CT436. WELCOME RAMADHAN 2017

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

MARHABAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK

*

Hadirlah Wahai Yang Menyentuh Hati…

Engkau datang membentang jalan pahala,  bertandang membuka kelapangan jiwa. Tidak sabar rasanya meniti perjalanan seorang hamba bagi menunai hak Yang Maha Esa dengan seluruh jiwa raga.

Sungguh, aku sangat rindu sekali dengan kehadiranmu, Wahai Ramadhan. Ya Allah, terima kasih kerana Ramadhan 2017 ini aku masih dipanjangkan umur untuk menikmati kasih sayang-MU yang berganda-ganda. Aku akan mengutipnya untuk bekal menemui-MU suatu hari nanti.

atau…, mungkinkah ini, Ramadhan ku yang terakhir….. tidak siapa yang tahu !  Aku mencintai-MU, ya Allah.

*

JANGAN LUPA MEMBACA NIAT PUASA…

*

*

SALAM RAMADHAN

Semoga Allah mempermudahkan ibadah puasa kita. Mudahan amalan kita diterima Allah, diampuni dosa, dirahmati kehidupan dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk menyempurnakan ibadah puasa tahun ini. Aamiin. Ya Rabbal’alamiin.

*

*bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima23 Mei 2017 (Selasa)/ 26 Sya’ban 1438H/ 1.30 petang, Bintagor, Sarikei, Sarawak

AKU…. dan kita semua, hanya hamba yang tidak bertenaga. Hidup disusul dengan bekal yang diberi pahala untuk jalan menuju syurga bagi menemui Allah SWT. Perhatikan alam buana, ada cerita kita yang bakal berkata-kata di akhirat sana. Semoga Allah mengampuni kita. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU….  Salam Ramadhan Untukmu, dari kedekatan rasa yang tersimpan, ku kirim dari hatiku yang terdalam, setulus maaf yang tidak pernah padam jika ada tercalar bahasa dan terguris seloka saat kita menukil aksara tinta bualan kata. Semoga diberkati dalam kemenjadian hidupmu. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

22 thoughts on “CT436. WELCOME RAMADHAN 2017

  1. Kalau ikut kalendar di Malaysia menggunakan kiraan Hisab, 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu ini, 27 Mei 2017. Apakah sama dengan di Indonesia, Winny. ?

    Terima kasih sudah berkunjung Win dan salam manis. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak yang dikasihi…

      Alhamdulillah, semoga keberkatan dilimpahi kepada kita semua dan menjalani ibadah puasa dengan sempurna.Aamiin, Allahumma Aamiin.

      Terima kasih kak sudah berkunjung dan Selamat Hari Lahir buat kakak di sana. Semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki dalam keberkatan Ilahi.

      Salam kasih selalu. 🙂

  2. Assalamu alaikum wr.wb
    Mohon maaf zahir bathin kak atas salah dan khilaf
    selamat menjalankan ibdaha di bulan suci Ramadhan, semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT, aamiin ya rabbal alamin

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Mohon maaf zahir bathin juga, mbak.
      Semoga selalu sihat untuk beramal ibadah sepanjang bulan Ramadhan nanti.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam manis. 🙂

  3. Assalamualaikum bu Hajjah Fatimah. Marhaban ya Ramadhan. Di Indonesia kami lihat hilal dulu baru keputusan kementrian Agama mulai puasa kapan. Namun ada juga yang mengikuti kalender hijriyah. Mana saja yang penting menjalankan ibadah puasa Ramadhan. Salam hangat dari Jakarta Pusat.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Franny….

      Sama juga di Malaysia. Melihat anak bulan akan diadakan petang ini di banyak lokasi seluruh negeri di Malaysia. Kiraan hisab memang sudah ditetapkan di dalam kalendar. tetapi jika anak bulannya nampak, maka didahului anak bulan. Walaupun begitu, selalunya kiraan hisab adalah tepat dengan jangkaan kemunculan anak bulan. Jika anak bulan nampak petang ini, maka berpuasalah kami di sini esoknya.

      Mudahan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan kesihatan yang baik. Selamat menjelang Ramadhan, mbak dan terima kasih sudah berkunjung. 🙂

  4. Assalamu’alaikum wrw wb puan Fatimah
    Allhamdulillah kita sudah menjalani bulan penuh berkah bulan ramadhan.
    semoga kita semua mendapatkan keberkahan bulan ramadhan dan giat meningkatkan amalan2 untuk mendapatkan pahala dan keridhoan Allah swt
    aamiin

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb….

      Alhamdulillah, mudahan semuanya baik dan dimudahkan Allah saat kita sedang menjalani ibadah puasa dengan keberkahan dan rahmat dari-NYA. Aamiin.

      Terima kasih mas dan salam Ramadhan al-Mubarak.

  5. Assalammualaikum ustazah. Alhamdulillah kita sudah pun melalui bulan Ramadhan pada bulan April yang lalu dengan penuh indah pada tahun 2021. Walaupun kita tidak merasai suasana Ramadhan seperti dahulu yang dunia masih aman daripada wabak covid 19 ini namun ianya tidak menghalang kita daripada melakukan ibadah kepada Allah dan terus menerus merebut peluang pahala di bulan yang penuh barakah.

    Kedatangan bulan Ramadan setiap tahun sememangnya dinanti-nantikan oleh umat Islam yang mengetahui manfaat mahupun kelebigan yang terdapat pada bulan ini. Orang-orang yang beriman tidak akan mensia-siakan kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadan ini walaupun sesaat. Begitu jugalah diri saya. Saat bakal tibanya Ramadhan, saya berasa sungguh teruja dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan umur yang Panjang agar saya boleh merasai nikmatnya Ramadan. Bulan Ramadan juga dikenali sebagai bulan keampunan yang mana pintu taubat dibuka seluas-luasnya pada bulan ini. Disebabkan peluang inilah ramai umat Islam termasuklah diri saya merebut peluang untuk sentiasa berdoa dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Bukanlah bermakna hanya pada bulan Ramadan sahaja kita berdoa dan memohon keampunan kepada Allah, namun fokusnya disini pada bulan Ramadan pintu taubat sangat istimewa. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah SWT, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu”, (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Saya berharap agar masih diberikan peluang untuk saya mengecapi keberkatan dan keindahan pada tahun hadapan. Sesungguhnya bulan Ramadan adalah bulan paling ditunggu dan kelebihannya janganlah kita sia-siakan. Rebutlah peluang jika kita masih diberikan ditemukan dengan Ramadan.

    NUR AQILAH KHALIQAH BINTI JEMAT
    PISMP PIM SK (2) JUN 2020
    SEMESTER 1 TAHUN 2
    IPG KAMPUS BATU LINTANG

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.