CT239. PERJALANAN MENUJU MAKKAH (2): TIUPAN SEMANGAT TALBIAH

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

IhramUmrahHaji2Fatima1Talbiah2

*

AMALAN SUNAT SELEPAS IHRAM

Setelah menunaikan solat sunat Ihram dan berniat ihram di Miqat sebagaimana telah dijelaskan di dalam posting CT238. PMM(1): NIAT IHRAM HAJI TAMATTUK DI BIR ALI, maka amalan sunat SELEPAS NIAT IHRAM eloklah dilakukan seperti berikut:

*

IhramUmrahHajiFatima9SunatSelepasNiatIhram

*

SELAMAT JALAN MADINAH

Kerana menunggu beberapa jemaah haji yang lambat, kami terpaksa berangkat lewat dari Masjid Bir Ali, Zulhulaifah. Syukur pemandu bas berbangsa Arab itu tidak merungut dan bising-bising.

Seorang jemaah lelaki yang duduk di barisan hadapan sekali mengambil inisiatif untuk menghitung jumlah penumpang untuk memastikan semua jemaah hadir di dalam bas. Alhamdulillah. Semua hadir.

Tepat jam 3.20 petang, bas bergerak perlahan meninggalkan masjid yang bercat tiga warna putih, krim dan coklat tua. Saya memerhati Masjid Miqat itu sehingga hilang dari pandangan. Entah bila kan bersua lagi dan berniat ihram di sana semula.

Hati kian terusik meninggalkan Kota Madinah, kota yang dicintai Rasulullah SAW. Kota hidup dan matinya apabila memenuhi undangan kaum Aus dan Khazraj yang digelar golongan ANSAR – penolong bagi Rasulullah SAW. Kota yang mendapat julukan:

NEGARA ISLAM PERTAMA DI DUNIA

*

MadinahMakkahFatima4KeluarKotaMadinah

Pemandangan indah dari “fly over” merentang jalan menuju keluar Kota Madinah yang ditinggal dengan rasa sayu di hati. Selamat Jalan Kota Madinah. Semoga bertemu lagi.

*

Ya Rasulullah, walau jarak memisahkan kita, namun di hatiku tetap dekat terasa. Kau selalu di hati ini, sentiasa hingga ke akhir nanti. Ku sebut namamu…. namun ada rindu yang lebih dari itu.

*

MadinahMakkahFatima5MenujuMakkah

Susur galur memasuki Lebuhraya Madinah Makkah. Tertera di atas, laluan ke Makkah yang sempat difoto seiring dengan kelajuan bas yang meluncur. Alhamdulillah. Duduk di tepi tingkap memudahkan saya mengambil foto yang ada di sebelah kiri bas.

*

SEMANGAT TALBIAH

Apabila bas mulai meninggalkan Kota Madinah menuju susur jalan ke lebuh raya arah Makkah, tiba-tiba terdengar satu suara kuat mengumandangkan talbiah menggunakan lagu versi original.

Tanpa peduli sesiapa, suara tersebut mengalunkan talbiah berulang kali seakan mengajak para tetamu Allah di dalam bas berkongsi rasa terujanya. Mula secara solo, beberapa detik kemudian ada suara lain mengikut. Akhirnya satu bas dengan penuh semangat mendapat tiupan roh talbiah dengan badan dilitupi kain ihram.

Saya mencari suara tersebut. Ia mengusik hati kerana pernah mendengar melodi sumbang dan sebutan yang salah. Rupanya suara itu milik Pak Den (suami Kak Kasma). Mereka duduk di sebelah kanan, sebaris dengan saya dan SPH di dalam bas.

Saya kenal suara Pak Den kerana pernah memcecahkan kesunyian dan ketenangan di dalam pesawat Boeing B747-400P yang kami naiki dari Kuching ke Madina, 9 hari yang lalu. Kebetulan saya duduk sebaris (bertiga) bersama Kak Kasma dan Pak Den di Zon K, bahagian ekor pesawat.

MadinahMakkahFatima8Lebuhraya1

Geografi Tanah Haram yang berbukit bukau. Bukit Batu dan berdebu. Jarang ada tumbuhan mekar subur. Yang ada hanya tumbuhan padang pasir yang berwarna perang, kurang berdaun ibarat ” segan hidup mati tak mahu.”

*

MENCUIT HATI

…hehehe, saya menahan ketawa seorang diri apabila mendengar alunan talbiah penuh semangat dari Pak Den. Saya pernah memaklumkan kesalahan sebutan Pak Den. Nampaknya tidak ada penambahbaikan. Kesalahan sama masih berulang.

