CT195. ROTI SOSEJ GULUNG

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

RotiSosejFatima1Gulung

“Mama, pagi esok Mama buat lagi roti sosej macam pagi tadi ya. Ieesyah nak bawa bekal sekolah. Kawan-kawan Ieesyah suruh bawa lagi.” pinta Ieesyah (8 tahun) dengan manja.

Saya tersenyum kepadanya. Sebelum bersetuju, saya hendak korek rahsia dulu kenapa kawannya menyuruh Ieesyah membawa Roti Sosej Gulung yang menjadi satu menu tambahan kegemaran anak-anak saya kini.

“Iya! kawan Ieesyah tu siapa ? Kawan Ieesyah ada kata apa-apa tak ? tanya saya ingin tahu.

“Kawan Ieesyah itu namanya Nadhirah dan Izzatul. Nadhirah kata sedap dan suruh Mama buat lagi,” balas Ieesyah dengan lancar.  Senyumanku semakin meleret-leret mendengar pujian Nadhirah. Hati mulai berbunga-bunga mekar. Maklum masakan kena puji walaupun cuma anak-anak. Mereka selalu berkata jujur.

“Izzatul, tak cakap apa-apakah ? tanya saya lagi. “Tak, Izzatul diam sahaja, mungkin sedap sebab dia makan habis.” jelas Ieesyah sambil tangannya lincah bermain dengan “games” di dalam komputernya. “OK, esok Mama buat. Ieesyah nak bekal berapa ?” soal saya. “Sepuluh.” jawab si cantik manisku.

“Masya Allah, banyaknya.” Oklah, empat sahaja.” pintas Ieesyah cepat. “Tak apa, nanti Mama buat dua puluh, boleh Kak Izzah bekal juga,” saran saya. “Ok, Ma. Terima kasih, sayang Mama,” jawab Ieesyah dengan ceria. “Sayang Ieesyah juga,” balas saya dengan senyum manis.

RotiSosejFatima4Ieesyahku

Ieesyah dan teman sekelas

*

 MISI CHEF 2 FATIMA

Selepas melaksanakan Qiyamulail pada jam 4.00 pagi, saya bergegas ke dapur bagi menyediakan bahan ROTI SOSEJ GULUNG untuk sarapan dan bekal sekolah anak-anak. Persediaan harus awal kerana mengambil sedikit masa sebelum masuk waktu Subuh.

Sambil menyediakan bahan, saya bersahur untuk puasa pada hari tersebut sama ada Puasa Nabi Daud, Puasa Sunat Isnin dan Khamis atau Puasa Hari Putih. Makanan sahur sangat ringkas iaitu air zam-zam, buah kurma dan air madu atau tambahan sedikit makanan lain. Alhamdulillah. Sangat mengenyangkan sehingga waktu berbuka.

Idea membuat Roti Sosej Gulung ini timbul apabila melihat roti keping yang berbaki. Rasa jemu menguak hati apabila asyik makan roti bersapu mentega kacang atau roti bakar campur marjerin dan gula. Lalu mencari idea, apa yang harus dibuat dengan roti tersebut.

Saya menjengok ke dalam “freezer” untuk mencari koktel sosej ayam berperisa biasa, keju dan lada hitam. Alhamduillah, semua bahan yang dikehendaki telah ditemui. Misi CHEF 2 Fatima dimulakan. Resipi yang sangat mudah disediakan. Lazat hasilnya.

Silakan mencuba resipi Roti Sosej Gulung. Bukan sahaja anak-anak yang suka, orang dewasa juga tidak kurangnya. Mulakan langkah dengan BISMILLAHI RAHMAAN RAHIIM dan bacalah apa-apa doa yang menjadikan setiap yang dimasak ada keberkatannya. Jadikan semua langkah permulaan sebagai ibadah.

RotiSosejFatima3SiapGoreng

Koktel Sosej Ayam Keju dan Sosej Ayam Lada Hitam, sudah siap digulung di atas roti keping yang digiling nipis dan disapu dengan telur untuk melekatkan sosej apabila digoreng nanti.

