CT414. MENGISI KEKOSONGAN HATI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

hatifatima1kosong

*

BAHAGIA

Minggu ini sahabat-sahabat di group Telegram AIUM92 (Akademi Islam Universiti Malaya -semua akhawat) berbincang singkat berkaitan seorang sahabat kami (senior satu tahun) yang sudah kembali mengisi kekosongan hati dan hidupnya setelah beberapa tahun bercerai.

Beliau berkelulusan PhD dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Birmingham, England. Perkahwinan keduanya dikatakan lebih hidup bahagia. Alhamdulillah. Semua sahabat mendoakan yang terbaik buat beliau dan berharap perkahwinan kedua ini akan sampai ke hujung nyawa dan ke jannah.

Tidak ada sesiapa yang menduga apa yang berlaku dalam hidup kita. Seorang diri atau berdua (berpasangan), malah dalam situasi ramai dan meriah, kekosongan hati pasti akan terasa dan mengunjungi hati.

Banyak orang menyatakan bahagia itu datang dari dalam diri. Kita yang mengolah hidup jadi sunyi atau meriah. Kita yang meletakkan senyum dan masam di muka. Kita juga yang menginginkan tawa dan tangis datang bertandang dalam jiwa.

Semuanya berpulang kepada kita. Tidak dinafikan sebahagian besar impaknya datang dari faktor luaran. Namun yang menapisnya dengan akal budi dan iman adalah diri sendiri. Bak kata pepatah, jika tidak mampu menahan gelora badai jangan berumah di tepi pantai. Jika sanggup merentang halangan ke lautan api ku renang jua.

Begitulah kelemahan dan kekuatan yang mungkin ada pada kita. Pilih salah satu. Hanya kita yang tahu keupayaan sendiri. Jangan menyalahkan orang lain kerana kita sudah memilih salah satu jalan yang dianggap sesuai setelah mengambil keputusan yang dianggap bijak dan benar. Risikonya ada di mana-mana yang akhirnya nanti jiwa penuh dengan bahagia atau kosong dengan sengsara.

*

KEKOSONGAN HATIKU

Berbalik kepada diri saya tapi tidak berkaitan dengan kisah di atas. Tetap cerita hati kosong dan bagaimana mengisi kekosongannya. Hidup akan menjadi tawar dan terasa lesu apabila hati jadi kosong. Ada ketika dan saat tertentu kita merasa kosong dalam jiwa.

Seolah ada lompang dan lubang yang menyebabkan hati kita sunyi dari kasih sayang Allah. Rasa diri seolah-olah tidak melakukan sesuatu yang bermakna pada hari tersebut. Waktu berlalu begitu sahaja tanpa merasai manfaatnya. Saya turut mengalami keadaan itu.

BAGAIMANA DENGAN ANDA ? APAKAH PERNAH MERASAINYA ?

*

Bila berhadapan dengan perasaan kosong, saya akan berfikir di mana silapnya. Mungkin saya melupai Allah seketika. Lupa berzikir, lupa membaca al-Quran atau lupa berbuat baik dengan sesiapa atau apa yang ada di sekeliling saya. Saya dapat merasai Allah menyentuh hati saya dengan lembut sehingga air mata tiba-tiba bergenang di tubir mata. Kembali beristighfar, berzikirullah dan berdoa agar hati jadi tenang dan senang.

Saat memikirkan kekosongan hati yang tiba-tiba menjelma, banyak kerja yang ingin saya lakukan agar kekosongan itu terisi. Saya mula merancang untuk bersedekah, membuat kerja rumah dengan hati ikhlas dan redha tanpa memarahi anak-anak yang selalu “mencaca merba” keadaan rumah yang sudah kemas.

*

MEMBERSIHKAN MASJID

Dan pernah saya memikirkan untuk membantu membersihkan Masjid Al-Muttaqin, Sarikei di hujung minggu (Ahad), tapi bukan setiap hari Ahad. Jika ada kelapangan masa kerana saya juga mempunyai komitmen di hujung minggu. Lalu saya maklumkan kepada SPH. Apa tindak balas SPH ? “Hahahaha….” SPH ketawa mendengarnya saat saya menyatakan hasrat tersebut.

“Insya Allah, boleh. Tapi bukan sekarang. Nanti kita buat sama-sama” kata SPH dalam ketawa yang belum bernoktah. Anak lelaki, Muhammad di sebelah saya turut ketawa. “Kenapa dengan Mama ni ? tanya Muhammad. Melihat mereka ketawa, hati saya tercuit lucu dan ketawa bersama-sama.

