CT406. CABARAN HAJI (22): TIPS MENGGUNAKAN TANDAS DI BILIK HOTEL

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

tipsfatima1gunatandasdihotelharamain

*

HOTEL DI HARAMAIN

Seperti yang saya jelaskan di posting CT405. CABARAN HAJI (21): BELAJAR SABAR DI TANDAS, bahawa tandas (+ bilik mandi) di bilik  hotel juga mempunyai cabarannya tersendiri.

Untuk posting ini, saya memulai pengalaman bersama teman-teman yang menginap di dua hotel di bumi Haramain iaitu Hotel Moltaqa Al-Alam, Madinah dan Hotel Sevilla Barakat di Makkah.

*

HOTEL MULTAQA AL-ALAM, MADINAH

Kota Madinah merupakan destinasi pertama jejak saya dan SPH di Tanah Suci. 9 hari menjalani kehidupan di bumi Madinah bukan masa yang singkat. Tetap dirasai lama kerana ada cabaran yang sentiasa menunggu sebagai tetamu kota Nabi SAW.

Di Hotel Moltaqa Al-Alam, bilik 0909 Tingkat 9, saya tinggal bersama Kak Kasma (58 tahun), Kak Senah (50 tahun) dan Mastika (36 tahun). Saya sangat rapat dengan Kak Kasma dan Kak Senah selama berada di Madinah. Mastika pula sentiasa bersama suaminya. Namun hubungan kami tetap akrab.

Selama tinggal sebilik, kami tidak mempunyai masalah semasa penggunaan tandas. Sikap bertolak ansur dan memahami “keperluan” apabila ingin menggunakan tandas dalam keadaan darurat amat dipedulikan.

*

b0909t09mamadinahfatima2a

HOTEL MOLTAQA AL-ALAM, MADINAH

*

bilik-air-hotel-moltaqal-al-alam-medina

Foto dari website Hotel Moltaqa Al-Alam  – menunjukkan kebersihan bilik air hotel tersebut. Hal seperti ini selalu menjadi perhatian pertama saya sebaik masuk ke dalam mana-mana bilik hotel.

*

HOTEL SEVILLA BARAKAT, MAKKAH

Sedangkan di Hotel Sevilla Barakat, Makkah, bilik bernombor 927 di Tingkat 9 menjadi saksi persahabatan dan keakraban yang selalu menyentuh hati untuk selamanya. Kak Kasma tidak lagi sebilik bersama saya, Kak Senah dan Mastika. Tetapi hanya terpisah selang satu bilik sahaja. Namun persahabatan kami tetap kekal terjalin mesra.

Manakala teman sebilik yang baru ialah  Kak Halimah (60 tahun)  dan Nenek Daerah (77 tahun). Alhamdulillah, keduanya juga serasi dan senang didekati.  Ini berkat doa dari kami masing-masing kepada Allah agar diberi teman sebilik yang baik. Kami hidup aman damai tanpa sebarang perselisihan selama hampir 30 hari di hotel.

Walaupun jumlah kami berlima, penggunaan tandas tetap ditangani dengan aman tanpa sengketa dan berebut-rebut. Masing-masing tahu bilakah masa yang sesuai untuk memasuki tandas (+ bilik mandi) tanpa kami mengatur jadual siapa yang dulu dan kemudian terutama ketika waktu mandi.

*

jejakfatima3hotelseviilabarakatmakkah

*

TIPS GUNA TANDAS DENGAN BIJAK

Saya pasti cara kita menangani penggunaan tandas di bilik hotel mungkin berbeza-beza. Hal ini memerlukan kesabaran dan keserasian antara teman sebilik agar tidak berlaku pertingkahan dan tidak selesa selama hidup bersama di dalam satu bilik hanya kerana “berebut” TANDAS (+ bilik air).