*

ROTI SOSEJ GULUNG

Bahan:
10 keping roti (dipotong 2)
20 biji koktel sosej ayam (direbus sehingga masak)
2 biji telur (dipukul) untuk sapu dan celup sebelum digoreng
Minyak untuk menggoreng
*
CARA:
1. Ambil sekeping roti dan giling sehingga nipis.
2. Kemudian sapu atas roti dengan telur.
3. Ambil sebiji sosej letak dihujung roti dan gulung ketat.
(buat ulang sehingga habis roti dan sosej)
4. Panaskan minyak dalam kuali. (minyak mesti panas).
5. Ambil satu Roti Sosej Gulung, celupkan di dalam telur.
6. Masukkan ke dalam minyak yang sedang panas mendidih.
7. Balikkan Roti Sosej  sehingga sebati warna keemasannya.
8. Angkat dan hidangkan bersama sos cili (jika suka)
*

RotiSosejFatima2Goreng

Roti Sosej Gulung yang belum digoreng (kiri) dan yang siap goreng (kanan), segera untuk dimakan. Enak dan lazat. Bismillah Rahmaan Rahiim. Alhamdulilah atas setiap rezeki yang dikurniakan. Aamiin

*

SELAMAT MENCUBA

*

**************

29 September 2013 (Ahad)/ 23 Zulkaedah 1434H/ 11.20 pagi- Sarikei, Sarawak

AKU…. sematkan di hatiku bahawa kasih padamu sentiasa mesra dan tidak akan pernah pudar walau warna alam menjadi sekelam malam. Sayangku padamu sentiasa mekar dan tidak akan pernah kering walau musim kemarau melanda menguningkan taman rimba. Aku mungkin tidak mendapat segalanya. Tetapi dengan keadaan begini, aku tidak meminta yang lebih dari itu kecuali jangan pernah melupakan aku walau jasadku sudah dikandung tanah. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

 ***************

RinduFatima9padamu

PERLUKAH KU KIRIM RINDU PADA BAYU, SEDANGKAN IA DEKAT DI SINI…. DI HATIKU

*

19 thoughts on “CT195. ROTI SOSEJ GULUNG

  1. Assalamu’alaikum Mbak Fatimah
    saya percaya, tampilan roti sosisnya, menandakan kelezatan rasanya.

    Bersahur dan berbuka dengan kurma, madu, dan zam-zam sungguh suatu kenikmatan tersendiri yang Insya Alloh ada keberkahan di dalamnya

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Damar…

      Alhamdulillah, memang lazat terutama dimakan ketika masih panas. Cubalah baru dapat dibuktikan kelazatannya. 😀

      Minum air zam-zam dan makan kurma sangat mengenyangkan. Hal ini terbukti dalam kajian saintifik dan hadis Rasulullah SAW.

      Terima kasih Damar atas kunjungan.
      Salam sejahtera. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra Kesuma….

      Silakan, semoga dapat menikmati keenakkan rasanya dan jangan lupa dicecah dengan sos cili/pedas. Cuma harus bersabar ketika menyediakannya.

      Terima kasih mas Indra dan salam hormat. 😀

    • Alhamdulillah, mudahan dapat mencubanya, mbak. Penyediaannya sangat mudah. Jika sudah membuatnya nanti, sila maklumi ya mbak untuk berkongsi rasa dan keenakkanya.

      Sama-sama kembali, mbak Ummu.
      Salam sukses. 😀

  2. waalaikumsalam,
    nikmat benar roti isi sosisnya…walau hanya nampak dalam gambar, serasa hati ingin juga mencoba resep ini…bolehlah nanti saya dan istri mempraktekkannya…..
    terimakasih sudah berkenan berbagi resep yang luarbiasa ini…
    salam hangat dari Makassar – Indonesia 🙂

    • Hehe..resepinya biasa sahaja, mas Hariyanto, bukan luarbiasa. Saya pasti, mbak Wieka tentu mahu mencubanya untuk sarapan dan minum petang sambil santai-santai. Malah boleh buat bekal piknik dan travel.

