CT152. CINTA ITU… SUNGGUH MERESAHKAN

 Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Cinta2Fatima1Resah

Empat hari lalu, saya menerima panggilan telefon dari seorang mantan pelajar saya yang sedang mengajar di salah sebuah negeri di utara Semenanjung. Lama sudah tidak kedengaran berita setelah mendapat posting mengajar di sana. Pertemuan terakhir adalah pada hari konvokesyen, beberapa tahun sebelum saya menyambung pengajian peringkat sarjana (master) pada pertengahan tahun 2008.

Kerinduan ingin bertanya berita menjadi alasan dia menelefon saya setelah mendapat nombornya dari seorang teman yang masih berhubung dengan saya. Setelah lama berbual, akhirnya terbongkar juga  sebab musabab dia menelefon saya. Pepatah mengatakan… ada udang di sebalik mee (udang dah mati kena goreng)….salah tu… ada udang di sebalik batu. 😀

Lama juga berbual, hampir satu jam. Pelbagai cerita menarik dibincangkan. Tentang pengalaman menjadi guru novis di dearah yang jauh dari kota, menyusuri kampung yang tidak bertar, tidak betah lama, banyak nyamuk, daerah yang sunyi, tidak memperolehi cinta di sana dan selalu memohon bertukar daerah. Dalam tiga tahun kelulusan pun diperolehi dan dapat bertukar sekolah di pinggir bandar. Sekarang cukup senang dengan daerah itu berbanding sekolah lama.

Yang membimbangkan dia, sedar tak sedar sudah sepuluh tahun bertapak di Semenanjung, namun hati masih belum beroleh cinta sejati buat meneman kesunyian diri di rantau orang. Keinginan mencari teman lelaki sentiasa bersarang di hati memandangkan umur semakin beranjak. Bimbang tidak merasai nikmat hidup bahagia sebagaimana teman-teman lain yang sudah mempunyai anak. Cemburu katanya.

Hati sudah berkenan dengan seseorang. Sudah berjumpa dan ingin memadu kasih jika cinta tidak bertepuk sebelah tangan. Dia bingung, apa yang perlu dilakukan ? Hendak menyuara hasrat hati, dia kata segan. Sebab dirinya, perempuan. Si dia itu terima ke tidak. Dia merasa, adakah dirinya seperti telaga mencari timba ?

Saya ketawa sahaja mendengar kalimat akhir yang dibicarakan. “Sudah angau budak ni”, bisik hati saya sebelum saya menyebutnya dan disambut marah manja dari dia. “Oh….sebab itu nak telefon saya, bila ada masalah cintan cintun ni…baru ingat saya ya ? kedengaran ketawa mengiringi ucapan terakhir saya. “Umi kan penasihat cinta ketika kami belajar dulu”, balasnya. “Amboi…sedapnya cakap”, kata saya.

RinduFatima1hujanku

Saya sebenarnya, bukanlah pakar cinta kerana saya sukar untuk jatuh cinta kepada sebarangan orang. Cinta bagi saya sangat murni dan perlu diberi kepada yang benar-benar layak memilikinya. Tapi pengalaman tu adalah sikit sebanyak …untuk direnung, dikaji, diteliti dan diambil iktibar. Dengan lesen itulah agaknya…. pelajar saya sering datang jumpa saya minta nasihat itu ini bila menghadapi masalah percintaan. Boleh buka klinik perasaan ni. 😀

Saya menjadi pendengar yang setia. Mengangguk pada orang yang tidak nampak. Mengukir senyum pada orang yang tidak membalas. Saya menekun diri mendengar setiap curahan hati yang dituturkan lewat hujung talian. Mengiyakan sahaja sambil mengangguk kepala membenarkan curahan hati yang mengharapkan setuju pada tindakan yang diambilnya.

Kadang kala ketawa saya meletus, mendengar beberapa sikap bodoh yang dia fikirkan yang tidak sepatutnya dibuat mengikut perkiraan dia. Teruk betul bila hati resah diamuk cinta. Aduuh syahdunya…ketika mendengar ayat-ayat cinta diluahkan. Seakan saya pula melaluinya saat itu sambil mengingati perasaan yang sama seperti dia. Asyik dan mengasyikkan. Ahh…tak boleh ikut perasaan ni…saya pulak jadi angau oleh cerita dia ni. Dunia percintaan sangat indah jika cinta Allah dan cinta Rasulullah menjadi landasan dalam hubungan tersebut.

“Saya rasa nak pengsan menyimpan perasaan ini, saya keliru, bercelaru. Apakah sebenarnya perasaan itu. Adakah CINTA atau SUKA ?” luahannya benar menyentuh hati. Saya terdiam bila dia menanyakan perbezaan dua perkataan itu. “Kalut juga budak ni,” getus hati saya. Saya pula menjadi pemikir bidan terjun dalam tempuh yang singkat.  Saya cuba tenangkan hatinya yang sedang resah. “Masya Allah, penangan cinta tersembunyi ini sungguh berat jika tidak diluahkan”. gumam saya sambil menarik nafas dalam, cuba menyelami hatinya.

Saya sangat faham keadaan yang dilaluinya. Saya tidak mahu bercakap panjang. Telinga sudah panas. Agaknya radiasi sudah menggumpulkan aromanya dalam otak saya. Saya mengambil keputusan untuk menghentikan bicara dan talian. “Menulis perasaan cinta  dan suka awak tu, akan saya fikirkan kemudian. Cakap sekarang tidak memberi makna. Saya tidak dapat menjawab beza CINTA dan SUKA atas persoalan yang dikemukakan. Hubungi saya lagi.” jawab saya mengakhiri perbincangan tersebut.