Saya terfikir, lucukah hasrat saya itu. Tapi saya tidak marah. Mungkin juga kerana pertama kali menyatakan sudah tentu ia menjadi pelik dan aneh. Kata orang perangai pelik dan aneh ini tanda hendak mati. Betulkah ? Tapi saya tidak pula rasa ia aneh, malah itu pekerjaan mulia, membersihkan rumah Allah. Tak terfikir pula hendak mati sebab hendak berkhidmat walau satu hari di rumah Allah. Kepercayaan karut.

Antara pekerjaan yang ingin saya lakukan di rumah Allah seperti menyapu lantai masjid, membersih cermin, mengelap pintu, mengatur atau melipat sejadah, menyusun dan membasuh kain telekung atau mencuci tandas dan bilik air.

Saya yakin jika kita melakukannya dengan ikhlas semata-mata mengharap redha Allah, kerja yang berat menjadi ringan. Merbot (petugas masjid) pasti tersenyum kerana ada yang mahu membantu.

Tapi hasrat itu belum lagi dapat saya lakukan hingga sekarang. Walau hanya masih dalam perancangan, saya dapat merasai nikmatnya jika berkhidmat di rumah Allah.Β  Namun begitu, di setiap masjid dan surau yang kami singgahi, saya akan berusaha membersih sedikit-sedikit apa yang ada di sekitar saya. Alhamdulillah. πŸ™‚

*

alharamselesafatima2dalamabrajalbait

*

Dengan meletakkan diri di tempat pekerjaan seperti ini, saya dapat mengatasi ego yang menguasai diri dengan merasa lebih baik dari orang lain. Saya dapat mengajar diri untuk menjadi hamba yang bersyukur dan merasai kesusahan orang lain yang tidak mempunyai pekerjaan yang baik seperti saya.

Sebenarnya membersih masjid atau surau bukan semata-mata tanggungjawab Merbot. Semua umat Islam mempunyai tanggungjawab yang sama cuma Merbot diberi upah atau gaji dari kerja yang diamanahkan. Kita pula lakukanlah dengan upahnya disimpan untuk dibayar di akhirat kelak. Ganjarannya sangat besar.

Apakah ganjarannya, mari kita renungi kisah ini. Mudahan kita juga berkeinginan untuk melapangkan masa membersihkan masjid.

*

RUMAH UNTUKMU DI SYURGA

Pada zaman Rasulullah ada seorang wanita berkulit hitam yang bernama Ummu Mahjan. Dia selalu melapangkan masa untuk kerja-kerja membersihkan masjid.

Ummu Mahjan kemudiannya meninggal dunia dan dikebumikan. Selang beberapa hari, apabila Rasulullah lalu di kuburnya, barulah dikhabarkan bahawa kubur tersebut ialah kubur Ummu Mahjan. Rasulullah menegur para sahabat yang tidak memaklumkan kepadanya tentang kematian Ummu Mahjan.

Lalu Rasulullah berdiri dan solat jenazah di atas kuburnya. Sesudah itu Rasulullah menyeru Ummu Mahjan dari atas kuburnya. Sabdanya “Assalaamu’alaikum, ya Ummu Mahjan! Pekerjaan apakah yang paling bernilai dalam amalanmu?”

Rasulullah diam sejenak. Kemudian baginda bersabda, “Dia menjawab bahawa pekerjaan membersihkan masjid adalah pekerjaan yang paling bernilai di sisi Allah. Allah berkenan mendirikan rumah untuknya di syurga dan dia kini beristirehat di dalamnya.”

(sumber Halaqah.Net)

*

Mudahan kesempatan itu akan muncul juga di suatu hari nanti agar Allah memberi saya dan anda sebuah rumah di dalam syurga-NYA. Aamiin.

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima1 Disember 2016 (Khamis)/ 1 Rabiul Awwal 1438H/ 10.45 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. selalu ada di sini, mencari ketenangan hati dengan mengingati-Mu dalam setiap inci nafas yang dihela, mengharap perhentiannya nanti dalam redha-MU. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

Β DEDIKASIKU UNTUKMU…. Terima kasih kerana setiap ingatanmu selalu membuat aku tersenyum dan menghargai kasihmu setiap waktu. Semoga bahagia selalu milikmu. Di awan larat itu, ku tulis namamu dengan pena bayu. Aamiin. Wassalaam. πŸ™‚

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

*

13 thoughts on “CT414. MENGISI KEKOSONGAN HATI

  1. Assalamualaikum wr wb, Kak Siti.
    Tahniah untuk kawan ka Siti yang sudah berkahwin kembali itu.
    Kalau hati kosong dan dilanda kesedihan saya akan berzikir mohon ampunan Allah swt.
    Dengan berzikir jiwa kita menjadi tenang, Insya Allah.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris….

