CT345. LAKSA SARAWAK DI PLAZA PREMIUM LOUNGE, KIA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

LaksaSFatima1PlazaPremiumLoungeKIA2015

LAPAR

Lebih kurang jam 5.05 petang, teksi yang kami tumpangi sudah sampai ke Kuching International Airport (KIA). Perjalanan kami dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, seusai menghadiri Seminar Kebangsaan Kaedah Kajian Dalam Pendidikan mengambil masa 20 minit.

Di dalam perjalanan teksi menuju ke KIA, saya sudah berangan-angan memberitahu Dr. Ling dan Madam Wong untuk mencari kedai makan kerana perut terasa sangat lapar.

Makanan tengah hari tidak cukup mengenyangkan saya lantaran debaran untuk membentang jam 3.00 petang. Saya hanya mengambil sayur dan dua ketul kecil ayam kari tanpa nasi. Itu sahaja. Nafsu makan saya terhalang dan tidak ada selera. 

“Ling, saya fikir nak cari kedai makan di airport nanti. Perut saya masih lapar. Nanti saya bawa awak dan Madam ke restoran yang menjual nasi dan mee. Saya tidak mahu makan di restoran makanan segera. Muak dan bosan.” jelas saya kepada Dr. Ling.

“Wah, bagus tu. Saya setuju dan lapar juga ni. Saya pun tidak mahu makan di restoran makanan segera. Tidak berminat.” balas Dr. Ling dengan teruja. “Saya pun mahu makan lagi. tidak cukup makan tengah hari tadi. Tidak kenyang.” sahut Madam Wong pula.

*

HAMPA

Sebaik menjejak kaki ke tingkat 3, balai pelepasan, kami menuruni lagi tangga ke tingkat 1, balai ketibaan untuk mencari restoran nasi dan mee yang saya maksudkan.

Hampa rasa hati apabila mendapati restoran itu sudah tutup dan tidak beroperasi lagi. Kemudian kami mencari lagi di ruangan lain, namun tidak ada restoran yang menjual makanan tempatan. Rata-rata restoran makanan segera. Tiba-tiba…

“Jom kita masuk ke dalam ruang pelepasan. Ingat tak pagi tadi kita datang dan melalui tempat makan yang menjual Laksa Sarawak. Kita makan di sana sahaja. Saya memang teringin hendak makan Laksa Sarawak.” ajak Ling kepada kami berdua.

“Ok, saya juga nak makan Laksa Sarawak. Itu makanan egemaran saya. Best juga dapat merasa Laksa Sarawak di KIA ni.” sokong saya dengan ceria. Madam Wong turut bersetuju. Lalu, kami bertiga memasuki ruang pemeriksaan kastam di balai berlepas, tingkat 3.

 *

SETENGAH JAM ?

Setelah itu kami menurun pula ke tingkat 2 bagi pelepasan domestik. Kemudian kami bertiga terus mencari tempat makan yang dimaksudkan iaitu PLAZA PREMIUM LOUNGE – yang terletak berhampiran Gate B6.

Di cermin atas luar LOUNGE terpapar nama menu LAKSA SARAWAK dan MEE KOLOK yang memang menjadi makanan khas terkenal di Kuching khususnya dan Sarawak amnya.

Kami bertiga menuju ke kaunter LOUNGE yang berada tepat di pintu masuk. Urusan pemesanan makanan untuk mereka yang bukan ahli adalah di pintu masuk. Jika anda ahli Plaza Premium Lounge tersebut, anda boleh terus masuk dan memesan dari dalam.

“Cik, kami hendak pesan 3 Laksa Sarawak.” kata Dr. Ling kepada pelayan kaunter. “Anda mesti ada masa setengah jam.” jawab pelayan tanpa senyum.

Saya sudah keliru dengan perkataan SETENGAH JAM. “Apa ! setengah jam sahaja. Takkan kita nak makan Laksa Sarawak yang panas-panas dalam masa setengah jam sahaja, Ling ? omel saya kepada Dr. Ling, tidak puas hati. “Iyalah, pelik betul.” sahut Madam Wong.

“Maaf, cik, apa maksud setengah jam itu tadi. Kami masih keliru.” tanya Dr. Ling kembali. Setelah dijelaskan maksud setengah jam itu, barulah kami faham. Rupa-rupanya pelanggan yang makan mesti memastikan masa baki mereka adalah setengah jam sebelum masuk ke dalam pesawat agar tidak menimbulkan sebarang masalah.

