CT417. HELMET LS2 MODEL FF386 FLIP UP FULL FACE 2014

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

helmetls2fatima1modelff386

*

MINAT YANG SAMA

Apabila minat suami dan isteri sejalan dan selari baik dalam aktiviti indoor atau outdoor, sudah tentu aktiviti menjadi rancak dan menyeronokkan kerana ada teman sehati dan sejiwa. Selain itu dapat menambah erat kasih dan menyemarakan sayang. Bahagianya.

Mungkin selama ini kita terlalu sibuk dengan urusan masing-masing, maka luangkan sedikit masa yang berkualiti untuk bersama dalam suasana romantis mengikut makna tersendiri. Juga bersendirian dari keriuhan anak-anak.

Minat saya dan suami (baca: SPH) dengan aktiviti bermotosikal dan kembara adalah sama dan sudah lama. Saya pula memang jenis “kaki jalan” dan suka aktiviti lasak di luar rumah. Selain itu, saya suka melihat bumi Allah dan menjelajah lokasi yang belum lagi dikunjungi

*

RENCANA TAHUN 2014

Oleh kerana minat yang sama, saya dan SPH suka bersiar-siar di hujung petang dengan motosikal. Pertengahan tahun 2014, kami mula merancang untuk melakukan aktiviti kembara motosikal secara duet di luar bandar Sarikei, di lokasi berdekatan. Mana tahu dapat juga keliling negeri Sarawak.

Untuk melakukan aktiviti bermotosikal, kita perlukan lesen motosikal yang sah agar tidak disaman polis yang sentiasa melakukan rondaan di jalanraya.

Saya mendapat lesen motosikal (B2 – motosikal tidak melebihi 250 sp) pada tahun 1995. Manakala SPH pula mempunyai lesen B (penuh) – motosikal  melebihi 500 sp.  Saya hendak mengambil lesen B tetapi SPH tidak beri kerana katanya wanita tidak sesuai membawa motosikal berkuasa besar. Kecewanya saya. 😦

*

helmetls2fatima8ls2helmets

Sumber Foto: Google

*

BELI HELMET

Perkara pertama yang kami rancang sebelum kembara duet adalah membeli helmet yang berkualiti untuk keselamatan. Saya menyerahkan 100 % pilihan jenama kepada SPH kerana lebih faham tentang kualiti helmet. Yang penting kata SPH mestilah “flip up full face” selain ciri-ciri keselamatan lain yang diambil berat.

“Bang, tak pelikkah kalau Mah memakai helmet macam orang nak berlumba motosikal Grand Prix” sahaja. Sedangkan Mah guna motosikal kapcai lama.” tanya saya sambil ketawa walaupun hati sangat suka mempunyai helmet yang selama ini menjadi impian.

“Tak peliklah, peduli apa orang kata. Yang penting keselamatan KE PA LA kita.” balas SPH menyambut ketawa bagi menenangkan saya sambil menunjukkan kepalanya.

Gusar juga hati, maklumlah dah tua-tua separuh abad ni masih nak memakai helmet “flip up full face”. hehehe…

*

helmetls2fatima6thestoryofls2

*

PELUMBA GP TERKENAL PAKAI HELMET LS2

Setelah meneliti banyak iklan helmet terbaru melalui internet dan memahami kualitinya, rupa-rupanya helmet jenama LS2 banyak juga dipakai oleh para pelumba motosikal terkenal dunia.

Dan SPH memilih untuk membeli helmet jenama LS2 ini juga disebabkan kualitinya yang tinggi. Modelnya tidak kami fikirkan asal sahaja LS2. Saya berkira-kira untuk memilih warna kuning (warna kegemaran) dan SPH warna hitam.

Berikut adalah antara pelumba motosikal dunia yang menggunakan helmet LS2 mengikut model-model yang digunakan dalam beberapa pelumbaan Grand Prix atau merentas Rally Champion di gurun padang pasir.