Saya tidak mampu untuk bertalbiah sama kerana sisa-sisa ketawa belum lunas. Astaghfirullah, zikir saya berulang-ulang untuk membuang rasa mencuit hati dengan suara Pak Den. Bukan maksud untuk menghina tetapi ia benar-benar membuat hati saya tercuit lucu. Semoga Allah mengampunkan saya dan menambah pahala kepada niat baik Pak Den.

SPH yang duduk di sebelah, juga mula ketawa kecil melihat gelagat saya. Air mata saya mula bergenang basah di tubir mata. SPH memarahi saya kerana ketawakan Pak Den. “Cuba istighfar banyak-banyak, kita hendak ke Makkah ni. Kenapa ketawakan orang ?” ujar SPH tetapi bibit ketawa kecilnya masih bersisa.

“Ok, ok. Tapi suara Pak Den sumbang sangat, dahlah “picing” lari, sebutannya pula salah. Semangat pulak tu. Mana tidak Mah ketawa, lucu sangat.”, saya menjelaskan kenapa saya ketawa. Allahu Akbar. “Ampunkan aku ya Allah.” bisik saya di dalam hati.

*

Alunan lagu original seperti yang dibawa oleh Pak Den. Cuma tidak seindah lagu asal ini dan banyak kesalahan dalam sebutan bahasa Arabnya.

*

SUARA TALBIAH DARI LANGIT

*

Sejurus itu, saya teringat peristiwa yang sama lucunya berlaku ketika kami dalam perjalanan hari pertama menaiki Boeing B747-400P dari Kuching ke Madinah. Saya duduk sebaris dengan Kak Kasma dan Pak Den. Suasana dalam badan pesawat sepi.

Para jemaah mungkin terasa letih kerana lamanya perjalanan tersebut. Hanya kedengaran deru enjin pesawat yang memecah laluan udara. Saya meletakkan “bantal kecil Ieesyah” di kepala untuk melelapkan mata dengan niat untuk tidur. Terdengar di telinga saya perbualan antara Kak Kasma dan Pak Den.

“Kenapa sunyi sahaja ni. Boringlah. Elok kita baca talbiah supaya bersemangat sikit,” kata Pak Den. “Alah, tak payahlah abang sibuk-sibuk. nanti mengganggu orang lain. Lagipun kita bukan dalam ihram” bantah Kak Kasma. “Kenapa pula rasa terganggu. Bukankah kita ni hendak ke Makkah mengerjakan haji. Eloklah bertalbiah dalam kapal terbang  agar kita semua selamat.” balas Pak Den.

MadinahMakkahFatima10Lebuhraya3

Lebuhraya Madinah Makkah yang nyaman. Tiada jalan yang rosak, berlubang-lubang atau berbonggol-bonggol seperti bonggol unta sehingga tubuh kita seperti melompat-lompat sama mengikut rentak tari alun roda yang memijak lantai bumi. Semuanya lurus, rata dan nyaman.

*

ROH TALBIAH

Tak semena-mena kedengaran suara orang bertalbiah dengan kuat, memecah keheningan sepi dalam pesawat. Sudahlah kuat, sumbang pula bunyinya. Sebutan juga banyak yang salah. Saya mengangkat muka dan menoleh ke arah suara yang kedengaran dekat di sebelah saya. Terlihat Pak Den sedang berdiri sambil bertalbiah.

Kak Kasma terus menoleh ke arah saya. Mungkin hendak melihat reaksi saya terhadap kelakuan suaminya. Saya tersenyum dan tersenyum lalu cuba menahan ketawa kerana bimbang Kak Kasma berkecil hati.

Saya menutup muka dengan “bantal kecil Ieesyah”.  Badan saya bergoyang-goyang menahan ketawa dari keluar. Selama Pak Den bertalbiah, selama itu juga saya ketawa. Rasa hendak disuruh Pak Den berhenti sahaja bertalbiah.

Kak Kasma bertanya, “kenapa ketawa ?”. “Maaf kak, suara Pak Den sumbang, picing lari.” balas saya. “Hehehe… suka hati dialah, akak sudah cakap tidak payah bertalbiah, kita bukan dalam ihram. Tapi dia degil juga. Pak Den tu, kalau dia nak buat sesuatu, dia akan buat. Tidak ada sesiapa boleh menahannya. Akak pula jadi malu.” jelas Kak Kasma sambil ketawa.

Semangat talbiah Pak Den menyebabkan satu ruang pesawat mengalunkan talbiah. Meremang bulu roma (kuduk) mendengar alunan gema sahut menyahut talbiah di langit tinggi. Setelah itu, tiada suara talbiah dialunkan lagi sehingga pesawat terbang rendah menginjak dua rodanya di bumi Madinah.

