CT348. SJK…. SEVILLA KE MASJIDIL HARAM (7): PEKERJA KOLAR BIRU DI TANAH HARAMAIN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

PekerjaMHFatima1KolarBiruHaramain

*

FAHAMI MAKSUD

Saya sangat tertarik untuk berkongsi cerita tentang PEKERJA KOLAR BIRU yang berkhidmat di Tanah Haramain (Makkah dan Madinah).

Mereka sangat beruntung dapat berbakti di dua masjid suci umat Islam dan Masya’irnya (Mina dan Arafah). Tidak semua umat Islam berkesempatan melakukan pekerjaan tersebut jika tidak mendapat izin dari Allah SWT.

Sebelum meneruskan perjalanan tulisan ini, ingin saya jelaskan dahulu makna PEKERJA KOLAR BIRU agar dapat difahami dengan jelas.

Setelah meneliti beberapa maksud yang didefinisikan tentang PEKERJA KOLAR BIRU, ia lebih terarah kepada mereka yang melakukan pekerjaan mahir dan tidak mahir SECARA MANUAL

PEKERJA KOLAR BIRU terlibat secara langsung dalam industri perlombongan, pembinaan, perniagaan, kerja mekanikal dan kerja-kerja pembaikan. Lebih jelas mereka berada langsung di lapangan medan kerja yang dilakukan.

*

PEKERJAAN DAN AMANAH

Perbicncangan saya tentang PEKERJA KOLAR BIRU hanya merujuk kepada pekerja yang MEMBERSIH dua masjid suci dan jalan sekitar Jamarat di Mina. Saya tidak akan menyentuh pekerja yang membina bangunan, hotel, buruh dan sebagainya.

Selain itu, perbahasan saya juga secara surface – atas permukaan sahaja. Bukan mendalam. Saya sekadar memerhati dari luar melalui kaca mata dan lensa lekap tanpa bertemu bual, bertanya-tanya atau bersoal jawab.

Dapatan ini lebih bersifat teori dan andaian semata-mata. Tidak dinafikan wujud sangkaan positif dan negatif yang mungkin dapat diterima atau ditolak. Wal’iyazubillah, dijauhi untuk berprasangka buruk kerana kita berada di Tanah Suci. Sekadar ingin mengambil iktibar agar diri sendiri tidak terpalit sama.

Tanah Suci adalah bumi barakah, namun tetap berlaku  perlanggaran sikap oleh segelintir pekerja yang bertugas. Antaranya bersikap sambil lewa dalam pekerjaan. Tidak peduli dengan masa. Tidak menghormati tetamu Allah.

Namun, masih ramai yang bertanggungjawab, cekap dalam tugas, suka menolong tetamu Allah yang menghadapi kesusahan, mahir dalam pekerjaan yang dilakukan dan bersikap ramah. Sikap ini menjadikan mereka disukai dan dihormati oleh tetamu Allah terutama mereka yang membersih dan mencuci dua masjid Tanah Haram.

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jika diamati dan disedari, terdapat SEGELINTIR PEKERJA KOLAR BIRU terutama yang membersih jalan di Mina mempunyai sikap kurang menyenangkan. Terlihat jelas mereka cuba mengambil kesempatan sehingga tersasar dan melupai tanggungjawab yang diamanahkan dalam pekerjaan.

*

KATEGORI KOLAR BIRU

Melalui pemerhatian saya sepanjang bermukim di bumi Haramain dengan beberapa bukti ketikan foto, dapatlah dikenal pasti 4 kategori PEKERJA KOLAR BIRU. Mereka mempunyai tugas khas masing-masing.

Tiga daripadanya ditugas mencuci dan membersih luar dan dalam masjid sama ada Masjid Nabawi, Madinah atau Masjidil Haram, Makkah. Manakala satu kumpulan lagi ditugas membersih sepanjang jalan raya di Arafah dan Jamarat, Mina.

