CT248. KENALAN AWAN BIRU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

KenalanFatima1AwanBiru

*

Kira-kira 40 minit pesawat akan menapak turun ke bumi Sepang, ibu muda dan anak kecilnya ini (foto di atas) meminta izin untuk duduk di salah satu dua kerusi kosong sebelah saya dalam perjalanan udara dari Sibu Ke Kuala Lumpur. Saya menggangguk kepala, memberi senyum dan mempersilakan duduk.

Si kecil berusia 10 bulan, Nor Fatiah Alisya senyum mesra memandang saya. Saya terus jatuh hati padanya. Ibu muda ini bernama Azlina. Alisya merupakan anak sulungnya. Alisya sudah tidak tenang lagi, asyik merenggek dan mula membuat olah tingkah. Azlina sibuk memujuk anaknya agar tenang. Saya maklumkan mungkin Alisya hendak menyusu dan kelaparan.

Alhamdulillah, setelah kenyang menyusu, Alisya kelihatan relax, tersenyum memanjang dan mudah diurus. Tetapi tidak lama kemudian, tingkahnya kembali “liar” dan asyik merengek. Azlina meminta saya membawa Alisya kerana hendak mengambil beg keperluan Alisya di tempat duduk asalnya di belakang. Sementara menunggu Azlina, saya bermain dengan Alisya.

Asyik sekali bermain dengan Alisya.  Saya sangat sukakan anak-anak. Rindu pula hendak mempunyai anak kecil lagi. Ieesyah kini sudah berusia 9 tahun. Selalu meminta saya “memberikan” adik buatnya kerana dia mahu dipanggil kakak oleh adiknya. 😀

*

MENGURUS ALISYA

Azlina kembali bersama beg dan mengambil semula Alisya. Saya memerhati sahaja aktiviti Azlina yang hendak menukar “seluar pakai buang” Alisya. Katanya Alisya tidak selesa kerana seluarnya sudah penuh dengan air kencing. Azlina berusaha membuka seluar pakai buang di tubuh Alisya sambil duduk. Saya lihat Azlina seperti kelam kabut dan kekok dengan kerjanya.

Saya pun membantu membuka seluar pakai buang Alisya yang sedang baring di ribaan ibunya dan memakaikan yang baru. Alisya asyik tersenyum sahaja dengan tenangnya. Pasti suka kerana sudah bersih. Saya melihat terdapat sedikit kesan kencing Alisya menyentuh kerusi yang diduduki. Saya mengambil kertas tisu dan mengelap kesan tersebut agar bersih dari sifat dan baunya.

Setelah menukar seluar lampin Alisya, ibunya menyusukan kembali dan Alisya terus tidur dengan nyenyak. Kami saling tersenyum melihat telatah Alisya yang mengusik hati.

Peluang ini, kami gunakan untuk berbual mesra dan berkenalan. Azlina berasal dari Kampung Nangka, Sibu. Mulanya kami berkomunikasi dalam bahasa Melayu, apabila mengetahui latar belakang, kami berbicara dalam bahasa Sarawak pula.

Azlina bekerja di Petaling Jaya dengan kompeni minyak dari Vietnam. Balik ke kampung berdua sahaja dengan anaknya kerana suami tidak dapat bersama untuk mengunjungi bapa Azlina yang sedang sakit.

*

BERPISAH

Setelah pesawat mendarat, kami berpisah. Azlina mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dilakukan. Saya senang dapat membantu keduanya kerana saya faham keadaan ibu yang berseorangan mengurus anaknya dalam perjalanan seperti ini.

Tidak menyangka, semasa menunggu bagasi saya disapa kembali oleh Azlina yang juga menunggu bagasinya. Saya sekali lagi menghulurkan bantuan untuk mengambil bagasinya. Dengan senang hati Azlina menerima pelawaan bantuan saya yang tidak seberapa itu.

Setelah selesai kami berpisah untuk kali kedua. Kami bersalam dan berpeluk sambil mengucapkan terima kasih atas perkenalan yang singkat ini. Saya mencium Alisya dan menghadiahkannya wang RM20.00. 

Kami berlambai mesra. Says mengikuti langkah keduanya sehingga hilang dari pandangan. Entah bila akan bertemu kembali. Terlupa pula meminta nombor telefon. Semua itu kehendak Allah SWT untuk pertemuan singkat di awan biru.

Saya terus ke kaunter KL SENTRAL untuk membeli tiket bas bagi meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

friendship-100

*

 

***************

SalamFatima3SalamFatima7 Mei 2014 (Rabu)/  7 Rejab 1435H/ 10.45 malam, Radius International Hotel, Kuala Lumpur.

AKU….  yakin jika hati tidak dihidangkan dengan santapan rohani pasti ia akan sakit dan lemah. Hati yang sakit mudah dirasuk keresahan dan kebimbangan yang akan mengundang sumbangnya tingkah laku dalam kehidupan yang sedetik cuma. Hargailah nafas yang masih berhembus, kaki yang masih bergerak, tubuh yang sihat dan mereka yang mengasihi kita. Hidup ini indah dan yang terindah adalah cinta dan kasih yang kita semaikan untuk akhirat.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…..  Semoga setiap detik waktu yang berjalan dalam hidup kita memberi manfaat yang menjadikan diri kita hamba yang selalu bersyukur dengan nikmat-NYA. Doa dariku untukmu. Wassalaam. 🙂

RinduFatimaa3untukmu

PERCAYALAH… SETIAP HARI ADALAH RINDU

*

5 thoughts on “CT248. KENALAN AWAN BIRU

  1. Assalamualaikum bunda Fatimah,
    mau di darat, senang terbang dengan pesawat, selalu ada kesempatan untuk saling tolong menolong dan menjalin silaturrahim dengan sesama ya.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      Iya mbak.. rasa kasihan cepat hadir saat melihat orang lain kesusahan. Mungkin hari ini, hari dia. Mana tahu hari lain, kita jua dalam kesusahan dan berharap ada orang lain pula membantu kita. Semoga semuanya diredhai Allah SWT. Aamiin.

      Terima kasih mbak atas kunjungannya.
      Salam manis selalu. 🙂

  2. assalamualaikum bunda Fatimah

    perangai anak kecil memang kerap membuat kita tersenyum dan tertawa ya bun
    meski kadang membutuhkan kesabaran extra untuk menghadapi tingkah aneh seusia mereka..
    perjalanan yang penuh kesan ya bun..
    salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr…

      Kasih sayang dan cinta yang besar menjadikan kita berusaha untuk menghadapi tingkah anak-anak yang dapat membuat kita hilang sabar.

      Memang bukan senang menjadi ibu bapa yang sabar dengan pelbagai ragam olah anak-anak. Hanya ilmu dan akal yang menjadi pertimbangan ketika berada dalam kondisi yang mencabar ini.

      Jika tidak, akan ada anak-anak yang teraniaya dan tercedera hati dan fiziknya.

      Terima kasih Purnomo Jr atas kunjungan.
      Salam sejahtera. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.