      Silakan mencubanya untuk merasai kelazatan Roti Sosej Gulung saat dimakan panas bersama sos pedas. Wah… saya jadi lapar pula. 😀

      Sama-sama kembali.
      Salam hormat. 😀

  3. Assalamu ‘alaikum wr. wb. umiku sayang
    afwan, ananda telat lagi hadirnya, semoga umi dalam keadaan sihat dan selalu dalam lindungan Allah azza wa jalla, amin ya Robb… salam rindu buat ummi, kangen aku nich.. hehe 😀

    nyam nyam nyam… emang enak ke’ ummi ? 🙂 ,
    mmhh.. tuh sosis, bungkusan luar tak dipindah ke’ ? apa tak mengapa ? 🙂

    boleh juga tuh resep umi, boleh dicuba, jazakillah ummi, telah berbagi resep

    salam sayang dan rindu buat ummi
    neni sayang ummi… muuuaaacchhh….

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni anak solehah….

      Aamiin Allhumma Aamiin. Alhamdulillah Umi sihat dan ceria dalam kesibukan tugas. Umi doakan Neni juga sihat dan sukses dalam pengajiannya. 😀

      Senang sekali dirindui oleh anak Umi yang jauh. Tentu sekali Umi juga rindu setelah lama tidak mendengar khabar beritanya.

      Iya, silakan mencuba resepi Umi yang sederhana namun lazat dan mengenyangkan, Neni boleh makan sambil baca buku. 😉

      Terima kasih sudah mengunjungi Umi.
      Salam sayang dan rindu untuk Neni…. (pink jadinya pipi Umi…hehehe). 😀

      • ummiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, kangeeennnnnnnnnnnnnnnnnnn. (peluk dan cium buat ummi ) 😉

        kalau neni mencoba sambil baca buku, yng habis dibaca bukan bukunya tp roti sosisnya.. 😀 ….

        • Wah…. tidak bernafas Umi ini. 😀
          Umi juga rinduuuu dengan Neni.

          Hehehe… itu tandanya resipi Roti Sosej Gulung Umi sangat sedap. Jangan makan sampai tertidur sudahlah, nanti tesis tidak siaaaaap. Menangis sendiri. Umi tak dapat pujuk… jauuuuuh. 😉

          Salam sayang dari Umi. 😀

    • Sekarang Ifah tidak perlu malas lagi. Isteri sudah ada, cuba tanya dulu kalau isteri mahu membantu Ifan menyediakan resepi ini. Pasti dia suka dan senang.

      Terima kasih sudah berkunjung.
      Salam sejahtera di penghujung pekan. 😀

  4. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Wah, setelah pandangan berkelana bersama imajinasi menikmati foto-foto api, lantas segera menikmati sajian yang menarik selera. Kalau saja saya berkesempatan menikmati sajian itu secara langsung pasti akan seperti kawan-kawan Ieesyah, minta lagi dan minta lagi…

    Saya salut Mbak, segala hal ternyata bisa menjadi ide tulisan yang sangat menarik. Jadi, sangat tidak tepat bila ada orang yang lama tak menulis dengan alasan tidak ada ide. Semoga kata-kata itu bisa menjadi bahan renungan, khususnya bagi saya sendiri.

    Terima kasih atas hidangannya, Mbak…
    Salam kebahagiaan untuk Mbak Fatimah, juga untuk Ieesyah …

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden….

      Membuat menu ini sangat mudah mas Raden, silakan aja Sang Permaisuri di rumah itu mencuba resepi ini. Pasti mas Raden dapat menikmati yang panas secara langsung. Terus minta lagi dan minta lagi…hehe.

      Alhamdulillah, menulis itu sangat mudah dan harus kita permudahkan dengan jalan mengalir ide tanpa pernah menyekatnya untuk dihidangkan ke lapak titiannya.

      Yang menjadikan menulis itu susah apabila kita selalu berat memikirkan apa yang hendak ditulis. Acara harian kehidupan adalah cerita paling baik untuk kita mengasah bakat menulis yang semua orang memilikinya.

      Terima kasih mas Raden kerana singgah untuk menyantap sajian maya yang dihidangkan. Semoga akan kenyang.

      Salam hormat takzim. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.