CT257. UMRAH WAJIB (2): LANGKAH PERTAMAKU DI MASJIDIL HARAM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

LPertamaFatima1MasjidilHaram2011

Pintu Masuk Utama (Main Gate) Masjidil Haram, no.79 Al-Malik Fahd Abdul Aziz

*

MASUKLAH PADANYA DENGAN SELAMAT DAN AMAN

Apabila petugas Tabung Haji mengarahkan kumpulan kami untuk bergerak mengikuti mutawwif memasuki Masjidil Haram melalui Pintu No. 79 yang mempunyai 3 pintu masuk, saya jadi gementar dan tidak sabar. Rasa teruja dengan senyuman yang riang menggambarkan rasa hati yang bahagia. Alhamdulillah.

Ketika menghampiri pintu utama memasuki Masjidil Haram tersebut, saya sempat mendongak ke atas melihat gerbang pintu. Diatasnya tertera nama AL-MALIK FAHD ABDUL AZIZ dan BASMALAH dalam tulisan Arab. “Subhanallah, tingginya”, bisik hati saya.

Dengan lafaz Basmalah dan bacaan UDKHULUHA BISALAAMI AMIINIIN – MASUKLAH KAMU PADANYA DENGAN SELAMAT DAN AMAN (seruan ini merupakan ucapan Allah SWT kepada ahli syurga), saya memasuki Masjidil Haram dengan langkah kanan sambil berdoa agar pekerjaan Tawaf dan Saie dapat berjalan lancar dalam keredhaan Allah.

Seperti ada satu aliran elektrik yang mengetarkan segenap jiwa dan raga sehingga berdiri bulu roma saat pertama kali memasuki Masjidil Haram. Tangan saya dan SPH saling bergenggaman (berlapik kain telekung) sambil berjalan seiring melangkah cergas mengikut barisan di depan menuju arah Kaabah.

Suasana di Masjidil Haram terasa jauh berbeza dengan Masjid Nabawi dan masjid-masjid lain di seluruh dunia. Di Masjidil Haram lelaki dan wanita boleh masuk bersama-sama dari mana-mana pintu. Malah dalam keadaan tertentu dibolehkan solat berjemaah bersama dalam satu saf secara bercampur. Keadaan ini terdapat perbahasan berhubung dengan MASYAQQAH (terdesak).

Perasaan bertambah kencang debarannya untuk melihat bangunan Kaabah yang selama ini hanya dilihat melalui media massa atau replika. Sambil berjalan saya menoleh kiri dan kanan. Bagai tidak percaya ramainya para hujjaj yang berada di dalam Masjidil Haram sedang keluar dan masuk menurut urusan masing-masing.

Semasa memasuki pintu No.79, kami berjalan ke dalam Masjidil Haram secara mendatar. Jauh juga rasanya perjalanan tersebut. Rupanya kami sedang berada dalam bangunan tambahan Masjidil Haram yang bersambung dengan bangunan lama melalui beberapa anak tangga untuk turun ke lantai utama bangunan lama.

*

LPertamaFatima2DataranMasjidilHaram

*

PERLUASAN MASJIDIL HARAM 1988, RAJA FAHD

Perluasan kawasan Masjidil Haram telah dilakukan oleh Raja Fahd bin Abdul Aziz Ali Saud pada tahun 1409H/1988M sehingga menjadi 180,850 meter persegi daripada sebelumnya iaitu 153,000 meter persegi pada masa pemerintahan As-Saud pertama, Raja Abdul Aziz bin Abdul Rahman Ali Saad pada tahun 1375H1956M.

Tujuan perluasan Masjidil Haram era pemerintahan Raja Fahd adalah untuk (1) memperindah dan memperlengkapkan kemudahan  serta (2) menambah keluasan setiap masjid. Perluasan itu dilakukan di sebelah barat bermula dari Pintu No.1, al-Malik Abdul Aziz sehinga ke Pintu no. 62, Al-Umrah.

Projek perluasan ini merupakan yang terbesar dan dapat menampung kira-kira 80,000 jemaah dalam satu-satu masa. Masjidil Haram jua dilengkapi dengan 3 tangga bergerak (eskalator) di dalam masjid yang menuju ke BUMBUNG MASJIDIL HARAM (tingkat 3).

Semasa saya membuat kajian (menghitung) untuk mengetahui jumlah pintu Masjidil Haram di bahagian luar (aktiviti ketika sedang haid-uzur syar’ie dengan ditemani SPH- 19 November 2011 -Sabtu, bermula jam 9.29 pagi), saya dapati ada 9 tangga eskalator untuk ke tingkat 2 Masjidil Haram.

*

Reka bentuk dalaman kedua bangunan tersebut juga berbeza. Di mana reka bentuk bangunan baru mempunyai nilai estetika moden yang memperlihatkan citra masa kini. Malah yang dapat dirasai adalah keselesaannya kerana dilengkapi dengan alat penghawa dingin (air-condition). 