Berikut saya kongsikan tips mengguna tandas dengan bijak berdasarkan pengalaman saya selama menghuni di dua hotel di bumi Haramain. Kebijaksanaan kita mengurus masa selama di dalam tandas dan bilik air adalah amat penting agar semua teman sebilik mendapat hak masing-masing.

*

  1. ATUR JADUAL MANDI

Mengurus masa mandi amat penting. Bilik air merupakan ruang yang selalu dihajati oleh setiap ahli bilik kerana ada tandas di dalamnya. Saya sering menjadi orang pertama dan terakhir yang mandi kerana saya tahu berapa lama masa yang saya perlukan di dalam bilik air.

Jadual mandi saya diurus dengan dua masa iaitu pada jam 2 pagi (jarang) dan 11 malam (kerap) sama ada di Madinah  atau di Makkah. Mengapa saya memilih masa tersebut ?

Jika mandi pada jam 2.00 pagi, teman sebilik masih nyenyak tidur. Sedangkan pada jam 11.00 malam mereka sudah tidur. Oleh itu, saya tidak mempunyai gangguan untuk mandi dan berlama-lama di bilik air kerana tidak ada sesiapa yang mempunyai keperluan dengan tandas lagi. 🙂

*

2. ATUR JADUAL MENCUCI BAJU

Di awal kedatangan kami ke Madinah dan Makkah, saya mencuci baju saya dan SPH di dalam bilik air. Tetapi setelah pulang dari Mina, kami menggunakan khidmat dobi di Hotel Sevilla agar lebih banyak masa rehat, berekreasi dan juga digunakan untuk beribadah di Masjidil Haram.

Mencuci baju di dilam bilik air juga mengambil masa yang lama. Pernah beberapa kali saya keluar masuk di dalam bilik air ketika sedang mencuci baju bagi memberi ruang kepada teman sebilik yang tidak tahan untuk “berhajat”.  Tentu kondisi ini kurang menyenangkan, ya. 😀

Satu solusi yang saya ambil adalah menggunakan masa mandi jam 11.00 malam untuk mencuci baju. Ternyata masa ini sangat sesuai dan tiada gangguan. Sedangkan masa yang lain boleh diperuntukkan kepada teman yang lain pula. Jadi tidak berlaku pertembungan masa untuk memcuci baju masing-masing.

*

3. BERTIMBANG RASA DAN BELAS KASIHAN

Kita perlu sabar untuk menggunakan tandas secara bergantian di bilik air apabila berlaku situasi “darurat”  yang memerlukan timbang rasa dan belas kasihan dari sesiapa yang sedang berada di dalam bilik air.

Pernah sekali saya merasa sakit perut yang amat sangat sedangkan di dalam bilik air, Nenek Daerah sedang mencuci bajunya. Saya tidak sampai hati mengganggu Nek Daerah dan segan meminta beliau keluar dari bilik air kerana rasa hormat dan kasihan.

Akhirnya saya menuju ke bilik Kak Kasma dengan harapan yang tinggi tidak ada sesiapa yang menggunakan bilik air ketika itu. Alhamdulillah semuanya dimudahkan Allah.

*

pesanfatimaku

*

…… apabila kita tahu mengurus masa untuk masuk ke bilik air atas tujuan “berhadas kecil” atau mandi, kita akan merasa aman dan senang selama menginap di bilik hotel bersama teman-teman yang baru kita kenali. Sikap bertolak ansur sangat penting.

Saya dapati terdapat juga jemaah yang tidak bertolak ansur dengan teman sebilik dalam penggunaan tandas dan bilik air. Perkara ini menyebabkan sakit hati, masam muka dan tidak bertegur sapa.  Malah, berlaku umpat keji yang tidak sepatutnya diucapkan selama hidup di Tanah Suci.

Alhamdulillah, saya bersyukur mempunyai teman sebilik yang memahami selama bermusafir di bumi Haramain. Hidup terasa tenang dan nyaman tanpa sengketa. Rukun dan selalu ceria. Ibadah jadi mudah dilaksanakan. BERDOALAH KEPADA ALLAH agar diberi teman sebilik yang tidak menyusahkan kita.

