CT456. HAMBATAN MENULIS

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

Jika kita amati, mengapa kita sukar menulis untuk mencapai idea-idea yang ingin dituang melalui patah kata yang ingin dibina ? Kita dapat menggambarkan idea yang hendak diluah tetapi payah untuk dicurah. 

Sering kita terkutat-kutat mencari perkataan dalam membina ayat. Malah terkulat-kulat dalam keresahan yang panjang sehingga satu perenggan pun tidak tercatat. Menggarulah kita kepala yang tidak gatal. Hilang semangat.

Idea-idea belum sempat melekat tetapi noktah perenggan sudah terlihat. Kita selalu mati kutu dan buntu. Semua potensi idea tidak menjadi dan beku. Kita jadi kayu, kaku dan bisu. Akhirnya mata bulat kita layu dalam mimpi yang tidak kesampaian.

Segala hambatan menulis yang dikatakan susah dan payah ini telah membungkus semua potensi yang sepatutnya dikeluarkan dan diasah sebijak mungkin agar segala benih ilmu yang tersimpan di ladang minda boleh ditunas biak untuk disiram dengan hunjaman kata-kata.

Tahukah anda mengapa potensi menulis itu dibungkus dengan ikatan yang ketat tidak terurai ? Sebabnya kerana kita SUDAH TIDAK RAJIN MEMBACA. Membaca apa ?

*

– MEMBACA BUKU –

*

Kita tidak rajin MEMBACA bahan yang mendatangkan ilmu dan pengetahuan. MEMBACA tulisan yang menyebabkan kita perlu berfikir secara kreatif dan kritis. MEMBACA untuk  menjana idea dan mengembangnya seluas alam semesta.

Lebih penting….MEMBACA sesuatu yang dihadirkan Allah SWT melalui LIMA PANCA INDERA iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan kulit. Kesemua panca indera ini adalah alat untuk mengenali dunia persekitaran di mana kita hidup di dalamnya agar kita tidak menjadi buta oleh nafsu yang serakah.

Apa yang rajin kita baca sekarang ? Pasti ramai yang setuju bahawa fenomena kini antaranya lebih banyak membaca novel, membaca bahan gosip di media sosial, meneliti bahan tular (viral) yang belum tentu salah benar, membaca tentang selebriti hiburan yang melalaikan dan banyak lagi bahan bacaan yang tidak menguntungkan dunia dan akhirat

Apabila kita faham tujuan membaca, maka kita adalah manusia yang tahu untuk menggunakan kepintaran akal bagi membongkar dan mengeluarkan potensi yang dibungkus oleh keyakinan diri yang suram.

Sebenarnya HAMBATAN MENULIS adalah berpunca dari kita sendiri. Kita tidak lagi rajin MEMBACA BUKU. Marilah kita membaca. MEMBACA adalah jambatan ilmu untuk ke akhirat.

*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima6 November 2017 (Isnin)/ 17 Safar 1439H/ 12.50 petang, Bintangor, Sarikei, Sarawak

– SITI FATIMAH AHMAD –

 

*

11 thoughts on “CT456. HAMBATAN MENULIS

  1. Assalamualaikum wr. wb bu Hajjah Fatimah
    Saya setuju kalau membaca adalah jembatan ilmu. Saya pilih membaca dibanding menonton. Meskipun keduanya sama-sama butuh konsentrasi. Semangat menumbuhkan minat baca.
    Salam hangat dari Jakarta Pusat.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany Fatmaningrum….

      Ayuh…. mari kita membaca buku atau apa sahaja bahan bercetak yang membawa kepada kecerdasan minda. Melalui bacaan tersebut kita boleh meneroka dunia semahu kita. Buku adalah taman bunga yang boleh dibawa di dalam saku untuk ke mana sahaja arah tuju kita.
      Biar semangat menulis nanti.

