CT366. CARA BUAT TEMPOYAK (DURIAN)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

TempoyakFatima1CaraBuatTempoyak

*

TIRAI AKHIR 2015

Mengakhiri tirai tahun 2015 dengan CARA MEMBUAT TEMPOYAK memang satu kejayaan buat saya.  Biasanya kita akan sibuk dengan cerita 12 bulan yang lalu bersama bayangan kejayaan dan kegagalan yang telah ditempuh.

Alhamdulillah, menurut saya impian yang dipasang TANPA menetapkan apa yang hendak dilakukan adalah LEBIH BERJAYA dan mudah dicapai berbanding hasrat yang sudah disenarai tetapi banyak yang belum sempat ditunaikan.

*

ANDA SUKA TEMPOYAK ?

Saya yakin ramai yang mengenali TEMPOYAK. Namun tidak semua orang suka memakannya. Sebaliknya ada yang tidak suka makan durian tetapi boleh pula makan TEMPOYAK.

Saya pernah menulis di posting CT365. SUKA MAKAN DURIAN ? bahawa bapa saudara saya Almarhum Wa Man (Othman Zainuddin) tidak suka makan durian kerana baunya yang tajam dan busuk boleh membuat Wa Man loya hingga hendak muntah apabila menghidunya.

Tetapi Wa Man sangat suka makan tempoyak walaupun tempoyak itu rasanya masam dan masin. PELIK KAN !.  Sebab apabila isi durian sudah jadi tempoyak, ia sudah 100 % menukar baunya.

Tapi kita tidak perlu rasa hairan kerana manusia mempunyai cita rasa tersendiri yang tentunya berbeza di antara satu dengan yang lain. Maka kita harus menerima perbezaan tersebut dengan hati terbuka.

*

Bagaimana dengan anda, suka tempoyak ? Atau tidak pernah merasa makanan yang bernama TEMPOYAK ? Atau langsung tidak pernah mendengar dan melihat apakah TEMPOYAK tersebut ?

*

APA ITU TEMPOYAK ?

TEMPOYAK adalah isi (daging) durian yang dileraikan dari bijinya. Kemudian digaul sebati sebelum dicampur dengan garam mengikut rasa masin yang dikehendaki.

Orang dulu menyimpan tempoyak di dalam tempayan dan dibiarkan berbulan-bulan. Ia seakan PEKASAM DURIAN kerana ia melalui proses PENAPAIAN di dalam bekas kedap udara.

Saya sempat melihat pembuatan pekasam durian (TEMPOYAK) yang dilakukan oleh Mak Nek dan Emak semasa saya masih kecil. Untuk membuat tempoyak, orang tua dahulu menggunakan isi durian yang tidak boleh dimakan atau busuk (bau masam) dan berair. 

Baunya kurang menyenangkan saya. Saya tidak suka, malah geli dan loya melihatnya. Ketika itu saya langsung tidak menyukai tempoyak kerana dibuat dari isi buah yang tersisih.

Saya perhatikan balang (bahasa lama: perong) tempoyak yang Mak Nek dan Emak simpan di atas para kelihatan berkulat dan  berbau masam setelah disimpan lama. Kenapa ya ?

Mak Nek atau Emak akan memasak pelbagai menu menggunakan tempoyak @ pekasam durian tersebut. Antaranya dimakan mentah dengan ulaman seperti petai, jering, mentimun dan ikan bilis, dibuat gulai ikan asam tempoyak, tempoyak goreng atau sambal tempoyak.

Walau sesedap mana pun rasa masakan bercampur tempoyak ketika itu, saya tidak mahu makan kerana saya tahu tempoyak itu berasal dari isi durian yang tidak bagus.. 😀

*

PILIHAN FATIMA

Sesuai dengan selera saya yang inginkan tempoyak dari buah durian yang bagus dan bersih, selain untuk menjaga kesihatan, maka saya berkongsi dengan teman pembaca bagaimana membuat TEMPOYAK yang paling senang di dunia ini.  hehehe…

SILAKAN MENCUBA

*

TempoyakFatima2PilihDurianBagus

*

TempoyakFatima3Dagingyangbagus

*

TempoyakFatima4KacauSebati

*

TempoyakFatima5GuladanGaram

*

TempoyakFatima6Siapdalambekas

*

TempoyakFatima7SiapDalamBekas

*

TempoyakFatima8TaburGula

*

TempoyakFatima9TaburGula

*

TempoyakFatima10Tulistarikh

*

TempoyakFatima11SiapLabelTarikh

*

Jika anda belum tahu bagaimana cara membuat tempoyak (mentah), foto-foto di atas cukup untuk anda melakukan sendiri. Rasailah nikmat tempoyak buatan sendiri.

*

PERINGATAN: SEELOKNYA MAKAN TEMPOYAK DARI ISI DURIAN YANG BAIK KERANA MAKANAN YANG BAIK AKAN MENYIHATKAN TUBUH BADAN.

*

TAHUKAH ANDA KHASIAT TEMPOYAK  ?

Melalui maklumat Wikipedia Ensiklipedia Bebas menjelaskan durian yang rasanya sangat manis, kaya dengan kalori menjadi pantang larang bagi mereka yang menghadapi penyakit kronik.

Bagaimanapun seorang pensyarah kanan Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses di Fakulti dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Noorhisham Tan Kolfi menjalankan kajian mengenai tradisi ini.

Kajian menunjukkan tempoyak yang dihasilkan melalui proses PENAPAIAN adalah makanan yang baik untuk kesihatan. Rupa-rupanya tempoyak mempunyai nilai probiotik (miliki mikrooorganisma baik) di dalamnya. Bakteria berkenaaan boleh hidup dalam persekitaran usus dengan keadaan asid pada pH2 dan selesa dalam persekitaran pH4.

