CT486. KEJUTAN SANAH HELWAH KE 51 DARI GROUP SUPER COMEL

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

SAMBUTAN SEDERHANA

Sambutan dan ingatan Ulangtahun hari lahir ku ke 51 tahun 2018 ini, sangat sederhana. Saya tidak membeli kek hari lahir seperti setiap tahun. Hanya ucapan meriah penuh kasih sayang diterima dari suami tercinta juga hadiah yang membuat hati terharu dan bahagia.Β 

*

Alhamdulillah, selepas ini tidak perlu lagi membeli ABC di luar. Boleh buat sendiri. Terima kasih sayang. Susah-susah sahaja buat kejutan ini πŸ™‚

*

Anak-anak turut meraikannya walau Iffah, Izzah dan Ieesyah jauh di mata. Melalui skype saya melihat ketiga-tiga puteri menyanyikan lagu hari lahir. Hati menjadi sebak dan rindu pada mereka. Muhammad juga tidak ketinggalan. Terima kasih nak kerana ingat pada Mama.Β  Sayang semua.

Sebenarnya saya tidak mempunyai “mood” untuk meraikan hari lahir tahun ini disebabkan beberapa perkara. Pertama, pada 21 September (Jumaat) petang, saya mempunyai temujanji dengan Doktor Tulang di Hospital Sarikei untuk membuka jahitan luka di jari tengah setelah dilakukan pembedahan ke atas jari tersebut, 2 minggu sebelumnya.

22 September (Sabtu), jatuhnya tarikh hari lahir, saya terlalu sibuk bersiap sedia mengemas pakaian untuk mengikuti Program Pelengkap Keguruan “Super Teachers” Fasa 2 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim Perak selama seminggu. Tidak ada apa-apa yang istimewa saya masak untuk kami bertiga dirumah. Hanya cucur pisang ragup, keropok lekor dan air milo panas sambil menonton TV.

Keesokan pagi, 23 September (Ahad), saya berangkat ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Sibu. Kemudian dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), saya, Kak Ainah, Aisyah, Hamidah dan Suha menuju ke Tanjong Malim yang mengambil masa hampir 2 jam perjalanan.

*

KEJUTAN

Kami sampai ke Apartmen Seri Harmoni pada jam 7.30 malam. Sebaik mendapat kunci bilik, saya, Kak Ainah dan Aisyah bergegas memasuki bilik. Tak sabar-sabar rasanya untuk berehat bagi menghilangkan penat.

Allahu Akbar, tidak disangka satu kejutan dari sahabat karib, Dr. Zahiah Haris dan sahabat kumpulan Super Comel pada malam tersebut untuk meraikan hari lahir ke 51. Sebuah kek Chocolate Indulgence dari Secret Receipe yang sangat saya gemari dengan coklat krim Belgian yang dilapis dengan coklat putih. Pilihan kek yang tepat. Terima kasih dik Zah sebab susah-susah beli kek untuk akak. πŸ™‚

*

*

Kasih sayang kita dalam persahabatan ini, jangan pernah terputus di tengah jalan. Biarkan ia mengalir hingga ke jannah. Aamiin Allahumma Aamiin.

*

*

Rasa terharu dan bahagia apabila menerima sambutan hangat dari sahabat yang disayangi. Begitulah indahnya persahabatan yang tidak mempunyai apa-apa syarat selain dari kasih sayang dan cinta kerana Allah SWT.

Bukan setakat kek yang saya perolehi, Kak Jaimah juga menghadiahkan buku terbaru beliau yang merupakan kumpulan cerpen beliau dan rakan-rakan penulis yang lain bertajuk RIMBUN KEHIDUPAN: Anekdot dan Cerita Kehidupan.

*

Terima kasih Kak Jaimah Abdul Manaf untuk hadiah yang indah. Insya Allah, jika berkesempatan, saya akan buat “bedah tajuk” untuk cerpen Kak Jaimah, ya.Β  πŸ™‚

*

HARAPAN

Ya Allah, alhamdulillah wa syukrulillah atas kurnia umur yang masih diizinkan untuk meniti perjalanan berbaki di dunia ini. Mudahan dengan rahmat dan kasih sayang-Mu, aku masih dapat berbakti kepada agama, keluarga, bangsa dan negara. Hanya pada-Mu aku memohon petunjuk untuk berada pada jalan yang lurus dan mati dalam keadaan yang baik dan beriman.

