CT332. DUBU-DUBU (2): KIMCHI DAN BULGOGI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Dubu2Fatima1KimchiBulgogi

*

MEMILIH MENU

Memilih menu yang belum pernah dilihat dan dirasa, membuat saya tidak tahu apa yang hendak dimakan. Nama-nama makanan Korea (Seoul) kebanyakannya sangat asing pada saya. Inilah pertama kali mendengar dan berbelit-belit lidah saya menyebutnya.

Mengambil jalan mudah, saya berbincang dengan pelayan wanita Melayu tentang makanan dan minuman yang boleh kami cuba. SPH hanya memerhati tanpa bicara. Semua terserah kepada saya.

Hmmm…, itu lebih menyenangkan apabila lelaki tidak campur tangan. SPH tidak pernah cerewet dalam bab makan dan minum. Senang diurus. Akhirnya saya membuat pilihan seperti di bawah:

*

Dubu2Fatima2MenuMinuman

MINUMAN: (1)  Citron Tea dan (2) Dubu Bingsu

*

Dubu2Fatima3MenuMakanan

MAKANAN: (1) Kimchi Gogi dan Honey Garlic Bulgogi

*

SILAKAN MENIKMATI HIDANGAN PILIHAN

Dalam tempoh menunggu kedatangan hidangan yang dipesan, saya menahan sabar dengan perut yang masih melagukan keroncong sendunya. Sambil itu saya dan SPH berbincang berbagai perkara. Harapan saya hidangan yang dipesan menepati selera dan mengenyangkan.

Setelah menunggu 20 minit, kami dihidangkan terlebih dahulu dengan minuman Citron Tea dan Bingsu. Alhamdulillah, lega rasa tekak setelah menikmati kesejukan dua minuman tersebut. Dapat juga menawar perut saya yang sabar menanti apa-apa yang didamparkan padanya. 

*

1. CITRON TEA

Dubu2Fatima4CitronTea

*

Pertama kali melihat minuman dihidang dalam bekas botol…amat melucukan. Selalunya kita minum dalam mug atau gelas tinggi. Kreatif dan menarik. Saya suka dengan kelainan ini.

*

2. DUBU BINGSU

Dubu2Fatima5DubuBingsuCantik

*

BINGSU atau BINGSOO merupakan pemanis mulut (dessert) khas Korea yang sangat digemari oleh masyarakat Korea terutama pada musim panas. Bingsu adalah ais yang diparut halus dengan pelbagai jenis topping. Anda boleh melihat pelbagai BINGSU DI SINI

Ia serupa ABC (Ais Batu Campur) di Malaysia. ABC merupakan dessert kegemaran saya terutama jika ada “topping” ais krim. 😀

Foto di bawah memperlihatkan persamaan antara Bingsu dan Ais Batu Campur (ABC)

*

Dubu2Fatima16ABCspecialSBunSarikei

Inilah ABC Special kegemaran saya. Jika rasa penat akibat kerja banyak di ofis, saya akan mengajak SPH untuk menikmati ABC Special pada sebelah petang selepas pulang kerja.

Kandungan ABC ini adalah air gula, susu sejat, biji jagung manis, cincau, agar-agar, kacang merah dan di”topping” dengan ais krim vanilla.

Hmm… sedap, nikmat Tuhan yang tidak dapat didustakan. Alhamdulillah.

*

Untuk DUBU-DUBU BINGSU yang saya pesan dapat dilihat ais di“topping” dengan kacang merah manis (팥, pat), tepung kacang tanah, “tau foo fah” (soy bean pudding) dan air gula.

*

Dubu2Fatima6DubuBingsuMakan

Setelah digaul sebati (campuran) Bingsu di atas tidak menghasilkan warna yang menarik. Rasanya juga tidak lemak seperti ABC. Namun jika diamati benar-benar, ia minuman yang sehat tanpa lemak. Sesuai buat yang diet. Kalau saya lagi sedap BINGSU yang panas.