      Alhamdulillah, begitulah yang sepatutnya dilakukan oleh orang beriman, apabila menghadapi keresahan, kesedihan, kepayahan, malah dalam kegembiraan hendaklah selalu mengingati Allah. Dengan mengingati Allah banyak-banyak hati kita menjadi tenang. Semoga selalu beroleh ketenangan dalam hidup. Aamiin.

      Terima kasih mas Alris sudah berkunjung dan salam hormat.

  2. Assalamualaikum wr.wb. ibu Hajjah Fatimah. Mencaca merba samakah dengan mencari kesalahan dari rumah yang sudah dibersihkan/dirapikan? Tiap manusia pasti pernah walaupun hanya terbersit rasa kekosongan hati. Apalagi mengingat fase hidup manusia. Semoga kita semua selalu dilindungi dari rasa yang berpotensi menjadi sia-sia. Aamiin.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany…..

      Mencaca merba itu maksudnya mengikut pendapat saya ialah membuat keadaan sesuatu menjadi kucar kacir atau bersepahan. atau yang rapi dan kemas jadi bercampur-campur tidak tersusun dan teratur lagi. πŸ™‚

      Iya mbak, terkadang masa yang dilalui jadi sia-sia tanpa ada kesan di hati dalam hidup. Kerana itu kita mesti tahu peranan yang dilakukan untuk mengisi kekosongan tersebut agar lebih bermakna dan tidak terbuang begitu sahaja.

      Terima kasih mbak Frany sudah berkunjung, maaf kerana lambat membalas komentar dan BW kerana sedang bercuti dan sibuk berkebun.
      Salam manis selalu. πŸ™‚

  3. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah, semoga kabar Mbak Fatimah senantiasa baik dan mendapatkan rahmat Allah Swt. bersama keluarga tercinta.

    Betul sekali, Mbak, kesibukan melakukan sesuatu untuk Allah Swt. menjadikan hati jauh dari rasa kekosongan. Betapa pentingnya berdzikir, membaca al-Qur’an, maupun menambah-nambah ibadah sunnah selain wajib tentunya.

    Dan kegiatan yang tak kalah pentingnya adalah membersihkan masjid. Inilah tempat yang paling penting dalam kehidupan sehari-hari seorang Muslim. Siapakah yang bertanggung jawab terhadap kebersihannya? Tentu kita semua. Sungguh, ikut serta membersihkan masjid adalah hal yang sangat membahagiakan. Semacam mendapat kehormatan dari Allah Swt. secara langsung sang pemilik rumah.

    Salam takdzim dari Jogja,
    Akhmad Muhaimin Azzet

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Alhamdulillah, kami di sini semuanya baik dan sihat. Didoakan mas Amazzet dan keluarga di dalam kondisi yang lebih baik dalam rahmat Allah SWT.

      Apabila hati kita mencintai Allah, apa sahaja yang bersangkutan dengan kesukaan Allah menjadi perhatian kita. Salah satu darinya ialah membersihkan masjid dan surau. Dengan melakukan kebersihan tersebut hati jadi tenang dan bahagia kerana kita melakukannya tanpa paksaan walaupun hanya menyusunkan kasut dan selipar para jemaah.
      Sungguh secara tidak langsung kita rupanya mendapat penghormatan dari Allah SWT.

      Terima kasih mas Amazzet atas kunjungan dan berbagi hikmah.
      Salam takzim kembali.

  4. Assalamualaikum wr wb puan Fatimah
    Ide membersihkan mesjid .. sangat bagus sekali, mudah2-an bisa terlaksana dan banyak yang ikut tergerak untuk membersihkan mesjid.

    kalau hati lagi kosong .. sedih … suka lupa untuk selalu bersyukur .. bersyukur akan membuat bahagia. Ada satu lagu bagus .. bisa di lihat di youtube .. judulnya : Catatan Kecil oleh Adera, Bagi saya sih mengingatkan untuk selalu bersyukur.

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam w.wb….
      Saya sudah mendengarnya… iramanya seperti genre jazz dan santai. Liriknya mudah difahami. Benar ia mengingatkan kita agar suka berbahagi untuk mencapai kebahagiaan. Hidup pasti tidak kosong.

