CTaa498. BUNGA GUBAHANKU (4)

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

*

Ketika meneliti semua draf simpanan yang belum diluncurkan, saya tertarik dengan tulisan saya yang dicatat CT140. BUNGA GUBAHANKU (4) dan sepatutnya dipaparkan pada November tahun 2012 tetapi sehingga kini baru diluncurkan. Tulisan terakhir adalah CT136. BUNGA GUBAHANNU (3), yang menunjukkan seni tangan gubahanku dan anak-anak yang ketika itu usia Muhammad (10 tahun) dan Ieesyah (7 tahun).

Mengenang kembali tulisan ini yang sudah berusia 8 tahun, hati rasa terharu dengan kenangan bunga-bunga gubahan sendiri. Bunga gubahan tersebut sudah tidak lagi berada di kedudukan seperti dalam foto di bawah. Ia sudah beralih arah sesuai dengan hobi saya yang menata hias rumah hampir setiap tahun.

Mudahan gubahan ringkas bunga saya boleh memberi inspirasi kepada anda untuk mengubah sendiri bunga plastik yang dibeli kerana mengubah sendiri lebih murah, nilai kepuasan yang tinggi dan tentu sekali memupuk bakat terpendam yang tidak disedari selama ini.

Apa yang penting, bermula dari jiwa, kesungguhan, rajin, sabar dan tidak pernah putus asa. Buat yang terbaik untuk mata kita bukan di mata orang lain. Namun masih tetap memerlukan penilaian yang ikhlas dari kaca mata mereka yang memandangnya.

*

SELAMAT MENJAMU MATA

*

Foto 7. Gubahan eksklusif yang direka khas untuk diletak atas televisyen. Saya sangat menggemari gubahan ini. Puas saya berfikir untuk mencari kelainan idea bagi membina keseragaman bunga-bunga dengan gaya tersendiri. Selesai sahaja menggubah, mata saya tidak terkedip-kedip memandangnya dan bangga dengan kelelahan otak untuk mendekorasinya sebagus mungkin.

*

Foto 8. Gubahan bunga paling besar saya buat ini dinilai TERBAIK oleh juri-juri di rumah. Puas saya memikirkan corak gubahan yang sesuai dengan 3 kuntum BUNGA MATAHARI sebagai fokus utama di samping ceracakan bunga-bunga keladi, kecubung, orkid dan bunga rumput kering. Khas untuk sudut di tepi pintu masuk utama. Gubahan bunga selalu berubah bentuk apabila Ieesyah berusaha memanjat mesin urut kaki di depan bunga itu untuk “on & off” suis lampu di atas belakang. Pening kepala saya.

*

Foto 9. Saya sangat suka mengubah bunga menggunakan gaya begini, “gaya bebola” . Ia berbeza dan sangat menarik seperti tumbuhan “bonsai”. Awalnya gubahan ini saya letak di tepi tingkap berhadapan sofa di ruang tamu. Tapi kini telah diubah di atas pelantar tangga naik ke tingkat dua rumah, seperti  foto di bawah.

*

Foto 10. Gubahan ini sengaja diletak di atas tangga naik ke tingkat dua untuk menghidupkan suasana tangga agar tidak suram dan kosong. Di sini, saya letakkan gendang kecil, kompang dan hadrah milik Muhammad. Di sebelah kiri bunga saya letak rak buku cerita agar anak-anak santai duduk di tangga sambil membaca buku.

*

AKHIRNYA….

ALHAMDULILLAH, berakhir juga siri BUNGA GUBAHAN KU pada tahun 2020. Rasa terlepas beban di hati apabila tidak lagi menyimpannya tergantung dalam draf. Insya Allah, posting lain juga akan menyusul dengan membongkar kembali tulisan – tulisan lama yang terperap menunggu giliran untuk dikongsikan.  INSYA ALLAH.