*

SAYUR MASAM PEDAS DAN DAGING API

10 minit kemudian, datang pula set hidangan Kimchi Gogi dan Honey Garlic Bulgogi. Saya dan SPH terpinga-pinga melihat set hidangan Kimchi Gogi yang sedikit isinya. Tidak berbaloi dengan harganya RM15.90. Memang AMAT MAHAL. Hanya 3 mangkuk kecil sayuran (semua masam dan pedas) dan semangkuk kecil sup.

Setelah merujuk dari internet, saya mengetahui maksud Kimchi dan Bulgogi. Tanpa disedari makanan pilihan saya sangat seimbang dengan pemanis mulut yang menyehatkan. Jika begini cara makan orang Korea, tidak hairan kenapa mereka dilihat bertubuh ramping dan cantik kulitnya.

*

Dubu2Fatima7SeoulFood

Set hidangan makan malam saya dan SPH di Dubu-Dubu, NU Sentral Kuala Lumpur

*

3. KIMCHI GOGI

Kimchi (Hangul: 김치, gimchi) bermaksud SAYUR MASAM DAN PEDAS. Barisan Kimchi di foto bawah adalah kacang pendek, lobak putih dicampur lobak merah dan timun (paling masam, masin dan sangat pedas) dan taugeh kacang soya. Semua sayuran ini diadun khas. rasa cuka (masam) sangat terasa dilidah. Bagi saya ia SANGAT LAZAT dan saya suka.

*

Dubu2Fatima17KimchiGogi

KIMCHI yang lazat, masam, masin dan sangat pedas

*

4. HONEY GARLIC BULGOGI

Bulgogi (불고기) bermaksud DAGING API. potongan daging lembu yang dipanggang dengan kicap, minyak wijen, bawang putih, bawang besar dan lada hitam. Namun pilihan saya BUKAN DAGING API tetapi AYAM API. hehehe, lucunya.

*

Dubu2Fatima15HGarlicBulgogi

Saya suka sangat rasa masakan Honey Garlic Bulgogi with Chicken ini. Adunan sayur kobis bersama ayam panggang dengan bahan masakan khas Korea menjadikan rasanya tersendiri sebagai makanan asli Urban Korean Food. Saya yakin anda juga menyukai rasanya.

*

Dubu2Fatima14NasiKukusKorea

Semangkuk nasi kukus untuk dua orang. Hehehe… memang tidak cukup kalau perut lapar, tetapi kerana sekadar mencuba, ia sudah memadai. Lagipun saya lebih suka makan sayur dan Bulgogi begitu sahaja tanpa nasi. bagus untuk diet saya. Nasi orang Korea ini pendek. Rasanya lembut seakan nasi pulut.

*

PARA PENIKMAT MAKANAN

Dubu2Fatima8SPHBingsu

*

Dubu2Fatima9FatimaCitronTea

Perut kenyang hati senang

*

ALHAMDULILLAH

Dubu2Fatima10Kimchilazat

Kimchi yang masih bersisa kerana sangat pedas. lambat sedikit untuk dihabisi

*

Dubu2Fatima11BulgogiLazat

Bulgogi masih banyak dan perlu dihabisi tanpa nasi. makan begitu sahaja.

*

Dubu2Fatima12TanpaSisa

Setelah berusaha menaham pedas yang bersangatan, saya dan SPH menghabiskan Bulgogi bersama Kimchi. Mata saya sudah bergenangan air menahan panas dalam mulut. Citron Tea menjadi mangsanya. 😀


*

MANFAAT

Beberapa manfaat dan pengajaran yang saya perolehi dari makanan masyarakat Korea ini adalah makanannya seakan ubat, penuh khasiat dengan herba semulajadi. Kesegaran masakan amat diambil berat untuk menjaga khasiat nutrimennya.

