CT392. BATALKAH PUASA JIKA TERLUPA LALU MAKAN ATAU MINUM ?

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

BatalPuasaFatima1makanMinum

*

Hari ini hari ke-12 kita menjalani ibadah puasa. Semoga amal ibadah kita diberkati dan diganjari dengan rahmat serta barakah dari Allah SWT. Tajuk ini sangat menarik untuk kita kongsikan bersama sebagai mendalami lagi erti puasa yang kita sedang jalani. 

*

“TER” LUPA

Pernah mengalami peristiwa terlupa bahawa diri sedang berpuasa lalu makan atau minum ? Biasanya kejadian ini berlaku di awal-awal permulaan puasa terutama puasa Ramadhan. Saya pasti ramai yang mengalaminya, baik makan atau minum yang mengenyangkan atau tidak mengenyangkan. Ia sama sahaja. TERLUPA.

Saya juga tidak luput dari mengalami kejadian ini semasa kecil, remaja dan dewasa. ia berlaku secara spontan, bukan disengajakan. Ada kalanya berlaku semasa berpuasa sunat, puasa qadha atau puasa wajib (Ramadhan).

Tidak dinafikan ramai yang menyangka apabila mereka “termakan” atau “terminum” (ter… bermaksud tidak disengajakan)  sedangkan berpuasa, maka puasanya batal dan tidak lagi melanjutkan puasa tersebut.

Apabila kita mempunyai ilmu tentang puasa, sudah pasti kita tidak menghadapi keraguan atas setiap masalah yang sedang kita jalani.

*

SUMBER RUJUKAN

Untuk lebih jelas tentang hukum dan dalil yang menguatkan perkara di atas, saya ingin berkongsi bersama teman pembaca hasil rujukan yang saya ambil dari…

Kitab IBANAH AL-AHKAM SYARAH BULUGH AL-MARAM – SUBULUS SALAM (Jilid 2) di bawah tajuk KITAB PUASA, karya tulisan Alawi Abbas al-Maliki dan Hassan Sulaiman al-Nuri, terbitan Al-Hidayah Publication, Kuala Lumpur (2010).

*

BatalPuasaFatima2NasiPaprik

*

DALIL HADIS

Jika anda membuka halaman 397 dan 398, di situ dibahaskan tentang dalil hadis Rasulullah SAW berkaitan tajuk di atas. Sila rujuk hadis nombor 206 dengan catatan berikut:

*Daripada Abu Hurairah r.a  beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang lupa, LALU MAKAN ATAU MINUM ketika sedang berpuasa, MAKA HENDAKLAH DIA MENYEMPURNAKAN PUASANYA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH YANG TELAH MEMBERINYA MAKAN DAN MINUM. – (Muttafaq ‘alaih)

*

PENJELASAN HADIS

Sesungguhnya Allah SWT sangat bersifat belas ihsan kepada hamba-hamba-NYA. Allah menolak segala bentuk kesusahan dan kesempitan daripada kita serta memudahkan urusan ibadah kita.

*

Orang yang makan atau minum kerana LUPA ketika sedang berpuasa, TIDAKLAH BATAL PUASANYA.

*

Sesungguhnya makanan yang dimakan dan minuman yang diteguk merupakan kurnia Allah kepada kita kerana kita telah mengerjakan apa yang telah diperintah oleh Allah SWT dan menjauhi apa yang dilarang-NYA.

Namun begitu… sebahagian ulama ada yang menyatakan bahasa sesungguhnya yang DIMAAFKAN kerana LUPA adalah DOSA DAN KIFARATNYA SAHAJA. Oleh itu, seseorang itu tetap DIWAJIBKAN MENGQADHA PUASA FARDHU.

Mereka bersandarkan kepada sabda Rasulullah SAW iaitu ” hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasanya” – daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa BAGI MENGHORMATI bulan puasa.

*

ANALISIS LAFAZ

(1). LALU MAKAN ATAU MINUM

Apa yang jelas, hanya MAKAN dan MINUM yang disebut di dalam hadis di atas, sedangkan perkara-perkara yang selain daripada kedua-duanya yang boleh MEMBATALKAN PUASA tidak disebutkan. KERANA kebanyakan LUPA itu terjadi akibat dari MAKAN DAN MINUM sama ada banyak atau sedikit.