Saya lebih banyak melakukan solat di bangunan baru berbanding bangunan lama. Biasanya solat Subuh saya memilih solat di bangunan lama kerana kurang sejuk dan selesa. Untuk Zohor hingga Isyak saya suka bersolat di bangunan baru dalam keselesaan oleh kedinginannya.

*

LPertamaFatima9T1LamaMasjidilHaram

Ruang dalam bangunan lama Masjidil Haram yang berdekatan dengan Dataran Kaabah

*

LPertamaFatima7L2LamaMHaram

Ramai hujjaj mengambil kesempatan merehatkan diri selepas solat Subuh dan Solat Sunat Dhuha di ruang solat bangunan lama Masjidil Haram. Laluan di hadapan yang terang kelihatan dilimpahi cahaya adalah ruang untuk bertawaf.

*

LPertamaFatima8L1LamaMHaramTawaf

Ramai para hujaj sedang bertawaf di Tingkat 2 yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit atau 1 jam 45 minit. Tawaf di sini menambil masa yang lama kerana pusingannya sama besar dengan Masjidil Haram selain ramainya jemaah yang bertawaf di sini kerana terlindung dari panas.

*

PERLUASAN MASJIDIL HARAM 2011, RAJA ABDULLAH

Menurut Akhbar DDHK, Arab Saudi — Pada 19 Ogos 2011, Raja Abdullah bin Abdul Aziz telah meletakkan batu asas bagi merasmikan renovasi secara besar-besaran ke atas Kompleks Masjidil Haram yang menjadi gagasannya.

Projek perluasan ini dilakukan dengan keluasan 400 ribu meter persegi dan Raja Abdullah menyebutnya sebagai King Abdullah Expansion. Raja Abdullah mahu Masjidil Haram lebih luas bagi menampung sehingga 1.2 juta jamaah dalam satu-satu masa.

Oleh itu, Pemerintah Arab Saudi menyediakan dana sebanyak 21 milion dolar AS untuk membiayai projek mega tersebut. Projek pembesaran dan perluasan Masjidil Haram dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Namun projek tersebut mendapat respon yang kurang menyenangkan dari segelintir umat Islam di seluruh dunia atas beberapa sebab yang mempunyai alasan masing-masing. Perkara ini juga pernah saya bincangkan di dalam posting CT192. WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN (5): MAKKAH 2020 & 2050.

*

LPertamaFatima3BelajarDiMasjidil Haram

Beberapa kelompok pengajian sedang berlaku di dalam Masjidil Haram di Tingkat 1. Kebiasaannya pelajar ini ditawar untuk menjadi pemimpin tawaf dan saie. Saya sedari apabila melihat pakaian “seragam” jubah putih dan kain “sal” merah yang dipakai semasa mengaji. Pakaian itu seakan baju uniform mereka.

*

LPertamaFatima4Lantai2MasjidilHaram

Ruang solat bangunan baru Masjidil Haram yan ber’air-cond’. Ramai jemaah mengambil kesempatan untuk tidur dan ada yang membawa tilam tidurnya di sini.

*

LPertamaFatima5Tingkat2MasjidilHaram

Ruang solat bangunan baru. Lurus kelihatan cahaya di hadapan adalah pintu bertangga yang menyambungkan bangunan baru dan bangunan lama. Ruangan ini dari pintu No.73, 74 dan 75 (Pintu King Fahd).

*

LPertamaFatima6Lantai2LamaMHaram

Inilah tangga yang menyambung bangunan baru dan bangunan lama di Tingkat 2. Foto ini saya ambil dari bangunan lama. Tiang-tiang segi empat berwarna putih kehijauan adalah reka bentuk baru bagi bangunan baru Masjidil Haram.

*

bunga

DI SITU HATIKU TELAH BERSUJUD

Setelah menuruni tangga bangunan baru (tingkat 1) untuk memasuki lantai bangunan lama yang berhampiran Dataran Kaabah, mata saya terus mencari Baitullah yang dirindui. Dari sayup kesamaran cahaya dalam bangunan dan terangnya cuaca di luar sana. Jantung saya seakan berhenti degupnya apabila melihat sebuah bangunan segi empat berkain hitam di depan mata.

“Allahu Akbar walhamdulillah. Bang, akhirnya kita dapat melihat Kaabah. Besarnyaaaaa.” ujar saya kepada SPH. “Alhamdulillah. Akhirnya kita dapat melihat di depan mata sendiri.” balas SPH dengan senyum lebar.

“Bang, kita baca Doa Melihat Kaabah. Abang baca, Mah amiinkan.” gesa saya sambil membuka lembaran halaman 12 dan 13 dari buku kecil bertali – HIMPUNAN DOA-DOA TERPILIH DI TANAH SUCI, pemberian pihak Tabung Haji.

