CT142. CAHAYAKU YANG CEMERLANG

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

CahayaFatima1acemerlang

KEPUTUSAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) bagi seluruh sekolah di Malaysia telah dikeluarkan pada jam 10.00 pagi kelmarin (19 Disember 2012 – Rabu). Posting ini sepatutnya saya terbitkan semalam sebagai satu penghargaan buat anak tersayang,  CAHAYA, berusia 15 tahun. Tetapi disebabkan saya ada sesi kuliah dengan pelajar j-QAF di kampus, postingan ini ditangguh pada hari ini.

Sungguh mendebarkan sebagai orang tua untuk menanti apakah keputusan yang bakal diterima oleh anak sulung saya, “Iffah @ Cahaya. Sehari sebelum hari keputusan muncul, semalaman Iffah menyimpan rasa gundah gulana, seharian dia berusaha menyembunyikan ketakutan hatinya bimbang tidak dapat memenuhi harapan kami. 

Pagi tadi, sudah banyak air matanya tertumpah di depan saya. Puas saya memujuk agar jangan bimbang sambil saya membongkar segala rahsia keputusan persekolahan saya di masa lalu dan menunjukkan sijil-sijil keputusan saya yang cemerlang..hehehe.  Ini bukan menjadikan Iffah merasa tenang dan tenteram tetapi semakin tertekan melihat keputusan Mamanya. 😀

Sebagai memujuk perasaannya, saya menyatakan bahawa dia lebih bijak dari saya, cuma dia belum menyerlahkan lagi potensi sebenarnya kerana masih muda. Mendengar kata-kata saya, keadaan Iffah semakin tenang. Saya memeluknya sambil memberi semangat bahawa dia akan berjaya kerana sudah berusaha bersungguh-sungguh sebelum ini. Redha dan tawakal sahaja dengan keputusan yang diterima. 

Sebenarnya, Iffah sangat bimbang tidak mencapai keputusan cemerlang sebagaimana harapan abahnya, juga saya. Tentu sekali ada tekanan pada dirinya. Iffah telah berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengharapkan agar kami orang tuanya juga dapat menerima tahniah dari saudara mara, sahabat handai serta mahu memberi kejutan kepada semua orang. Besar sungguh harapannya.

Saya yakin, tidak ada ibu bapa yang mahu anaknya gagal atau memperolehi keputusan yang seadanya sahaja setelah berusaha menyuruh anak belajar, membeli segala keperluannya bagi memenuhi tuntutan pembelajaran sejak mulai bersekolah tadika (Taman Didikan Kanak-Kanak) hinggalah ke sekolah menengah.

Pasti banyak karenah yang anak-anak harus tempuh dengan keinginan orang tua mereka. Saya juga demikian ketika saya seusia Iffah. Bila mengingati kembali zaman belajar sekolah menengah dahulu, apa yang ibu bapa saya harapkan kepada saya, sama seperti apa yang saya dan SPH harapkan kepada anak saya.

ALHAMDULILLAH, dengan rasa debaran yang mengombak di dada, saya bersama Iffah turun ke SEKOLAH MENENGAH BANDAR SARIKEI, untuk menerima keputusan PMR yang ditunggu selama 2 bulan lalu. Sebelum sempat keluar dari rumah, SPH menelefon dari pejabat untuk memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menelefonnya supaya Iffah berpakaian seragam sekolah yang lengkap. Apabila ditanya keputusannya, pihak sekolah mengatakan agak baik tetapi RAHSIA. Hal ini membuat kami tertanya-tanya, apakah RAHSIAnya itu.

Setelah menukar pakaian, saya dan Iffah bergegas ke sekolah dengan segera. Sesampai ke sekolah, kami diarah menuju ke kantin sekolah, tempat di mana keputusan diterima. Subhanallah, kami berdua tercengang apabila menerima ucapan tahniah dari teman-teman Iffah dan guru-guru yang berada di ruang kantin sekolah.

RAHSIA yang dikatakan oleh pihak sekolah adalah untuk memberi kejutan kepada kami sekeluarga. Iffah, anak sulung kebanggaan kami telah menjadi SALAH SEORANG daripada 8 ORANG PELAJAR CEMERLANG dalam PMR 2012. CAHAYAKU mendapat :

CahayaFatima1CemerlangPMR2012

8 A DALAM SEMUA (8) MATA PELAJARAN

yang diambil. Memang satu kejutan yang memeranjatkan kami, keluarga, kawan-kawan Iffah dan pihak sekolah. Mana tidak terperanjat kerana sepanjang 3 tahun persekolahnnya, keputusan setiap semester selalu tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan untuk sebuah kecemerlangan. 

Saat peperiksaan PMR semakin dekat, saya dan SPH mengatur disiplin yang ketat untuk Iffah mengulangkaji pelajaran. Sehari sebelum peperiksaan, kami masih membeli buku-buku ulangkaji buat dia. Subhanallah, airmata saya tidak dapat dibendung apabila mengetahui keputusan cemerlang “anak nakal” saya ini. Puas kami mengerah dia belajar, selalu dimarahi kalau dia lalai dalam membuat kerja sekolahnya.

“Mama, Iffah rasa, Iffah adalah orang yang paling gembira hari ini di Bandar Sarikei.” ujar Iffah dengan begitu ceria sekali. “Alhamdulillah, Mama dan abah adalah ibubapa yang paling gembira hari ini di Bandar Sarikei.” balas saya sambil tersenyum padanya.