*

(2). MAKA HENDAKLAH DIA MENYEMPURNAKAN PUASANYA

Perintah untuk melanjutkan puasa kerana puasanya TIDAK DIANGGAP BATAL.

*

(3). MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH YANG TELAH MEMBERINYA MAKAN DAN MINUM.

Tidak ada jalan baginya untuk menghindarkan diri daripada perkara tersebut (membatalkan puasa), kerana lupa itu datang dari Allah SWT. Kalimat ini merupakan ungkapan kinayah yang menunjukkan tidak berdosa kerana seuatu perbuatan yang datang dari Allah tidak menimbulkan dosa.

*

BatalPuasaFatima3ButtermilkChicken

*

*

PERBAHASAN ULAMA

Barang siapa yang berbuka pada waktu siang hari di bulan Ramadhan KERANA LUPA, maka dia TIDAK DIKENAKAN kewajiban mengqadha dan kifarat (denda).

*

Kita perlu memahami beberapa pendapat ulama mazhab muktabar yang menjelaskan permasalahan ini dengan baik, iaitu:

a. IMAM AL-SYAFIE dan Imam Abu Hanifah berkata: ” Barang siapa makan atau minum atau melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa KERANA LUPA, maka puasanya TIDAK BATAL dan TIDAK ADA APA-APA TANGGUNGAN BAGINYA.”

b. Imam Ahmad Hambali berkata: “Orang itu WAJIB MENGQADHA puasanya. Orang itu WAJIB MEMBAYAR KIFARAT apabila dia bersetubuh, namun TIDAK DIKENAKAN apa-apa KEWAJIBAN kerana makan atau minum.”

c. Iman Malik berkata: “Barang siapa yang makan atau minum atau melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa, maka dia mesti MENGQADHANYA TANPA PERLU MEMBAYAR KIFARAT kerana PUASANYA BATAL.”

Masalah puasa di sini menurut Imam Malik diqiyaskan (analogi) kepada masalah solat. Maka, sesiapa yang MENINGGALKAN SATU RAKAAT SOLAT KERANA LUPA, maka solatnya BATAL.

Begitu juga MENINGGALKAN SATU RUKUN PUASA  iaitu menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, maka puasanya BATAL.

*

KESIMPULAN

Oleh kerana kita mengikut mazhab al-Syafie, maka pendapat yang dipegang oleh IMAM SYAFIE menjadi landasan kepada penyelesaian permasalahan ini. Jawabannya:

Terlupa lalu makan dan minum adalah TIDAK MEMBATALKAN PUASA.

*

Semoga kita sama-sama beroleh pengetahuan dan manfaat dari perkongsian ini. Aamiin Wallahu’alaam.

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima16 Jun 2016 (Khamis)/ 11 Ramadhan 1437H/ 8.30 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. yakin kita akan jadi lebih berjaya apabila dapat menguasai keadaan yang dianggap sukar bagi orang lain. Jangan biarkan keadaan menguasai sehingga kita menjadi lumpuh semangat dan hilang jati diri. Kita adalah insan pilihan Allah yang sudah tentu mempunyai kekuatan akal dan pengetahuan untuk meghidupkan diri agar sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang di muka bumi ini.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU….  Percayalah, apabila kita memiliki kasih yang besar, kita akan selalu melihat keajaiban berlaku dalam hidup kita. Walau sejauh mana kita terpisah, apabila cinta kasih itu bertaut, Tuhan pasti ada bersamanya. Lalu kita dapat merasai dengan hati yang menyentuh jiwa. Getaran itu muzik yang syahdu dipenuhi rindu. Untukmu…. selalu ada doa yang tidak bernoktah. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

14 thoughts on “CT392. BATALKAH PUASA JIKA TERLUPA LALU MAKAN ATAU MINUM ?