Pekerjaan mereka ini dapat dikenal melalui warna baju yang dipakai di tubuh mereka. Mungkin ada lagi pekerja lain dengan warna baju yang berbeza. Apa yang nampak di mata saya, itulah yang akan saya kongsikan sebagai pengetahuan jika anda belum terfikir tentang mereka.

*

cucidatarankaabah4

Foto diambil dari Merdeka.com

*

BIARLAH HALAL

Sifat ingin tahu mendorong saya untuk memerhati apa yang berlaku di sekeliling. Tambah lagi kita berada di tempat yang asing dan jauh dari Tanah Air. Banyak manfaat dan pengajaran yang dapat saya dan SPH renungkan apabila melihat ketekunan, kerajinan dan kesungguhan mereka. Tidak kurang juga kami menyesali segelintir sikap pekerja yang sebaliknya.

Lebih mengetar hati, ramai yang datang sendiri alias nafsi-nafsi. Keluarga ditinggal jauh untuk merantau mencari sesuap nasi dengan keringat melimpah di bumi suci. Tentu dengan harapan wang yang diperolehi dapat mengenyangkan keluarga yang jauh di mata, dekat di hati.

Pekerjaan yang dilakukan oleh PEKERJA KOLAR BIRU ini merupakan jasa bakti mereka kepada Tuan Rumah Yang Maha Perkasa. Mari kita hargai usaha mereka. Jangan dicaci hina. Jangan dicemuh endah. Jangan dipandang sebelah mata. Tanpa mereka yang diizinkan Allah, pasti kita tidak merasa selesa.

Bekerja di rumah Allah dianggap satu keuntungan. Mereka juga termasuk tetamu Allah secara tidak langsung melalui pekerjaan mulia yang disandang. Mereka boleh solat berjemaah bila-bila masa di Masjidil Haram.

Tanpa disedari ada rezeki tambahan dari Pemilik Rumah Suci yang sedang menanti dengan kunjungan para tetamu Allah yang dimuliakan. Itulah keistimewaan yang Allah kurniakan kepada mereka. Tidak perlu meminta, ada sahaja yang menghulurkan sedekah atau hadiah.

*

MEREKA YANG BERJASA

Berikut melalui foto yang diambil, saya akan menjelaskan secara ringkas pekerjaan yang dilakukan oleh PEKERJA KOLAR BIRU di bawah. Mudahan sekilas pandang ini mampu mengubah sikap kita untuk mensyukuri nikmat yang ada pada kita.

*

(1) PENCUCI BERBAJU HIJAU

Pekerja menyarung baju hijau ini merupakan mereka yang bekerja di dalam Masjidil Haram. Mereka mencuci lantai dalam masjid dan juga lantai Dataran Kaabah.

Awas ! Jangan berdegil apabila pekerja ini menjalankan tugas mereka. Anda harus segera beredar apabila diarahkan. Jika tidak anda menanggung sendiri risikonya. Mereka menggunakan air sabun dan air untuk membersihkan lantai.

Sangat menakjubkan melihat kecekapan mereka mengendalikan tugas di tengah puluhan ribu tetamu Allah. Sangat mahir dan pantas dalam pekerjaan. Lebih-lebih lagi pencuci lantai Dataran Kaabah. Satu akting yang memukau mata dan mengasyikkan.

Saya sampai tidak mahu menoleh ke arah lain kerana senang menikmati pertunjukan yang cukup indah di depan mata. Sebelum mencuci lantai Dataran Kaabah, pekerja meletakkan beberapa papan penghalang yang disambung dengan tali pita merah mengikut keluasan yang dikehendaki.

Ia seperti melihat satu persembahan di medan acara secara langsung. Pencuci Dataran Kaabah akan membentuk polar larian yang sekata dan sejiwa secara bertentangan dan bergiliran untuk mencuci dan mengemop lantai. Seperti gerakan tarian ke sana sini dengan cekap dan sudah dilatih sedemikian rupa. Mengkagumkan. Ternyata mereka sangat terlatih dan bijak.

