CT421. KEBUN FATIMA (13): KRONOLOGI TAMAN MINI FATIMA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

tamanfatima1kronologitamanminifatima

*

TIDAK PUTUS ASA

Taman mini yang saya usahakan terdapat di beberapa lokasi di halaman rumah. Rumah Semi-D ini mempunyai halaman yang luas. Apabila halaman rumah “dirasa” sangat luas, maka banyaklah idea untuk menanam bunga dan sayuran di pelbagai tempat. Dan banyak juga yang diabaikan kerana kurang perhatian yang berterusan. Ia ibarat hidup segan mati tak mahu.

Projek taman mini ini ada di tepi pagar, ada di samping kanan rumah, ada juga di belakang rumah. Kadang kala saya rasa seperti pereka halaman (tanpa pekerja), tetapi lebih banyak merasa diri ini seorang pekebun bunga dan sayur. 😀

*

tamanfatima2tepipagarrumah

*

tamanfatima3tepirumah

Membuat tapak refleksilogi sendiri sebagi tempat senaman santai

*

SEKANGKANG KERA

TAMAN MINI yang saya tulis ini terletak di beranda depan rumah. Sudah beberapa tahun saya berusaha mengubah wajah taman mini di depan beranda yang tidak serupa taman ini sehingga mencapai kepuasan untuk saya berhenti memikirkan idenya.

Sebenarnya dalam beberapa bulan ke hadapan seperti yang SPH rencanakan, halaman berumput dan beranda ini  akan diroboh dan diubahsuai menjadi ruang tamu tambahan. Sementara menunggu harinya tiba, saya perlu merealisasikan dulu projek taman mini walau hanya melihatnya untuk beberapa bulan sahaja. 😦

Ternyata bukan senang untuk menghias “tanah sekangkang kera”.  Memerlukan kesabaran dan kerajinan kerana banyak yang perlu difikirkan sebelum menjadi seperti yang kita inginkan. Penatnya tidak perlu diceritakan. Senang kata, kalau letak sahaja kepala di bantal memang “tidur mati.”

Saya insaf betapa peritnya pekerjaan ini dan memahami kelelahan mereka yang bekerja membina bangunan, taman-taman, jalan raya di luar sana. Peluh yang tidak pernah berhenti mengalir, sakit pinggang kerana asyik membongkok dan tapak tangan yang kadang kala menjadi kebas. Syukurlah taman mini saya ini hanya sekangkang kera sahaja.

*

AZAM 2015

Saya mula membina idea taman mini ini pada akhir tahun 2014 seperti yang pernah saya tulis di dalam posting CT311. KEBUN FATIMA (1): SEMANGAT BERKEBUN.

Ternyata semangat saya ada pasang surutnya. Beberapa faktor tidak dapat dielakkan seperti cuaca yang tidak menentu, mengajar semasa cuti sekolah dan waktu bekerja dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang menjadikan kerja-kerja membina taman mini selalu tertangguh.

Saya tidak pernah putus asa untuk merealisasikan impian melihat taman mini yang benar-benar kemas dan bersih. Sudah banyak idea dicurahkan bagi menggambarkan taman mini yang diidamkan, namun tidak memuaskan hati. Alhamdulillah, impian itu tercapai jua pada akhir tahun 2016 yang lalu.

*

PROJEK TAMAN MINI FATIMA

Foto berikut adalah kronologi kerja tangan saya untuk membina taman mini di depan beranda rumah. Semua ini saya lakukan sendiri tanpa bantuan SPH kerana saya mahu kepuasan dalam melihat hasilnya. Bagi saya, cukuplah SPH membantu dengan membawa saya (memandu kereta) untuk membeli tanah, batu bata, baja dan pasu.

*

Tahun 2014

*tamanfatima4foto06112014

Diabaikan rupa dan keadaannya

*

tamanfatima5foto18122014

Hanya menambah sedikit pasu bunga untuk dihias di depan beranda rumah, asal ada sahaja.

(Halaman berumput dan beranda dicadangkan untuk dibina ruang tamu tambahan )

*

Tahun 2015

tamanfatima6foto08022015

Berjaya menemui dan membuang segala jenis batu, besi, batu bata dan bermacam khazanah yang ditanam oleh pekerja kontraktor di dalam tanah. Teruk betul.

