CT376. KEMBARA MIRI (8): MUZIUM PETROLEUM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

MPetrolFatima1MuziumPetroleumSarawakMiri

*

TERUJA

Masih HARI KETIGA. Perasaan teruja untuk memasuki Muzium Petroleum sudah bersarang sejak kunjungan pertama kami sekeluarga ke Bukit Kenada setahun yang lalu.

Namun terpaksa dibatalkan kerana kunjungan yang menghampiri senja merah itu menyaksikan kami datang pada masa yang tidak wajar iaitu 5.58 petang. Semestinya waktu lawatan sudah lama tutup.

*

MPetrolFatima2WaktuMelawatMuzium

Jadual waktu melawat Muzium Petroleum Sarawak

*

Kesilapan kami ketika itu kerana tidak mencari maklumat melalui internet. Berbeza dengan kunjungan kami kali ini, semua maklumat berhubung lokasi percutian kembara Miri sudah dirancang dengan baik. Oleh itu, semua lokasi yang ingin dilawati mencapai objektif percutian. Alhamdulillah.

Setelah mengakhiri lawatan kami ke Telaga Minyak Pertama Miri – The Grand Old Lady -, yang hanya berjarak beberapa meter sahaja, kami sekeluarga menapak kaki ke Muzium Petroleum pada jam 2.25 petang.

Anak-anak sangat teruja untuk mengetahui bahan-bahan sejarah yang disimpan di dalam Muzium Petroleum. Begitu juga saya dan SPH. Anak-anak bertanya tentang permainan yang mungkin disediakan di dalam Muzium ini kerana mereka fikir kandungan pameran sama seperti di Petrosains, KLCC, Kuala Lumpur.

Ternyata apa yang diingini anak-anak tidak seperti yang dikehendaki. Kenapa ? Silakan bersama saya mengikuti perjalanan kami di Muzium Petroleum ini melalui foto-foto ketikan saya di bawah agar anda juga memperolehi manfaat ilmu dan pengetahuan yang mungkin sebahagiannya tidak ada di tempat lain. πŸ™‚

*

KENALI SEJARAH

Muzium Petroleum ini dulunya merupakan kawasan petroleum Miri dan tapak petroleum pertama di Malaysia .Ia terletak di atas Bukit Kanada, di tengah-tengah Bandaraya Miri.

Tempat ini telah dinaiktaraf sebagai satu tinggalan dan warisan berharga untuk negara Malaysia. Muzium Petroleum kini diselia dibawah Jabatan Muzium Negeri Sarawak di Kuching.

Di hadapan muzium ini terdapat kawasan yang pernah dijadikan kawasan perlombongan yang dikenali kini sebagai the Grand Old Lady. The Grand Old Lady adalah telaga minyak yang pertama di Malaysia.

*

PEMBUKAAN RASMI

Muzium Petroleum Sarawak dibuka kepada orang ramai secara rasmi pada 20 Mei 2005 bersamaan dengan perasmian Kapsul Masa yang terletak di hadapan Muzium Petroleum.

Pembukaan Muzium ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Pehin Sri Dr. Haji Taib Bin Mahmod.

MPetrolFatima3Perasmian2005

Tanda perasmian Muzium Petroleum oleh Ketua Menteri Sarawak

*

MPetrolFatima13MuziumPetroleumKeluargaFatima

Ahli Kembara Miri di Muzium Petroleum

*

MPetrolFatima5GaleriDiMuziumPetroleumMiri

Maklumat foto galeri yang terdapat di sini sudah kabur, tidak jelas. Nama-nama galeri juga tidak tertulis padanya.

Oleh itu, atas inisiatif saya sendiri, saya menamakan galeri tersebut berpandukan maklumat pada nama yang ditulis pada papan nama setiap lokasi bilik atau ruang yang dikunjungi. Minta maaflah, harap pihak Jabatan Muzium tidak marah kerana memandai-mandai. πŸ˜€

*

MPetrolFatima12GaleriPenemuanPetroleum

Pertama kita akan bertapak dahulu di galeri penemuan petroleum yang banyak memberi informasi tentang penemuan petroleum di dunia umumnya dan di Miri khususnya.

*

MPetrolFatima26GaleriPenemuanMinyak2

Informasi tentang evolusi geologi Miri

*

MURAL-MURAL

Kebanyakan dinding di dalam Muzium Petroleum di lukis mural-mural yang cantik yang bersabit dengan penemuan petroleum dan alam sekitar.

Kita tidak rasa jemu berjalan di sekeliling kerana mural-mural ini memancarkan tempias cahaya terang dari warnanya. Kita jadi asyik melihatnya sehingga tidak terasa berjalan lama dari satu galeri ke satu galeri.

*

MPetrolFatima6Mural1

*

MPetrolFatima10Anak2menyelidik

Sangat teruja untuk tahu. Anak-anak mencuba kalau-kalau bahan yang timbul di mural itu dapat digunakan. Masih berfungsi.