*

PekerjaMHFatima17CuciDataranKaabah

Foto dipinjam dari http://nani-onlinebiz.blogspot.com. Terima kasih.

*

Foto di bawah adalah sekumpulan pekerja yang sama mencuci dan membersihkan lantai dalam Masjidil Haram.

*

PekerjaMHFatima2HijauCuciMHaram1

*

PekerjaMHFatima3HijauCuciMHaram2

*

PekerjaMHFatima4HijauRehat

*

(2) PEKERJA BERBAJU BIRU TUA

Pekerja ini akan melakukan pencucian dan pembersihan diseluruh bahagian luar bangunan Masjidil Haram. Gerakan mereka juga sama dengan pencuci berbaju hijau. Pantas, cekap dan berharmoni.

*

PekerjaMHFatima19CuciAlHaram

Foto dipinjam dari http://manzlie-makkah.blogspot.com. Terima kasih

*

PekerjaMHFatima5BiruSaie

*

*PekerjaMHFatima18rehat

*

(3) PEKERJA BERBAJU COKLAT MUDA

Jika diteliti mereka yang menggunakan baju coklat muda ini adalah pekerja yang bertugas menggunakan mesin bergerak untuk menge’mop’ lantai. Pekerja ini membantu kerja-kerja mengemop lantai Dataran Kaabah dan Dataran Masjidil Haram.

Selain itu, saya juga melihat pekerja ini bertugas menukar air Zam-Zam di dalam Masjidil Haram apabila tong air Zam-Zam kosong dan diganti yang baru.

 

PekerjaMHFatima6CoklatMCuciDaHaram

*

PekerjaMHFatima7CMudaRehat

*

(4) PEKERJA BERBAJU HIJAU PISANG

PekerjaMHFatima8HijauMudaMadinah

*

KOMITMEN

Memastikan kebersihan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah sangat dititikberatkan. Kondisi ini sangat penting untuk memberi keselesaan kepada para tetamu Allah.

Oleh yang demikian, menurut informasi dari Merdeka. Com, kerajaan Arab Saudi telah melantik 200 kakitangan kebersihan di bawah perhatian langsung dari pihak pemerintah bagi mengendali 27000 pekerja kebersihan, 260 pekerja kawalan dan 100 orang supervisor.

Tugas membersih Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dilakukan 24 jam tanpa henti melalui empat giliran (shift) kerja. Bagi memudah dan membantu hasil kerja yang maksimum dan cepat, para pekerja telah dibekali dengan peralatan yang moden dan canggih seperti  40 kenderaan pembersih, 120 carrier, dan 60 mesin pencuci untuk memudahkan proses pembersihan.

Sudah pasti mereka telah diberi latihan dan kemahiran agar kerja yang dilakukan sangat parktis, pantas dan memuaskan. Kepantasan mereka dalam melaksanakan tugas pembersihan terutama di kawasan tawaf hanya mengambil masa kurang dari 30 minit, sudah selesai dan bersih. Menakjubkan.

Demikianlah apabila kerja yang dijalankan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab, selalu dikagumi dan mendapat pujian dari sesiapa sahaja. Mereka dikehendaki bersikap tegas dengan tetamu Allah yang ada kalanya menunjukkan sikap degil dan keras kepala.

*

TEGAL NILA SETITIK

Tidak dinafikan terdapat pekerja yang secara langsung melumuri cuka di muka orang lain dengan sikap yang sebaliknya seperti pekerja di bawah.

Pekerja berbaju jingga ini tidak di bawah perhatian langsung oleh pemerintah Arab Saudi. Mereka adalah pekerja swasta yang diupah untuk mengurus kebersihan di Arafah atau Mina.

Sikap pekerja yang sambil lewa dan cuba mengambil kesempatan dari kebanjiran jemaah haji yang melakukan ibadah melontar di jamarat, Mina menyebabkan tanggungjawab dan amanah dalam tugas telah dicemari.