MadinahMakkahFatima9Lebuhraya2

Sepanjang perjalanan ke Makkah, tidak pernah saya melihat bas menaiki atau menuruni bukit. Malah, selekoh-selekoh tajam juga tidak ditemui. kalau ada hanya selekoh pendek dan “tumpul”.

*

SIAPA PAK DEN ?

Saya yakin, Pak Den memulakan talbiah apabila merasa suasana sepi di dalam bas. Tidak kedengaran sesiapa yang ingin mula bertalbiah dengan suara yang kuat. Mungkin malu kerana bukan senang untuk mengeluarkan suara yang belum “diiktiraf” kemerduannya. 😀

Oleh itu, masing-masing tetamu Allah memilih untuk bertalbiah secara senyap. Begitu juga dengan SPH dan saya, menikmati talbiah sendirian. Menikmati kemerduan suara sendiri hanya dalam pendengaran sendiri.

Sikap Pak Den patut dipuji. Beliau membuang malu dan menongkah keberanian untuk menimbulkan roh talbiah yang diharapkan oleh tetamu Allah di dalam bas yang memerlukan seorang yang “berani” memulakan sesuatu yang mustahil menurut mereka.

Sedangkan di dalam bas tersebut, ramai yang berjawatan tinggi di Tanah Air. Siapa pula Pak Den ? Berusia 65 tahun. Beliau adalah seorang pesara yang dulunya bekerja sebagai seorang “driver” di jabatan kerajaan Malaysia. Kini, beliau menyara keluarganya sebagai pengamal perubatan tradisional dan pembuat cincin. Semangatnya sangat besar dan mengkagumkan.

Kesannya, Pak Den mengetuai bacaan talbiah dengan penuh cinta kepada Allah SWT. Semangat itu mula meresap ke jiwa SPH dan jemaah lelaki yang lain. Suara mereka saling sahut menyahut. Suasana di dalam bas terasa meriah dan memberi kesan getaran yang mendalam hingga ke jantung.

Perjalanan menuju Makkah benar-benar mempunyai kesan tersendiri. 8 jam yang memenatkan. Roh talbiah sentiasa mengisi kesunyian dalam keletihan yang tidak mampu untuk digambarkan seiring dengan keterujaan untuk sampai ke Kota tumbuhnya iman. MAKKAH AL-MUKARRAMAH

 

IhramUmrahHaji2Fatima2.Roh Talbiah

*

KU SAMBUT SERUANMU, YA ALLAH DENGAN CINTA YANG SUKAR DIUNGKAPKAN DENGAN KATA-KATA

*

***************

SalamFatima3SalamFatima9 April 2014 (Rabu)/ 9 Jamadil Akhir 1435H/ 9.46 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….. mengerti, KAN ADA SUATU KETIKA setiap yang direncana oleh Yang Maha Kuasa hadir mengunjungi sejarah hidup kita. Mahu atau tidak. Rela atau terpaksa. Semua yang direncana tidak pernah berdusta dalam masanya. KAN ADA SUATU KETIKA, aku mengerti mengapa yang direncana itu menyapa sejarah hidup kita. Kerana Yang Maha Bijaksana, sangat bijaksana untuk memberi pengertian dari setiap yang sudah dalam perencanan-NYA. Hanya aku tidak mengerti, kenapa ramai manusia tidak mahu mengerti dan menerima apa yang telah direncanakan sebagai tanda bahawa mereka hanyalah SEORANG HAMBA.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. kan ada suatu ketika, jejak itu mengunjungi hidupmu untuk meraih segala mozaik kehidupan yang belum bercantum. Semuanya sudah dalam rencana-NYA untuk disempurnakan menurut ketentuan yang disurat sejak azali. Semoga dilindungi Allah dan sejahtera selalu dalam rahmat-NYA.  Aamiin. Wassalaam. 😀

*

CintaFatima6selamanya

*

LIHAT DALAM HATIMU….. ADA JEJAK RINDUKU YANG TERSIMPAN DI DALAMNYA.

*

22 thoughts on “CT239. PERJALANAN MENUJU MAKKAH (2): TIUPAN SEMANGAT TALBIAH

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      Alhamdulillah, perjalanan menuju Makkah sangat nyaman tetapi melelahkan. kami hanya berhenti tiga kali. 2 kali di check point Madinah dan Makkah dan satu kali untuk berhenti rehat makan dan keperluan asas lain.

      Silakan mbak. semoag dengan selalu bertalbiah akan mempercepatkan seruan Allah SWT untuk menjemput ke sana.

