CT325. SEPANJANG JALAN KENANGAN…. SEVILLA KE MASJIDIL HARAM (1): AL-HARAM BERUBAH WAJAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

JejakFatima4YangHilangCover*

Tulisan ini merupakan sambungan dari empat siri dengan siri terakhirnya CT100. DI SEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI (4), namun berlainan versi iaitu versi Makkah.

Empat posting “DI SEPANJANG PERJALANAN INI…”, adalah versi Madinah yang mengungkap kehidupan saya dan SPH selama 9 hari untuk Ziarah Rasulullah SAW di Kota Nabi sebelum rombongan KT33 Sarawak meneruskan perjalanan haji menuju Kota Makkah al-Mukarramah.

*

AL HARAM BERUBAH WAJAH

Pertemuan dengan Mastika di Wisma Sanyan, Sibu dua minggu lalu amat mengesankan hati saya. Mastika adalah teman sebilik di Hotel Sevilla Barakat selain Kak Senah, Kak Halimah dan Nenek Daerah. Pertemuan ini menjadi antara sebab posting bersiri SEPANJANG JALAN KENANGAN… diabadikan dalam tulisan.

Banyak jejak penting dalam hidup kami sekitar 1 km antara Hotel Sevilla Barakat dan Masjidil Haram (Al-Haram) kian hilang ditelan bumi. Sudah berkubur tanpa sebarang tanda untuk dikutip kembali. Hanya kenangan yang dapat diukir untuk dikalung dalam khazanah minda. Tiba-tiba sebak mengetuk tangkai hati.

Mastika baru dua minggu pulang dari menunaikan umrah (umrah setelah pulang haji) saat pertemuan kami berlaku. Banyak cerita yang dikhabarkan tentang perkembangan Masjidil Haram yang masih rancak dalam pembangunan dan pembesaran.

Keadaan nampak sangat berbeza berbanding tahun 2011. Jalan masuk ke dalam bangunan Masjidil Haram juga semakin terhad. Pintu-pintu masuk banyak di tutup. Jemaah umrah hanya dapat menggunakan pintu No. 63 hingga No. 94 untuk memasuki Masjidil Haram.

Ini bermakna pintu utama No. 1 hingga pintu Utama No.62 tidak dapat digunakan kerana tujuan pembangunan yang sedang dilakukan. Gambaran ini sangat berbeza dengan suasana yang pernah saya lalui. Kini, bangunan Masjidil Haram sedang berubah wajah.

*

pintufatima6pintuutamaalharam

Pemandangan Masjidil Haram sebelum perubahan dan pembesaran dilakukan

*

KENANGAN TERINDAH

Untuk mengetahui sedikit gambaran tentang pintu-pintu yang pernah wujud di Masjidil Haram, anda boleh merujuk catatan pengalaman saya dan SPH ketika melakukan aktiviti menghitung pintu Masjidil Haram dalam CT299. TETAMU BULANAN MAKKAH (3): MENGHITUNG PINTU MASJIDIL HARAM.

Merujuk perubahan Masjidil Haram yang semakin pesat, ini bermaksud anda yang telah menunaikan haji dan umrah selepas tahun 2012 dan seterusnya, tidak lagi dapat melihat bangunan lama yang telah dirobohkan.

Pemandangan ini menjadi satu kenangan terindah yang abadi dalam kotak memori bagi sesiapa yang pernah melalui pintu-pintu yang sudah tersungkur ke bumi dan tidak akan pernah melaluinya lagi.

Alhamdulillah, keinginan menghitung pintu Masjidil Haram bersama SPH, benar-benar merupakan nostalgia yang bersejarah. Pengalaman itu sangat indah bersama ratusan foto yang telah saya dan SPH rakamkan.

Sebahagian foto tersebut, telah saya kongsikan di dalam banyak posting. Insya Allah dalam posting yang akan menyusul di kemudian hari, banyak lagi yang akan dipaparkan sebagai bahan bukti sejarah yang pernah wujud di muka bumi ini.

Saya sangat bersyukur dan berasa beruntung kerana saya dan SPH diberi izin Allah melalui pengalaman yang tidak dirancang ini. Ia sangat bermakna buat saya kerana meneliti setiap pintu-pintu masuk ke Masjidil Haram dengan penuh perhatian.