*

tamanfatima7foto19022015

Lihat timbunan tanah dan galian saya, dah macam menggali lombong  emas. Hampir satu kaki juga saya gali kerana terlalu banyak “harta karun” yang tidak berguna. itu tanah sekangkang kera di depan rumah. Belum lagi di belakang rumah. Banyak yang saya temui dan tentunya mengecewakan.

*

tamanfatima8foto28032015

Setelah selesai, saya menanam pokok bunga yang difikirkan sesuai. Di depan ini, ada 4 jenis bunga Carnation. Ia tumbuh subur diawalnya dengan banyak sekali. Setelah lama diabaikan, ia mati secara perlahan-lahan. Saya sempat menyelamatkan beberapa anak pokoknya sahaja.

*

tamanfatima23bungacarnationfatima

4 jenis bunga Carnation yang saya tanam

*

tamanfatima9foto08052015

Beberapa bulan, saya mulai mengabai taman mini ini kerana sibuk dengan praktikum.

*

tamanfatima10foto25072015

Alhamdulillah, tumbuhan hidup dengan baik walaupun kurang perhatian dari saya.

 *

tamanfatima11foto12092015

Bila tidak diperhatikan lagi, rumput sudah banyak memenuhi ruang taman. Saya mula memikirkan kembali untuk membersihkan taman mini agar ceria kembali

*

tamanfatima12foto24102015

Akhirnya seluruh ruang halaman ini saya gondolkan dari segala rumput kecuali taman mini saya. Saya mula aktif setelah lama tidak berkebun. Kemudian saya abaikan kembali selama hampir 7 bulan sehingga akhir tahun 2016, saya berazam untuk menyelesaikan misi taman mini ini. 😀

*

AKHIRNYA SELESAI

Tahun 2016

Semangat saya mulai berkobar-kobar kembali untuk mengakhiri misi impian yang belum tercapai. Sebenarnya aktiviti membongkar kembali tanah di hadapan beranda rumah sudah bermula di akhir bulan Oktober dan siap sepenuhnya 1 Disember 2016. 

Alhamdulillah, hanya mengambil masa 1 bulan, saya sudah menyiapkan TAMAN MINI FATIMA dan berjaya mencapai impian yang saya idamkan selama ini. Tidak terbayang kepuasan di hati melihat hasil kerja yang bertahun diimpikan. Senyum selalu menguntum setiap kali memandang hasil kerja yang penuh dedikasi ini.

*

tamanfatima13foto06112015

Membongkar tanah dan menambak kembali dengan 5 batu simen (1 kaki lebar x 2 kali panjang) yang dibeli dengan harga RM14.00 satu. Kemudian disusun batu bata agar lebih kemas.

*

tamanfatima14foto12112015

Projek menghias batu alam perlukan perhatian khusus kerana rumput perlu dimatikan sepenuhnya. Saya mematikan rumput dengan cara mesra iaitu menggunakan bekas suratkhabar yang tebal di atas tanah sebelum dilapik dengan lapisan penebat rumput berwarna hitam yang dapat menyerap air.

*

tamanfatima15foto14112015

Projek taman mini masih belum selesai walaupun batu alam sudah di susun cantik. Ia perlu dikemaskan lagi dengan menyusun batu bata di sisinya.

*

tamanfatima16foto14112015

Batu alam ini saya beli dengan harga RM2.50 sekilo tetapi diberi diskaun RM2.00 kerana membeli banyak. Saya membeli dalam guni yang berisi 25 kilo.

*

tamanfatima17foto01122016

Setelah disusun batu bata, Taman Mini saya perlukan sedikit sentuhan untuk mengindahkannya. Alhamdulillah, saya menemui pagar plastik yang cantik ini di kedai D.I.Y (D0 It Yourself), Kota Samarahan. Harga satu adalah RM6.50. Saya membeli 6 buah untuk menghias taman mini saya.

*

tamanfatima20foto01122016

Foto sisi taman mini yang menarik

*

tamanfatima21foto01122016

Pelbagai jenis batu alam yang menambah cantik dan seri taman mini saya.

