CT415. RESEPI MEE BANDUNG FATIMA YANG SIMPLE

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

meebandungfatima1resipisimple

*

SEJARAH PERKENALAN

Saya mula mengenali Mee Bandung pada awal kedatangan saya ke Kelantan (Nilam Puri) pada akhir tahun 1985. Ketika itu saya bersama 19 orang pelajar dari SMK (Agama) Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW), Matang, Kuching terpilih melanjutkan pelajaran ke Pra Akademi Islam Universiti Malaya cawangan Nilam Puri Kelantan.

Pertama kali merasainya di kantin tempat saya belajar tersebut. Terus suka dan jatuh hati padanya. Tukang masak kantin bernama Kak Masnah, asal selatan Thailand selalu memasak untuk saya apabila saya memesan Mee Bandung. Orang lain masak tak sedap.

Setiap kali memesan Mee Bandung, saya akan bersama Kak Nah sambil memerhati beliau memasak. Walaupun masakannya sangat simple tetapi lidah saya merasainya sangat SEDAP. Di akhir posting ini saya kongsikan resepi mudah Mee Bandung yang sudah diubahsuai sedikit oleh saya mengikut cita rasa saya pula. πŸ™‚

Selama ini, saya tidak tahu sejarah Mee Bandung. Adakah ia berasal dari daerah Bandung di Indonesia ? atau asal usul nama Mee itu diambil atas nama pembuatnya yang bernama Encik Bandung atau Puan Bandung ? πŸ™‚

ASAL USUL MEE BANDUNG

Memang terkejut juga saya, rupanya Mee Bandung ini asalnya dari Malaysia di sebuah daerah bernama MUAR dalam negeri Johor (melalui carian Google). Saya ingatkan dari negara seberang.

Nama BANDUNG bererti bercampur-campur, berpasangan, berdekatan. Jadi MEE BANDUNG adalah mee yang memasukkan banyak ramuan yang bercampur-campur. Hmmmm….. baru saya faham.

Setelah membaca banyak maklumat dari beberapa blog yang menulis tentang Mee Bandung, kebanyakan bahan asal Mee Bandung Muar adalah menggunakan rempah ratus, belacan dan sebagainya. Anda boleh melayari sendiri untuk mengetahuinya.

Banyak daripada bahan asli Muar tidak ada dalam RESEPI MEE BANDUNG FATIMA ini. Resepi saya TIDAK ADA belacan dan rempah ratus. Maklum ikut pengaruh Kak Nah (orang Thailand). Resipi saya yang SANGAT SIMPLE. Insya Allah SANGAT SEDAP. Puji diri sendiri. Suami dan anak -anak yang membuat pengakuan ni. πŸ™‚

*

MEE BANDUNG FATIMA (SARAWAK)

OK. Jika anda ingin mencuba resepi saya, di bawah ini saya kongsikan foto dan cara membuatnya. Sangat mudah. Insya Allah, anda dapat melakukannya dan menikmati masakan anda sendiri bersama keluarga.

*

PENYEDIAAN BAHAN

meebandungfatima2

Bahan-bahan isi di dalam mee boleh dipelbagaikan. Boleh masukkan daging, isi ikan, sayur sawi, sayur kobis, lobak dan lain-lain. Terserah kesukaan anda.

*

meebandungfatima3bahanmembuatkuah

Bahan saya simple, tidak ada rempah ratus dan belacan. Campuran rempah ratus dan belacan mungkin menjadikan rasa mee itu berlainan. Ikut selera kitalah ya.

*

meebandungfatima4caramembuat

Cara membuatnya sangat mudah dan anda hanya perlu ikut satu persatu. Cuma anggaran kepekatannya terserah kepada selera anda. Jangat terlalu pekat nanti jadi kuah Spaghetti. πŸ™‚

*

meebandungfatima5kuahmeebandung

Saya buat setengah periuk kuahnya kerana anak-anak terutama Ieesyah dan Muhammad suka menghirup kuah bandung begitu sahaja tanpa mee.

*

meebandungfatima6siapdihidang

SIAP DIHIDANGKAN

*

MAKLUMAN:

KUAH BANDUNG INI RASANYA ADALAH

MASAM MANIS (SWEET SOUR)

*

meebandungfatima7resepifatimasarawak

*

SELAMAT MENCUBA

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima8 Disember 2016 (Jumaat)/ 8 Rabiul Awwal 1438H/ 1.05 petang, Bintangor, Sarikei, Sarawak

AKU…. dendangkan seloka rindu yang berbunga indah untuk zikir hati dalam ingatan padamu yang tidak pernah sudah. Di setiap relung jiwa yang melanda rasa, rindu padamu membuatku resah. Wahai Yang Menyentuh Hati… berikan aku penawar agar gelisahku pasrah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

Β DEDIKASIKU UNTUKMU…. Percayalah, senyummu selalu membuat aku terkedu dan ingin memiliki lebih dari itu. Senyumku jua untukmu. Aamiin. Wassalaam. πŸ™‚

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

*

16 thoughts on “CT415. RESEPI MEE BANDUNG FATIMA YANG SIMPLE

    • Iya betul tu, saya pun terkejut awalnya tetapi apabila membaca banyak entry tentang asal Mee Bandung rata-ratanya kata dari Muar, siap dengan cerita asal usul nama Bandung. Betul atau salah orang Muar pasti berbangga.

      Terima kasih Adam Ahmad atas kunjungan pertama dan salam kenal.

  1. Terlihat sangat lezat masakannya ini bunda, dan sepertinya membuatnya tidak terlalu sulit. Kapan waktu saya nak coba praktekkan untuk anak-anak. Terima kasih resepnya Bunda.

  2. Assalamulaikum wr wb puan Fatimah

    saya kira mee Bandung berasa dari kota Bandung Indonesia.
    Di Bandung juga ada mee khas asli daerah sana yang sangat disukai banyak orang.
    Mungkin suatu waktu jika puan ada kesempatan mencoba mee yang ada di kota Bandung bisa di bandingkan bagaimana rasanya dengan mee Bandung Malaysia.
    Dari tampilannya sih berbeda dengan mee kota Bandung.

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb….

      Awalnya juga saya fikir begitu. Oh di sana juga ada mee berasal dari Bandung. Insya Allah, jika ada rezeki dapat juga merasainya. Kalau Mee Bandung Fatima ini rasanya masam manis @ sweet sour. Kalau Mee Bandung Muar mungkin lain rasanya kerana ada rempah dan belacan.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.