Setiap detik yang dilalui terbayang jelas di mata. Ekspedisi mengelilingi bangunan Masjidil Haram dan bangunan Saie berjaya mencapai misinya. Semua itu tinggal kenangan. Saya dan SPH menjadi sebahagian dari sejarah kota Makkah moden.

Pengalaman kami saat itu sangat berharga. Kami tidak akan menemuinya lagi kerana ia sudah menjadi debu dan diganti dengan suasana baru. Ku tarik nafas dalam-dalam untuk menghilangkan rindu yang menggoncang. Allahu Akbar.

*

JejakFatima2Pintu79AlmalikFahd

Pintu Utama yang masih kekal dan menjadi tumpuan jemaah untuk memasuki Masjidil Haram. Selain itu, pintu-pintu lain bermula no. 62 hingga 94 juga dapat digunakan selain pntu utama.

 *

****************

SUATU KETIKA DAHULU AKU PERNAH MELALUI JALAN INI

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima17 April 2015 (Selasa)/ 27 Jamadil Akhir 1436H/ 12.10 petang, Bintangor, Sarawak

AKU…. dan segala kenangan yang pernah hadir dalam kamus hidup adalah keindahan yang perlu dihargai bukan dikesali. Semuanya indah. Namun yang paling indah adalah dirimu yang telah mengisi kebahagiaan dalam suka dan duka kehidupan. Terima kasih Tuhan, menjadikan jalan ceritaku sebuah buku yang boleh dibaca walau tidak beraksara.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU… Mimpi akan menjadi mungkin sekiranya ia dapat dibangkitkan dalam realiti kehidupan. Asal berani bermimpi segalanya mungkin. Selalu ada doa buatmu yang selalu bermukim di hatiku.   Aamiin. Wassalam. 🙂

*
HarikuFatima
*

21 thoughts on “CT325. SEPANJANG JALAN KENANGAN…. SEVILLA KE MASJIDIL HARAM (1): AL-HARAM BERUBAH WAJAH

  1. Itulah ‘mozaik kehidupan seorang Siti Fatimah Ahmad di bumi Makkah … indah dan penuh makna … Subhanallah.

    Melihat denah ‘Menghitung Pintu Masjidil Haram … saya semakin takjub … dulu saya menunaikan ibadah Umrah tahun 2006 … kalau mau ke Masjidil Haram, baik pergi dan pulang ke hotel dengan berjalan kaki +/- 100M … selalu melewati ‘pasar seng dan masuk kedalam Masjidil Haran melalui pintu Marwah … 🙂

    • Alhamdulillah, semuanya sudah tersurat dalam ketentuan Ilahi. Hanya kita mengusahakannya tanpa disedari. Saya yakin nama pintu Marwah dan pjntu lain yang dikenali dan diketahui oleh jemaah umrah haji sebelum tahun 2011 itu memang wujud, cuma ketika kami meneliti nama-nama pintu di Masjidil Haram, banyak tidak bernama.

      Secebis kenangan pasti hinggap melatari kehidupan kita yang pernah melalui pintu yang sudah tidak wujud lagi sekarang ini.

      Terima kasih mas Abrus kerana berkongsi pengalaman yang menarik.
      Salam sejahtera. 🙂

  2. Assalamu alaikum
    Masjidil Haram terus diperbesar, banyak bangunan yang semula ada kini tiada lagi, semata-mata untuk kepentingan dan kenyamanan lebih banyak jamaah ya

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda….

      Iya, banyak yang sudah diroboh untuk membesarkan bangunan Masjidil Haram. Jika saya kembali lagi ke sana, pasti saya tidak mengenali lagi sebahagian pintu-pintu yang pernah saya telusuri saat melakukan aktiviti menghitung pintu al-Haram.

      Masjidil Haram perlu diperbesar bagi menampung jumlah jemaah haji yang semakin ramai sehingga bersolat di luar al-Haram.