*

MPetrolFatima7Mural2

*

MPetrolFatima8Mural3

*

GALERI GEMPA BUMI

Galeri ini mempamerkan bahan dan alat teknologi yang digunakan apabila gempa bumi. Jika kita masuk kita akan rasa teruja dan ingin mencuba semua peralatan yang disediakan.

Namun sebaliknya berlaku kerana hampir semua peralatan tidak berfungsi. Anak-anak sangat kecewa kerana rasa ingin tahu tentang fungsi penggunaan alat tersebut namun tidak dapat digunakan.

Secara peribadi melalui pemerhatian, saya dapati galeri ini kurang diselenggara dengan baik dari aspek kebersihan dan keceriaan yang oleh pihak Jabatan Muzium. Jika boleh biarlah bersih dari sebarang bau hapak yang mungkin ada memerangkap debu.

*

MPetrolFatima9GaleriGempaBumi

*

MPetrolFatima14IeesyahdanAbahGaleriGempaBumi

SPH meneliti bacaan Ieesyah tentang informasi gempa bumi

*

MPetrolFatima15AkramdanKelisa

Akram mencuba peralatan yang memungkinkan kereta buatan Malaysia – Kelisa – diuji kekuatan getarannya jika berlaku gempa bumi. Namun peralatan itu tidak berfungsi atau memang tidak berfungsi hanya sekadar maklumat sahaja.

*

GALERI PEMBANGUNAN DAN PENGELUARAN

Saya fikir, galeri pembangunan dan pengeluaran ini menjadi kemuncak lawatan di Muzium Petroleum kerana di sini terdapat banyak model dan maklumat yang berkaitan dengan usaha penerokaan dan pencarian minyak.

Di samping itu dijelaskan bagaimana minyak petroleum memberi “seribu” manfaat kepada kehidupan manusia. Saya benar-benar terkejut dan teruja apabila mendapati banyak bahan-bahan yang kita guna dalam memudahkan kehidupan kita adalah diambil dari bahan petroleum.

Sebelum kita memasuki Galeri Pembangunan dan Pengeluaran, kita harus melalui dahulu Model Pelantar Minyak yang besar seperti di bawah ini.

*

MPetrolFatima17PelantarMinyakdiLaut

Model Pelantar Minyak di simpan di dalam cermin kaca

*

MPetrolFatima16GaleriDevelopmentNProducing

Setelah melepasi alang berwarna kuning tersebut, kita terus memasuki ruang Galeri Pembangunan dan Pengeluaran

*

MPetrolFatima18GaleriPembangunan

Bahagian ini dinamakan Pengagihan. Kerana terlalu banyaknya maklumat yang dikongsi kepada kita, jenuh juga untuk kita faham dan baca. Akhirnya sekadar melihat, merenung dan lebih banyak memandang sekilas lalu. πŸ˜€

*

MPetrolFatima20BaranganBuatanPetroleum

PERCAYA ATAU TIDAK…

*

MPetrolFatima27ProdukdariPetroleum

Inilah produk-produk kegunaan harian kita yang diperbuat dari petroleum. Menakjubkan. Betul tak !

*

MPetrolFatima19BahanDariPetroleum

Rasa tak percaya ketika pertama kali membaca semua produk ini (ada banyak lagi tapi tak terfikir nak fotokan semuanya) adalah diperbuat dari petroleum.

Patutlah ada pemimpin negara yang sanggup berperang dan menakluk sesebuah negara yang kaya dengan minyak bukan untuk membantu mengurangkan beban rakyat tetapi sebenarnya merebut hasil bumi yang berharga tinggi ini.

*

GALERI KESIHATAN KESELAMATAN DAN ALAM SEKITAR

Setelah berpuas hati mengelilingi Galeri Pembangunan dan Pengeluaran, kami kembali ke ruang hadapan menuju pintu masuk. Sebelum itu kita akan melintasi dahulu galeri yang dekat dengan kita iaitu kesihatan keselamatan dan alam sekitar.

Banyak maklumat dipaparkan di ruang ini berkaitan sumbangan manusia kepada masyarakat dan alam sekitar.Β 

Yang menariknya, galeri ini dilimpahi cahaya cerah dari dinding kaca telus cahaya sehingga foto-foto yang digantung di sekitarnya mendapat pantulannya sehingga menghasilkan warna warni yang cukup asyik ketika dipandang.

Selain foto yang berwarna warni, kita dapat melihat satu glob besar di letak atas tiang yang tinggi dan tiga kaki berkasut di tepi dinding berkaca.

*

MPetrolFatima21GaleriKesihatanKeselamatan

Galeri ini tidak besar namun maklumatnya amat bermakna

*

MPetrolFatima22GaleriKesihatanKeselamatan2

Cahaya yang cukup menjadikan galeri ini sangat menarik, penuh warna warni.

