CT377. KEMBARA MIRI (9): SINGAPORE CHICKEN RICE

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SCRfatima1SingaporeChickenRiceMiri

*

KELAPARAN

MASIH HARI KETIGA. Anak-anak sudah tidak mampu lagi bersabar setelah hampir separuh hari menahan lapar kerana seronok merasai pengalaman melawat TAMAN KIPAS MIRI dan Bukit Kanada yang di atas puncaknya terdapat tinggalan sejarah yang dinamakan THE GRAND OLD LADY dan MUZIUM PETROLEUM SARAWAK hingga lupa untuk makan.

Kami meninggalkan Bukit Kanada yang penuh sejarah pada jam 3.30 petang setelah berada di atas puncaknya selama satu jam 30 minit. Anak-anak sudah mulai bising untuk mencari tempat makan.

*

PILIHAN

Saya dan SPH memberi pilihan kepada anak-anak untuk makan di mana mereka suka. Banyak nama restoran makanan segera dicadangkan seperti Kentucky Fried Chicken (pilihan Izzah), Sugar Bun (pilihan Akram dan Ieesyah) dan Singapore Chicken Rice (pilihan iffah). Saya dan SPH hanya diam mendengar.

Setelah pelbagai alasan mempertahankan pilihan restoran masing-masing. Kata putusnya adalah mama mereka. Saya sebagai pemegang kuasa veto dalam bab makan…. 😀

Semua ahli Kembara Miri mesti menerima dengan rela atau paksa. SPH pula tidak pernah masuk campur dalam urusan pilihan saya. Setuju seratus peratus.

Saya menjelaskan alasan mengapa saya memilih untuk makan di Restoran  Singapore Chicken Rice.  Iffah orang yang paling gembira dan bahagia.

Hehehe….. pilihan yang bijak kerana ada menu yang saya gemari di SCR. 🙂 Sebenarnya, anak-anak juga mempunyai menu pilihan sendiri di SCR, sebab itu mereka tidak banyak membantah. Naluri dan pilihan ibu memang selalu tepat dan benar. Alhamdulillah.

Kami menuju ke Boulevard Shopping Mall di tengah Bandaraya Miri untuk menjamu hidangan dari menu pilihan masing-masing.

*

SCRfatima2AhliKembara MiriMakan

Semua pilihan menu sudah berada di hadapan mata untuk dijamu dengan penuh selera. Alhamdulillah.

*

SCRfatima3BlackPepperChickenRice

Pilihan saya dan SPH – Black Pepper Chicken Rice. Hakikatnya, menu black pepper adalah pilhan utama saya setiap kali makan di mana-mana kedai makan. Jarang saya memilih makanan lain.

Kenapa saya suka rasa black pepper (lada hitam) ? Rasa pedas lada hitam menghangatkan lidah dan menyerap ke dalam tubuh. Aroma lada hitam berbeza dengan aroma makanan lain yang manis dan masin.

*

SCRfatima4Sweet.SourChickenRice

Pilihan Ieesyah – Sweet and Sour Chicken Rice

*

SCRfatima5LaksaSarawak

Pilihan Iffah – Laksa Sarawak

*

SCRfatima6FriedKuehTeow

Pilihan Izzah – Fried Kueh Tiaw

*

SCRfatima7CurryChickenRice

Pilihan Muhammad – Curry Chicken Rice

*

SCRfatima8Jasmine.TeaSpecial

Minuman kegemaran saya di SCR ialah Jasmine Tea With Grass Jelly. Sangat sedap rasa tehnya. Baunya manis seakan Green Tea.

SPH menyukai minuman kopi panas. Ketiga-tiga puteri saya menggemari  minuman Tea C Special. Sedangkan Muhammad memilih minuman kegemarannya Lobak Susu.

*

NIKMAT TUHANKU

Alhamdulillah, nikmat Tuhan yang mana lagi hendak kami dustai apabila setiap yang kami rancang dan harapkan mendapat redha-NYA. Semuanya berjalan dengan lancar.

Selepas menikmati menu kegemaran yang mengenyangkan, SPH membawa kami sekeluarga bagi mengakhiri lawatan hari ketiga untuk menyaksikan kebesaran Allah di Luak Bay Beach (Pantai Teluk Luak). 

Kami meninggalkan Boulevard Shopping Mall pada jam 5.29 petang menuju ke Luak Bay.

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima10 Mac 2016 (Khamis)/ 1 Jamadilakhir 1437H/ 9.48 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. memberi senyum yang tidak terlihat kepadamu yang tidak dipandang mata. Walau jauh kita berada senyuman pasti menyatu dalam ingatan kerana kita saling mengerti makna sebuah rindu yang berbunga sayang.  Percayalah…. di hatiku selalu ada dirimu.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Hujan yang turun patut kita syukuri dengan nikmat yang kita tidak tahu apa yang ingin Allah beri kepada kita. Berdoalah kerana hujan itu baru sahaja diciptakan Allah buat kita di dunia ini. Doaku padamu selalu bersama hujan yang mencurah itu. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

*

12 thoughts on “CT377. KEMBARA MIRI (9): SINGAPORE CHICKEN RICE

  1. seandainya suatu saat aku dan Bunda serta rekan bloger lainnya mengadakan makan bersama….blue pasti bersedia………………meski di malaysia…………..but bunda yang ongkosin ya…….hahaha…………
    salam hangat dari blue.

    • Jika ada rezeki yang baik, tentu ada kebaikan dalam setiap perkara yang direncanakan. Bunda doakan nanda Blue selalu sihat dan sukses. Terima kasih sudah berkunjung lagi ke blog bunda ini.

      Salam hangat kembali dan semoga nanda Blue diberkati Allah SWT. Aamiin.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.