CT361. KEBUN FATIMA (6): BUNGA MATAHARI (3): ANAK MATAHARI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

AnakMFatima1AnakMatahari

*

HARI KE LIMA

….. sangat mengujakan apabila melihat “baby” matahari semakin banyak muncul. Foto dalam kelambu “netting” ini menunjukkan pertumbuhan yang semakin ketara pada hari kelima. 

Di dalam posting CT360. KEBUN FATIMA (5): BUNGA MATAHARI (2) – BABY MTAHARI, Tidak sampai 24 jam media tapak semaian sudah mulai meriah. Saya sangat suka memerhati pelbagai ragam gaya dan rupa yang diaksikan oleh “baby” matahari.

Alhamdulillah. Namun begitu, masih ada juga yang belum memberi reaksi untuk “bangun” dari tempat beradunya.

*

AnakMFatima2KelambuHariLima

“Baby” matahari disimpan di dalam “kelambu” untuk menghindar dari di makan burung.

*

AnakMFatima3DalamKelambu

“Baby” matahari yang semakin meninggi dan segar. Sudah banyak yang muncul.

*

AnakMFatima4Tinggi

Pelbagai aksi pertumbuhan dan pembesaran anak matahari. Ia menyenangkan hati. Alhamdulillah.

*

AnakMFatima5Mati

Terdapat banyak biji benih yang tidak menjadi. Dari 100 biji benih menjadi 65 anak matahari yang hidup subur.

*

HARI KEENAM

Hari keenam hingga hari kesembilan saya dapat melihat pertumbuhan anak pokok matahari semakin tinggi. Daunnya masih lagi dua. Belum bercambah.

Jangan lupa untuk merenjis air ke atas anak pokok matahari dua kali sehari. Kedudukannya masih di tempat redup dan dapat dicapai oleh cahaya matahari.

Oleh kerana, anak pokok matahari berada di dalam “kelambu” saya menyiramnya dari atas secara sekata. Siraman itu tidak terus mengena atas anak pokok yang masih kecil kerana ia ditapis oleh netting.

Tetapi jika hari hujan, tidak perlu disiram lagi. Cukuplah tempias hujan yang menampung keperluan airnya.

*

AnakMFatima6MakinTinggi

Anak pokok matahari yang semakin segar.

*

AnakMFatima7Segar

Anak matahari yang sudah mencapai ketinggian 4cm

*

HARI KESEPULUH

Alhamdulillah, pada hari kesepuluh… anak pokok matahari saya sudah semakin tinggi dan mencapai 6 cm. 

Hati saya sangat bahagia kerana apa yang saya harapkan kepada pertumbuhan anak pokok matahari yang segar semakin membuahkan hasil.

*

AnakMFatima8HariKesepuluh140115

Daun kedua sudah mula muncul. Batangnya tinggi dan masih mampu menahan beban daunnya.

*

AnakMFatima9Tinggi6cm

Jika dilihat dari dekat, kita dapati batangnya sudah mulai bengkok dan condong. Itu bermaksud ia perlu dipindahkan ke dalam polybeg untuk menampung ketinggian dan kesesuaian tanahnya.

*

AnakMFatima10Tinggi6cm

Daun kedua mulai muncul pada hari kesembilan dan lebih banyak pada hari kesepuluh

*

ANakMFatima11Tinggi6cm

Anak pokok matahari yang sudah tinggi dan masanya sudah tiba untuk dipindahkan

*

KESILAPAN

Kesilapan memindah anak pokok melebihi masa yang sepatutnya boleh menjadi sebab batangnya semakin kurus dan mulai rebah. Itulah yang berlaku kepada saya.

Kesibukan lima hari bekerja dan sampai ke rumah melebihi jam 5.00 petang menjadikan masa untuk memindahkan anak pokok matahari tertangguh. Hanya pada hari Sabtu dan Ahad saya dapat melakukan aktiviti pemindahan ini dengan selesa.