*

GALERI SEJARAH

Mengakhiri kunjungan di Muzium Petroleum, kami sekeluarga singgah dahulu di ruang Galeri Sejarah yang memang patut dikunjungi kerana di sinilah informasi berkaitan sejarah petroleum di Sarawak dan pemimpimnya dipamerkan.

*

MPetrolFatima24GaleriSejarah

*

MPetrolFatima23PemerintahSarawak

Wajah pemerintah negeri Sarawak pada zaman dahulu

*

SELAMAT JALAN BUKIT KANADA

Alhamdulillah, segala hajat yang terpendam setahun yang lalu sudah tertunai setelah mengunjungi Muzium Petroleum di Bukit Kanada.Β 

Sebelum keluar dari Muzium, kami sekeluarga meninggalkan kesan nama di Buku Pelawat menandakan kami pernah hadir menjenguk dan mendapat ilmu pengetahuan melalui pameran dan informasi yang dipaparkan.

*

MPetrolFatima25CatatBukuTamu

Izzah sedang menulis nama di Buku Pelawat Muzium Petroleum Sarawak

*

GOLadyFatima4MuziumPetronasSarawak

SELAMAT JALAN PUNCAK BUKIT YANG BERSEJARAH

*

Kami meninggalkan Bukit Kanada yang penuh sejarah pada jam 3.30 petang setelah berada di atas puncaknya selama satu jam 30 minit. Anak-anak sudah mulai lapar dan bising untuk mencari tempat makan. Kali ini, mereka memang kelaparan.

Saya memberi pilihan kepada mereka untuk makan di mana mereka suka. Setelah kata sepakat ditemui, kami bersetuju untuk makan di Restoran Makanan Segera – Singapore Rice Chicken. Hmmmm… pilihan yang bijak kerana ada menu yang saya suka di sana. πŸ™‚ Alhamdulillah.

*

pesanfatimaku

*

Kepada sahabat LMGS G2

…….yang berkesempatan mengunjungi Bandaraya Miri, jangan lupa untuk berkunjung ke Bukit Kanada. Kini Bukit Kanada dikenali sebagai Bukit Tenaga (baru tahu bukit ini sudah dinamakan semula. :D)

Jika anda tidakΒ  ke Bukit Kanada bererti anda dianggap tidak sempurna kunjungan ke Bandaraya Miri. Saya yakin anda dapat merasai tarikannya di The Grand Old Lady, Kapsul Masa, Muzium Petroleum dan melihat pemandangan indah Bandaraya Miri dari atas puncak tinggi.

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima3 Mac 2016 (Khamis)/ 23 Jamadilawal 1437H/ 8.22 malam, Bintangor, Sarikei, Sarawak

AKU…. yakin setiap perkara yang berlaku ada sebabnya. Allah ingin kita sedar dan tahu bahawa kita hanya merancang tetapi DIA yang merencanakan. Oleh itu, kita tidak perlu banyak bertanya kerana bukan semua pertanyaan memerlukan jawaban. Malah tidak menjawab itu adalah jawaban juga. Maksudnya, jika engkau mahu berfikir pasti engkau akan mengerti.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Kita belajar terbang di udara seperti burung-burung terbang kerana ingin melihat alam yang luas. Kita juga belajar menyelam di dasar laut seperti ikan kerana ini menyelongkar rahsia di dalam air. Sekarang yang perlu kita pelajariΒ  adalah berjalan di atas bumi seperti manusia untuk menjadi orang yang sedar siapa dirinya nya yang sebenar sebagai HAMBA. Doaku… semoga engkau sentiasa bahagia. Aamiin. Wassalaam. πŸ™‚

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

*

7 thoughts on “CT376. KEMBARA MIRI (8): MUZIUM PETROLEUM

    • Setuju Purnomo, catatan yang disimpan oleh muzium secara fakta tentang kronologi peristiwa yang berlaku masa lampau menjadikan ia sesuatu yang pernah berlaku dan bukan sebuah lagenda yang dicipta manusia.

      Terima kasih sudah kembali berkunjung dan didoakan sihat sejahtera.
      Salam sukses selalu.

  1. Pingback: CT377. KEMBARA MIRI (9): SINGAPORE CHICKEN RICE | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  2. assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh puan fatimah

    Muzium Petroleum membuat penasaran … suka membayangkan bagaimana rasanya bekerja di kilang minyak …. biasanya orang yang bekerja di perusahaan Petroleum salary-nya besar … mungkin karena pekerjaannya sangat complicated ya …

    • Wa’alaikum salaam warahmatullahi wabarakaatuh…

      Besar atau sedikit gaji di sektor minyak ini bergantung kepada jawatan yang dipegang. Setahu saya, memang besar gajinya kerana pekerjaan ini besar risikonya terutama kalau bekerja di pelantar minyak di tengah laut.

      Terima kasih atas kunjungan kemari dan salam takzim.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.