 

*

tamanfatima18foto01122016

Taman dipandang dari sisi, saya sangat suka melihatnya. Dan menjadi rutin setiap kali balik kerja jam 5.00 petang untuk menyiram pokok bunga dari air di dalam tempayan.

*

tamanfatima19foto01122016

Taman dipandang dari sudut pintu masuk ke rumah

*

tamanfatima22foto01122016

Tempayan pemberian ibu mertua. Asalnya saya guna untuk gubahan bunga plastik. Kemudian saya bubar bunga dan letak tempayan di luar untuk tadahan air hujan. Senang untuk menyiram pokok bunga. Lagipun ia cantik bila berada di luar rumah.

*

MISI TAMAN MINI FATIMA SUDAH SELESAI, ALHAMDULILLAH

*

*

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima18 Januari 2017 (Rabu)/ 19 Rabiul Akhir 1438H/ 10.30 pagi, Bintangor, Sarikei, Sarawak

AKU…. menelan seluruh kepahitan dari setiap kata yang menyusuk hati. Jika sabar diajar pada diri, pasti redha selalu menyelimuti. Allah berkata yang paling disukai-NYA di dunia ini ialah JASAD YANG SABAR MENANGGUNG UJIAN. Semoga aku sentiasa bersama Allah apabila aku bersabar. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU….  Dalam kelu lidah berbicara, ada nukilan aksara menoreh di hati ingin melepas segala resah yang tidak pernah diukir tinta. Ketahuilah, jika kau menjauh diri, hatiku rindu tidak terperi. Doa untukmu di seluruh ingatan setiap hari. Aamiin.  Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

29 thoughts on “CT421. KEBUN FATIMA (13): KRONOLOGI TAMAN MINI FATIMA

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Winny….

      Alhamdulillah, projek taman mini bunga dan sayur ini masih banyak yang perlu difikirkan lagi. Semuan ini sekadar mencari kepuasan untuk berkebun, mbak.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sukses selalu.

  1. Assalamualaikum ummi, indah sekali tamannya. Sayangnya saya belum memiliki rumah sendiri, masih mengontrak, jadi tidak ada halaman. Insyaallah nanti kalau sudah punya rumah, mau juga punya taman. Salam dari Aceh

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany…..

      Alhamdulillah, satu kerja yang berat dan berkeringat, mbak. Bila sudah selesai terasa semua jadi ringan. Hanya perlukan sentuhan dan belaian sahaja.

      Terima kasih sudah hadir menyapa dan salam manis selalu.

  2. Assalamu’alaikum, Mbak Fatimah…
    Alhamdulillaah…, lahan di sekitar rumah memang perlu dimanfaatkan dengan baik. Terutama halaman depan. Bila ada taman seperti itu, rasanya jadi lebih indah tempat tinggal. Selamat ya, Mbak. salam dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Alhamdulillah, benar sekali. Menambah seri halaman rumah dengan bertanam bunga akan menyenangkan hati dan menyejukkan mata. Mudahan menambah pahala kerana berbudi dengan tanah.
      Terima kasih mas Amazzet atas apresiasinya dan salam takzim.

  3. Assalamualaikum bunda Fatimah,
    Salut buat semangat pantang menyerahnya untuk mewujudkan sebuah taman mini di halaman rumah. Rasa puasnya tak terkatakan ya Bund. Semua capek lenyap dalam sekejap. Setelah jadi, tamannya pun bisa penghilang lelah setelah pulang aktivitas mengajar. semoga bisa lanjut ke tanah kosong berikutnya ya Bund 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      Alhamdulillah, begitulah semua rasanya mbak. Lelahnya akan hilang dan senyum selalu mengundang saat memandang semua hasil tangan yang penuh dengan keringat. Insya Allah, projeknya masih berjalan lagi mbak di tanah yang kosong.

      Kini sedang sibuk dengan kebun sayur seperti kangkung, cekur manis, sawi, bayam, kacang bendi, kacang pendek dan jagung. kalau difikir akan penuh halaman rumah saya jika semuanya menjadi…hehehe.

