CT300. KEHILANGANMU… AKU KEHILANGAN HATI

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

HilangFatima1HilangHatiku

*

KEHILANGANMU… AKU KEHILANGAN HATI

 *
Buatmu yang menyentuh hati…
*
Jika kau mengerti…
dalam setiap titik hujan yang menitis derai mutiara
ada rindu yang dititip dalam hitungan tak terbaca
Jika hujan di tempatmu dan tempiasnya menampari pipimu
Itulah rinduku padamu.

 *

Setiap aku kehilangan jejak jiwamu…
tak tercapai segala rasa…aku kehilangan hati
Duniaku hilang seri dan mati dikuburan sepi

 *

Menyebut namamu bagai tergetar segala hatiku yang bisu
kerana dalam hidup…
tempatmu di hatiku tidak pernah akan hilang
Tuntutlah setiap waktu kau perlu

 *

Tuhan… aku terlalu rindu titis embun di wajah mentari
Kan ku simpan dalam-dalam cintaku lewat diam.
engkau adalah kekasih yang ku bawa namamu
saban hari hingga ke dalam mimpi.

 *

lalu ke mana pun aku berpaling
ku zikir namamu di hatiku
sentuhanmu tak pernah hilang
mendakap jiwa memujuk resahku
Kalau ada kasih… lebih melimpah,
aku rela engkau memilikinya

*

Buatmu yang menyentuh hati…
mengertilah,
kehilanganmu… aku kehilangan hati

*

*

SITI FATIMAH AHMAD
sarikei, sarawak
23 november 2014 – ahad
30 muharram 1436H
8.40 malam

 

*

RinduFatima3Hanyapadamu

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima23 November 2014 (Rabu)/ 30 Muharram 1436H/ 10.05 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. menilik diri yang cuba bersabar dengan segala kedukaan dari tingkah manusia yang tidak mahu mengerti kepedihan yang ditala tanpa hati. Hanya kepada kekasih abadi segala curahan dari segenap rasa yang berbongkah tenat. Ku seru kedamaian dalam tahajud cinta yang kian larut di kelam malam dengan nyanyi sunyi menadah doa untuk ke sekian kali. Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU… Semoga dirimu selalu abadi dalam cinta kasih Ilahi. Aamiin. Wassalam. 🙂

*

*

HilangFatima2PuisiHilangHatiku *

ENGKAU….. ADALAH WARNA KASIH SAYANG

*

22 thoughts on “CT300. KEHILANGANMU… AKU KEHILANGAN HATI

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…
      Iya mbak. Allah SWT selalu di hati dan zikir harian kita. Tanpa-NYA bukan sekadar kita kehilangan malah mati tidak keruan dalam kesesatan nyata di muka bumi ini.

      Terima kasih kunjungannya dan salam mesra selalu. 🙂

  1. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    ُِ
    بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
    اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

    Ya Allah, ampunilah dosa kami, kedua ibubapa kami, pasangan hidup dan anak2 kami, zuriat dan keturunan kami, guru2 kami, pelajar2 kami, sahabat2 kami, jiran tetangga kami, masyarakat dan saudara2 seIslam kami…

    Ya Allah..
    Jadikanlah hari ini bg kami lebih baik drpd semalam…
    Ya  Allah..
    Jika hari ini ada diantara kami..
    Yang sedang sakit,
    Mohon angkatlah penyakitnya ya Allah…
    Berikanlah kesembuhan untuknya..
    Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..

    Ya Allah..
    Jika hari ini ada di antara kami,
    Yang kesulitan rezeki
    Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..
    Karena hanya Engkau Yang Maha Pemberi Rezeki..

    Ya Allah..
    Jika hari ini ada di antara kami
    Yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam menerima dan menghadapi ujian-Mu…
    Mohon Kuatkanlah dia utk dapat bertahan dan bersabar..
    Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu.

    Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
    Setelah kesusahan ada kemudahan..

    Ya Allah..
    Jika hari ini ada di antara kami
    yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya..
    Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
    Mohon bersihkan dan sucikanlah ia ya Allah..

    Ya Allah..
    Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
    Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa tersakiti dan terzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja..
    Bukakanlah pintu hatinya..
    Agar memaafkan kami.

    {رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

    {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

    وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

    وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Datuk Dr. Norhisham…
      Aamiin Ya Rabbal’alamiin atas setiap nukilan doa yang disempatkan di ruangan ini untuk dibaca dan diaamiinkan oleh sesiapa yang membaca.

      Terima kasih sudah mengingatkan kita dengan doa dan pesan yang mencerahkan hati dan mensucikan jiwa. Mudahan Datuk Dr. juga diberi kebaikan yang sama. Aamiin.

      Terima kasih sudah berkunjung kemari dan salam hormat hendaknya. 🙂

    • Hehe… iya Dina. Tidak semua orang dapat memahami maksud yang tersirat kerana kedalaman bahasa puisi yang digunakan selalunya berbentuk puitis. Mudahan sudah memahaminya.