Setelah mengucapkan terima kasih…perbualan kami tamat. Saya pula yang merenguk sendirian selepas itu memikirkan masalah dia seketika. Tugasan TITAS pelajar PISMP yang sedang saya koreksi sebelum itu, dibiarkan sebentar sebelum menyambung semula kesibukan yang sedang melanda. Mana saya nak dapatkan bahan untuk bantu budak ni. Saya meneruskan rutin kerja saya dan jumpa lagi untuk artikel CINTA DAN SUKA.

****************

7 Febuari 2013 (Khamis)/ 26 Rabi’ul Awwal 1434H/ 10.46 malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. menyakini PATUH, membuat aku melakukan sesuatu dengan BAIK dan TEKUN. Setiap yang ada di depan mata, akan menjadi teratur dan tersusun rapi sehingga aku merasa senang dan selesa mencapai hasilnya. Namun CINTA, membuat aku melakukan sesuatu dengan INDAH dan TABAH. Setiap yang ada di sisiku, akan menjadi berwarna warni dan dipenuhi haruman kasih sayang sehingga aku merasa  bahagia dan gembira. CINTA SEJATI bagiku adalah bukan dengan berpegangan tangan tapi berpegangan hati. 

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

Cinta2Fatima2untukmu

DI SETIAP NAFAS…. CINTAKU PADAMU SELALU SEGAR TANPA PERNAH LAYU SESAATPUN

19 thoughts on “CT152. CINTA ITU… SUNGGUH MERESAHKAN

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb….

    CINTA tidak pernah mengkhianati manusia, tetapi yang mencemarkan nama CINTA adalah manusia itu sendiri. Bumi tidak akan aman tanpa CINTA sang makhluk. Pokok tidak akan subur tanpa siraman CINTA sang hujan. Hati tidak akan tenteram tanpa CINTA sang Khalik. Kebahagiaan akan ditemui andai kau dan aku saling mencintai kerana Allah SWT. Untukmu…

    I LOVE YOU SO by MAHER ZAIN



    DEDIKASIKU UNTUKMU…. Di hatiku sentiasa ada kamu. Tidak pernah hilang hingga ke penghujung nyawaku. Semua yang ku inginkan adalah untuk mencintaimu selamanya. Kenangan itu, sememangnya aku tidak pernah melupakan.

    Wassalaam. 😀

  2. wah masalah cinta kadang hal sepele jadi rumit. sebaliknya rumitpun jadi mudah juga karena cinta.

    sepakat nih mbak fat cinta bukan bergandeng tangan,melainkan bergadeng hati.

  3. Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli
    terhadapnya
    Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya
    dengan setia
    Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum

    itulah cinta mba kadang membingungkan tetapi suatu kebutuhan juga 😀

    • Cinta Allah…
      bak hujan menyirami segala kekontangan jiwa
      bak matahari menghangati seluruh pesona alam
      bak angin menyerbu kesyahduan jagat semesta

      maka, hulurkan segala cinta kepada manusia berlandaskan cinta Yang Maha Mencinta.

      Terima kasih Sigit.
      Salam kenal. 😀

      • Tampaknya Bunda telah lama menghayati
        Bahwa: cinta Allah ialah damai dan indah:

        Bak hujan menyirami segala kekontangan jiwa
        Bak matahari menghangati seluruh pesona alam
        Bak angin menyerbu kesyahduan jagat semesta

        Ya! Itu lah teladani, teladan hidup surgawi.
        Allah mencurahkan hujan dan matahari
        Walau kepada penghujat-Nya sekali pun.

        Cinta Allah bukan untuk dinikmati,
        Tapi utk dikerjakan kepada-Nya
        Dan kepada sesama manusia.

        Salam Damai!

        • Begitulah Allah Yang Maha Kaya dengan cinta memberikan kepada sekalian makhluknya kasih dan sayang melalui rahmat-NYA yang tidak berbelah bagi untuk dinikmati oleh hamba-NYA.

          Melalui cinta, manusia sering bertemu kembali jalan kembali kepada0NYA. Penyatuan hati dapat mendamaikan dunia dan menceriakan alam kerana kita faham bahawa manusia adalah khalifah Allah di muka bumi.

          Terima kasih Maren sudah berbagi dan salam sejahtera.

  4. Assalamu’alaikum wr.wb.
    Benar sekali, Mbak Fatimah, cinta sejati bukan berpegangan tangan, tapi berpegangan hati. Di sinilah sesungguhnya segala cinta dinilai. Sebuah kebahagiaan yang hakiki dalam ridha Allah Ta’ala. Bila berpegangan hati, maka sudah semestinya kan berpegangan tangan dalam menjalin kebahagiaan di dunia, tapi juga dia akhirat kelak. Maka, cinta yang hakiki senantiasa menyertakan nila-nilai-Nya yang suci.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Cinta sejati yang dibina setelah mencapai cinta hakiki akan menjadikan sebuah hubungan cinta itu berlandaskan redha Ilahi. Tanpa meletakkan cinta Allah dan cinta Rasul dalam sesuatu hubungan akan menjadikan hubungan itu mudah digodai syaitan.

      Akibat tidak meletakkan nilai cinta di tempat yang sepatutnya menjadikan ramai remaja hanyut dengan nafsu dan kehendak duniawi yang tentunya merosakkan kehidupan mereka.

      Terima kasih mas Amazzet untuk pencerahannya.
      Salam hormat. 😀

  5. Pingback: CT153. 20 TANDA CINTA MENURUT IBNU QAYYIM « LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.