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima28 September 2016 (Rabu)/ 26 Zulhijjah 1437H/ 8. 50 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. dalam setiap waktu menzikirkan namamu tanpa jemu. Mahukah kau percaya…. bahawa setiap bunga rindu yang ku simpan di atas pelangi itu, sudah ku kirim pesan agar gugur wangiannya kala ingatanmu berpadu mengenangku.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. sebuah kenangan indah akan menyusul dalam diari kehidupan kita sebagai satu ikatan yang tidak dapat dileraikan. Andai pertemuan itu buan lagi milik kita. Doa untuk mu selalu dibenaman hatiku. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

10 thoughts on “CT406. CABARAN HAJI (22): TIPS MENGGUNAKAN TANDAS DI BILIK HOTEL

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Franny…..

      Iya benar. Hanya dengan sabar dan bertoleransi akan dapat mengawal emosi dari terus panas jika ada yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas atau bilik air. Inilah cabarannya selama berada di Tanah Suci.

      Terima kasih mbak sudah berkunjung dan salam manis selalu. 🙂

    • Betul, banyak cabaran kehidupan akan kita lalui selama berhaji atau umrah. Semuanya menyapa emosi dan sudah tentu perlukan kesabaran yang tinggi.

      Terima kasih kembali saudara Wadiyo sudah berkunjung perdana dan salam sejahtera.

  1. Assalamualaikum wr wb kak Siti,

    Kebersihan bilik air hotel diatas bagus sekali. Menginap di hotel dengan tandas bersih membuat kita nyaman.
    Boleh juga ditiru kebersihan itu untuk di rumah.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris….

      Kebanyakan hotel berbintang 3 dan ke atas, dapat menyediakan prasarana yang nyaman dan selesa untuk kita. Iya, sebaiknya bilik air kita di rumah juga mesti bersih agar kita sendiri nyaman menggunakannya.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim.

  2. Bagus Bu tipsnya. Tapi untuk waktu sekarang, sepertinya masih bermimpi untuk menunaikan ibadah haji mengingat kuota yang terbatas. Di Indonesia saja, misalkan daftar haji pada saat sekarang, maka daftar tunggunya bisa mencapai 20 tahun lho. Satu2nya harapan paling tidak ya Umroh saja. Mudah-mudahan bisa terlaksana meski masih dihadapkan pada persoalan klasik, yaitu biaya.

    • Insya Allah Ifan, jika rezeki sudah tersirat dalam takdir pasti masa yang dapat dipendekkan. Panggilan Haji adalah seruan Allah buat hamba yang terpilih. Maka, simpanlah wang sedikit demi sedikit.

      Sungguh lama penantian untuk berhaji di sana. Maka dengan berumrah akan dapat melegakan penantian tersebut setelah biayanya cukup. Mudahan dapat terlaksana segala imian dan niat di hati.

      Salam sejahtera dan terima kasih sudah berkunjung, Ifan.

  3. Assalamu’alaikum wr.wb. mba Fatimah..
    Memang faktor kesabaran dan mau mengerti kondisi satu sama lain sangat perlu pada saat berada dlm satu kamar/ruangan penginapan seperti itu. Dgn begitu bisa mengendalikan diri dan tidak memaksakan kehendak kita pada orang lain. Tips yang bagus ya mba Fatimah, buat yang akan ke Tanah suci.
    Salam takzim selalu dari Dompu

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas AR Syamsuddin….

      Benar, jangan sampai kita menyusah orang lain kerana olah kita yang tidak mahu berkerjasama dalam memudahkan segala urusan di bilik hotel semasa berhaji atau umrah. Mudahan sifat saling bertoleransi selama di Tanah Suci akan diganjaran besar di sisi Allah.

      Terima kasih mas AR sudah berkunjung dan salam takzim hormat.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.