Makanannya tidak banyak berair atau berkuah kecuali sup-sup tertentu atau rebusan semata. Jika berkuah ia dimasak likat tidak cair. Masakan Korea kurang berlemak seperti kebanyakan masakan orang Malaysia.

Pencuci mulut (bingsu) atau minuman lainnya, kurang manis. Hampir semua makanan dan minuman Korea memberi rasa kesegaran dan kebaikan pada tubuh. Mereka yang mengamalkan diet sangat baik memasak ala makanan Korea. Saya juga berminat dengan cara masakan ini bagi mengurangkan lemak dan kolestrol dalam badan.

Alhamdulillah, sampai umur ini saya dan SPH masih dikurniakan Allah dengan kesihatan yang sihat tanpa sebarang penyakit “kronik” yang banyak menghinggapi mereka yang seusia kami. Mudahan ia kekal hingga ke akhir hayat. Aamiin.

*

NILAI NIKMAT DARI MAKANAN KOREA

Dubu2Fatima13BilBayaran

*

RM49.60 (tidak termasuk cukai).

Nilai harga makanan yang kami nikmati di Dubu-Dubu Urban Korean Food. Alhamdulillah, rasa kenyang sudah terasa. Kami keluar dari Restoran Dubu-Dubu pada jam 9.40 malam.

*

INILAH NIKMAT YANG DIREDHAI ALLAH. ALHAMDULILLAH

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima15 Jun 2015 (Isnin)/ 28 Syaaban 1436H/ 3. 45 petang, Sarikei, Sarawak

AKU….  menitip kasih dirimbun embun yang menutur rindu tanpa lelah. Semakin hampir hadirmu di sisi, getar jiwa ini tidak mampu menahan gelora yang kian kencang. Ku pohon redha dalam rahmat kasihmu. Ku dambakan curahan sayangmu. Ku harap cintamu tidak pernah berpaling dariku. Wahai Kekasih Abadi, kau izinkan aku sekali ini untuk bertandang meraih barakah cintamu, andai ini yang terakhir kalinya dalam hidupku.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU… Jika ada yang tersilap dalam bicaraku, mohon dimaaf tanpa syarat yang menduka. Jika ada yang tergores rasa dalam aksaraku, mohon digilap dengan hatimu yang mulia. Selalu ada doa dari hatiku yang terdalam untukmu.  Aamiin. Wassalam. 🙂

*

CintaFatima1untukmu

*

RAMADHAN…. HADIRMU SELALU KU TUNGGU TANPA PERNAH JEMU

*

29 thoughts on “CT332. DUBU-DUBU (2): KIMCHI DAN BULGOGI

    • Saya juga menyukai Kimchi. Ia seperti Acar di Malaysia. Rasa masam (cuka) dan masinnya mempunyai rasa tersendiri yang lazat. Pedasnya juga sangat nikmat kerana aura panas di lidah dan mata… hehe. Pedas pun satu nikmat ya.

      Terima kasih FC atas kunjungan perdana.
      Salam kenal. 🙂

  1. assalamualaikum …salam ramadan fatimah…sedapnya menikmati juadah Korea…kak belum pernah cuba lagi tapi kalau rasanya masam n pedas mmg ditolak lidah yg dh tipis alah pada makanan jenis gitu…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb. Kak Faridah….

      Alhamdulillah, memang sedap kak. Kalau akan tidak suka Kimchi (rasanya seperti acar), akak boleh rasa Bulgogi yang tidak pedas dan banyak lagi menu lain yang sesuai dengan lidah akak. Pasti akak suka. 🙂

      Terima kasih sudah menyapa.
      Salam Ramadhan kembali buat akak. 🙂

  2. Assalamu ‘alaikum. hmmm,, sedapnya. jadi ingin mencoba.. 🙂

    Salam Ramadhan Kak Fatimah.. Maafkan segala khilaf saya..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ummu El Nurien…

      Silakan, mbak jika ada restoran Korea di sana. Atau boleh buat sendiri kerana masakan Korea ini lebih kepada sayuran berbanding daging. Mungkin berbeza pada rasa bahannya.

