Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
*
KETUA TUKANG MASAK
Setelah menulis tentang cara membuat tempoyak di dalam posting CT366. CARA BUAT TEMPOYAK (DURIAN), maka hari ini saya berkongsi pula resepi kegemaran saya iaitu TEMPOYAK GORENG BERUDANG.
Saya kurang menggemari tempoyak mentah iaitu dimakan begitu sahaja dengan ulam ataupun ikan bilis (bahasa Sarawak: Pusuk). Bapak saya selalu memasak tempoyak goreng dan saya amat menggemarinya.
Mungkin tempoyak goreng Bapak sangat ringkas tetapi ia sangat sedap di lidah seorang anak. Bapak saya seorang yang sangat pandai memasak dan selalu dijemput menjadi KETUA TUKANG (JURU) MASAK di majlis-majlis perkahwinan di kampung saya.
Kerana itu sebahagian bakat yang ada pada Bapak mungkin menuruti saya kerana saya selalu membantu dan memerhati Bapak memasak di dapur. Saya sangat berbangga dengan Bapak saya kerana semua masakannya SANGAT LAZAT.
*
KURANG DIKENALI
Saya yakin tidak ramai yang tahu bahawa tempoyak sangat lazat jika digoreng. Malah ramai teman-teman saya semasa di universiti (terutama pelajar semenanjung) dulu merasa hairan apabila mendengar cerita saya bahawa tempoyak boleh digoreng. Itu dulu, 20 tahun yang lalu.
Mungkin sekarang tempoyak goreng sudah dikenali ramai. Cuma berbeza cara dan bahan bagaimana kita menginginkan resepi kesukaan kita.
Sebelum saya menerangkan langkah memasak Tempoyak Goreng Berudang, dua foto di bawah merupakan contoh menu yang pernah saya sediakan sebelum ini.
*
*
*
Alhamdulillah, apa pun jenis rasa masakan tempoyak goreng saya, semuanya disukai SPH dan anak-anak. Malah yang lebih lucu pernah saya menggoreng tempoyak hingga hangus kerana lupa mengecilkan api, tetap anak-anak menyantapnya dengan berselera. 😀
*
RESEPI FATIMA
Berikut saya kongsikan RESEPI FATIMA khas dari Sarikei, Sarawak yang mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin mencuba masakan ini.
Untuk memudahkan anda memasak, saya lampirkan bersama foto-foto agar anda dapat menggambarkan situasi yang sedang dilakukan saya.
*
RESEPI TEMPOYAK GORENG BERUDANG
Bahan-bahan yang perlu disediakan
*
*
*
*
PERINGATAN: Siapkan semua bahan terlebih dahulu untuk menjimatkan masa memasak dan fokus kepada satu tujuan sahaja.
*
LANGKAH-LANGKAH MEMASAK
*
*
*
*
PERINGATAN: Setelah dimasukkan tempoyak, anda perlu mengecilkan api kerana tempoyak mudah hangus dan melekat.
*
*
*
*
*
SIAP UNTUK HIDANGAN
*
ALHAMDULILLAH… selesai sudah langkah-langkah memasak resepi TEMPOYAK GORENG BERUDANG. Mudahan dapat mencuba sendiri untuk hidangan keluarga bersama Nasi Goreng atau Nasi Putih.
Semoga Allah SWT mengurniakan rezeki yang baik dan sihat untuk tubuh badan kita bagi mengerjakan urusan ibadahnya di dunia ini. Aamiin.
*
SILAKAN NIKMATI
*
*
***************
6 Januari 2016 (Rabu)/ 25 Rabiulawal 1437H/ 2.11 petang, Sarikei, Sarawak
AKU…. mengerti apa pun yang ingin kita miliki dalam hidup dan merasa ia membawa kebahagiaan kepada kita tidak semestinya dikabulkan Allah SWT. Oleh itu, jangan kecewa menghadapinya. Belajarlah menerima apa yang bukan menjadi milik kita kerana Allah SWT lebih tahu apa yang menjadi milik kita.
– SITI FATIMAH AHMAD –
***************
*
DEDIKASIKU UNTUKMU…. Ku renung hujan rintik yang menerjah bumi, ku lihat bayang wajahmu menghuni samar-samar. Ku tersenyum kerana kau jauh di pandangan mata namun selalu dekat di hati. Kala rinduku bersuara, angin pun tidak mampu menepisnya. Doaku selalu ada untukku. Aamiin. Wassalaam. 🙂
*
*
*
Sepertinya goreng udang diberi tempoyak itu enak, 🙂
Saya suka duriannya sahaja.
Memang sangat enak mas Alris, silakan mencuba dahulu dan rasai keenakan tempoyak goreng. Itu satu inovasi dalam masakan yang tidak semua orang mengetahuinya kecuali mencuba dan merasai sendiri.
Terima kasih mas Alris dan salam hormat.
Hmm… yummy
Alhamdulillah, terima kasih Rahman.
enaknya siti
Sangat enak Winny, silakan mencubanya sendiri.
Terima kasih dan salam manis.
bapak-nya ternyata ahli masak…tak heran..apa yang ditulis anaknya sungguh detail mengenai hal masak-memasak….salut saya…., tempoyak,,,pake udang…baru tahu saya ada menu yang begini….saya suka duren, dan juga udang,,,,kalo keduanya dicampur..tak terbayang rasa nikmatnya…
keep happy blogging always….salam dari makassar-banjarbaru 🙂
Jika tidak mencuba sesuatu yang baru, pasti tidak tahu apa rasanya. Silakan mas Hariyanto minta kepada mbak Wieka untuk mencuba resepi di atas, tentu dapat menikmati keenakannya.
Tahniah kerana dikurniakan cahaya mata, puteri Aisyah. Didoakan Aisyah akan menjadi anak yang solehah dan membanggakan orang tuanya.
Salam sejahtera dan terima kasih.
Assalamu’alaikum Wr.Wb…
Saya belum tahu tempoyak itu apa ya klo di kampung saya, Tapi saya percaya masakan olahan mba Fatimah yang berjudul Tempoyak Goreng Berudang ini past lezat, dan saya suka yang agak pedas. Dan baru tahu juga kalau Bapaknya mba Fatimah ternyata jago masak ya mba. Terima kasih mba sudah berbagi resep dengan saya.
Salam ta’zim dari Dompu-NTB
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas AR Syamsuddin…
Jika mahu mencuba resepi di atas untuk merasai keenakannya, silakan. Mudahan dapat menikmati resepi yang baru untuk keluarga.
Terima kasih kembali atas apresiasi dan salam takzim.
Gabungan mantop aroma tempoyak, daun kunyit dan serai itulah yg tambah membangkitkan selera siapa juga yg makan. Kakak tengok dari bahan yg digunakan pun tahu memang sedap ni:)
Alhamdulillah, hingga menjilat jari kak. 😀
Terima kasih Kak Zakie dan salam manis selalu.
Assalamu’alaikum Mbak Fatimah…
Masya Allah ini enak sekali ya, Mbak, apalagi dimakan dengan nasi yang masih hangat, hmmm… betapa bersyukurnya atas limpahan nikmat dari Allah Swt.
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…
Alhamdulillah wa syukrulillah. Mudahan kita selalu bersyukur atas kurnia Allah SWT kerana tidak semua manusia dapat meikmatinya.
Terima kasih atas kunjungan dan salam takzim.
thx recep
You’re welcome.
Pingback: CT418. MUSIM DURIAN KEMBALI LAGI DI SARIKEI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2