CT413. CABARAN HAJI (25): MENCARI TANDAS YANG SELESA DI MASJIDIL HARAM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

 alharamselesafatima1tandasmasjidilharam

*

TARAF LIMA BINTANG

Keselesaan menggunakan tandas awam di mana-mana berpulang kepada tafsiran dan cara kita menerima kemudahan itu seadanya mengikut kemampuan yang disediakan.

Bagi saya keselesaan merujuk kepada kebersihan tandas, ada paip air, ada salur getah atau penyeduk air, pam tandas dalam keadaan baik dan tidak  berbau. Paling tidak saya suka apabila lantai tandas berkandung air kerana bimbang najis bercampur di dalamnya.

Tidak kira masjid bandar besar atau kampung, kebersihan tandas perlu bertaraf “lima bintang” dalam mengutamakan pengguna selain kemudahan sedia ada. Ini akan memberi rasa selesa untuk kembali menggunakannya di masa akan datang. Kebersihan akan menjemput pahala dan tanda keimanan umatnya.

*

PENGALAMAN

Pengalaman saya hanya TIGA KALI menggunakan tandas di Masjidil Haram. Dua kali tandas di sebelah luar Bukit Marwah dan sekali tandas di hadapan Pintu Utama No. 1 King Abdul Aziz. Namun begitu, saya selesa dengan tandas di dalam bangunan kedai di Hotel Hilton dan Abraj Al-Bait Mall kerana kemudahannya lebih baik.

Pengalaman di tandas sebelah kiri Bukit Marwah yang kini sudah diroboh rentetan pembesaran Masjdiil Haram dan tandas di hadapan bangunan Al-Bait Abraj tidak banyak yang dapat dikenang dan dikisahkan kerana Allah memudahkan segala urusan. Tandasnya bersih dan tidak ramai pengguna.

Kebiasaannya tandas kurang berpenghuni apabila selesai waktu solat berjemaah kerana para hujjaj mempunyai urusan masing-masing atau pulang ke hotel. Maka, saat ini sesuai untuk ke tandas jika masih boleh bertahan selama berada di dalam Al-Haram.

*

15tahunfatima4alabrajalbaitmall

*

DOA TAHAN HAJAT ?

BAB MENAHAN HAJAT ini mengingatkan saya tentang pertemuan dengan Hajjah Jijah (bukan nama sebenar), sama kumpulan KT33. Beliau memberikan saya satu ayat al-Quran, khusus untuk “menahan” rasa buang air selama berada di Masjid Nabawi. 

Teruja juga saya apabila mendapat ayat tersebut dan berusaha “mempercayainya”. Maklumlah kita baru sampai ke Madinah sudah tentu bimbang tentang masalah buang air ini. Puas saya memikirkan tentang ayat khusus menahan buang air. Memang adakah ? hehehe…. oppps…. 😀 

Manusia ini ada-ada sahajakan, cuba untuk mencari sesuatu yang membawa kepada keselesaan dan menyenangkan hatinya dengan menyatakan ada ayat-ayat al-Quran khusus untuk itu dan ini. Adalah lebih baik jika ada sumber sahih dari hadis Nabi SAW untuk kita jadikan asas kepercayaan tersebut kerana dibimbangi tersasar dari akidah.

Apa pun perasaan ketika itu, saya menghafal juga doa yang diberi dengan harapan tidak merasa hendak buang air selama beribadah di Masjid Nabawi. Sudah tentu saya tidak mengalami keberkesanan ayat tersebut kerana sudah membuang hajat di hotel. 😀 Setelah itu saya tidak lagi mengamalkannya.

Persoalannya, siapakah yang mampu menahan sesuatu jika Allah tidak mengizinkannya ? Lagi-lagi bab buang hajat ini. Apa pun usaha baik dengan bacaan doa yang dihafal atau dengan membuangnya sebelum itu, pasti tidak berjaya selagi Allah menghendaki kita perlu membuang hajat mengikut ketentuan sunnah-NYA.

*

15tahunfatima5abrajalbaitmall

*

SELESA LAGI

Jika ingin lebih selesa membuang hajat, pergilah ke tandas di bangunan Abraj Al-Bait, pusat beli belah terbesar di sekitar Masjidil Haram. Tandasnya ada di semua tingkat lantai. Ia seperti tandas d bilik hotel. Cuma anda harus mencari melalui papan tanda kerana kedudukannya terpelosok di bahagian terlindung.