      Terima kasih mbak Ysalma sudah datang berkunjung dan salam manis. 🙂

  4. Assalamu’alaikum wr.wb mba Fatimah…
    Semua bergantung pada kemauan juga kreativitas orang ya, jadi biar lahan halaman rumah luas kalau kemauan dan kreativitas tidak ada, maka tidak ada produktivitas pula. Salut saya sama kreasi mba Fatimah, sungguh kelihatan taman-taman mini yang cantik dan menarik bukan?
    Salam hormat dari Dompu-NTB

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas AR Syamsuddin…

      Saya setuju kerana saya juga seperti itu membiarkan halaman luas tanpa menceriakannya atas alasan sibuk dan sibuk. Jika kita ada kemahuan dan membahagikan masa, apa pun boleh dilakukan pada tanah yang sedikit di rumah kita.

      Terima kasih mas AR Syamsuddin atas apresiasinya.
      Salam takzim dan hormat kembali.

  5. Assalamu’alaikum wr.wb., Mbak Fatimah…

    Alhamdulillaah, berkunjung lagi kemari, menyaksikan betapa indah taman mini. Tidak hanya bunga-bunga, tapi pengaturan pot, juga batu-batu kecil yang berbeda bentuk dan warna, sungguh membuat semakin indah suasana. Semoga semakin menambah indah rumah tangga.

    Salam dari Jogja 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Keindahan sebuah taman akan berhasil dari kreativiti dan inovasi tukang kebunnya. Oleh itu, untuk mengubah taman yang baik tentu sekali mempunyai ilmu dari pelbagai aspek sama ada secara formal atau tidak. Yang penting mahu belajar dan suka mencuba. Baru rumah kita jadi berseri.

      Terima kasih mas Amazzet sudah kembali berkunjung.
      Salam takzim.

  6. assalamu alaikum ummi,

    alhamdulillah bisa bertamu dilaman ummi
    tamannya indah, masya Alloh

    nanda nih hendak bertaman, berkebun, tapi belum sempurna, sekrng menanam sayur, buat kebutuhan dirumah.. hehe.. tak tahan lama2 dihalaman rumah, belum ada pagar, masih ruangan terbuka, jd malu jika dilihat sama orang yang lewat dekat rumah..

    do’akan aku ummi, semoga bisa membuat taman yg indah jua..

    salam sayang dn salam rindu selalu

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Neni sayang….

      Alhamdulillah, senang apabila Neni kembali menyapa Umi. Lama sekali hilangnya dan sangat rindu Umi pada Neni.

      Alhamdulillah, buatlah apa yang termampu dengan kudrat yang ada saat berkebun. Apa yang Neni lakukan itu sudah mencukupi untuk membuang kesepian saat suami tidak ada di rumah.

      Insya Allah, nanti akan cantik dan indah laman rumah Neni. Tidak perlu bahan yang mahal cukup dengan kreativiti dan keindahan hati. Semuanya akan cantik di pandang. Umi doakan Neni berjaya.

      Salam sayang dan rindu selalu dari Umi. 🙂

  7. Assalamu’alaikum wr.wb. mbak Fatimah, apa kabar?
    Wah tuntas juga ya proyek taman mini nya, sejuk mata memandangnya.
    Memandang bunga-bunga yang tumbuh hijau di taman membawa ketenangan dan kesejukan pada bathin ya mbak.

    Salam dari saya di Sukabumi, West Java.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa….

      Alhamdulillah, saya sihat dan didoakan juga mas Titik dan keluarga sihat di sana.

      Begitulah hasil yang kita dapat apabila berbudi dengan tanah. Pasti ada timbal balasnya dengan anugerah keindahan tanaman yang kita pelihara.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim.

  8. saya pernah berkeinginan untuk membuat taman (sekedar untuk mengisi halaman), tapi karena sangat jarang berada dirumah keinginan tersebut sampai sekarang belum terlaksana, akhirnya ya hanya ada bunga seadanya saja sekedar untuk dipandang saat berada dirumah.

    • Dalam kesibukan juga, kita boleh memperuntukkan sedikit masa yang terluang untuk menanam bunga yang mudah tumbuh. Nanti yang sedikit itu akan jadi banyak dan pastinya akan menarik dipandang. Jangan mudah mengalah, saya yakin Abdul Kholiq boleh melakukannya. Selamat mencuba.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera.

  9. Pingback: CT461. MENYOROT PENULISANKU DI TAHUN 2017 | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.