*

helmetls2fatima5team5timeschampion

*

helmetls2fatima10yonnyhernandez

*

helmetls2fatima11pelumbaterkenalls2helmets

Sumber Foto: Semua dari Google

*

HARGA MAHAL

Tentang harga memang mahal namun kerana kualiti buatannya kami memandang sebelah mata sahaja. Ini merupakan kepuasan buat kami untuk memakai helmet kesukaan dalam kembara motosikal nanti. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk keselamatan KEPALA. 😀

Setelah banyak kedai motosikal di bandar Sarikei kami masuk, hanya satu kedai motosikal yang menjual helmet “flip up full face” jenama LS2 model FF386. Wah…. bukan main suka hati kami menemui apa yang kami impikan. Cuma saya kecewa tidak ada warna kuning. 😦

Helmet LS2 model FF386 terdapat dalam 4 warna sahaja iaitu Matt Titanium, Matt Black, Gloss White, Gloss Black seperti di bawah:

*

helmetls2fatima2modelff386-tahun2014

Sumber foto: Google

*

Di kedai itu hanya menjual 3 helmet model FF386 (2 putih saiz L dan 1 hitam saiz XL). Saya memilih hitam kerana itu sahaja warna yang ada. Lagi pun memakai tudung, maka lebih selesa kalau saiznya besar. SPH terpaksa memilih warna putih (saiz L).

Harga asalnya adalah RM500 satu helmet. Setelah SPH berbincang dan kami beli dua, kami mendapat harga terendah iaitu RM380 satu helmet. Ini harga tahun 2014 yang lalu.

*

helmetls2fatima4kamekduakpun

Inilah helmet LS2 Model FF386 milik saya (hitam) dan SPH (putih) yang dibeli pada Jun 2014.

*

Rupanya harga bagi model FF386 ini masih mahal hingga sekarang (setelah saya mencari melalui internet di “Price List in Malaysia”). Salah satunya di Lazada.com.my seperti di bawah. Ternyata di bandar Sarikei kami mendapat harga yang tersangat murah. Alhamdulillah. Itu rezeki namanya.

*

helmetls2fatima3hargapasaran2016online

*

helmetls2fatima7modells2online

Jika anda berminat untuk mengetahui harga pasaran dan ingin membeli model-model terbaru  helmet LS2, sila KLIK DI SINI.

*

Sekarang sudah banyak model-model baru LS2 di pasaran. Tinggal untuk memilih yang kita suka. Oleh kerana helmet ini mahal, maka ia tidak digunakan selalu. Hanya untuk aktiviti kembara yang dilakukan di masa lapang di hujung minggu atau waktu cuti.

Selepas melakukan kembara motosikal saya akan menyimpan helmet ini di dalam penutup yang diberi secara percuma bersama pembeliannya. Bak kata orang, barang mahal perlu dijaga baik tetapi hendaklah selalu dipakai sebagai menghargainya. Bukan disimpan sahaja.

*

helmetls2fatima13coverhelmetls2ff386

*

*

KELEBIHAN LS2 FF386

Jika ingin tahu kelebihan helmet LS2 model FF386, sila tonton video di bawah, anda pasti berpuas hati. Semoga bermanfaat.

*

*

helmetls2fatima9keistimewaanls2ff386

Beberapa foto diambil dari video di atas menunjukkan kelebihan helmet LS2 model FF386 yang kami gunakan sekarang.

*

 HELMET LAIN

Apabila kita memahami fungsi helmet yang dipilih, apa pun jenamanya tetap menjadi pilihan sama ada harganya murah atau mahal. Bentuk dan warna juga pasti menambat hati.

Selain helmet LS2, Kami juga mempunyai helmet jenama lain yang digunakan pada hari-hari biasa iaitu Michel Visorex dan MDS.

*

helmetls2fatima14helmermvdanmds

*

PEMILIK HELMET LS2 FF386

helmetls2fatima16masjidkpgnyaborbetong

*

Saya dan SPH antara ribuan penunggang motosikal yang menggunakan helmet jenama LS2 di Malaysia.

BAGAIMANA DENGAN ANDA ?

