CT343. ARABIC CUISINE : ARAYES BEEF & SHAWARMA CHICKEN

28 Jul

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

ArCuisineFatima1ArayesShawarma

PERJALANAN

Perjalanan sejauh 6 jam dari Sarikei ke Kuching bermula jam 2.00 petang hingga 8.00 malam memang amat memenatkan. Biasanya SPH memandu dalam 5 jam sahaja tetapi kerana hujan lebat sepanjang perjalanan maka lambat juga sampai ke destinasinya.

Saya dan SPH ke Kuching bertujuan untuk menghantar anak sulung kami, Iffah kembali ke UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) setelah bercuti selama 2 minggu sempena Hari Raya.

Hujan selalu membuat perut kita cepat lapar, kan. Biasanya perjalanan jauh saya akan menyediakan air putih dan oren, juga makanan ringan seperti kekacang dan asam-asaman untuk menggalas perut agar tidak mengantuk.

Perjalanan jauh selalu membuat saya bosan duduk berlama-lama dalam kereta. Seluruh badan terasa sakit dan lenguh. Dalam hujan yang tidak menampakkan noktahnya, saya membayangkan sup ayam panas untuk menghangatkan badan.😀

*

LAPAR

Akhirnya jam 8.05 malam, kami bertiga sudah sampai ke Simpang Tiga, Kuching. Kami memutuskan untuk makan malam dahulu sebelum mendaftar masuk ke Hotel Grand Continental. Iffah sudah tidak sabar untuk menjamah makanan. Saya juga, terbayang sup ayam seperti yang saya angankan.🙂

*

ArCuisineFatima2MapBemmersKuching

*

Awalnya saya mencadangkan untuk menjamu selera di Restoran New Atmospera kerana saya mendapati ada 3 jenis masakan disediakan iaitu masakan Arab, Malaysia dan Indonesia. Tetapi SPH memilih untuk makan di Restoran Bemmers yang kelihatan lengang. Saya dan Iffah bersetuju.

Setelah memarkir kereta Hyundai Tucson di hadapan Restoran Bemmers, kami memasukinya dan memilih tempat di ruang tengah yang menyelesakan. Di bawah tiupan kipas angin yang lemah gemalai.

SPH menunjukkan arah menu Arab yang dipamerkan. Saya terus tertarik dan teringat dengan Nasi Arab di Kompleks Islam Baitul Mal, Kuching. 

Hilang terus sup ayam…hehehe.

*

ArCuisineFatima3BemmersKuching

*

MENU PILIHAN

Saya menatap menu Yalla Yalla ! Arabic Cuisine yang disediakan. Lapar perut saya menatap menu Nasi Mandy Ayam yang menjadi makanan kegemaran saya semasa di Makkah.

Rupanya menu Arabic Cruisine ini tidak dijual setiap hari. Ia mengikut jadual. Kebetulan hari kami datang itu, menu Nasi Mandy Ayam dan Kambing tidak dijadualkan. Rasa hampa menoreh hati, namun disabarkan kerana bukan rezeki yang diberikan Allah SWT.

*

yalla arabic cuisine

Sumber Googles – menu Arab di Bemmers, Simpang Tiga, Kuching.  Opps… anak kecil itu tidak termasuk menu, ya.

*

Makanan di Restoran Bemmers ini dijual mengikut stall kecil. Hanya ada 3 stall sahaja iaitu Yalla Yalla ! Arabic Cuisine, Bakso Jumbo Indonesia dan Sedaaap Burger. Kemudian jualan minuman. Stall menu Indonesia tidak dibuka malam tersebut. Tentu boleh juga merasai Bakso Jumbo, kan. Hmmm… bukan rezeki lagi.

Lama juga memilih menu yang lain kerana tidak tahu apa yang hendak di makan. Akhirnya pemilik stall Sedaaap Burger, membantu saya membuat pilihan. tidak mengapa untuk mencuba dan berharap berbaloi dengan harga yang disajikan.

Inilah menu Yalla Yalla ! Arabic Cuisine yang menjadi hidangan makan malam kami bertiga. Mungkin anda pernah merasai juadah yang sama seperti di bawah ini.

*

ArCuisineFatima4ArayesBeef

Pilihan Fatima untuk SPH tetapi dimakan bertiga. Tiada aroma masakan Arab hanya terasa lada hitam Sarawak sahaja. Sekeping Arayes nipis bersama sedikit inti daging cincang berempah dan keju tidak berbaloi dengan harga RM6.00. Tidak kenyang kalau makan hanya sekeping.