Pekerja ini tidak mempedulikan kebersihan yang ada di sekeliling mereka. Sampah sarap bertaburan di sana sini. Usaha menyapu dan mengangkat sampah langsung tidak dilakukan. Malahan tegak berdiri sambil tangan memegang plastik kosong atau hanya terdapat sedikit sampah di dalamnya.

Mereka berdiri menongkah arus di tengah puluhan ribu jemaah haji yang baru keluar dari bangunan jamarat sambil mengharap belas ihsan dengan huluran wang yang bakal diterima. JANGAN MUDAH TERTIPU dengan modus operandi para pekerja berbaju jingga ini.

Ternyata mereka tidak ikhlas dalam pekerjaan. Tidak cekap, tidak mahir, tidak bertanggungjawab. Kebersihan jalan raya tidak dititik berat dan langsung tidak dipedulikan.

Saya sendiri merasa kesal dan geram melihat situasi jalan raya yang berselerak dengan sampah yang berbau sedangkan pekerja berbaju jingga berada di mana-mana sepanjang jalan tersebut. Pekerja ini seperti ‘pengemis’ jalanan yang bertopengkan pekerjaan.

Silakan teliti foto-foto di bawah untuk dijadikan gambaran pengetahuan kepada anda yang belum melalui jalan ini untuk mengambil pengajaran dan berhati-hati dalam menghulurkan sedekah. Jika tidak kita akan menyumbang kepada kebanjiran pengemis di bumi Haramain.

*

(5) PEKERJA BERBAJU JINGGA

PekerjaMHFatima9BajuOrenMina1

*

PekerjaMHFatima10BajuOrenMina2

*

PekerjaMHFatima11BajuOrenMina3

*

PekerjaMHFatima12BajuOrenMina4

*

PekerjaMHFatima13BajuOrenMina5

*

PekerjaMHFatima14BajuOrenMina6

*

PekerjaMHFatima15BajuOrenMina7

*

PekerjaMHFatima16SampahMina

*

KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARI IMAN…. jika begini keadaan yang disaksikan bagaimana iman itu boleh menghuni hati apabila jemaah haji sendiri tidak tahu menjaga kebersihan. Rasulullah SAW pasti bersedih hati dengan sikap tidak bermoral umatnya dalam mengotori tempat ibadah.

*

pesanfatimaku

*

KEPADA JEMAAH HAJI DAN UMRAH

Ke mana-mana pun kita berada kebersihan perlu dijaga. Kebersihan luaran seperti yang berada di seseliling kita akan kita pelihara dengan baik. Alam sekitar hijau damai, jalan raya bersih permai. udara menjadi segar tanpa pencemaran.

Untuk hidup dalam keadaan harmoni dengan kesihatan yang baik semuanya berpunca dari kebersihan hati. Apabila kita sudah biasa menjaga kebersihan diri atas kesedaran yang dipupuk akan mudah untuk kita menjaga kebersihan di mana-mana sahaja kita berada. Kita jadi benci dengan kekotoran. Inilah namanya iman.

Oleh itu, tidak akan timbul sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab terhadap kekotoran sampah yang berada di depan mata. malah untuk membuangnya merata-rata pun kita tidak sanggup. Kita jadi kurang selesa dan tidak nyaman dengan hidangan mata yang menyesak dada.

UNTUK MEREALISASIKAN KEBERSIHAN DI TANAH SUCI…. saya cadang dan sarankan agar kita membaca plastik kemana-mana sahaja kita menyelusuri bumi Makkah dan Madinah. Malah bukan setakat itu, kita mulakan dari rumah tangga kita dengan membiasakan keluarga untuk menjaga kesihatan fizikal, emosi dan rohani agar intelek kita bersih dan cerdas.