      Terima kasih mbak Monda dan salam manis. 🙂

  3. ASSALAM DIK FATIMAH… HANYA TINGGAL KENANGAN YA…BEGITULAH KEHIDUPAN DGN PERUBHAN SENTIASA BERLAKU MNGIKUT KESESUAIAN MASA..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah…

      Setiap berlalunya zaman, kita temui pelbagai perubahan yang membangunkan tamadun manusia. Tanpa kita sedari kita juga meroboh tamadun sedia ada untuk maslahat umat semasa. Tidak ada sesiapa yang mampu menolak apabila giliran yang sudah ditentukan Allah SWT itu tiba pada masa yang telah direncanakan dalam pengetahuan-NYA.

      Tderima kasih kakatas kunjungan dan salam mesra selalu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya….

      Tidak akan tersesat jika tidak panik. Nombor pintu di luar juga di tulis di dalam Masjid. Jemaah selalu sesat di dalam Masjid kerana terlupa arah pintu yang dimasuki awalnya.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sejahtera. 🙂

  4. Assalamu’alaikum mbak Fatimah..

    Baru kembali ke blog LMGS G2 lagi, selalu menyaksikan postingan menarik mbak Fatimah tentang perjalanan spiritualnya ke Masjidil Haram, banyak pengalaman yang diceritakan kepada kami tentang masjidil haram dulu dan sekarang, apa kabar di Sarikei mbak?

    Salam ta’zim dari saya di Dompu-NTB

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, saudara Ar Syamsuddin…

      Alhamdulillah, semuanya baik. Aamiin.
      Mudahan kongsian yang dipaparkan di LMGS G2 dapat memberi manfaat kepada semua yang mengikuti perkembangan posting di sini.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam hormat. 🙂

  5. Alhamdulillah, syukur dengan gamabar2 yang Kak Fatimah ambil waktu haji 2011. Kini memang banyak sangat yang berubah. Pintu untuk terus ke Kaabah tidak banyak. Ada sesetengah pintu yg ada sekarang, hanya untuk masuk ke masjid berjemaah di bahagian bawah tanah. Untuk mendekati malah cuma untuk melihat Kaabah pun, apa lagi bertawaf, perlu keluar semua dan cari pintu yang betul.

    • Alhamdulillah, aktiviti memoto yang dijalankan sepanjang 34 hari di Makkah dahulu ternyata banyak memberi kenangan dalam hidup kerana saya tidak akan menyaksi hal yang sama apabila ke sana lagi di kemudian hari.

      Oleh itu, foto-foto tersenyum sudah menjadi bahan sejarah yang manfaatnya dapat menggambarkan perubahan yang berlaku.

      Akak pernah dua kali solat di bawah tanah Masjidil Haram dan kemudiannya naik anak tangga untuk ke Datran Kaabah dari dalam bangunan tersebut. nampaknya ruang naik anak tangga itu sudah di tutup, ya sehingga jemaah harus kembali semula ke pintu asal yang dimasuki untuk keluar mencari pintu masuk lain ke Masjidil Haram.

      Sangat berbeza sekali gambaran yang Aiharun berikan. Terima kasih sudah memberi informasi yang mencerahkan.

      Salam manis selalu. 🙂

  6. Assalamu’alaikum Mbak Fatimah. Apa kabar?
    Indah sekali Masjidil Haram ini ditatap dari atas. Dan banyak juga pintu-pintunya rupanya.
    Saya masih mengharapkan agar suatu saat nanti bisa berkunjung juga kesana.
    Berbahagialah Mbak Fatimah telah mengunjunginya.

    Salam dari saya di Sukabumi,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb mas Titik Asa…

      Alhamdulillah dan didoakan juga dalam kondisi yang dirahmati Allah SWT. Dulunya pintu masih banyak dan untuk yang baru dibina ini mungkin lebih banyak dan tampak moden binaannya. Cuma kesan lama itu sudah tidak dapat dilihat lagi terutama di bahagianTimurnya yang sudah diroboh.

      Aamiin Allamumma Aamiin. Saya turut mendoakan kesempatan yang bakal dikurniakan Allah SWT kepada mas Titik dan isteri untuk sampai ke Tanah Suci.

      Terima kasih atas kunjungan.
      Salam hormat dan sejahtera selalu. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.