*

YANG SELALU DIINGAT….

*

***************

SalamFatima3SalamFatima28 September 2018 (Jumaat)/ 18 Muharam 1440H/ 10.45 malam/ Tanjong Malim, Perak –Β  SITI FATIMAH AHMAD

Β 

        *

Menerima ucapan Hari Lahir dariΒ  Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Berhad. Terima kasih.

*

14 thoughts on “CT486. KEJUTAN SANAH HELWAH KE 51 DARI GROUP SUPER COMEL

  1. Assalamualaikum wr. wb Bu Hajjah Fatimah.

    Yaumul milad ya, bu Haji. Barakallahu fii umrik. Semoga di usia ke-51 ini selalu diberikan kesehatan, kelapangan rezeki, kebahagiaan lahir batin, dan diberikan usia yanh barokah. Aamiin ya robbal alamin.

    Sangat indah dan berarti perhatian dari keluarga dan oramg sekitar ya, Bu Haji. Menjadi rezeki ibu dan penyemangat memperingati hari lahir. Subhanallah.

    Salam ulang tahun dari saya di Jakarta Pusat πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany Fatmaningrum….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Alhamdulillah, terima kasih mbak atas ucapan dan doa yang disertakan. Semoga mbak juga beroleh kebaikan dan keberkatan dari Allah SWT.

      Begitulah indahnya silaturahmi yang dibina dalam ukhuwwah Islamiyyah. Ada sahaja kebaikan yang kita perolehi. Semuanya kerana kasih sayang yang dikurniakan Allah SWT.

      Terima kasih mbak sudah berkunjung dan salam kasih selalu. πŸ™‚

    • Salam bahagia juga kak. Segala kenangan bersama tidak akan dilupakan walau kita berjumpa hanya sementara. Mudahan silaturahmi kita sampai ke jannah. Aamiin Allahumma Aaamiin.

      Terima kasih kak atas kunjungan dan salam kasih selalu. πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Ilyas Afsoh…

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Terima kasih atas doa dan ucapannya.
      Semoga mas Ilyas juga diberkahi Allah dan sentiasa sukses dengan pelatihan yang mantap untuk membawa kebaikan kepada insan yang memerlukan.

      Salam sejahtera dan berjaya hendaknya.

  2. Assalamualaikum ummi Siti Fatimah. Moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Saya ucapkan selamat hari lahir kepada ummi, biarpun agak kelewatan. Mudah-mudahan perjalanan hidup ini sentiasa dirahmati dan diberkati serta dipermudahkan dalam menempuh kesulitan.

    Disisi yang lain, setiap kali menjelang tarikh seperti ini ia hanyalah mengingatkan bahawa setahun lagi telah bertambah janji untuk menghampiri kematian. Ucapan demi ucapan selamat hari lahir rupanya seumpama memendekkan masa lalu mendekatkan langkah kaki menghampiri liang lahad.
    Lupakan sebentar kegembiraan, kerana kelahiran hanya bermakna pada kejayaan memandu kehidupan.. sekadar penambah perisa yang lebih kepada peringatan buat diri saya sendiri.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ikhwan….
      Aamiin Allahumma Aamiin. Alhamdulillah wa syukrulillah. Didoakan Abu Ikhwan dan keluarga juga sihat dan dirahmati Allah SWT di dunia dan di akhirat.

      Bila membaca …. dari sisi lain ….. sungguh ya ingatan dan pesanan yang amat menyentak hati. Benar, kita hanya melihat dari sudut sambutan dan kegembiraan tanpa kita sedar umur semakin berkurang. Rumah kata pergi kubur kata mari.

      Allah Allah, semakin panjang umur semakin pendek kehidupan di dunia ini. Hanya harapan yang tinggi kepada Allah SWT agar selalu diberi umur yang berkat dan dirahmati-NYA.

      Alhamdulillah Abu Ikhwan, sudah memberi pesan yang bermakna untuk kita lebih menghargai segala baki umur yang tinggal. Banyakkan amal soleh, bakti sesama manusia dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Aamiin.

      Salam takzim dan terima kasih sudah berkunjung juga ucap selamat serta doa yang dilampirkan.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.