      Salam hangat kembali dan terima kasih Frany sudah berkunjung. 🙂

  2. Assalamualaikum, bunda Fatimah.
    Sepakat dengan bunda bahwa berkurangnya waktu membaca krn seakan kita hidup dalam ketergesaan yg entah apa, membuat kemampuan menulis dalam kata-kata jd semakin berkurang. Harus menyemangati diri sendiri saya nih, bund.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      Kini budaya membaca buku sudah berkurangan kerana ramai yang beralih arah membaca melalui media elektronik dengan pelbagai cerita kita boleh baca. Namun buku membicarakan topik yang jitu dan pastinya mampu meningkatkan keupayaan fikir kita tentang topik yang dibicarakan. Marilah kita kembali membaca buku agar potensi menulis kita semakin bercambah. Buku adalah teman yang tidak pernah marah kepada kita. 😀

      Terima kasih mbak sudah berkunjung dan salam manis selalu. 🙂

  3. Assalamualaikum wr wb, Kak Siti,

    Memang betul kak Siti, kurang membaca kurang juga membuat tulisan. Saya contohhnya, sudah tak baca buku. Lama juga tak bikin posting, hehe…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris….

      Jom…. semangat kembali membaca buku agar dunia penulisan semakin mantap dan dapat
      dikongsikan dengan ceria. Mudahan kesibukan tidak menghambat masa untuk menulis kembali, mas Alris.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam takzim.

  4. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Mbak Fatimah.

    Benar sekali, bila ide sedang buntu, tidak kelancaran lagi menulis, maka membaca buku adalah cara yang terbaik. Saya jadi ingat bahwa ikatlah ilmu dengan tulisan. Maka, dalam menulis pun perlu ilmunya, dan itu di antaranya dapat diperoleh dengan membaca, selain yang utama dengan berguru secara langsung tentunya.

    Terima kasih banyak sharing ilmunya ya, Mbak. Salam dari Jogja, Indonesia.

    • Wa’alaikum salaam warahmatullahi wabarakatuh, mas Amazzet…

      Jika suka membaca pasti ada muncul banyak ide-ide yang terpancang seperti satu gambaran yang tidak ada hambatan dalam menukil kata dan ayat. Semuanya mengalir dengan tenang dan indah dituturkan dalam aksara yang bermakna.

      Mudahan kita semakin rajin membaca dan memahami apa yang kita baca. Bacaan terbaik adalah yang mengingatkan kita kepada Allah Rabbul Izzah. Aamiin.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim hendaknya.

  5. Assalamu’alaikum salam wr.wb. Apa kabar Mbak Fatimah?

    Betul Mbak, salah satu hambatan menulis karena kita sudah jarang membaca. Ini sering saya rasakan.
    Terima kasih atas inspirasinya.

    Salam persahabatan dari saya di Sukabumi,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb mas Titik Asa….
      Alhamdulillah, kami di sini sihat wal’afiat. didoakan mas Titik dan keluarga juga sihat dalam lindungan Allah SWT. Aamiin.

      Terkadang kesibukan kepada tumpuan kerja menjadikan rutin membaca tidak lancar. Mudahan kita akan selalu dimudahkan Allah untuk membaca.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim.

  6. Assalamualaikum ustazah. Penulisan ustazah tentang hambatan menulis ini sangat menarik minat saya. Saya sangat bersetuju dengan ustazah bahawa kita perlu banyakkan membaca dalam kehidupan kita bagi menghasilkan sesuatu penulisan yang bernas dan mampu menyentuh jiwa pembaca.
    Namun begitu, membaca mempunyai pelbagai jenis iaitu membaca perkara yang berfaedah dan yang tidak berfaedah. Dalam hal ini, kita sepatutnya memperbanyakkan bacaan ilmiah yang berfaedah dan berguna untuk kita. Dengan membaca, kita dapat menghasilkan idea-idea dengan mudah bagi menghasilkan sesuatu penulisan. Perkara ini sangat selari dengan keadaan saya sekarang yang perlu menyiapkan banyak tugasan kerja kursus yang berbetuk penulisan esei. Sehubungan itu, saya menyedari bahawa saya perlu lebih banyak membaca bagi menambah ilmu pengetahuan baharu dan menerapkannya ke dalam penulisan saya.
    Terima kasih ustazah di atas perkongsian yang begitu bermakna ini. Semoga ustazah dan keluarga dirahmati Allah selalu.

    NUR ‘AQILAH BINTI IBRAHIM
    PA SK (2) AMBILAN JUN 2020
    SEMESTER 1 TAHUN 2
    IPG BATU LINTANG

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.