      Terima kasih Dina kerana bertandang. Salam manis selalu. 🙂

  2. assalamu alaikum umiku sayang

    dan akupun rindu
    rindu seorang yang merindu
    merindu kepada nasehatmu
    merindu kepada candatawamu
    merindu saat kau dekap diri dalam balutan kasih sayang
    merindu saat kau kecup indah hati yang lemah ini
    merindu dirimu yang disana…..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb anakku Neni disayangi…
      Hmmm.. kenapa seperti biskut chipmore sahaja ni. Sekejap ada sekejap tidak. Mudahan kesibukan Neni diberkati dan dirahmati Allah SWT.

      Setiap nukilan kata merindukan Umi di atas, amat menyentuh hati Umi yang juga rindukan anak solehah Umi ini.

      Umi doakan Neni sihat dan istiqamah dalam kebaikan agama.
      Terima kasih sudah berkunjung dan menghantar khabar dari tulisan ini. Salam sayang dan rindu dari Umi buat nanda neni yang baik. 🙂

    • Insya Allah, selagi Asma Allah SWT menghuni hati kita, di mana-mana kita berada, kita akan sentiasa berada dalam naungan rahmat dan kasih sayang-NYA. Yang pasti, rindu pada manusia jangan melebihi rindu pada Allah SWT.

      Terima kasih Dizaz dan salam sejahtera. 🙂

  3. Assalamualaikum Wr Wb …. Bu SFA …

    Membaca postinganmu kali ini, sungguh penuh rangkaian kata bermakna yg bernas, langsung membuat saya ‘mati gaya … namun tidak ‘mati rasa ataupun kehilangan arah … 🙂

    Dengan memiliki kesetiaan terhadap-Nya, niscaya kita akan setia pula terhadap makhluk-Nya. Karena ajaran dari Allah itu luhur dan mulia termasuk merasa cukup dgn apa yg menjadi bagian kita. Rasanya demikian adanya. 😉

    Salam dari pinggir timur kota idaman Jakarta tercinta.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya…

      Begitulah Allah SWT menghadirkan rasa kasih sayang kepada para hamba-NYA untuk saling mengingati dalam kebaikan. Saling mensyukuri bahawa setiap yang dihadirkan di dalam kehidupan kita hendaklah dihargai kerana semuanya pinjaman semata dan sekejap cuma.

      Terima kasih Soeman atas komentar yang mencerahkan dan salam sejahtera. 🙂

  4. saya suka kalimat ini :

    “lalu ke mana pun aku berpaling
    ku zikir namamu di hatiku
    sentuhanmu tak pernah hilang
    mendakap jiwa memujuk resahku
    Kalau ada kasih… lebih melimpah,
    aku rela engkau memilikinya”

    salam … 🙂

  5. Assalamualaikum ustazah,
    Kehilangan seseorang sangat menyakitkan apatah lagi sekiranya kita kehilangan seseorang untuk selama-lamanya. Tidak dapat dinafikan bahawa kehilangan seseorang sangat memberi kesan kepada kehidupan kita apatah lagi sekiranya seseorang tersebut sangat dekat di hati kita. Semua orang akan diuji tuhan, semua orang akan merasai kehilangan. Allah SWT telah berfirman كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.” (QS. Ali Imran: 185). Tidak ada makhluk Allah yang bernyawa tidak merasai mati yang membezakannya adalah cepat atau lambat dan bagaimana nyawanya diambil. Namun bila sampainya hari tuhan ambil dia semula kesakitan kehilangan orang tersayang yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari hari , rasa sakitnya tidak terluah dek kata dan perbuatan. Rasa rindu yang tiada penghujung telah menghentam jiwa.
    Pengajaran yang dapat diambil adalah kita boleh menangis kerana kehilangan tetapi jangan sampai kita tidak merelakan pemergiannya kerana perbuatan ini diibaratkan melawan takdir Ilahi. Selain itu usah difikirkan mengenai kesusahan yang bakal kita tempuhi di dalam hidup kerana kehilangannya sebaliknya fikirkan bagaimanakah caranya untuk kita meneruskan kehidupan setelah pemergiannya. Akhir sekali, hargailah orang -orang yang masih ada di sekeliling kita terutamanya ahli keluarga kita. Luangkanlah sebanyak yang mungkin masa untuk bersama kerana masa tersebut tidak dapat dibeli setelah kehilangan mereka. Ciptakan sebanyak yang mungkin memori bersama yang tersayang kerana hanya memori bersama mereka yang akan hidup setelah pemergian mereka selamanya.
    Fatin Najwa Ayunni Binti Jamali
    PISMP Jun 2020 PA SK 2
    IPGK Batu Lintang

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.