      Maaf zahir bathin juga mbak.
      Terima kasih sudah berkunjung.
      Salam Ramadhan yang mulia dengan senyum ceria. 🙂

    • Alhamdulillah, sedap itu nikmat Allah yang tidak dapat didustakan, ya Liza. Walau hanya sekadar memandang tanpa memakannya, kita dapat merasai kelazatannya di mata juga. 😀

      Terima kasih sudah bertandang.
      Salam mesra di ambang Ramadhan. 🙂

  3. Sepertinya, makanan itu ada tiga:
    Untuk tubuh, jiwa dan rohani kita.

    Makanan tubuh adalah cairan
    Segala sedapan yg boleh mencair.

    Makanan jiwa adalah padatan
    Segala asyik yg kadang menegang

    Makanan roh adalah gas-an.
    Segala harap yg halus hilang memaya.

    Salam Sejahtera Bunda!

    • Benar Maren…

      Tanpa makanan rohani, roh akan lelah dan tidak dapat mengubah tubuh yang lemah.

      Tanpa makanan jiwa, rohani akan pasrah menuntut segala payah yang sukar memekar wajah fikir yang indah.

      Tanpa roh yang sihat dengan iman dan takwa, tubuh dan jiwa akan menjadi makanan syaitan yang menghapuskan segala kebaikan demi jurang neraka yang menjadi tempat kediaman.

      Akhirnya anak Adam kalah dalam perjuangan menjadi Hamba Allah yang hebat dengan kurnia akal dan ilmu sebagai bekal.

      Terima kasih Maren sudah mengutarakan nukilan yang mencerah minda.

      Salam sejahtera di ambang Ramadhan. 🙂

      • Bila asumsi makanan itu ada tiga:
        Untuk tubuh, jiwa dan rohani kita,
        Maka pencernanya pun ada tiga

        Pencerna pertama makanan tubuh ialah mulut.
        Dari benua bawah ke mulut diolah dlm perut ke bumi lagi.

        Pencerna pertama makanan jiwa ialah mata:
        Dari benua tengah ke mata direka2 dlm otak ke dunia lagi.

        Pencerna pertama makanan roh ialah telinga:
        Dari benua atas ke telinga direnungkan dlm hati ke Yg Illahi.

        Salam Damai!

        • Mulut, mata dan telinga merupakan pancaindera yang memakan, melihat dan mendengar sebagai fungsi yang memberi manfaat kepada tubuh, jiwa dan rohani. Tanpa saluran penting ini, manusia akan hilang punca arah sehingga sanggup menuduh Tuhan Yang Maha Pemurah dengan pelbagai tohmah.

          Rasa syukur mesti dipanjatkan kepada Ilahi atas setiap kurnia yang diberi agar kita belajar sifat qanaah untuk menjadi hamba yang penuh hikmah dan berhemah.

          Salam damai kembali, Maren. Terima kasih atas fikiran yang bernas ini. Semoga diberkati Allah SWT. Aamiin. 🙂

        • Banyak orang yg salah makan.
          Banyak juga yg diberi makan terbalik, mis:
          Kanak yg dominan tubuh diberi makanan ruh.
          Kakek yg dominan ruh diberi susu pertumbuhan,
          Kan aneh!

          Salam Damai!

          • Masya Allah, saya baru memahami konteks ini dan ia sangat menarik dibincangkan…

            “Kanak yg dominan tubuh diberi makanan ruh.
            Kakek yg dominan ruh diberi susu pertumbuhan,”

            Memang benar dan lucu. Kita banyak melakukan kesilapan dan keterbalikan dalam urusan mengurus roh yang sewajarnya.

