisa membaca artikel dan melihat foto-fotonya, mungkin suatu saat saya bisa melihat langsung dan menginjakkan kaki ke tanah suci….insya Allah,
    salam persahabatan dari saya di Banjarbaru, Kalimantan Selatan

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Wieka Wintari…

      Iya mbak… melihat sendiri dengan mata telanjang berbeza dengan hanya mendengar cerita dan menatap foto beku.

      Insya Allah, jika niat kita baik dan diredhai Allah SWT, akan sampai juga seruan untuk ke sana nanti. hayatilah pemandangan indah ini sebagai waktu santai setelah beribadah di Masjid Nabawi.

      Terima kasih atas komentar dan kunjungan, mbak.

      Salam persahabatan dan manis selalu buat mbak Wieka. 😀

  7. *masyaAllah.. selalu ngiri sama Mbak Fatimah dan selalu rindu Tanah Suci.. 😥

    Salam alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, Mbak Fatimah yang senantiasa ikhlas mengekalkan silaturahim di antara kita. MasyaAllah.. terima kasih atas doa Mbak untuk saya dan sobat-sobat di blog sarang. Semoga demikian juga untuk Mbak Fatimah dan keluarga di Sarikei, ya. Aamiiin.

    Mohon maaf baru sempat hadir lagi sekarang sebab selama ramadhan saya meliburkan diri dulu dari urusan blog, hehe. Sekalian dalam kesempatan ini saya sampaikan mohon maaf lahir batin, semoga diterima Allah segala amal ibadah kita sebelum, selama, dan sesudah Ramadhan tahun ini. Aamiiin.

    Oya, alhamdulillah saya pun dapat SMS hari raya dari Saudara lama kita, Eyangkung, yang lama tidak blogging lagi. Semoga beliau dan keluarga dalam keadaan sehat wal afiat. Aamiiin.

    Iya Mbak.. pertambahan masa blogging kita akhirnya juga menambah kesibukan kita mengurusi blog masing-masing ya?! Meskipun jarang bertukar sapa seperti dahulu, tetaplah dekat di hati.

    Salam persaudaraan selalu dari Bandung-Pontianak, Indonesia.

    • Salam hormat buat Akhi Muxlimo yang dihormati….

      Alhamdulillah, senang menerima kunjungan mas Muxlimo ke blog LMGS G2 ini lagi setelah sekian lama “bertapa” dengan dunia sendiri dan pengajian gurunya. Didoakan sihat dan bahagia bersama keluarga dan dirahmati Allah SWT. Aamiin.

      Mohon maaf maaf zahir bathin juga jika ada silap dan salah dan kerana lama tidak bersilaturahmi. Mudahan mas Muxlimo diberkahi Allah dengan kejayaan dan ilmu yang bermanfaat.

      Subhanallah, senang sekali mendengar khabar dari Eyangkung. Sampaikan salam takzim dan hormat saya kepada beliau. lama sekali tidak mengikuti perkembangan blog dan tulisan beliau. Didoalan Eyangkung sihat dan bahagia selalu. aamiin.

      Mudahan mas Muxlimo masih dapat menyempat diri ke sini untuk berkongsi ilmu dan hikmah agar kita semua mendapat manfaatnya.

      Salam mesra dan ceria selalu. 😀

  8. Pingback: CT204. BUNGA KEMBANG PAGI MASJID NABAWI (3): SENJA NAN INDAH | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.