Subhanallah, rasa hendak sujud syukur sahaja ketika itu, tetapi belum berkesempatan melakukannya lagi kerana urusan Tawaf Wajib perlu dilaksanakan dahulu. Air mata mulai bergenang dengan senyum kebahagiaan terukir di bibir. Ya Allah, di situ hatiku sudah bersujud kepada-MU. Sebentar lagi…..

 KETIKA CINTAKU BERTAWAF di BAWAH LINDUNGAN KAABAH.

*

Kembara1FatimaHajiUmrah3Kaabahku

 Bangunan Kaabah pada hari pertama saya menunaikan Tawaf Umrah Wajib. Allahu Akbar. Rindu itu kembali menerpa sehingga saat ini untuk kembali semula menatapmu dari dekat.

*

KU SEBUT NAMAMU…. NAMUN ADA RINDU YANG LEBIH DARI ITU

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima 13 Jun 2014 (Jumaat)/15 Syaaban 1435H/ 9.33 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU….  mencintaimu dari seluruh hatiku. Tidak akan pernah hilang dan padam walau ribut melanda datang mengancam. Tidak akan pernah luluh dan roboh walau lahar berapi mencair datang merempuh. Tidak perlu kau merasa getir dan khuatir walau kilat memancar petir. Cintaku padamu kukuh utuh tetap teguh. Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. percayalah… di situ ada hatiku yang selalu mengingatimu dalam doa dan sujudku. Semoga selalu dilindungi Tuhanmu dalam setiap langkah hidupmu. Wassalaam. 🙂

 IngatanFatima1Padamu

*

DARI KEJAUHAN INI…. RINDU PADAMU  MENYAPA LAGI

bunga

*

14 thoughts on “CT257. UMRAH WAJIB (2): LANGKAH PERTAMAKU DI MASJIDIL HARAM

  1. Assalamualaikum bunda Fatimah,
    Hati yang membaca ikut sejuk dan damai,
    Saya baru bisa sebatas memimpikan Masjidil Haram ini bunda. Mudah-mudahan suatu masa bisa berkunjung kesana. Aamiin.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      Mudahan mimpi itu akan menjadi nyata dan bersedialah segala persediannya dari sekarang setelah ada niat di hati, mbak.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam manis mbak. 🙂

  2. luar biasa kak, bisa pergi umrah, saya juga pengen banget nih bisa kesana, tapi belum punya uang yang cukup 😀
    harus rajin nabung ya kak 🙂
    doakan saya juga yah biar bisa prgi umrah juga 😉

    • Alhamdulillah, semua itu atas izin Allah dan jemputan-NYA buat Kakak. Umrah yang akak buat ini adalah pakej kepada Haji Tamattuk di mana umrah ini juga menjadi UMRAH WAJIB buat kakak kerana baru pertama kali melakukan umrah.

      Kakak doakan Ririn akan dapat mengerjakan Umrah dan Haji di masa akan datang. Aamiin. Insya Allah, setelah niat itu wujud di hati, tunggulah jemputan dari Allah SWT dalam waktu yang ditentukan.

      Untuk memulainya, menabunglah sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit. Jika sudah tiba masanya nanti, tiada apa atau siapa yang dapat menghalang panggilan Ilahi untuk ke Tanah Suci.

      Terima kasih Ririn untuk kunjungannya.
      Salam manis selalu. 🙂

  3. Assalamualaikum wr wb
    bunda Fatimah
    Masjidil haram merupakan salah satu tempat dimana doa diijabah ya bund..
    Dan dari waktu kewaktunya para jamaah dari seluruh dinia yang datang selalu bertambah..
    hingga perluasan masjid pun memang dirasa perlu dilakukan oleh pemerintah disana..
    salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr…

      Terdapat 13 tempat mustajab berdoa di Masjidil Haram (termasuk tempat Saie. Allah SWT telah memberi jaminan di dalam hadis Rasulullah SAW bahawa ada tiga tetamu Allah yang apabila mereka berdoa akan diperkenankan Allah iaitu orang yang mengerjakan UMRAH, HAJI dan berjihad di jalan Allah.

      Semoga dengan perluasan tersebut, jemaah haji dan umrah akan rasa selesa mengerjakan ibadah mereka. Terima kasih Purnomo atas kunjungan.

      Salam sejahtera. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Mintarsih….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Semoga rindu itu akan terubat di suatu ketika nanti pada masa yang Allah SWT tentukan untuk ke sana. Siapkan rindu mbak dari sekarang denan amal ibadah yang dapat mendekatkan harinya.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam manis selalu. 🙂

  4. Pingback: CT292. SUARA MUAZZIN PALING MERDU DI DUNIA | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.