“Kami ada masa satu jam lebih sebelum panggilan masuk. Banyak masa lagi” jelas Madam Wong setelah kami mengira baki masa yang tinggal. Kami memesan 3 mangkuk Laksa Sarawak. Kemudian saya dan Dr. Ling memesan air mineral. Madam Wong ada membawa air sendiri.  Terima kasih kepada Dr.Ling kerana membelanja saya dan Madam Wong makan Laksa Sarawak. 🙂

*

LaksaSFatima2KaunterPlazaPremiumLoungeKIA

Kaunter penerima pelanggan

*

PLAZA PREMIUM  LOUNGE

Kami mengambil tempat duduk meja segi empat di ruang tengah jalan. Mata saya meliar memerhati ruang dalaman LOUNGE. Ia kelihatan eksklusif dan mewah. Premis ini merupakan satu dari BANYAK LOKASI yang bertebaran di dunia.

Pelbagai bentuk sofa disediakan. Ia menarik perhatian. Anda boleh memilih untuk makan di mana-mana. 5 meter di depan saya, terlihat kesibukan pekerja di ruang penyediaan makanan. Kebanyakan pekerjanya adalah muslim dan menutup aurat. Saya benar-benar selesa makan di sini.

Suasana LOUNGE ini kelihatan romantis. Cahaya suram memenuhi ruang Cafe sehingga kita rasa damai dan tenteram didalamnya. Tiada irama lagu dimainkan. Hanya ada suara dari televisyen yang sedang berkumandang. 

Cafe kelihatan sunyi. Tidak ramai pelanggan yang datang. Hanya ada lima pelanggan semasa kami masuk. Mungkin kerana harga makanannya mahal atau mereka ada pelanggan tersendiri. Bukan seperti kami yang tiba-tiba datang untuk makan.

*

LaksaSFatima7RuangdalamPlazaPremiumKIA

*

REZEKI TIDAK TERDUGA

Beberapa  minit setelah kami duduk dan menunggu, datang pelayan membawa dua cawan milo panas ke meja kami. Saya dan Dr. Ling berpandangan kerana kami tidak memesan air milo panas.

“Maaf cik, kami tidak ada membuat pesanan air milo panas. Kami hanya memesan air mineral botol sahaja. Kalau Cik nak beri kami milo itu sebagai “complimen”, boleh juga”, gurau Dr. Ling. “Oh ya ke. Maaflah, saya tersalah dengar pesanan tadi.” jawab pelayan dengan ramah.

Tanpa di duga, milo yang dihantar itu diberi secara percuma kepada kami pula. Saya dan Madam Wong menikmati aroma milo pekat dan hangat dengan penuh selera. Dr. Ling setia dengan air mineralnya.

 *

LaksaSFatima4WithMilo

Milo panas menghangatkan lagi lidah saya apabila dihirup selepas makan Laksa dengan kuah yang pedas (setelah ditambah dengan sambal belacan goreng pedas). Mata saya pasti berair kerana kepedasan yang “menggoda”. 😀

*

LaksaSFatima3FatimaPunyaLaksa

Inilah hidangan Laksa Sarawak yang lazat. Kandungannya bihun, carikan ayam rebus, hirisan telur goreng, enam ekor udang lapis putih yang besar, daun sup dan sayur taugeh. Semuanya banyak dan berpatutan dengan harganya RM13.00.

**

LaksaSFatima6TambahUdang

Oleh kerana Dr. Ling tidak makan udang disebabkan kolestrolnya tinggi. Saya dan Madam Wong mendapat rezeki tambahan. Alhamdulillah.

*

KITA SERUPA

Pengakuan  saya – “Ling, kalau saya makan Laksa Sarawak, mangkuk saya pasti penuh dengan kuah. Semuanya berenang dalam mangkuk. Saya suka menghirup kuah laksa” jelas saya sambil ketawa apabila melihat Laksa Sarawak di hadapan kami kurang berkuah.

“Iya, iya. Saya juga begitu. Semuanya tenggelam. Tidak sedap kalau kuahnya sedikit. Ehhh, you tahu tak Siti, kita selalu serupa dan sama dalam banyak perkara yang dilakukan.” balas Dr. Ling dengan ceria. Saya menggangguk bersetuju.