*

ArCuisineFatima5ShawarmaChicken

Pilihan saya. Mengingatkan saya dengan shawarma daging di Madinah yang hanya berharga RS3.00 sahaja. Shawarma ayam di Bemmers ini memang besar. Ia dipotong 2 untuk saya dan SPH. Saya suka rasanya yang lazat dengan sayuran dan ayam bercampur mayonis dan sos. Alhamdulillah, sangat mengenyangkan walau hanya separuh potongan.

*

ArCuisineFatima6ChickenEggCheese

Pilihan Iffah. Makanan segera barat yang mengenyang dan lazat. Rotinya seperti roti aiskrim, lembut. Isi kandungan burger yang menyelerakan dan menepati perut yang sedang lapar. Alhamdulillah.

*

HALAL BIL HALAL

Setelah membayar semua makanan dan minuman sebanyak RM27.00, kami pun beredar segera menuju ke hotel penginapan untuk berehat sambil menanti hari esok menjelang tiba.

Esok, saya dan SPH sudah merancang acara kunjung mengunjung hari raya ke rumah beberapa teman sekolah bekas pelajar SHOAW.  Kebanyakan teman sekolah bekerja dan membeli rumah di Kuching, ibu negeri Sarawak.

Hari Raya Aidil Fitri tahun 2015 amat mengujakan apabila kami bertemu dengan teman-teman sekolah setelah berpisah selama 31 tahun (SMK Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW), Matang, Kuching) dan 23 tahun (rakan sekolah yang sama tetapi kami melanjutkan pelajaran di Akademi Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

Mudahan silaturahmi yang sudah kembali bertaut akan terus bersimpul hingga akhir hayat. Semoga ESOK MASIH ADA untuk sebuah pertemuan yang bakal diizinkan Allah SWT. Aamiin.

*

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima28 Julai 2015 (Selasa)/ 12 Syawal 1436H/ 1.48 petang, Bintangor, Sarikei, Sarawak

AKU…. melangkah jauh dari kehidupan yang lalu.  Kini ia tinggal sebagai memori silam yang banyak mengundang suka duka, bahagia derita, tangis tawa dan gagal jaya. Tidak akan pernah berpaling dari takdir yang diserah walau hati berluka darah. Tuhanku Maha Mengetahui di manakah aku diletakkan dalam diari kehidupan ini. Aku sudah melaluinya dan kini, mampu tersenyum juga bersyukur kerana jalan-NYA membawa aku kepada cinta-NYA yang indah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Saat ku renung senyumanmu, ku balas mesra walau kau tidak tahu bila dan di mana. Itu rahsia dan kau tidak perlu tahu waktunya. Senyummu ku simpan mesra dalam hati dan bahagia dalam ingatan. Doaku selalu ada untukmu. aamiin. Wassalaam.🙂

*

senyumfatimaku

*

DI MANA-MANA PUN AKU BERADA, KAU SELALU ADA DI SINI… DI HATIKU

*

28 Responses to “CT343. ARABIC CUISINE : ARAYES BEEF & SHAWARMA CHICKEN”

  1. soeman jaya July 28, 2015 at 11:26 pm #

    Assalamua’laikum Wr Wb … Bu SFA …

    Perjalanan darat sejauh 6 jam dari Sarikei ke Kuching tentu cukup melelahkan …😉

    Tetapi kalau tujuannya untuk mengantar si-sulung ‘Iffah kembali ke kampusnya setelah liburan lebaran Idul Fitri bersama ortu dan adik2nya … tentu tidak terasa penatnya … apalagi bisa ‘reuni dengan teman2 semasa sekolah … setelah berpisah selama 31 tahun dan 23 tahun … tentu ‘sangat menyenangkan … ruarrr biasaa …🙂

    Salam sejahtera dari pinggir timur Jakarta Timur …😉

    • SITI FATIMAH AHMAD July 30, 2015 at 9:44 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman jaya…

      Alhamdulillah, setiap kebaikan yang bakal kita lalui dengan niat yang baik, pasti ada ganjaran yang dikurniakan Allah SWT tanpa dijangka apa yang berlaku. Semua itu kami sekeluarga lalui seperti yang direncana Allah SWT.

      teriuma kasih Soeman dan salam sejahtera kembali.🙂

  2. Vinda Filazara July 29, 2015 at 9:36 am #

    Assalamu’alaikum wr wb🙂
    Lama tak bersua, saya Vinda dan keluarga mengucapkan minal ‘aidin wal faizin ya, maaf lahir bathin Bu🙂
    Btw, foto-fotonya bikin ngiler nih😀

    • SITI FATIMAH AHMAD July 30, 2015 at 9:49 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Vinda….

      Alhamdulillah, hanya Allah yang mempertemukan kita lagi walau hanya sebuah coretan di komentar maya. Didoakan Vinda sekeluarga sihat dalam lindungan Allah SWT.