*

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima29 Ogos 2015 (sabtu)/ 14 Zulkaedah 1436H/ 3.30 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. ingin kau tahu bahawa setiap jalan yang kita pilih menuju iman adalah terhasil dari akal yang sihat. Jika ingin merebut Cinta Tuhan maka kita harus menjejak setiap inti kehendak-NYA walau harus bergadai nyawa. Balasannya pastilah syurga idaman. Maka, serulah nama Tuhanmu dalam setiap permulaan langkah hidupmu. Dengan itu, cintamu sangat dekat di hatiku. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. seulas senyum menguntum lahir dari hatiku saat melirik bunga-bunga senyummu yang terletak pada waktu yang tidak bergerak. Tanpa disedari Tuhan membuka misteri yang tidak pernah dikhabarkan terlebih dahulu. Itulah Tuhanku… yang selalu sayang padaku. Doa setulus jiwa buatmu. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

DoaFatima1Harapanku

*

TETAP DI SINI…. MENGINGATIMU TANPA JEMU

*

18 thoughts on “CT348. SJK…. SEVILLA KE MASJIDIL HARAM (7): PEKERJA KOLAR BIRU DI TANAH HARAMAIN

  1. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah…, salut saya sama pekerja yang dengan penuh tanggung jawab melaksanakan tugas secara profesional. Meskipun, akhirnya ada juga beberapa yang tidak bekerja dengan tanggung jawab yang baik. Tentu saja pekerja yang bekerja dg baik rezeki yang diperolehnya akan lebih mendapatkan keberkahan dari Allah Swt. Aamiin….

    Salam dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Mereka beruntung kerana setiap hari dapat bersolat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Itulah rezeki yang tak terhingga yang dikurniakan Allah atas izin-NYA buat hamba yang terpilih.

      Saya doakan mas Amazzet dan isteri juga akan ke sana nanti. Aamiin.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim.

  2. Assalamualikum bunda,

    KEbersihan sebagian dari iman, seharusnya pengunjung dan tamu-tamu juga bisa menjag akebersihan ya. Takjub dengan pekerjaan mereka yang membersihkan masjid, sayang sekali ada pekerja yang hanya mengharpkan imbalan ya bun.
    Btw orang-orang yang bertugas membersihkan masjid biasanay sehari berapa kali dibersihkan

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya…

      Setiap manusia ada kelemahannya terutama apabila menghadapi gemerlap dunia yang melalaikan. Mereka tentu sekali rugi dengan pelanggaran amanah yang diberikan. Wallahu’alaam.

      Pekerjaan mencuci itu dilakukan 24 jam, mbak. Mereka dibahagi kepada 4 shift (giliran). Bermaksud setiap giliran adalah 6 jam untuk setiap shift. Ada juga mas rehat ya.

      Mereka bukan setakat mencuci lantai, tetapi juga dinding masjid, tingkap, tangga, karpet dan al-Quran. Begittulah rutin harian mereka bekerja di dua masjid Tanah Haram ini.

      Salam manis mbak dan terima kasih. 🙂

    • Saya juga fikir begitu. Besar kemungkinan itulah yang terjadi. Tetapi jika kita ikhlas dan amanah, cukuplah Allah jadi pengawasnya agar rezeki kita halal dan diredhai-NYA.

      Terima kasih Mawardi dan salam sejahtera.

    • Terima kasih kembali, mbak Mechta… Begitulah situasinya mbak. Tidak pernah yang kita lihat semuanya baik dan jujur. pasti ada juga yang lalai dan tidak amanah dalam kerjaannya.

      Mudahan kita mengambil pengajaran ya mbak.
      Salam manis. 🙂

  3. assalam ct fatimah..n3 yg sangat menarik dibaca…walau di tanah suci tetap ada sikap pro kontra yg perlu dihadapi dgn banyak2 bersabar….dalam membuat sesuatu pekeraan itu mmg perlu amanah justeru berkerja mencari rezeki juga berpahala apalagi di tanah suci…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Kak Paridah Ishak…

      Alangkah ruginya jika diizinkan Allah bekerja di Tanah Suci tetapi tidak mahu mengambil manfaat darinya. Peluang sudah di depan mata kerana berkhidmat di bumi Suci, namun hati masih berkalung dunia. Mudahan kita mengambil iktibarnya kak.

      Terima kasih dan salam manis. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.