“Terima kasih Mama dan Abah kerana selalu marah dan memberi semangat pada Iffah walaupun Iffah selalu nakal selama ini.” sambung Iffah lagi. “Sama-sama sayang, Mama kan selalu kata, siapa yang bersungguh-sungguh belajar, dialah yang merasa kejayaannya.” jelas saya lalu mencium pipinya.

CahayaFatima2Iffah

Cahaya (dari kanan, barisan belakang) bersama teman-temannya, Shima, Aaina dan Aimy yang cemerlang dalam PMR 2012

CahayaFatima3Iffahku

Cahaya (kanan barisan hadapan), berdiri bersebelahan dengan Pengetua dalam sesi yang belum sempurna untuk berfoto.

CahayaFatima4PMR2012

Cahaya (dua dari kanan, barisan hadapan) dalam sesi foto bersama Pengetua, Penolong Kanan dan Penolong HEP sebaik sahaja selesai menerima skrip keputusan peperiksaan PMR 2012.

Lucu mengenangkan tingkah laku Iffah setelah menerima keputusan peperiksaan kelmarin dan malam tadi. Cahayaku itu sampai demam tidak percaya apa yang dicapai olehnya. Beberapa kali dia menyuruh saya memukul pipinya bagi memastikan bahawa dia tidak bermimpi.

Saya ketawa sambil menggeleng-geleng kepala memerhati olahnya dan menunggu sehingga dia tidur nyenyak. Saya mencium pipinya sebelum memasuki bilik tidur sendiri. “Mama love you, sayang. Mama sangat bangga dengan Cahaya Iffah, Mama ini.”

*

TAHNIAH ANAKKU, CAHAYA

****************

19 Disember 2012 (Rabu)/ 7 Safar 1434H/ 9.45 malam – Sarikei, Sarawak

AKU….  ingin mengambil secebis dari ketabahan Siti Khadijah dalam menongkah arus kebejatan manusia yang kian jauh dari Tuhannya. Ingin ku rasai secangkir keluhuran hati dari Siti Fatimah ketika berhadapan dengan penderitaan hidup yang dilaluinya. Inginku meraih selautan ilmu dari kebijakan Siti Aisyah yang membendung segala kebenaran dari warisan Rasul-nya dan ingin ku jadi sekudus Rabiatul Adawiyyah yang berusaha mencapai kecintaan Tuhannya lebih dari segala yang ada di muka bumi ini. Aku semakin mengerti tentang diriku sendiri.

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

LoveFatima1padamu

TELAH KU KUTIP SETIAP SERPIHAN RINDU YANG MENANTI DI GARIS PELANGI

23 thoughts on “CT142. CAHAYAKU YANG CEMERLANG

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb….

    I LOVE YOU SO….
    IBU ADALAH SEGALA-GALANYA. Dialah penghibur kita dalam kesedihan, tumpuan harapan kita dalam penderitaan dan daya kekuatan kita dalam kelemahan. Dialah sumber cinta kasih, belas kasihan, kecenderungan hati dan keampunan. Sesiapa kehilangan ibunya, hilanglah sebuah jiwa murni yang memberkati dan menjagainya siang dan malam. – KHALIL GIBRAN.

    I LOVE YOU SO by Maher Zain

    DEDIKASIKU UNTUKMU… Kita sering mendengar bahawa cinta itu buta tetapi sebenarnya cinta itu juga tuli dan bisu. Kita memang mudah mencintai seseorang dengan sedalamnya tetapi jarang berusaha untuk mencintai dengan bijaksana. Kerana cinta yang dibina dalam kebijaksaan kita tidak akan pernah hancur walau perpisahan datang melanda. Pada hakikatnya cinta adalah api rohani yang selalu membara tanpa henti. Bagiku cinta mempunyai nilai tertinggi dalam hidupku. Suci dan abadi.

    Wassalaam. 😀

  2. Assalamu alaikum wr. wb..
    alhamdulillah, neni jadi yang kedua kali ini,

    ummi, neni datang, corak coret dulu ahh, biar ngak ada yang dahulu sebelum neni lagi 🙂

    miss ummi
    salam rindu dan salam sayang…….

  3. selamat untuk prestasi bagus yang diraih oleh putri ibu… semoga dapat dipertahankan kedepannya, dan sukses dunia akhirat… amiin 🙂

  4. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Alhamdulillah, saya ikut berbahagia atas prestasi Cahaya, selamat untuk Cahaya. Semoga prestasi ini masih terus ditingkatkan dan bisa dimanfaatkan bagi kehidupan pribadi, keluarga, serta masyarakat.

    Prestasi Cahaya ini tentu tak lepas dari prestasi orang tuanya yang telah menanamkan benih-benih kemuliaan pada diri anak. Bahkan benih-benih kemuliaan ini telah Mbak tanamkan pula pada setiap pengunjung LMGS G2, melalui setiap postingan yang ada.

    Selamat juga untuk Mbak Fatimah, semoga Allah Swt senantiasa memberikan balasan pahala yang berlipat.

  5. Subhanallah… Nilainya sempurna untuk semua mata pelajaran..
    Selamat untuk Bunda dan buah hati ya. Semoga prestasi ini bisa dipertahankan hingga jenjang sekolah yang berikutnya 🙂

    • Alhamdulillah. Aamiin Ya Rabbal;alamiin.
      Insya Allah mbak Akin. Sayapun berharap demikian.
      Mudahan akan berlanjutan pencapaian yang baik.

      Terima kasih atas doa dan kunjungannya.
      Semoga mbak Akin juga sukses dalam kerjaya di sana.

      Salam manis selalu. 😀

  6. Pingback: CT181. CAHAYA ANAK RAMADHAN | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.