            Sudah pasti anak-anak perlukan pelbagai nutrien (nutrisi) untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka bersama dengan makanan rohani untuk menjadi kawalan kepada anasir jahat yang bakal mendatangi mereka dari semua arah kehidupan.

            Namun setelah dewasa dan tua, makanan rohani semakin kurang dipraktik sehingga mengakibatkan rosak diri dan masyakarat, malah sangat jauh dari Tuhan.

            Anggota tubuh semakin lemah, akal kurang berfungsi, sel otak naik pitam sehingga nafsu menguasai diri lalu rebah tanpa berdaya. Semua ini akibat hidangan rohani tidak disaji sedangkan…

            ….. rumah kata pergi, kubur kata mari.

            Akhirnya manusia yang awal hidupnya diberi makanan roh, tidak mampu menyihatkan rohnya di akhir usia apabila manisnya iman tidak dikecapi dan pakaian takwa sudah dibuang sisi.

            Salam sejahtera dan terima kasih, Maren Kitatau. 🙂

            • Ya, Bun!
              Makanan-makanan itu
              Seharusnya menyihatkan,

              Makanan tubuh menumbuhkan daging
              Makanan jiwa membesarkan hati
              Makanan roh mengembangkan

              Makanan tubuh,
              Mulai dari ASI
              Ditanggung Ibu.

              Makanan jiwa,
              Mulai dari crayon
              Ditanggung Bapak

              Makanan roh,
              Mulai dari baca
              Ditanggung sendiri.

              Salam Tanggung!

              • Kukatakan di atas:

                Makanan-makanan itu
                Semestinya menyihatkan,
                Banyak org yg salah makan.

                Org yg salah makan makanan tubuh,
                Ibu Pertiwi akan memperingatkannya

                Org yg salah makan makanan jiwa,
                Abdi Negara memperingatkannya

                Org yg salah makan makanan roh,
                Allah telah mengingatkan kita
                Mahu percaya atau tidak

                Itu saja!

                Kesalahan2 itu
                Adalah pembelajaran
                Peringatan itu adalah ketetapan

                Ketetapan alami
                Ketetapan duniawi
                Dan ketetapan rohani

                Salam Damai!

                • Benar mas Maren, saling ingat mengingati kepada perkara yang tdak diberi perhatian menjadi tanggungjawab pihak yang berkuasa atasnya agar terjaga fizikal, rohani dan intelektuanya daripada nyanyuk, pikun dan lemah akal.

                  Akibat kelemahan itu berpunca dari salah makan dan pertimbangan yang tidak sesuai dalam pemakanan.

                  Oelh itu bagi memastikan semuanya sihat, ia harus bermula dari rumah, menurun ke sekolah, masyarakat dan negara. Agama menjadi dasar kepada pertumbuhan dan perkembangan manusia muslim yang hebat dan beriman di sisi Allah SWT.

                  Terima kasih sudah mengingatkan. Salam hormat. 🙂

              • Allahu Akbar, betapa indah dan hebatnya penyusunan yang Allah letakkan kepada keperluan manusia.

                Manusia memerlukan makanan roh untuk meningkatkan Rukun Imannya.

                Memerlukan makanan tubuh untuk memastikan Rukun Islamnya sihat dilaksanakan dengan cerdas dan

                Makanan jiwa untuk membentuk Rukun Ihsan (akhlaknya) agar banyak bersifat mahmudah.

                Terima kasih Maren, semua itu memang ditanggung sendiri oleh manusia. Ditanggung sendiri untuk ke syurga atau ke neraka. pilihan atas tangan diri sendiri, bukan orang lain yang menanggungnya.

                Salam sejahtera dan terima kasih Maren. bahsan ini amat bernas dan berbobot bagi mereka yang berfikir. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya…

      memang segar dan masam manis rasanya, mbak.
      Enak diminum untuk berbuka puasa nanti.

      Selamat menggandakan ibadah dalam bulan ini dengan membaca al-Quran, mbak.

      Salam manis selalu. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.