CT162. KASUT “TAWAF” KU (2) – HADIAH DARI TANAH SUCI

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

KasutTawaf2Fatima0HadiahTanahSuci

Hari Ahad (7 April 2013), saya sekeluarga pulang ke kampung di Sri Aman untuk mengunjungi emak yang akan berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan Umrah bersama abang sulung pada 11 April 2013 selama 14 hari. Selain itu, meraikan kepulangan adik saya, Rose  dari Tanah Suci kerana menunaikan Umrah Wajib bersama suami.

Alhamdulillah, saya sangat gembira dan bahagia menerima 2 hadiah kasut ‘tawaf” dari Rose. Sangat cantik buatan dan reka bentuknya. Lalu mengingatkan saya pada saat-saat melakukan tawaf dengan kasut berbentuk stokin  ketika menunaikan haji dahulu.  Hadiah dari Tanah Suci yang mengharukan. Rindu pun bermukim di kalbuku untuk kembali menjejak kaki ke sana. Semoga Allah SWT mengundang semula di lain masa. Aamiin.

Kasut benang bulu berkait, hadiah Rose ini lebih menarik, tebal dan unik berbanding yang pernah saya beli (lihat CT114. KASUT “TAWAF” KU). Ia dibeli di Madinah. Saya sangat menyukainya. Sebagai ganti kepada satu kasut “tawaf” saya yang sudah uzur kerana menjadi stokin solat setiap hari.

KasutTawaf2Fatima1Coklat

Kasut stokin ini sangat cantik dan unik rekaannya. Ia mempunyai kolar dan dihiasi riben. Dikait kemas dan direka bentuk seperti kasut

*

MADE IN CHINA

Satu yang mengkagumkan saya apabila melihat buatan kasut stokin tersebut adalah MADE IN CHINA. Hehehe… nama sahaja HADIAH DARI TANAH SUCI, ingatkan buatan dari negara-negara Timur Tengah tetapi ternyata MADE IN CHINA.

Masya Allah jika diselusuri  barangan jualan di sana adalah sangat banyak dari China seperti tasbih, tudung, stokin, baju jubah lelaki dan wanita, kopiah, kain sal, kasut, selipar, tali pinggang dan sebagainya. Negara China memang hebat kerana barangan buatannya tersebar di hampir seluruh pelusuk dunia dari sekecil jarum sehingga kepada sebesar roket angkasa.

Negara China mempunyai penduduk Muslim yang ramai hasil dari perjuangan dakwah yang dibawa oleh empat sahabat Rasulullah SAW iaitu SAAD BIN LEBID r.a, YUSUF r.a, Khas r.a dan Khis r.a di zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan r.a  pada tahun 652 M. Nama Saa (Saad) dan Yui (Yusuf) banyak digunakan oleh Muslim China pada nama mereka bagi merujuk kepada nama dua sahabat Rasulullah SAW tersebut.

KasutTawaf2Fatima2Belang

Kasut stokin ini mempunyai sarung sehingga atas buku lali. Sangat selesa memakai. Tebal dan kemas sekali kaitan benang bulunya.

*

TERIMA KASIH akak ucapkan kepada Rose. Sangat terharu atas hadiah tersebut dan sangat menghargainya. Akak doakan Ros dapat menunaikan haji pula selepas ini.  Semoga dimurahkan rezeki, diluaskan ilmu pengetahuan, dibentangkan kebahagiaan dan dilindungi Allah SWT di dunia dan di akhirat. Aamiin. I LOVE YOU, DIK.

