CT449. UDANG TUMIS SAMBAL BELACAN DENGAN UMBUT TEPUS

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

Pernah makan UMBUT TEPUS ?

Saya fikir tidak ramai yang tahu atau pernah makan UMBUT TEPUS ini. Ia sejenis sayuran hutan.  Saya tidak pernah melihat pokoknya. Tetapi seakan pokok halia atau lengkuas. Pokoknya mungkin tinggi berdasarkan kepada UMBUT TEPUS yang panjang.

Dalam keluarga saya, hanya saya dan Bapak yang suka makan UMBUT TEPUS ini. Tetapi perlu dicampur dalam masakan. Kalau makan begitu sahaja sebagai ulam, tekak saya tidak lalu. Nak muntah. Ini kerana baunya yang kuat seperti bau sejenis serangga (saya lupa namanya). Sebab itu UMBUT TEPUS kurang digemari.

Lama juga saya tidak makan masakan UMBUT TEPUS. Ini kerana ia sukar ditemui di Pasar Sarikei. Minggu lalu saya teringin hendak makan Udang Galah Tumis Sambal Belacan dengan UMBUT TEPUS. Inilah masakan yang Bapak suka dan sudah tentu saya mewarisi resepi ini daripada beliau.

Alhamdulillah, akhirnya saya jumpa juga peniaga berbangsa Iban yang menjual UMBUT TEPUS. Hanya dua ikat sahaja yang dibawanya. Saya beli semua. Satu ikat berharga RM2.00. Saya beli 2 ikat. Senyum senang kerana dapat makan sayur kegemaran bersama udang.

Kemudian saya dan SPH membeli udang galah saiz sederhana sebanyak 1 kilogram dengan harga RM45. Sudah terbayang apa yang perlu saya lakukan apabila balik ke rumah nanti. Tak sabarnya hendak masak UMBUT TEPUS ini.

Sayangnya SPH dan anak-anak tidak suka UMBUT TEPUS. Mereka tidak menyukai baunya.Mereka hanya makan udang sahaja. Sayalah yang menghabiskan UMBUT TEPUS dalam masakan tersebut.

*

KONGSI RESEPI MUDAH

Bersama ini saya ingin berkongsi resepi UDANG TUMIS SAMBAL BELACAN DENGAN UMBUT TEPUS. Cara memasaknya senang seperti sayuran lain juga. Bezanya ini sambal belacan resepi saya dan UMBUT TEPUS….hehehe. Silakan.

*

*

*

*

*

*

Inilah Resepi Sambal Belacan Tumis saya yang dicampur dengan Udang dan Umbut Tepus. (Tak mahu letak belacan pun boleh).

*

*

*

*

*

*

*

SELAMAT MENCUBA.

….dan dengan ingatan mesra, saya dan keluarga ingin mengucapkan kepada sahabat LMGS G2…

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA

Maaf Zahir dan Bathin

*

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima30 Ogos 2017 (Rabu)/ 8 Zulhijjah 1438H/ 2.50 petang,  Sarikei, Sarawak

AKU…. mengenangmu dalam tidur dan jagaku. Tidak pernah lelah mengingatimu dalam segala rasa yang berhimpun di segenap jiwa. Ku zikir namamu di seluruh nadi yang berdenyut untuk ku nyatakan kasih dan cinta yang pasrah. Tanpamu, hidupku hilang tanpa arah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

DEDIKASIKU UNTUKMU….  Ku hulur salam yang indah dari hatiku yang terdalam. Maaf dipohon ampun dipinta. Saat kegembiraan yang kian menjelma, kau tidak pernah ku lupa. Percayalah, kau selamanya di hati. Semoga selalu berbahagia dalam rahmat Tuhanmu. Aamiin.   Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

8 thoughts on “CT449. UDANG TUMIS SAMBAL BELACAN DENGAN UMBUT TEPUS

  1. Assalamualaikum wr wb puan Fatimah,

    saya senang sekali makan udang .. saah satu makanan favorit saya.
    tapi saya baru tahu kalau ada UDANG TUMIS SAMBAL BELACAN … mungkin saya yang kurang gaul
    LIhat fotonya jadi bikin ngiler … hehe

    salam sehat bahagia

  2. Assalamualaikum wr. wb. Bu Hajjah Fatimah.
    Udang galah sungguh menggugah selera. Umbut tepus saya baru tahu ini. Belacan identik dengan masakan Sumatra kalau di Indonesia.
    Selamat menjelang idul adha, semoga amal ibadah, puasa arafah, dan lainnya diterima Allah swt. Aamiin. Salam idul adha dari Jakarta Pusat 😊

    • Wa’alaikum salam wr.wb, mbak Frany Fatmaningrum…

      Umbut tepus memang tidak ramai yang tahu dan mahu. Baunya kurang enak. Kerana itulah saya suka masak tepus dengan sambal tumis belacan untuk mengimbangi bau umbut tepus. Ia jadi lazat dimakan dan baunya berkurangan dek kelazatan sambal tumis belacan. hehehe… bijak kan. 😀

      Selamat menyambut Aidil Adha juga mbak, semoga sejahtera semuanya di sana.
      Terima kasih sudah berkunjung dan salam manis selalu. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.