      Salam manis selalu dan terima kasih atas kunjungan pertamanya. 😀

  1. Assalamualaikum, saya salut empat jempol untuk Pak Den, yang mau membangkit semangat talbiah selama perjalanan di tanah suci…walau dengan suara dan ucapan yang terdengar lucu…namun orang2 seperti pak den inilah yang patut kita tiru, semangatnya memuji ALLAH demi cintanya kepada ALLAH dan rasul-Nya patutlah diteladani, semangatnya yang selalu mengingatkan kita agar semua…agar tak pernah lupa mengingat ALLAH..baik di pesawat maupun di bus, bahkan di mana saja…..semoga keberkahan selalu menyertai pak Den,
    salam hangat dan takzim dari saya di Makassar untuk Pak Den dan sahabatku Fatimah 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto…

      Masya Allah, sampai empat jempol sekali buat pak Den. memang patut ditabik/salut atas kesungguhan beliau memeriahkan semangat talbiah di kalangan jemaah hujjaj KT 33 Sarawak. Jarang sekali kita bertemu dengan orang bersemangat seperti ini sejak di Tanah Air. Semoga Allah SWT mengurniakan haji mabrur kepada beliau.

      Banyakkan bertalbiah saat berihram kerana kita sedang saling berbalas seruan dengan Allah SWT. Indahnya suasana ihram haji sukar dibayangkan. Ia sangat berbeza dengan suasana umrah biasa. Aura pekerjaan haji sampai ke puncak rasa yang mengetarkan jiwa.

      Terima kasih atas kunjungan mas Hariyanto dan komentarnya yang mencerahkan. Salam hormat takzim. 😀

  2. Assalamualaikum bunda Fatimah
    Kenikmatannya memang sulit untuk di gambarkan dengan kata kata ya

    Yang ada hanya membuat perasaan dan hati menjadi lebih pasrah dan terasa indah
    salam bunda 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr….

      Iya, begitulah apa yang dirasa dan dialami oleh mereka yang mengerjakan haji ketika berada di dalam keadaan berihram. Auranya terasa sangat hebat dan ada cabaran yang perlu dipatuhi dalam 13 Larangan Ihram tersebut.

      Terima kasih atas kunjungan Purnomo Jr.
      salam ceria. 😀

  3. wa alaikum salam warahmatullah wabarakatuh..

    talbiah memang selalu menularkan semangat dan rindu, untuk bertandang ke rumahNya.

    Kakak beruntung sekali, sudah pernah kesana dan mengucapkan talbiah penuh dengan kesyukuran..

    mudahan bisa seperti pak Den, memiliki semangat yang luar biasa dan mau membangkitkan semangat talbiah.

    • Salaamu’alaiki ya Ummu….

      Alhamdulillah, semua itu rezeki yang dikurniakan Allah SWT buat saya. Didoakan Ummu akan menuruti jejak yang sama apabila jemputanya menyusul kemudian. aamiin.

      Semangat talbiah itu dapat dirasakan sejak di tanah air apabila kita selalu mengalunkannya di mana-mana. Dengan banyak bertalbiah juga, insya Allah menjadi kedekatan kepada kita untuk mendapat jemputan Allah SWT. Ia ibarat doa-doa yang mohon diperkenankan.

      Terima kasih mbak atas kunjungan.
      Salam manis selalu. 🙂

  4. Subhanallah. baca ceritanya adem di hati. gak terbayang luar biasanya berada di sana yah, Bunda. mudah-mudahan saya suatu saat bisa berkunjung ke rumah Allah juga 🙂

    Salam saya, Bun 🙂

    • Salam Richoku….

      Alhamdulillah, semoga nanti akan berjejak jua ke sana. Menunaikan haji memberi pengertian yang luar biasa dalam kehidupan muslim apabila dapat menunaikan rukun kemuncak dalam Rukun Islam.

      Terima kasih Richoku atas kunjungan.
      Salam sejahtera. 🙂

  5. indah nian poto-poto di atas, rasanya aku sudah berasa berada di sana,
    Ya Allah berikanlah kesempatan pada hamba-Mu untuk berkunjung ke rumah-MU Baitulloh yang mulia.

    • Apabila hati kita merindui, kita merasakan bahawa kita bersama dengan apa yang kita rindukan. Seruan dari yang dirindu seakan memanggil untuk kita bersamanya. Walau jarak memisahkan kita dari Tanah Haram, di hati kita terasa sangat dekat sekali.

      Aammin Allahumma aamiin. Didoakan semoga Abifasya berkesempatan untuk menjejakkan diri secara realia bersama ibadah yang ditentukan.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam hormat selalu. 🙂

  6. Pingback: CT240. PERJALANAN MENUJU MAKKAH (3): 8 JAM YANG MEMENATKAN | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.