      Saya juga begitu, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri, maaf zahir dan bathin.

      Terima kasih Vinda sudah berkunjung dan salam seindah Syawal.🙂

      • Vinda Filazara July 30, 2015 at 10:37 am #

        Aamiin, terimakasih bunda🙂
        Keluarga semua juga sehat kan disana ? Pengen sesekali bisa silaturrahim ke Serawak, semoga 😊

        • SITI FATIMAH AHMAD July 30, 2015 at 10:43 am #

          Insya Allah, jika dalam rencana Allah ada silaturahmi di dunia maya dalam takdir hidup kita, pastikan bertemu jua, Vinda. aamiin.

          Alhamdulillah, semuanya sihat wal’afiat.
          Terima kasih atas ingatan nanda vinda di Syawal yang mulia ini.
          Semoga berbahagia hendaknya dan sukses selalu.🙂

          • Vinda Filazara July 30, 2015 at 11:08 am #

            Aamiin Ya Rabb..
            Jika ada waktu dan kesempatan, sudilah kiranya Bunda dan keluarga singgah sejenak di gubuk kecil keluarga kami, insyaAllah betapa bahagianya kami menerima kedatangan Bunda sekalian🙂
            Pengen lebih dekat dengan Bunda dan putra-putrinya ^^

            • SITI FATIMAH AHMAD August 1, 2015 at 7:15 pm #

              Aamiin Allahumma Aamiin.
              Mudahan apa yang diharapkan dalam doa kita akan dimakbulkan Allah SWT. Tidak ada yang mustahil apabila ia sudah tersirat dalam suratan takdir Ilahi.

              Terima kasih nanda Vinda dan salam bahagia.🙂

  3. Lidya July 29, 2015 at 10:25 am #

    Assalamualaikum bun, tampaknya enak ya shawarmanya. Saya suka bli juga ditempat penjual kebab. Tapi belum pernah bikin sendiri

    • SITI FATIMAH AHMAD July 30, 2015 at 10:46 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya…

      Iya, memang lazat dan enak mbak. Ia seperti kebab tetapi kebab menggunakan bun (roti) panjang bujur yang dibelah ditengahnya. Tetapi Shawarma menggunakan roti nan yang berkeping seperti roti canai yang nipis dan dimasukkan inti di dalamnya. Mudahan nanti,Lidya akan merasai juga shawarma ayam.

      Terima kasih mbak Lidya atas kunjungan.
      Salam manis selalu

  4. alrisblog July 29, 2015 at 11:58 am #

    Jadi dimasa liburan hari raya idul fitri ni banyaklah kedai makanan tak buka, ya, kak Siti. Tapi bersyukur masih ada kedai yang jualan. Semoga Iffah berjaya dalam studi dia, aamin. Anak saudara saya yang duduk di KL studi di Kejuruteraan Mikroelektronik UniMAP, Perlis.
    Kereta Hyundai Tucson nampak kekarlah. Saya suka kereta ni.🙂 Tapi harga kereta ni di Indonesia masih mahal lagi.

    • SITI FATIMAH AHMAD August 1, 2015 at 7:19 pm #

      Biasanya di sini, kedai makan muslim memang tidak banyak dibuka ketika cuti hari raya, mas Alris. Hanya yang buka ada hyper market atau super market.

      Alhamdulillah, mudahan kejayaan selalu melingkungi anak-anak kita semuanya dengan doa dari ibu bapa yang tidak pernah putus asa ke hadrat Ilahi. Harga Tucson di sini juga begitu.

      terima kasih dan salam sejahtera.🙂

  5. alrisblog July 29, 2015 at 12:06 pm #

    Jauhnya perjalan kak Siti ni, 6 jam membuat badan tak selesa, alias capek kata orang Indonesia, hehe… Saya liat di peta perjalanan ini melalui Saratok, Betong, Sri Aman, Simunjan, Serian. Aih, panjangnya. Kalau badan tak fit yang memandu ni bisa cepat mengantuk. Semoga tetap selamat.

    • SITI FATIMAH AHMAD August 1, 2015 at 8:07 pm #

      Iya, memang itulah bahagian dan daerah yang kami lalui sepanjang 6 jema tersebut. Memang penat. Alhamdulillah, jika mengantuk SPH akan berhenti sejenak di bahu jalan untuk sedikit senaman dan mencuci muka agar sentiasa segar.

      Malah, asaman dan gula-gula yang dibeli dapat membantu SPH dari rasa ngantuk yang panjang. Jika memang kepenatan dan tidak dapat ditahan ngantuknya, barulah saya memandu.