ThankYouRoseFatima**************

9  APRIL 2013 (Selasa)/ 28 Jamadil Awwal 1434H/ 10.38  malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. dan masa lalu tidak pernah berpisah kerana setiap apa yang ku terima hari ini adalah masa lalu yang memberi seribu pengajaran. Aku terus berusaha untuk menerima segala takdir dengan iman dan taqwa. Setiap yang menerjah kita semuanya rencana dari Yang Maha Esa. Aku bersyukur dengan kurnia akal dan ilmu, akan ku selusuri padang hidup ini dengan sabar dan tenang jiwa. Lindungi aku Ya Allah dalam meraih redha dan cinta-MU. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

FatimaRoseAhmad

*

LAGU KEGEMARANKU DAN ROSE “SEROJA”

S. EFFENDY – penyanyi asal LAGU SEROJA

*

*

*

*

DEDIKASIKU UNTUKMU…. jika sepi menjadi teman untuk bermain lagu rindu di tepi jendela, akan ku sapa angin sambil berbisik untuk menghantar setulus doa padamu agar sepi itu hilang dimamah zikrullah dalam tasbih cinta. Jika harapan itu adalah hadiah Tuhan, raihlah segala mimpi menjadi kenyataan. Wassalam. 😀

MIMPI MENYATUKAN KITA DALAM KEINDAHAN YANG TIDAK ADA DI ALAM NYATA

*

17 thoughts on “CT162. KASUT “TAWAF” KU (2) – HADIAH DARI TANAH SUCI

  1. waalaikumsalam,
    hadiah ole2 dari tanah suci memang selalu dinantikan oleh siapa saja, dengan harapan suatu saat nanti penerima hadiah juga memperoleh rejeki untuk memenuhi panggilan ALLAH melakukan ibadah di tanah suci, baik itu ibadah haji atau sebatas ibadah umrah.
    Dan bagi yang sudah pernah ke tanah suci, tentunya hadiah tersebut menghadirkan kembali kenangan akan syahdunya saat beribadah di tanah suci,,,dan semakin menguatkan kerinduan akan kembali ke tanah suci lagi…,
    semoga sahabatku Fatimah senantiasa sehat dalam lindungan ALLAH SWT,
    salam persahabatan dari Makassar – Indonesia….salam 🙂

    • Alhamdulillah, sihat. Didoakan mas Hariyanto juga baik di sana. Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

      Memang kita selalu mengharap adanya ole-ole dari Tanah Suci tetapi lebih baik kita jangan “memesan” kerana ini akan membebankan mereka kerana tujuan ke sana adalah untuk beribadah. Jika ada yang menghadiahkan, maka terimalah dengan hati yang gembira. 😀

      Sungguh setiap pemberian dari Tanah Suci akan menggamit rasa terharu di hati untuk kembali ke sana. Tidak dinafikan adanya sekelumit “cemburu” kepada yang dapat ke sana sedangkan kita ini disibukkan dengan tugas yang tidak pernah habis dengan cuti yang sedikit cuma.

      Terima kasih dan salam hormat selalu. 😀

    • Iya mbak, sama juga di Malaysia. Sehingga mengkagumi kebijakan rakyat China dalam menghasilkan barangan bagi negara mereka untuk di eksport ke negara-negara lain di seluruh dunia.

      Pada hal sumber dana negara mereka bukanlah sebanyak negara kita ini. Tetapi mereka sangat rajin dan gigih berusaha.

      Terima kasih mbak Mintarsih.
      Salam manis di petang indah ini. 😀

  2. Salam Kak Timah. Alhamdulillah, ada pun hadiah yang diberi adalah atas rasa ingin berkongsi rezeki yang Allah berikan. Bak kata bijak pandai, “sedikit tanda ingat, banyak tanda berlebih”.

    • Alhamdulillah, terima kasih sudi menyapa akak di sitok.
      Hehehe… best na jak kata bijak pandai ya. Bagus mun sedikit sebab selalu diingat. 😀

      Salam sayang dari akak yang jauh tapi dekat di hati. 😀

    • Salam kembali, mas Zainal…

      Alhamdulillah, terima kasih sudah berkunjung lagi. senang menerima kunjungan mas Zainal. Mudahan bermanfaat dari pengalaman yang dikongsikan.

      Salam sejahtera. 😀

  3. malam Bundaku tersayang
    apa kabarnya?
    wah jika oleh oleh itu dari Bunda dan darimanapun bunda berpergian blue sangat senangah menerimanya(jika diberi…yakan bunda..heheh)
    kapan kapan kirimkan y bunda oleh olehnya ke blue………hahahha
    selalu ringan dan enak membaca postingan bundaku ini
    salam hangat dari blue
    selalu ada doa buat bunda sekeluarga disana

    • Salam untuk Blue…

      Alhamdulillah, bunda sihat dan baik-baik sahaja.
      Didoakan nanda Blue juga dalam kondisi yang sama dan selalu dilindungi Allah SWT.

      Mudahan, jika ada rezekinya… tentu ada oleh-oleh yang tidak disangkakan dari sesiapa sahaja yang akan memberinya kepada Blue.

      Terima kasih sudi menyapa bunda di sini kembali.
      Senang menerima kunjungan daru nanada Blue.

      Salam hangat kembalu. 😀

  4. Assalamu “alaikum Wr. Wb.

    Jika kita bicara mengenai hadiah, apapun bentuknya pasti akan membuat senang si penerimanya, apalagi hadiah itu berasal dari suatu daerah yang punya sejarah bagi kehidupan kita, seperti halnya negara Arab Saudi merupakan negara yang punya sejarah bagi semua umat muslim di seluruh dunia ini, maka jika kita mendapatkan hadiah yang berasal dari negara tersebut pastinya akan sangat senang dengan harapan suatu saat nanti penerima hadiah juga memperoleh rejeki untuk memenuhi panggilan Allah Swt melakukan ibadah di tanah suci, baik itu ibadah haji atau sebatas ibadah umrah.

    Dan bagi yang sudah pernah ke tanah suci, hadiah tersebut akan menghadirkan kembali kenangan akan syahdunya saat beribadah di tanah suci,,,dan semakin menguatkan kerinduan akan kembali ke tanah suci lagi…,

    Bagi para pembaca coretan dari bunda ini, berharap akan membangkitkan motivasi yang besar untuk segera bisa ikut bagian dalam cerita-cerita tentang kewajiban kita yaitu ibadah haji ataupun umroh…
    Amin..

    Wassalamu “alaikum Wr. Wb..

    Salam hormat dari Banjarnegara- Jawa Tengah, Indonesia

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Aziz…

      Sesungguhnya begitulah perasaan orang yang mendapat hadiah dari Tanah Suci. Tidak dapat dibayangkan betapa gembiranya walau hadiah tersebut hanya kecil sahaja Tetapi sangat bernilai tinggi di hati yang menerima.

      Mungkin semua ini ada barakah dan rahmat dari Yang Maha Esa untuk menuju kepada-NYA. Aamiin. Iya… jika ada wang yang cukup, mudahan niat untuk berumrah akan dikabulkan Allah SWT Aamiin.

      Terima kasih mas Aziz sudah mencoretkan kongsian rasa tentang hal di atas. Pasti banyak kenangan yang bakal dibawa pulang semasa berhaji nanti. Mudahan.

      Salam hormat kembali. 😀

      .

    • Dulupun, saya menyangka negara China itu tidak ada umat Islam. Setelah membaca banyak sejarah, China mempunyai ramai umat Islam dan Laksamana Cheng Ho yang terkenal dalam sejarah Tokoh Tamadun China adalah seorang muslim.

      Hmmm… maka harus belajar dan mengkaji banyak sejarah China ni. 😉

      Terima kasih Wahyu.
      Salam sejahtera. 😀

  5. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Indah sekali kasut tawaf-nya Mbak, sama indahnya dengan kasut tawaf hadiah emak di CT114. Memang hadiah dari sesorang selalu terlihat indah karena dipersembahkan oleh hati yang mendalam. Tak mungkin seseorang memberikan hadiah kalau tak disertai kedekatan perasaan.

    Salam hangat penuh hormat selalu…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden…

      Alhamdulillah, setiap hadiah yang diterima pasti dapat menggembira dan membahagiakan si penerima. Tambah lagi yang memberi itu orang terdekat dan disayangi,

      Tentu rasa syukur tidak terkira dipanjatkan kepada Yang Maha Esa bahawa yang memberi selalu mengingatkan kita walalu di mana dia berada.

      Terima kasih mas Raden.
      Salam sejahtera dan hormat selalu. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.