*

***************

SalamFatima3SalamFatima14 Julai 2020 (Selasa) / 22 Zulkaedah 1441H/ 7.15 pagi / Bandaraya Kuching, Sarawak – SITI FATIMAH AHMAD

 

 

 

 

***************

*

*

*

6 thoughts on “CTaa498. BUNGA GUBAHANKU (4)

  1. Assalaamulaikum wr.wb diucapkan atas kunjungan ke LMGS G2. Didoakan sihat selalu dalam rahmat Allah di dunia dan di akhirat. Alhamdulillah setiap kebaikan pasti diganjari Allah untuk hamba-NYA yang beramal baik. Mudahan setiap postingan memberi manfaat. Terima kasih tak terhingga dan salam sejahtera selalu. 🙂

  2. Assalamualaikum Bu Hajjah Fatimah, apa kabar? Semoga dalam keadaan sehat wal’afiat. Bagaimana kabar corona di sana?

    Seni merangkai bunga di Jakarta sangat digemari, terutama seni merangkai bunga dari Jepang yang disebut Ikebana. Banyak acara sosialita Jakarta yang menyelenggarakan acara seni merangkai bunga. Canti sekali rangkaian bunga Bu Hajjah Fatimah.

    Semoga selalu dalam lindungan Allah swt. Salam manis dari Jakarta Pusat.

    • Waalaikum salaam wr.wb, mbak Frany….

      Alhamdulillah, saya sihat, didoakan mbak Frany juga demikian sama. Setakat ini, keadaan di Malaysia baik dan diharap virus corona akan dapat kita kawal secepat mungkin. Kita jaga kita. Bagaimana pula di sana mbak ?

      Iya benar, merangka bunga merupakan seni yang hebat dan halus. Tidak semua orang meminatinya. Ikebana amat menarik, ringkas dan kreatif. Saya juga menyukainya. Cuma kini, semakin kurang aktiviti merangkai bunga, lebih menumpukan perhatian kepada berkebun sayur seperti terong, bendi, cabek dan kekacang lain. Jika tahu memanfaatkan kebun sayur, pasti boleh menjadi hasil perniagaan.

      Terima kasih mbak sudah berkunjung, semoga beroleh manfaat.
      Salam manis dari Sarikei. 🙂

        • Semoga Corona cepat hilang dan kita kembali hidup seperti biasa. Kami di Malaysia dan juga di Sarawak, sudah ada peningkatan semula. Ini hasil dari kurangnya sifat tanggungjawab warga yang tidak menjaga diri dan tidak patuh dengan peraturan semasa.

          Terima kasih mbak Frany. Salam manis selalu. 🙂

  3. Alhamdulillah ustazah. Saya selesai membaca nukilan ustazah berkenaan dengan gubahan bunga. Saya amat kagum dengan hasil gubahan ustazah kerana ianya sungguh cantik dan menarik. Saya juga meminati bunga-bunga sama seperti ustazah namun saya belum pernah menggubah bunga seperti yang ustazah gemari. Bunga yang saya minati ialah bunga daisy. Setelah membaca nukilan ustazah, saya sedar bahawa kita perlu mencari hobi yang mendatangkan manfaat dan kepuasan kepada diri sendiri. Hal ini kerana gubahan bunga yang ustazah telah hasilkan menimbulkan rasa gembira dan suka dalam diri ahli keluarga ustazah, begitu juga saya yang membaca dan melihat nukilan ini. Hobi tersebut juga dapat digunakan untuk memanfaatkan masa terluang dengan sebaiknya.

    Saya juga sedari bahawa sesebuah gambar yang kita ambil itu akan memberi 1001 makna kepada hidup apabila kita melihatnya kembali beberapa tahun akan datang. Saya turut terharu dengan nukilan ustazah dimana hanya dengan bunga plastik, ia dapat memberikan nilai kepuasan yang amat tinggi. Saya turut bersemangat dan terinspirasi dengan hobi ustazah. Saya harap saya dapat mula menggubah bunga dan menghasilkan gubahan bunga yang menarik seperti hasil tangan ustazah. Terima kasih ustazah. Semoga bersemangat selalu!

    NUR DINI BINTI ZAKARIA
    PA (SK) 2 PISMP JUN 2020
    SEMESTER 1 TAHUN 2
    IPG KAMPUS BATU LINTANG

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.