  1. Assalamu’alaikum Kak…
    Jadi ingat, waktu kecil pernah lupa kalau puasa. Sehabis penat main dengan kawan, sampai rumah makan pisang dua buah. Untungnya ketahuan ayah dan diingatkan. Pernah juga lupa minum sampai segelas. Tapi alhamdulillah setelah dewasa jarang terlupa.

    Tapi Kak…itu gambar makanan sungguh menguji mental hehe…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Dyah….

      Ahamdulillah, ternyata dengan lupa itu, perut kenyang sepanjang hari. Semua itu berkat kasih sayang Allah buat hamba yang terpilih.

      Tapi kadang kala anak-anak juga pura-pura lupa ya, sedangkan mereka sebenarnya sengaja makan… hehehe, pengalaman sendiri ni mbak masa kecil-kecil dulu. 😀

      Sepanjang puasa ini, ada sahaja yang menguji nafsu ya sehingga foto makanan juga boleh menggugah fikiran kita.

      Terima kasih Dyah sudah berkunjung dan salam manis. 🙂

  2. Assalamualikum wr.wb, mbak Siti,

    apa kabar? semoga sehat dan berbahagia selalu bersama keluarga tercinta di sana.

    Kalau memang benar benar lupa makan dan minum Saat sedang berpuasa boleh melanjutkan puasanya ya mbak, terima kasih pencerahannya.

    Selamat menunaikan ibadah puasa Ramdhan mbak Siti.

    Maaf baru bisa berkunjung .

    Salam kangen dari desa dongeng 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ely….

      Alhamdulillah wa syukrulillah, saya sihat wal’afiat bersama keluarga di sini. Didoakan mbak Ely juga sihat dan semakin baik kesihatannya dan dilindungi Allah SWT bersama keluarga di sana.

      Lupa merupakan kasih sayang Allah kepada hamba yang berpuasa sehingga makan atau minum itu dianggap rezeki yang tidak dapat ditolak malah patut disyukuri, ya mbak.

      Selamat menunaikan ibadah puasa dan mudahan sentiasa sabar menjalani ujian berpuasa di German yang tentu kondisi waktunya berlainan dari tanah air ya mbak.

      Terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan dan Salam rindu kembali, mbak Ely. 🙂

  3. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah…, kajian yang penting ini untuk diketahui secara umum. Dahulu ketika kecil saya pernah lupa, hehe… Tapi, seingat saya setelah dewasa ini belum pernah lupa makan dan minum saat berpuasa 🙂

    Salam dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Iya benar, saling ingat mengingat tentang perkara yang berkaitan dengan hukum fekah adalah sangat dituntut kerana tidak semua orang tahu mengenainya.

      Kenangan masa kecil selalu membuat kita senang mengingatinya sedangkan ketika ia terjadi saat itu, kita jadi bingung dan sedih.

      Terima kasih mas Amazzet dan salam ramadhan al-mubarak.

  4. Assalamualaikum ummi ct fatimah, semoga dipermudahkan beribadah di Ramadhan ini. terima kasih atas n3 yang mencerahkan ini. Masa kecil-kecil dulu pernah juga terlupa. Biasalah budak-budak. Dewasa ini tak adalah pula. Dan kalau terlupa pun biasa diawal-awal Ramadhan sahaja. kalau sampai seminggu terlupa lagi, kes berat dah hehe..
    Itulah mudahnya Islam ini, dimaafkan syarak jika ada ‘ter’

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ikhwan….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Mudahan semua amal ibadah kita dimudahkan Allah dan diterima-NYA.

      Hehehe…. kalau seminggu atau hingga sekarang pun masih lupa… itu memang puasa yok-yok (istilah orang Sarawak), pulang ke rumah buka periuk . maksudnya pura-pura puasa di hadapan orang.

      Mudahan kita tidak begitu hendaknya, ya. Alhamdulillah, Islam selalu ada cara untuk umatnya menyelesaikan segala permasalahannya. Allah lebih mengetahui kesukaran hambanya dan diberi sedikit kurnia kepada mereka yang terpilih sahaja.

      Terima kasih Abu Ikhwan atas kunjungan dan salam takzim.
      Selamat menjalani ibadah puasa.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.