Tempoyak didapati mempunyai kandungan bakteria asid laktik (Lactic acid bacteria -LAB) yang tinggi. Dalam kajian kepelbagaian, tiga pengasingan tidak dapat dikenal pasti dengan menggunakan SDS-PAGE protin sel penuh. atau API 50 CH.  Tetapi kajian yang dijalankan Noorhisham telah mengasingkan dan mengenalpasti LAB.

BERITA GEMBIRAKAN. AYUH… MARI MAKAN TEMPOYAK…. ikut menu pIlihan anda

*

Insya Allah, di posting yang lain saya akan menulis tentang  2 RESEPI TEMPOYAK GORENG BERUDANG yang merupakan hidangan kegemaran saya kerana saya tidak suka makan tempoyak mentah.

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima31 Disember 2015 (Khamis)/ 19 Rabiulawal 1437H/ 12.03 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. bersyukur kerana masih diberi ruang untuk menyelusuri bumi bertuah dengan kehidupan yang dilapangkan dalam ketenangan dan kedamaian yang menyejuk hati. Jalan hidup ini ada aturan yang sudah direncana oleh Penciptanya, maka redhailah apa yang ditentukan dengan hati rela dan pasrah. Semuanya mengandungi ada hikmah yang tidak terjangkau kecuali dalam pengetahuan-NYA 

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Setiap bergantinya tahun menjadikan kita semakin matang dan dewasa dalam menempuh kehidupan yang pelbagai perisa. Ku doakan untukmu kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Marilah kita menjadi hamba Allah yang taat dan sejati dalam agama yang kita anuti. Maafkan aku jika pernah menyakiti. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

RinduFatima1dirimu

*

SELAMAT TAHUN BARU 2016

*

*

26 thoughts on “CT366. CARA BUAT TEMPOYAK (DURIAN)

  1. Kalau saya suka durian tapi tak suka tempoyak. Di kampung saya, -Sumatera Barat- tak ada tempoyak. Tempoyak banyak di buat di daerah Jambi, Palembang dan Bengkulu. Orang Padang rata-rata tak suka tempoyak, 🙂

    • Menakjubkan apabila satu kampung tidak ada tempoyak. Tidak hairan kalau mas Alris tidak menyukai tempoyak. Tetapi tidak salah jika ingin merasai makanan yang dicampur tempoyak dan saya yakin mas Alris pasti menyukainya.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam hormat.
      Selamat Tahun Baru 2016. 🙂

  2. saya dan istriku sangat suka dengan durian dan berbagai makanan olahan dari durian,,,senang bisa mengetahui resep tempoyak di sini…
    salam dari Banjarbaru-Makassar…lama tak main ke blog ini…smoga ukhti fatimah sekeluarga sehat bahagia selalu…
    keep happy blogging always 🙂

    • Jika suka makan tempoyak, pasti senang mencipta resepi kegemaran.
      Terima kasih mas Hariyanto sudah kembali aktif BW dan berkunjung kemari.

      Sampaikan salam saya buat mbak Wieka. lama tidak mendengar khabar darinya. Semoga berbahagia dalam rahmat Allah SWT di sepanjang tahun 2016 yang baru membuka tirainya. Aamiin.

      Salam sejahtera.

  3. Asssalamualaikum bunda. HAppy new year ya. Cara membuat tempyak durian apakah harus memakaigula juga bun? kalau duriannya sudah manis boleh gak tanpa pemnambahan gula?

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya….

      Membuat tempoyak durian tidak memakai gula, mbak. Cukup digaul dengan garam sesuai dengan masin yang dikehendaki. Gula hanya ditabur di atas tempoyak sebelum disimpan. Tujuan gula ditaburkan untuk menggelak tempoyak berkulat dan berbau. sebaiknya simpan dalam freezer.

      Jika tempoyak dicampur gula dan diaruk (goreng) ia jadi lempuk durian atau jem durian. Rasanya manis dan sesuai dimakan bersama roti atau biskut.

      Terima kasih mbak Lidya atas kunjungan dan salam tahun baru 2016. 🙂

    • Brizki boleh melihat tempoyak dengan membuatnya sendiri dengan buah durian yang dibeli. Hanya ikuti langkah melalui foto di atas, Insya Brizki akan dapat menikmatinya sendiri. Hasil tangan sendiri pasti lebih memuaskan hati dan bersih.

      Terima kasih dan salam sejahtera.

  4. Bunda…….paa kabar?
    smg selalu sehat dan tetap jagain keIamnannya ya bun………….duh coba duriannya kirikmkanlah ke ranai blue.pasti habislahblue makankan….hahhaha……………
    salam hangat dari blue

    • Alhamdulillah, bunda baik dan sihat. Didoakan nanda Blue juga demikian sama di sana.

      Senang sekali menerima kunjungan nanda Blue yang sudah lama tidak bersilaturahmi kemari. Mudahan kehidupan Blue sukses dan semakin ceria.

      Ternyata nanda Blue juga suka makan durian ya. Sudah mencuba makan tempoyakkah ? Jika belum, harus dicuba kerana tempoyak juga lazat rasanya.

      Terima kasih nanda Blue kerana sudah menyapa bunda dan selamat tahun baru 2016.

  5. Pingback: CT367. RESEPI TEMPOYAK GORENG BERUDANG | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  6. Ah ternyata Tempoyak berbahan durian juga ya mba, Setelah baca di artikel ini jadi tahu apa itu Tempoyak. Jadi penasaran juga pengen ngerasai gimana rasanya ya mba, hehee.

    Salam dari saya di Dompu.

  7. Pingback: CT418. MUSIM DURIAN KEMBALI LAGI DI SARIKEI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.