Apa pun alasannya, saya harus segera memindahkan anak pokok bunga matahari ke dalam polybag untuk tumbesaran yang lebih mantap dan menyihatkan.

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima21 November 2015 (Sabtu)/ 9 Safar 1437H/ 2.25 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. yakin apabila kita menjadikan Allah SWT sebagai sumber kecintaan, tidak ada sesiapa yang mampu memalingkan kesetiaan kita pada-NYA. Ada pun ribut masalah yang menghentam pantai hati tidak akan membuat kita mengalah dan menyerah. Tuhan adalah KEKASIH ABADI yang tidak pernah mengecewakan hamba yang mencintai-NYA. Percayalah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Salam terindah dari hatiku yang terdalam. Salam sejahtera semoga rahmat Allah SWT selalu melingkungi kehidupanmu. Doaku selalu untukmu. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

RinduFatima3foryou

*

MATAHARIKU…. SENYUMANMU MENYINAR HIDUP INI

*

25 thoughts on “CT361. KEBUN FATIMA (6): BUNGA MATAHARI (3): ANAK MATAHARI

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya….

      Alhamdulillah, sekarang sudah tidak sibuk lagi mbak. Musim cuti akhir tahun sudah bermula untuk sekolah2 di Malaysia termasuk institusi saya mengajar sehingga awal tahun 2016.

      Oleh itu, banyak masa terluang untuk saya berkebun dan bertanam bunga. Cuma, cuaca masih tidak menentu dengan hujan lebih banyak dari panasnya.

      Terima kasih sudah berkunjung mbak Lidya.
      Salam manis selalu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris….

      Bunga matahari memang cantik dan kita akan suka memandangnya tanpa jemu. Lebah jenis Kelulut juga suka menghisap madunya.

      Terima kasih mas Aleis dan salam takzim.

    • Oh begitu… di sana disebut kuaci juga. Sama dengan di Malaysia. Biji kuaci memang sedap terutama yang disangai dengan mentega dan menjadi kesukaan saya. Harganya mahal sedikit tetapi isinya sangat padat berbanding kuaci yang digoreng atau disangai biasa di mana isinya kering dan tidak puas dikunyah.

      Terima kasih Andri atas kunjungan dan salam sejahtera.

  1. assalamua’laikum Bunda
    senang sekali melihat proses pertumbuhan bunga,
    saya juga suatu saat nanti mau bikin taman bunga dirumah, tapi nanit ketika sudah punya rumah pribadi :D, lumayan buat menambah udara bersih dilingkungan sekitar rumah, dari pepohohana dan tanaman yang ada ditaman .
    semoga terlaksana 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ardiansyah….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Bunda doakan impian Ardian akan tercapai. Oleh itu, usaha kumpul dana untuk membeli rumah idaman dan melaksanakan impian taman bunga yang menyerikan suasana sekeliling.

      Rumah yang ada pokok bunda dan tanaman lain akan membuat jiwa tenang dan segar. Kepuasan melakukan hobi yang kita suka tentu sekali akan membahagiakan hati.

      Terima kasih Ardian dan salam sukses hendaknya.

  2. Assalamua’lakum mbak Siti,

    ikut senang biji bunganya tumbuh semua dan subur begitu, pasti ke depannya halaman rumah mbak SIti penuh dengan bunga matahari cantik ini ya.

    Btw, saya barusan kirim imel buat mbak Siti 🙂

    Salam dari jauh 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ely…

      Setakat ini tinggal 65 anak bunga matahari daripada 100 biji benih yang ditanam dulu mbak. Ia semakin berkurang kerana kesilapan saya dan musim hujan yang bersahabat.

      Alhamdulillah, saya sudah membaca emel dari mbak Ely dan sudah membalasnya. Terima kasih atas makluman dan kunjungan mbak di desa dongeng yang jauh.

      Salam manis selalu dan didoakan mbak Ely sentiasa sihat. 🙂

  3. Pingback: CT362. KEBUN FATIMA (7): BUNGA MATAHARI (4): PINDAH KE POLYBAG | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.