AMARAN ! JANGAN PERGI SEORANG DIRI. MESTI berteman dengan mahram. Kawasan tandas di bangunan mall besar ini, ada ketika kelihatan sunyi dan sangat merbahaya jika bersendirian terutama semasa solat fardhu, lewat malam dan awal pagi. Seeloknya jangan berada di tandas dalam waktu tersebut.

Seorang pelajar Universiti Madinah yang menjadi muzawwir (pemandu pelancung) kami semasa di Makkah mengingatkan bahawa Kota Makkah tidak aman dari kes-kes jenayah yang tidak dijangka. Kami dinasihat agar tidak bersendirian apabila hendak ke mana-mana. Mesti dengan mahram dan selalu berwaspada.

Kita sedia maklum, Kota Makkah bukan sahaja didatangi oleh jemaah haji dan umrah, malah terdapat peminta sedekah yang jumlahnya mencapai ribuan orang.  Perkara ini saya tulis dalam CT347. SEPANJANG JALAN KENANGAN…. SEVILLA KE MASJIDIL HARAM (6): FENOMENA PENGEMIS DI MUSIM HAJI.

Banyak kes penculikan diceritakan semasa di dalam kursus dan percakapan persendirian tetapi saya tidak tahu adakah benar atau palsu. Tetapi ia tetap membimbangkan supaya kita berhati-hati. Begitu juga di tandas sikap berjaga-jaga perlu diambil berat agar tidak menyesal di kemudian hari.

Ketika menggunakan tandas di Abraj Al-Bait Mall, saya tidak menunggu lama kerana tandasnya banyak dan pengguna tidak ramai, cuma terdapat sesetengah pengguna yang tidak menjaga kebersihannya sehingga menjadi kotor.

*

alharamselesafatima2dalamabrajalbait

*

MARAH

Pernah sekali saya mengalami situasi tegang dan marah, semasa menggunakan tandas di bahagian kedai, bangunan Hotel Hilton. Sedang saya berhajat, tiba-tiba daun pintu tandas diketuk keras oleh seorang hajjah India dari luar sambil menjerit kuat dengan bahasa tidak difahami. Saya tahu dia memotong giliran kerana sudah tidak tahan lagi.

Saya jadi tidak selesa kerana sedang berhajat dan tanpa sedar menjerit perkataan “sabar-sabar” dari dalam tandas. Beberapa minit keluar dari tandas, hajjah itu mengeluarkan kata-kata marah (dalam bahasa India) yang tidak difahami. Saya membalas dalam  bahasa Arab dan Bahasa Melayu: “As Sobru nisfu minal Imaan (Sabar sebahagian dari iman), orang lain pun ada hajat jugak “.

Dalam situasi begitu, memang sabar kita boleh hilang dek sikap kurang sabar orang lain yang tidak sabar menunggu giliran. Jika masih di luar tandas, memang saya akan memberi giliran kepada hajjah tersebut. Tapi kita juga perlu faham orang yang di dalam tandas juga ada hajatnya.

Sungguh, tidak ada yang benar-benar selesa dalam urusan hidup di Tanah Suci ketika sedang berhaji. Allah ingin menguji sejauh mana kita mampu melalui kesukaran. Sabar dengan semua kejadian yang ditempuh dan redha saat menghadapinya.Semua ini akan kembali kepada kalimah SYUKUR. Alhamdulillah.

 *

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima22 November 2016 (Selasa)/ 22 Safar 1438H/ 8.35 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. perlu belajar menahan rasa kecewa dengan memahami kelemahan yang perlu ditingkatkan agar tidak mengalami tekanan jiwa. Manusia yang tidak tahu mengendalikan diri akan kecewa hingga membunuh diri dan membelakangi Tuhannya. Masalah kita bukan masalah tersebut tetapi bagaimana kita berhadapan dengannya supaya kita jadi manusia yang benar-benar bernama MANUSIA.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU…. Semoga sejahtera dalam rahmat Allah dan bahagia menunggu setiap waktu kehidupanmu. Selalu rindu padamu. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

*

18 thoughts on “CT413. CABARAN HAJI (25): MENCARI TANDAS YANG SELESA DI MASJIDIL HARAM

  1. Waalaikummussalam bunda Fatimaf.
    Buang hajat kalau ditahan2 bisa jadi penyebab penyakit juga katanya.
    Ke depannya semoga toilet bersih dan antrian tidak terlalu panjang ya. Dimanapun memang harus selalu waspada.