      Terima kasih mas atas kongsiannya dan salam takzim.

  5. Assalamualaikum ustazah. Alhamdulillah melalui penulisan ustazah yang bertajuk β€œMengisi Kekosongan Hati” ini, banyak input penting yang saya perolehi. Ia sangat memberikan kesan yang mendalam kepada saya untuk menjadi seorang manusia yang tidak putus untuk sentiasa beramal baik. Penulisan ustazah memperlihatkan betapa indahnya ajaran Islam, agama yang sentiasa menilai kebaikan walaupun bukan dengan pertolongan duit.

    Oleh itu, penulisan ustazah mengajar saya untuk tidak mencintai dunia berlebihan, hidup yang hanya untuk dunia. Mungkin pada awalnya kelihatan seronok kerana memiliki pekerjaan dan duit yang banyak, namun akhirnya pada satu tahap di aman kita mempersoalkan diri yang terlalu taksub dengan dunia. Senang cerita, hanya untuk kerja dan cari duit.

    Mungkin kita semua berfikiran jika ingin mengisi hati yang kosong, kita boleh melakukan banyak kerja. Memang tidak dinafikan perkara tersebut, namun apa yang lebih penting ialah memenuhkan isi hati dengan amal kebaikan. Hal ini kerana dengan amallah yang membawa kepada kepada ketenangan dan kesejahteraan jiwa. Sudah pasti kita semua sering mendengar ucapan bahawa walaupun mempunyai pendapatan yang banyak ataupun aktiviti harian yang padat, namun masih merasa kekosongan. Jadi inilah yang dikatakan kekosongan hati.

    Dalam usaha untuk mengisi hati yang serba kekosongan, jalan pertama yang boleh kita usahakan ialah untuk meninggalkan maksiat. Maksiat adalah racun kepada kehidupan. Sifat maksiat memang manis bagi jiwa yang dalam kekosongan tetapi manisnya hanya seketika. Walau manis, ia tetap berbahaya. Janganlah menjadikan maksiat sebagai penyelesai masalah kerana ia menambahkan lagi masalah. Arak misalnya, disangka ubat hilangkan stres tetapi ia menjadikan akal tidak menentu. Pelbagai lagi masalah yang bertandang kerana maksiat tersebut. Tinggalkan maksiat itu adalah jalan yang paling baik. Percayalah maksiat tidak akan membawa kita ke mana-mana.

    Kita juga boleh berusaha untuk istiqamah. Beristiqamahlah melakukan kebaikan walaupun sedikit. Amalan baik walaupun kecil dilakukan berterusan lebih Allah sukai daripada amalan baik yang dilakukan banyak namun tidak konsisten. Allah tidak memandang kuantiti tetapi kualiti. Contohnya dalam penulisan tadi ialah membersihkan masjid. Mungkin ianya kelihatan perkara mudah, namun banyak pahala dan ganjaran yang diberikan walaupun hanya dengan membersihkan kawasan masjid. Setiap kita boleh sahaja memilih amalan apa yang sesuai dan mampu kita lakukan. Contoh, berzikir 100 kali setiap hari. Ada yang membaca al-Quran setiap selepas solat Maghrib. Apa yang penting istiqamah. Insyaallah, amal kebaikan yang dilakukan akan memberi kesan pada jiwa dan jiwa tidak akan terasa kosong lagi.

    Seterusnya, kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Kita perlu minta kepada Allah dengan bersabar dan penuh kekhusyukan. Kita sebagai hamba pasti ada masa jatuh dan masa bangunnya. Jadi berdoalah memohon pertolongan kepadaNya. Allah sentiasa menanti doa kita. Hanya kita yang melupakanNya. Pada jiwa yang kosong, rawatlah dengan memohon doa. Bermunajat dan berdoa dengan setulus hati kerana kebahagiaan pasti akan menghampiri.

    Kesimpulannya, jiwa yang bahagia adalah jiwa yang dekat dengan Allah. Jiwa juga perlukan makanan dari kita. Makanannya sudah disebut di atas. Terima kasih sekali ustazah atas perkongsian yang sememangnya membuka minda dan hati kita semua ke arah yang lebih baik.

    SOFIAH INSYIRAH BINTI ZULKEFLI
    PA SK(2) PISMP JUN 2020
    SEMESTER 1 TAHUN 2
    IPG KAMPUS BATU LINTANG

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.