Saya dan Dr. Ling bersahabat baik sejak tahun 2009 semasa kami sama-sama menyambung Ijazah lanjutan  (S2 – Master) di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Setelah lulus S2, Dr. Ling menyambung Phd pula. Ketika itu, Dr. Ling bertugas di Institut pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri. Kemudian beliau berpindah ke IPGK Rajang bersama saya.

Mungkin kerana lahir pada bulan dan tahun yang sama, banyak aktiviti yang kami lakukan nampak serasi dan sejiwa. Di mana-mana, kami selalu senang bersama.

Apa kata kita minta tambah kuah lagi.” tanya Dr Ling membubarkan ingatan saya. “Mahukah mereka tambah kuah, Ling.” jawab saya. “Kita cuba dulu, baru tahu.” balas Dr. Ling dengan yakin.

 

LaksaSFatima5TambahKuahLaksa

Alhamdulillah, kuah hampir penuh satu mangkuk diberikan kepada kami untuk menambah kandungan kuah sedia ada di mangkuk Laksa Sarawak kami. Tentu sekali saya dan Dr. Ling yang sangat gembira kerana mangkuk kami penuh dengan kuah laksa. 😀

*

KENYANG

Alhamdulillah, habis semua hidangan yang kami pesan. Rasa kenyang sudah menguasai perut. Kami perlu berehat sementara menanti panggilan masuk ke pesawat. Saya mengajak Dr. Ling dan Madam Wong berpindah ke tempat duduk lain yang ada di dalam LOUNGE.

Kami memilih sofa hitam yang kelihatan eksklusif. Badan kami cukup-cukup masuk. Rasa selesa dan santai. Kami berbulal-bual sehingga panggilan masuk ke pesawat jam 6.20 memenuhi ruang LOUNGE. 

Dalam otak saya, sudah di”set” untuk datang lagi makan Laksa Sarawak di Plaza Premium Lounge apabila ada kesempatan ke Kuching International Airport. Dan mungkin juga boleh mencuba Mee Kolok pula. Dr. Ling juga seperti biasa, selalu sependapat dengan saya.

Hehehe… kadang kala rimas juga saya kerana tidak ada bantahan dari Dr. Ling. Semuanya sama, serupa, seiya dan sekata. Dah macam kembar pula. 😀

*

LaksaSFatima8RuangDalamPlazaPremiumKIA

Sebelum memasuki pesawat, kami berehat dahulu di ruangan ini, selesai sahaja makan Laksa Sarawak.

 *

JIKA ANDA KE SARAWAK, JANGAN LUPA MENCUBA LAKSA SARAWAK

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima10 Ogos  2015 (Isnin)/ 25 Syawal 1436H/ 12. 50 petang, Bintangor, Sarikei, Sarawak

AKU…. sering berharap agar setiap impian dapat direalisasi mengikut yang direncanakan. Tidak ada yang mustahil untuk dicapai andai kita mahu mencuba. Asal berani bermimpi segalanya mungkin. Yang penting fikiran kita selalu optimis dan berjiwa waja. Wahai Tuhan… Engkaulah yang merestuinya. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Hidup ini hanya sedetik cuma. Kita kian menghampiri jalan nyata menuju Yang Maha Esa. Bilakah giliran kita kan menjelma. Hanya menunggu waktu bersua. Maafku pohon andai ada yang terluka. Kita manusia biasa tidak lari dari salah dan alpa. Doaku selalu mengiringi tiap hela nafasmu. Selamat sejahtera. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

WarnaRinduFatima1Untukmu

*

*

26 thoughts on “CT345. LAKSA SARAWAK DI PLAZA PREMIUM LOUNGE, KIA

    • Laksa Sarawak memang lazat, jika perencah atau sambal yang dibuat untuk kuahnya sempurna bahannya. Udang memang menambah kelazatan Laksa Sarawak. Rasanya berbeza dari laksa lain.

      Terima kasih mas Alris. Salam sejahtera.

  1. Assalamualaikum ummi Siti Fatimah,
    Wah, terliur juga melihat laksa Sarawak yang ketara berbeza dengan laksa semenanjung. Siap ada udang lagi. Melihat pada fotonya, saya rasa laksa Sarawak ini sama dengan laksa Sabah, betul ke? Kalau ummi Siti Fatimah ada resepi laksa Sarawak boleh kongsi-kongsi…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ikhwan…

      Laksa Sarawak mempunyai kelainan tersendiri dari laksa Sabah atau laksa negeri di semenanjung. Kuah atau perencah Laksa Sarawak dibuat dari udang yang direbus dan dicampur dengan bahan-bahan alami yang lain. Kalau Laksa Sabah ia lebih dekat kepada rasa kari.

      Saya tidak pernah membuat perencah Laksa Sarawak sendiri. Biasanya membeli pes yang sudah siap. Saya lebih suka menggunakan pes jenama LIZA yang sangat dekat dengan rasa perencah asli.

      Jika Abu Ikhwan dan keluarga berkunjung ke Sarawak, silakan mencuba Laksa Sarawaknya. Jika di kedai biasa harganya serendah RM3.50 (biasa) dan boleh mencecah RM7.00 (special). Rasa dan lazatnya juga berbeza.

      Jarang saya menemu rasa Laksa Sarawak yang lazat. Saya boleh membezakannya kerana saya penggemar Laksa Sarawak dan hampir sebulan sekali akan memasaknya sendiri di rumah. Plaza Premium Lounge, KIA sudah membuktikan kelazatannya. Cubalah, insya Allah berbaloi dengan harganya yang mahal, RM13.00.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam ukhuwwah.

    • Iya mbak Lidya… udang satu kemestian dalam Laksa Sarawak. Jika tidak ditambah santan pada perencah Laksa Sarawak, laksa itu menjadi Laksa Udang, mbak. Beza Laksa Sarawak dengan Laksa Udang adalah pada santan sahaja.

      Salam manis mbak dan terima kasih.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb. Kips…

      Memang makan Laksa Sarawak ini amat mengenyangkan. Malah kita akan mahu bertambah kerana kelazatannya terutama ketika makan masih panas.

      Terima kasih dan salam sejahtera.

    • Memang Laksa Sarawak dapat membuat lapar, mbak. Yang pasti, di Jerman tidak ada Laksa sebegini ya. Mungkin spaghetti penggantinya. Saya juga juga makan spaghetti dan pandai membuat kuahnya.

      Alhamdulillah, saya dan keluarga di sini sihat wal’afiat, mbak. Senangnya hati menerima kunjungan mbak Ely kembali. Didoakan mbak juga sudah sembuh dan sihat di negeri dongeng sana.

      Salam manis dan rindu selalu.
      Maaf zahir bathin. mbak Ely. 🙂

  2. assalam…sedap nampaknya lakksa sarawak tu…udangnya besar menambat selera…laksa keistimewaan rasanya tersendiri menurut negerinya nama saja laksa…perak, penang, kedah,perlis walau laksanya cara utara tetap ada kelainan rasanya.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak…

      Asalnya mee udang kak, kerana tidak ditaruh santan. Apabila ditaruh santan, maka ia disebut Laksa Sarawak. Hanya sedikit beza sahaja lalu berlainan nama. Laksa Sarawak tanoa udang, tidak ada ummmphnya. 😀

      Itulah uniknya laksa-laksa di Malaysia ya. Saya suka makan Laksa Kedah dan Penang.

      Terima kasih atas kunjungan akak dan salam manis.

    • Laksa Sarawak adalah makanan khas Sarawak terutama masyarakat Cina dan Melayu. Ia hanya diperolehi banyak di Sarawak.

      Laksa sarawak mempunyai bumbu tersendiri. Bumbu itulah yang menjadi “mati dan hidup” untuk menentukan kelazatan Laksa Sarawak.

      Silakan mas Ahsan jika berkesempatan ke Sarawak untuk menikmatinya. jangan lupa pilihlah premis yang HALAL.

      Terima kasih dan salam sejahtera.

  3. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Mbak Fatimah, laksa ini khas Sarawak yaa… Hmmm…, sepertinya enak sekali ya, Mbak 🙂
    Kalau Jogja di antara khasnya gudeg. Semoga suatu saat kalau Mbak Fatimah ke Jogja dapat mencobanya.

    Salam hangat persaudaraan,
    Akhmad Muhaimin Azzet

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      iya, makanan khas Sarawak. Rasanya amat berbeza dengan mee atau laksa yang lain kerana rasanya pedas, masin dan berlemak santan.

      Gudeg itu bagaimana rasa dan rupanya, ya ?
      Terima kasih mas Amazzet dan salam takzim.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.