    • Betul mbak Ysalma….. buang hajat adalah sunnatullah yang tidak mampu ditahan dengan apa cara sekali pun. Ia berfungsi untuk memelihara kesihatan kita agar selalu sihat.

      Harapan kita begitulah, semoga di kemudian hari tandas di Tanah Suci akan lebih banyak dan jemaah yang menggunakannya tahu menjaga kebersihan. Semua kebersihan itu berawal dari rumah.

      Terima kasih mbak sudah berkunjung dan salam manis. 🙂

    • Bercerita tentang hajah India, kebanyakan diorang ni kasar. Kalau sedang tawaf atau sai’e, kebanyakan diorang akan menolak dan merempuh dengan menggunakan siku.

  2. Assalamualaikum bu Hajjah Fatimah. Menarik sekali pengalamannya. Saya kadang bingung, bila ada tandas yang tidak terawat dengan baik. Bukankah kebersihan sebagian dari iman. Tapi justru tidak dirawat.
    Muzawwir kalau jemaah Indonesia menyebut mutawwif. Ada yang pria dan wanita, fungsinya sama. Yang membedakan terutama saat du Nabawi saat dipisah jamaah pria dan wanita.

    • Wa”alaikum salaam wr.wb, mbak Frany…

      Mudahan pendidikan yang baik dengan anak-anak dan ahli keluarga di rumah dalam aspek kebersihan tandas akan memudahkan kita mempraktikkannya di mana-mana jua.

      Sebenarnya Mutawwif (pembimbing (tawaf) dalam urusan ibadah. Tetapi kini Mutawwif juga menjadi pemimpin dalam urusan ziarah (Muzawwir). Ketika di Makkah dulu, mutawwif dan muzawwir kumpulan kami adalah orang yang berbeza. Begitulah maksudnya mbak.

      Bagi negara Malaysia, belum ada lagi Mutawwifah (mutawwif perempuan), semuanya lelaki kerana tidak dibuat secara terpisah demi keselamatan jemaah wanita.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam mesra. 🙂

    • Betul, saya juga ada mengalaminya. Tapi pengalaman dengan hajah dari benua Afrika juga ramai yang kasar, tambah lagi badan mereka besar. Apa yang penting kena banyak bersabar. Terima kasih telah berkongsi pengalaman di sini. 🙂

  3. Assalamualaikum warahmatullah, moga ummi siti fatimah sentiasa diberikan kesihatan yang baik..
    Seronok membaca entry ini.
    Kadang-kadang , “as-sobru nisfu min al-iman” payah nak direalisasikan dalam kehidupan muslim (tidak semua) terutama tandas awam, hatta tandas masjid (tidak semua). Saya selalu berjalan ke seluruh negara dalam program2 dakwah dan kebajikan, dan selalu memerhatikan tandas tatkala singgah di masjid-masjid. Tentunya saya sangat bersetuju tandas sepatutnya bertaraf 5 bintang kerana ia melibatkan kebersihan..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ikhwan….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Alhamdulillah, kami sekeluarga sihat dan didoakan Abu Ikhwan sekeluarga juga demikian sama.

      Kepekaan tentang kebersihan tandas ini perlu dimulai kempennya oleh pihak pemerintah agar keperluan asas bagi orang awam dapat ditingkatkan. Kerana kita membayar masuk tandas sepatutnya tandas semakin bersih dan cantik.

      Di Sarawak, kebanyakan tandas di RnR telah dibina lebih baik dan dihias cantik dengan bunga dan ada yang seperti taman rekreasi. Kita masuk jadi senang dengan kebersihan dan suka menatap pemandangannya.

      Terima kasih Abu Ikhwan sudah berkunjung dan salam takzim. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak…

      Alhamdulillah, saya sihat kak dan didoakan akak juga sihat di sana.
      Iya kak, sebab itu apabila ada sedikit tanda tu cepat-cepat mencari tandas, jangan tunggu nak keluar baru ke tandas. Ini sangat menyulitkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain.

      Terima kasih kak sudah berkunjung. Salam kasih selalu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris….

      Dengan ramainya tetamu Allah di Tanah Suci, setiap yang kita lalui di sana menjadi cabaran untuk kita belajar bersabar dan bersyukur. Tandas adalah salah satunya terutama di Mina.

      Aamiin Allahumma Aamiin.
      Terima kasih mas Alris kerana sudah berkunjung dan salam takzim hendaknya.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.