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima15 Disember 2016 (Khamis)/ 15 Rabiul Awwal 1438H/ 9.50 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU…. meniti hidup dengan jiwa yang segar untuk menakluk segala kemuraman yang ada disekelilingnya. Jangan pernah mengenal kalah selagi belum menatap rebah. Dengan akal dan ilmu yang dititah perintah, aku tidak akan berpantang arah. Wahai Rabb…. kepada-MU aku berserah pasrah. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU…. Tidak mampu ku ungkap setiap rasa yang hadir saat bersamamu dalam bait-bait kata yang dilorek fana. Semua rasa itu ingin ku abadikan dalam setiap coret aksara yang berlari bersama pena. Itulah rinduku yang tidak pernah bernoktah. Untukmu doa setulus jiwa. Aamiin.   Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

 

 

10 thoughts on “CT417. HELMET LS2 MODEL FF386 FLIP UP FULL FACE 2014

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Alhamdulillah kami sekeluarga sihat. Didoakan akak dan keluarga di sana juga begitu hendaknya.

      Bergaya memang kak dengan helmet yang cantik bentuk dan unik. Yang penting juga adalah keselamatan kepala. Helmetnya bagus tetapi sendat menekan pipi. Bila pakai pipi saya jadi tembam dan comel. 🙂

      Terima kasih atas kunjungan akak dan salam kasih selalu. 🙂

  1. CT… kakak membayangkan CT dgn cinta hati naik motor ewaahhh… bestnya. Kakak ni jgn kata lesen motor, naik basikal pun tak pandai jgn CT tak tahu. Jadi kalau pergi tempat dekat membonceng belakang ajelah samada dgn hubby atau anak dara kakak. Anak dara kakak ada lesen motor sekali sebab masa kecik dulu memang kakak suruh belajar naik basikal tak mahu jadi macam kakak – rugi kan. Kalau tak boleh racing dgn CT hihi… tak punboleh exercise naik basikal pusing taman. Best kan:)

    • Hehehe…. biar pun tidak tahu mengayuh basikal tetap dapat juga bersama-sama mengembara kak. Cuma berat sahajalah bagi yang mengayuhnya.

      Elok juga anak-anak sekarang mempunyai lesen memandu dan lesen motosikal. Tetapi 2 puteri saya tidak suka mengambil lesen motosikal. Takut katanya. Mereka berdua sudah lulus lesen memandu kereta. Alhamdulillah, saya sudah boleh jadi “mem” duduk di belakang. 😀

      Dulu pernah nak mengembara dengan basikal, suami tak mahu sebab terlalu penat. Maka, alternatifnya kembara motosikal. Asyik juga.

      Terima kasih kak sudah bertandang dan salam mesra selalu. 🙂

    • Bagus juga tu kak, pengalaman tak pandai mengayuh basikal tentu ada nostalgianya yang dapat dikenang.

      Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat manfaat dari informasi di atas, saya juga begitu kak. Ini pengetahuan baru tentang helmet buat saya.

  2. Assalamualaikum wr wb, kak Siti

    Saya mempunyai helmet yang cukup baik. Helmet itu bertahan lama, delapan tahun masih bagus. Memang benda bagus harganya mahal.

    Aih, mesranya kak Siti dengan suami bila nak pergi touring menjelajah lokasi yang belum lagi dikunjungi. Merekatkan hubungan suami istri memang harus ada waktu untuk berdua.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris….

      Jika helmet disimpan elok, pasti bertahan lama. Biasanya yang berkualiti tentu mahal harganya. Yang penting kita tahu bagaimana menggunanya dengan baik.

      Iya benar… amalkan aktiviti bersama agar hubungan semakin erat selain banyak pengajaran diperolehi sepanjang kembara begini.

      Terima kasih mas Alris atas kunjungan dan salam sejahtera.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany….

      Apa pun aktiviti kita jalankan, sudah pasti keselamatan kepala amat dipentingkan, mbak. Jika tidak, banyak yang buruk menimpa kita jika berlaku gegaran pada kepala. hehehe…. kita hanya ada satu kepala sahaja yang tidak boleh ditukar ganti.

      Terima kasih mbak sudah datang berkunjung.
      Salam manis selalu. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.