      Alhamdulillah, dengan izin Allah, semua perjalanan selamat pergi dan pulang. Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

      Terima kasih mas Alris dan salam takzim.🙂

  6. Ecky Agassi July 29, 2015 at 12:44 pm #

    arabic cuisine-nya kelihatan enak😀

    • SITI FATIMAH AHMAD August 1, 2015 at 8:10 pm #

      Memang enak jika sesuai dengan selera kita. Tetapi kebanyakan jemaah haji nusantara tidak betah memakannya terutama mereka yang berusia.

      Terima kasih Ecky Agassi atas kunjungan dan salam sejahtera.🙂.

  7. Maren Kitatau July 29, 2015 at 1:24 pm #

    Ya!
    Foto cusinenya gurih-gurih.
    Foto kucingnya merem-merem,
    Apa ini yg disebut malu2 kucing, ya?
    Heheh!

    Selamat hari lebaran, Bun!
    Maafin lahir dan batin, ya!

    Salam Damai!

    • SITI FATIMAH AHMAD August 1, 2015 at 8:16 pm #

      Alhamdulillah, itulah rezeki yang dikurniakan Allah dapat merasai masakan Arab di tanah air sendiri.

      Terima kasih mas maren atas kunjungan.
      Selamat hari raya dan maaf zahir bathin.

      Salam sejahtera.🙂

  8. MS July 29, 2015 at 8:47 pm #

    Assalamu alaikum kak, selamat Hari Raya
    tak disangka ya si sulung sudah duduk di universiti, dan jauh perjalanan dari rumah ya, saya belum pernah mencoba makanan Arab kak.., hanya terbayang rasanya yang penuh rempah

    • SITI FATIMAH AHMAD August 1, 2015 at 8:25 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda…

      Alhamdulillah, terasa tua usia kini apabila anak sulung sudah memasuki universiti. Harus sedar diri nih agar perbanyakkan ibadahnya, ya.

      Jika ada peluang, silakan bak Monda untuk mencuba makanan Arabnya. Pasti berbeza dengan makanan tradisional kita.

      Selamat Hari raya dan maaf zahir bathin ya mbak sepanjang silaturahmi kita selama ini.

      Terima kasig sudah berkunjung dan Salam manis selalu.🙂

  9. Trainer Motivator 0821.4150.2649 August 2, 2015 at 11:50 pm #

    senantiasa bersahabat dan berbagi dalam ridho ALLAH

    • SITI FATIMAH AHMAD August 3, 2015 at 1:12 pm #

      Alhamdulillah, menyambung silaturahmi yang terputus itu adalah tuntutan agama Islam.

      Terima kasih mas Ilyas.
      Salam sukses dalam motivasinya.🙂

  10. paridahishak August 4, 2015 at 9:26 am #

    sedap nampaknya pilihan menu di situ hargapun ok xlah terlalu mahal…
    esok sentiasa ada…yg belum tentu ada mungkin kita…

    • SITI FATIMAH AHMAD August 4, 2015 at 3:29 pm #

      Iya kak, memang sedap. Harganya berpatutan. Malah, harga minumannya sangat murah dari kedai biasa. Memeranjatkan.

      Untaian kata akhirnya amat menyentuh hati, kak. rasanya esok belum tentu lagi buat kita jika takdir menentukan demikian.

      Terima kasih Kak Paridah dan salam manis selalu.🙂

  11. nanangrusmana August 6, 2015 at 3:19 pm #

    jadi ingin ke malaysia…..ke kualalumpur dekat kah?

    • SITI FATIMAH AHMAD August 8, 2015 at 12:43 pm #

      Silakan Nanang ke Malaysia jika ada peluang.
      pasti ada tempat menarik yang boleh dilawati seperti Putrajaya, bandar pentadbiran kerajaan Malaysia.

  12. Titik Asa August 7, 2015 at 8:03 am #

    Assalamu’alaikum wr. wb. Mba Fatimah apa kabar?

    Perjalanan 6 jam memang cukup melelahkan ya Mbak, dan makanan hidangan Arab itu sepertinya cukup membuat badan kembali menjadi segar…

    Saya belum pernah mencoba makanan khas Arab nih Mbak, jadi kapan-kapan boleh juga saya coba disini. Saya penasaran dengan cita rasanya.

    Salam persahabatan,

    • SITI FATIMAH AHMAD August 8, 2015 at 12:46 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa….

      Alhamdulillah, saya sihat dan didoakan juga demikian sama.
      Iya, silakan mencubanya jika sudah bertemu makanan khas Arab ini si sana. pasti ada kelainan rasa dan rupanya.

      Terima kasih dan salam sejahtera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: