CT286. IBADAH HAJI : IBADAH PROFESIONAL

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

HajiFatima1IbadahProfesional

*

Sebelum saya menukilkan pengalaman aktiviti ketika sedang uzur  solat (mamnu’ minas sholah), ingin saya mengajak anda untuk memahami dan meneliti IBADAH HAJI yang bakal mengumpulkan semua jemaah haji sedunia di Padang Arafah untuk berwukuf dalam beberapa hari lagi.

Perjalanan mengerjakan ibadah haji ke Tanah Suci tidak sama dengan perjalanan melancung atau melawat ke negara-negara lain walaupun di Jeddah, Arab Saudi.

Segala persiapan dan kelengkapan perlu dilakukan di Tanah Air. Sejak bila ? Sejak mula memasang niat untuk berhaji. Sejak ada keinginan untuk melakukan haji. Kemudian mendaftar diri sebagai bakal haji dan mencari usaha untuk mengumpul wang agar mampu untuk melaksanakannya.

Setelah semua persiapan material dikumpul, persiapkan diri dengan ilmu berkaitan Umrah dan Haji. Jangan hanya tahu berniat, berkeinginan, berdaftar dan mengumpul wang, setelah itu dibiarkan waktu berlalu begitu sahaja sambil menunggu panggilan haji tiba. Sepatutnya bukan ini yang terjadi kepada kita dalam tempoh tersebut.

Kita sedia maklum sesiapa yang sudah berdaftar, mengetahui tahun gilirannya. Maka, persiapan awal untuk membentuk rohani yang mantap dengan ilmu pengetahuan bagi menambah bekal dalam menguatkan akhlak dan ibadah perlu disegerakan. Tujuannya untuk menyucikan jiwa dari segala dosa dan noda yang tercalit dalam tingkah yang berupa maksiat dan mungkar.

Jika kita berharap untuk memperolehi HAJI MABRUR, segala persediaannya hendaklah bermula dari SEBELUM berhaji, SEMASA berhaji dan yang lebih penting SELEPAS berhaji. Maka, kita akan dapati tanda-tanda HAJI MABRUR ada pada kita. Mudah-mudahan. Aamiin.

*

HajiFatima2Arafah

Batas penamat kawasan Padang Arafah berhampiran khemah jemaah haji Malaysia

*

ILMU + AKAL = BEKAL

Menuntut ilmu sangat penting kepada semua BAKAL HAJI DAN UMRAH untuk meningkatkan kefahaman tentang konsep ibadah. Akal menjadi bekal agar ilmu yang diamalkan sesuai untuk melayari segala keperluan hidup di Tanah Suci berlandaskan syariat yang ditetapkan.

Jika tiada ilmu, nafsu akan mengambil tempat untuk menyesat dan menyasarkan kita dari jalan yang benar. Dalam kembara hidup ini, kita diingatkan supaya banyak berusaha, berdoa dan bertawakal kerana ada takdir yang boleh berubah (takdir mu’allaq) sebelum sesuatu itu terjadi dengan mengusahakan sebab musababnya. 

Takdir itu masih tersembunyi dalam ilmu Allah SWT Yang Maha Mengetahui sejak azali bahawa kita akan mengusahakan sebab-sebab tersebut.

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” – al-Rad: 11

*

HajiFatima3LontarJamrahMina

*

CABARAN

Saya dan SPH melalui perjalanan rohani sepanjang di Makkah, Arafah, Muzdalifah dan Mina dengan tenang, aman dan bahagia. Alhamdulillah, segala urusan kehidupan, amal ibadah dan manasik haji di semua masya’irnya telah dipermudahkan Allah SWT.

Tidak dinafikan ada kesulitan dan cabaran tertentu selama bermukim di sana. Saya dan SPH berusaha untuk menghadapinya dengan sabar  dan redha walaupun dalam beberapa kejadian tercetus juga rasa sakit hati dan marah yang sedaya upaya dikawal dengan waras akal. Namun rupanya, tidak semudah yang disangkakan.

Terkesan dengan beberapa kejadian, saya berfikir sejauh manakah ilmu tentang taharah (wuduk, tayamum, haid, nifas dan istihadhah); dan  apa sahaja yang berkaitan dengan solat sudah menjadi bekal semasa berhaji ? Malah dalam bab menutup aurat menjadi satu cabaran hebat kepada para hujjaj terutama hajjah. Namun ramai yang gagal mempertahankannya.

Satu kerugian yang besar apabila kita melakukan sesuatu ibadah, kita tidak mengetahui atau berbuat sambil lewa terhadap keutamaan dan kepentingan ibadah tersebut. Tujuan kita mengerjakan umrah dan haji sepatutnya menjadi PENGETAHUAN NOMBOR SATU kepada diri kita.

Akibat kurang ilmu dalam beribadah, dibimbangi ibadah kita akan ditolak (mardud). Tambah lagi dalam beribadah haji. Kita semua berharap untuk mendapat haji mabrur, maka segala persiapan kita hendaklah menjurus ke arah mencapai kemabruran haji. Bukan hanya sekadar menyebut dan bercita-cita.  Tetapi dilakukan semata-mata kerana Allah SWT.

*

RinduIbtisamFatima1padamu

*

HAJI BUKAN IBADAH SEBARANGAN

Ibadah haji adalah ibadah yang disertai dan mesti dilaksanakan menurut disyariat. Segala kerja haji termaklum dari arahan Tuan Milik Rumah yang menjemput untuk menjadi tetamu kehormat-NYA. Oleh itu,  setiap muslim yang telah terpilih hendaklah bersedia lahir dan batin.

Pekerjaan haji merupakan satu tanggungjawab fardhu ‘ain yang dilakukan secara individu dengan kemampuan. Andai tidak mampu atau meninggal dunia, yang boleh melakukan badal (ganti) haji untuk mereka adalah orang yang sudah berhaji sahaja.

*

Tahukah anda bahawa IBADAH HAJI ADALAH “IBADAH PROFESIONAL” ? 

Seorang bakal haji atau hajjah, seharusnya SEORANG YANG PROFESIONAL dalam ibadahnya. Pekerjaan haji bukan pekerjaan biasa. Ia pekerjaan LUAR BIASA. Segala peraturannya datang dari ALLAH SWT.

*

SaieFatima17SafakeMarwah

Mengerjakan ibadah Saie antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak 7 pusingan

*

IBADAH HAJI ADALAH IBADAH PROFESIONAL

… yang tidak dilakukan sebarangan tetapi berasaskan ilmu untuk memahami segala tuntutan manasik haji yang diajar secara tertib dan berakhlak.

Kerana itu, kita dapati banyak perbahasan berhubung haji dan umrah dibincangkan dalam kursus-kursus haji bagi memberi kefahaman pengetahuan secara teori dan kemahiran teknik secara amali.

Malahan, maklumat-maklumat pelaksanaan haji terus menerus disampaikan di Tanah Suci untuk memantapkan pengetahuan para jemaah agar tidak terlupa dan tersasar dari tujuan haji yang hendak dikerjakan.

Sebagai tetamu undangan, pastinya kita sudah mengetahui peraturan dan etika sebelum bertandang ke rumah orang. Jika tidak menjaga adat dan tatasusila, Tuan Rumah dan tetamu lain yang hadir tidak menyenangi tingkah laku kurang sopan yang dipamerkan.

Analogi di atas dapat kita fahami apabila menjadi TETAMU ALLAH di Rumah-NYA. Semestinya kita sudah mengetahui RUKUN dan WAJIB HAJI juga UMRAH.

Kita perlu tahu PANTANG LARANG yang ditetapkan. Apabila kita sudah terdedah dengan peraturan pasti pemergian kita diiringi keredhaan dan kasih sayang tanpa berbelah bahagi. Segala kesukaran tidak menjadi halangan untuk menyempurnakan segala ibadah yang dituntut.

Jika anda datang dengan jiwa yang separuh nyawa, tidak rela kerana selalu bimbang akan keselamatan yang tidak terjamin di tengah lautan manusia, dada yang tidak diisi dengan ilmu yang mantap dan tidak memasang niat yang teguh untuk melaksanakan ibadah, pasti anda akan mengalami kesukaran untuk mencapai haji mabrur.

Alif, Lam, Mim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka belum diuji?  Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta. (surah al-Ankabut: 1-3)

*

IlmuFatima4Kekasih Allah

*

BERTANYALAH

Alhamdulillah, dengan adanya kursus-kursus bersiri haji dapat memudahkan bakal jemaah haji untuk melaksanakan rukun dan wajib haji dengan sempurna.

Oleh kerana itu, “wajib”kan diri kita menghadiri setiap kursus. Jangan tuang atau gagal hadir dengan sebab sudah pandai atau malas atau apapun alasannya. Beri tumpuan dan perhatian yang serius semasa ceramah berlangsung. Jangan segan untuk bertanya jika timbul sebarang kemusykilan agar semuanya bersih dan hilang keraguan.

Berdasar pengalaman ketika menghadiri kursus bersiri haji, di dapati ramai yang malu bertanya kepada penceramah. Apabila sudah tamat sesi ceramah, baharu sibuk bertanya kepada sesiapa tentang kemusykilannya. Jawaban yang diterima tentulah tidak sama dengan jawaban berilmu dari pihak penceramah.

Sebaiknya aktifkan diri dalam perbincangan sepanjang kursus berjalan. Jangan sibuk dengan aktiviti yang melalaikan seperti bercakap-cakap sesama sendiri dan ketawa, mengantuk dan tidur tersenguk-senguk, sibuk dengan panggilan dan menjawab telefon atau berbalas SMS. Masya Allah.

*

ALAH BISA TEGAL BIASA

Tidak hairanlah, perlakuan sebegini tetap berterusan hingga ke Tanah Suci.  Jika di Tanah Air tidak mengambil berat, akan banyak timbul masalah semasa di bumi Haramain.

Pengalaman duduk bersebelahan hajjah muda dari Malaysia di Masjidil Haram ketika menunggu masuk waktu solat Maghrib selepas solat Asar sangat mengesankan saya. Gadis itu langsung tidak membaca al-Quran tetapi asyik berbalas SMS dan bertelefon.

Saya berusaha menegur tetapi gadis itu menunjukkan sikap tidak ramah. Kadang kala dia “bersembunyi” di dalam telekungnya untuk mengelak diri dari berbicara dengan saya.

Sayang sekali, masa yang terluang untuk beribadah tidak dipenuhi dengan bijaksana. Saya beristighfar dalam hati dan memohon agar diri saya tidak dilalaikan oleh perkara sedemikian.

“Ya Allah, lindungilah aku dari perkara-perkara yang melalaikan aku dari mengingatimu di Tanah Suci ini. Teguhkan hati dan imanku pada jalan-MU yang lurus. Aamiin.”

*

KasutTawafFatima7TetamuAllahMakkah

Mengerjakan Tawaf  mengelilingi Baitullah sebanyak 7 pusingan

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima

29 September 2014 (Isnin)/  4 Zulhijjah 1435H/ 8.30 malam.  Sarikei, Sarawak

AKU….. dan senja yang kian tenggelam dalam warna jingga melabuh rinduku bersama harapan yang tiada penghujung. Apakah ada rindumu yang hendak dilarutkan dalam warna malam hatiku yang suram ? Dalam bisik sendu nan resah, ku sebut namamu dengan getar bibirku di sepertiga malam agar tenang segala gelora jiwa di taman tasik  hatiku yang gundah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Dedikasiku Untukmu... bukan mudah untuk melerai segala masalah jika hati kita tak tabah. Setiap persoalan yang diwujudkan dalam tanda tanya kehidupan pasti mempunyai jawaban yang tidak kita ketahui betul atau salah kecuali sesudah kita melaluinya dengan berpenat lelah. Selalu ada rindu untukmu. Wassalaam. 🙂

*

RinduFatimaku2setiaphari

*

WALAU JARAK MEMISAHKAN KITA… NAMUN DI HATI TETAP BERSUA

 *

20 thoughts on “CT286. IBADAH HAJI : IBADAH PROFESIONAL

  1. Assalamualaiium wr wb
    Mbak fatimah

    Ibadah haji memang diperlukan wawasan, ilmu dan pemahaman tentang tata cara (rukun) nya ya mbak Fat, selain dari biaya materil dan kesehatan jasmani dan rohani sebagai pendukung utamanya 🙂

    Kalo habis ke blognya mbak fatimah hati jadi sejuk dan adem deh 🙂
    Semoga saudara2 kita yang menjalani ibadah ini menjadi haji yang mabrur ya mbak . Amin
    Salam from jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi…

      Alhamdulillah wa syukrulillah, apabila kita tahu apa yang harus kita lakukan untuk mencapai haji mabrur tentu usaha ke arah tersebut tidak akan kita sia-siakan semata-mata mencari redha-NYA.

      Terima kasih mbak Sussi atas kunjungan ini, mudahan kita mendapat ganjaran yang sama dengan menyebarkan kebaikan di serata dunia maya. Aamiin Ya Rabb.

      Salam manis selalu. 🙂

  2. Ass……..

    Ibadah tanpa ilmu sepertinya akan membuat kita kurang meresap dalam qolbu juga bunsa, apalagi bila kita tidak memahami dasar-dasra aturan yang telah di tetapkan sesuai aturan dalam ajaran agama. Apalagi yang berhungan dengan ibdah haji. Terimakasih telah sharing ilmunya bunda.

    Salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra…

      Mengerjakan ibadah haji dan umrah dengan disertai ilmu yang benar tentangnya pasti menjadikan jiwa kita tenang dan senang untuk melaksanakan segala Rukun dan Wajib yang dituntut pada keduanya. Oleh itu, memahami segala peraturan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa agar benar-benar mendapat haji mabrur dan umrah makbul.

      Terima kasih sudah hadir berkunjung setelah lama tidak kemari. Didoakan mas Indra dan keluarga di sana dalam sihat sejahtera. Aamiin.

      Salam hormat. 🙂

  3. Assalamua’laikum wr wb … Bu SFA …

    Subhanallah … postingan ibu ini ‘selalu saja indah dan jelas … serasa kita ikut di dalam kegiatan Ibadah Umrah yang sedang ibu bahas dalam postingan ini – semua jelas – lass ..! 🙂

    Dan kiat ‘rumus pencerahan : ILMU + AKAL = BEKAL … tepat sekaliiii … itulah ‘beda yg nyata antgara kita dengan makhluk2 Allah SWT yang lain dimuka bumi ini. Alhamdulillah – Wasyukurillah.

    Salam taqzim dari kota bertuah Pekanbaru – Riau…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya…

      Alhamdulillah, mudahan bermanfaat untuk dijadikan pengajaran dan pengetahuan agar lebih baik dari apa yang saya telah lakukan. Kebijaksanaan dalam mengendalikan pelaksanaan haji dan umrah memerlukan ilmu dan akal yang menjadi bekal bual agar kita selalu beringat-ingat dalam mengerjakannya.

      Terima kasih Soeman atas kongsian dan salam sejahtera. :).

  4. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah, rindu ini semakin menguat, pada Ka’bah, shalat di Masjidil Haram, berdzikir di Masjid Nabawi, pada Rasulullaah Saw. yang mulia akhlaknya. Doa-doa pun semakin menguat. Mohon dibantu doa ya, Mbak Fatimah, semoga diri ini suatu saat bisa berhaji ke tanah suci.

    Salam dari Jogja, Indonesia.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Aamiin Ya Rabb. Semoga rindu mas Amazzet untuk ke Tanah Haramain dimakbulkan Allah SWT. Banyakkan berdoa dan bersedia dari sekarang, mudahan persediaan tersebut akan mempercepatkan doanya dan diperhatikan Allah SWT.

      Terima kasih dan salam hormat selalu. 🙂

    • Alhamdulillah, hanya tinggal beberapa jam lagi waktu wukuf hadir menyapa jika dikira dari waktu sekarang di Malaysia,

      mudahan akan menjejak kaki lagi untuk berwukuf di sana di kemudian hari. Aamiin.

      Terima kasih mas Ilyas. Salam sejahtera. 🙂

  5. Assalamualaikum Wr Wb

    Saya belum pahan detail ibadah haji ini, dengan membaca artikel ini saya mendapat pencerahan. Btw, kesulitan seperti apakah ketika ada di sana? 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ditya…

      Jika belum memahaminya elok membaca dari awal secara perlahan-lahan. Ilmu haji dan umrah sangat menarik dengan tambahan sejarah Makkah dan Madinah. Pasti akan hadir rindu mendalam setelah mendalaminya.

      Tentang kesulitan dan kesukaran di sana tertakluk kepada doa dan sangkaan masing-masing. Berdoa dan bersangka baiklah pasti semuanya tidak sulit untuk dilakukan sepanjang bermukim di Tanah Haram.

      Terima kasih Ditya, salam ceria. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Puan Mazni….

      Alhamdulillah, itulah nikmat terbesar dalam hidup apabila diizinkan ke sana dalam keadaan sihat dan berkemampuan. Semoga Puan Mazni juga melalui perkara yang sama di kemudian hari. Aamiin.

      Terima kasih sudah bertandang lagi, semoga bisnis onlinenya akan bertambah maju dan dimurahkan rezeki. Aamiin.

      Salam manis selalu. 🙂

  6. Pingback: CT317. CABARAN HAJI (18): MEMAHAMI TUJUAN KE TANAH SUCI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  7. Pingback: CT402. CABARAN HAJI (20): BEG PLASTIK DAN ALAS KAKI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  8. Pingback: CT471. PERJALANAN HAJI (1): MEMAHAMI RUKUN HAJI DAN WAJIB HAJI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.