CT322. DARI LENSA MATAKU (7): SKATEBOARD ACTION WITH SPORTS MODE

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SkateBFatima1Action

*

TERUJA

Akhirnya, kesempatan untuk mengambil gambar Akram dan Ieesyah melakukan aksi papan luncur (skateboard) tercapai juga. Sudah kerap kali Akram dan Ieesyah meminta saya mengambil gambar, namun kesempatan berbuat demikian belum ada disebabkan kesibukan dengan tugas ofis dan balik ke rumah badan sudah letih.

Sebenarnya, saya juga teruja mengambil gambar objek bergerak yang terancang seperti aksi papan luncur Akram dan Ieesyah. Kedua putera dan puteri bongsu saya memang sangat aktif dan lasak terutama Ieesyah. Apa sahaja permainan abangnya, pasti ingin dituruti dan dirasai. Mengingatkan saya tentang diri saya semasa kecil dahulu. πŸ™‚

Aktiviti ini sangat menarik. Saya harus mencari sudut-sudut sesuai untuk pencahayaan kerana foto yang diambil selama 30 minit , sekitar jam 4 hingga 4.30 petang masih hangat disinari matahari. Dikatakan cahaya semulajadi di waktu petang sangat baik untuk merakam gambar kerana hasilnya kelihatan tajam.

Sebagai jurufoto novis dan masih amatur, saya belum memahami teknik-teknik tertentu untuk mengambil gambar objek sedang bergerak pantas seperti penggunaan shutter speed yang biasa digunakan untuk memotret kereta atau motosikal di litar lumba, pelari olahraga, pemain sukan padang atau objek terbang yang bergerak laju.

Memiliki kamera CANON EOS 650D memberi ruang untuk saya melakukannya dengan penuh semangat. Anda boleh membaca CT144. REVIU KAMERA CANON EOS 650D untuk mengetahui spesifikasi dan keistimewaanya sehingga saya tertarik untuk membelinya.

*

KameraFatima1CanonEos650DSportsMode

CANON EOS 650D mempunyai mod sukan (sports mode) yang sudah disediakan. hanya putar dan klik. Rakamannya juga berturut-turut (continuos) dan memudahkan gerakan.

*

Kamera ini (foto di atas) adalah cukup pantas untuk hidupan liar, aksi dan fotografi sukan. Dipadatkan dengan sistem AF baru CANON EOS 650D Hibrid dalam satu aksi dan menggunakan piksel pusat untuk memaklumkan bahagian fasa pengesanan dan mendapatkan subjek dekat dengan ketajaman. Kemudian pengesanan kontras mendapatkan ia menjadi tumpuan penuh.

Beberapa objek bergerak pernah saya rakam tetapi hasilnya masih belum memuaskan. Biasanya latar belakang objek masih terang seperti semua foto aksi Akram dan Ieesyah di bawah. Sedangkan saya mahu latar belakang objek tersebut kabur atau nampak bergaris-garis. (saya harus banyak bersabar nih… :D)

Saya menyukai background yang kabur (blur) di mana objek yang menjadi fokus seakanΒ  menyendiri dalam dunianya tanpa gangguan objek penyokong. Objek itu seakan di ‘freeze” – beku. Lalu menimbulkan satu aura yang “menghidupkan” objek tersebut.

*

KAGUM

Hasil gambar begini sering saya lihat dalam foto-foto ketikan jurufoto sukan profesional seperti saudara HAIKAL SAHARUDDIN (majalah Aperture).

Foto-foto perlumbaan sukan motor di litar lumba yang beliau (Haikal) rakam amat memukau hati saya. Merakam foto perlumbaan sukan bermotor memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk mendapat rakaman shot yang berkualiti.

Saya juga berminat dengan setiap foto yang dihasilkan oleh saudara AREP KULAL yang menjadikan foto sukan sebagai fokus utama. Setiap pengalaman beliau dalam slot Dinamik (majalah Fotografika) memberi inspirasi kepada saya untuk memahami tugas jurufoto sukan yang sangat mencabar.

Saya sangat kagum dengan foto-foto rakaman saudara Haikal dan Arep. Mereka seolah-olah dapat “membekukan” kelajuan gerakan objek dengan satu shot yang diketik.

Seni memacu lensa kamera tentulah sudah dipelajari bertahun-tahun sehingga mereka mampu mencapai tahap jurufoto profesional.

*

MOD SUKAN

Berbekalkan rasa kagum kepada dua jurufoto sukan ini, saya bersama kamera EOS Canon 650D, menggunakan mod sukan untuk mengambil beberapa aksi Akram dan Ieesyah di atas papan luncur atau papan selaju (skateboard) di halaman rumah.

*

SkateBFatima2GarisanMula

Stesen untuk mula gerakan. Jangan lupa baca Bismillah… itu pesanan saya setiap kali Akram dan Ieesyah memulakan gerak papan luncur.

*

SkateBFatima3MulaAksi

Akram hampir terjatuh dan Ieesyah dengan gaya hati-hati menyeimbangkan badan kerana menggunakan papan luncur yang baru dibeli.

*

SkateBFatima4LompatanAkram

Aksi lompatan paling tinggi yang mengejutkan Akram sendiri. “Bagaimana abang boleh lompat setinggi itu, ma ? … hehehe, ketawa saya mendengarnya kerana Akram memuji diri sendiri.

*

SkateBFatima5Jatuh

Ieesyah jatuh terduduk. Tetap masih ketawa saat sedang ditertawakan Akram dan saya. Sorry sayang…. lucu. πŸ˜€

*

SkateBFatima6AksiAkram1

Lompatan menarik tetapi masih tidak memuaskan Akram

*

SkateBFatima7AksiAkram2

Lompatan kedua yang baik tetapi tidak memuaskan hati saya kerana mengambil dari arah belakang. Tidak nampak ekspresi wajah Akram.Β 

*

SkateBFatima8AksiAkram3

Penurunan kaki yang mantap di bumi.

*

SkateBFatima9AksiIeesyah

Hahaha… Ieesyah cuba mengikut aksi abangnya, tetapi tidak berjaya, akhirnya jatuh ke hadapan. Kasihan Ieesyah. Yang penting sudah mencuba, kan sayang.

*

SkateBFatima10MyHeroInAction

Β Akram dalam tiga aksi

*

SkateBFatima11IeesyahInAction

Ieesyah dalam tiga aksi terbang

*

SkateBFatima12AkramLompat

Muhammad terus mencuba pelbagai lompatan. Selalunya pusingan hanya di sebelah kanan. Jarang sebelah kiri.

*

SkateBFatima15Akrampenat

Muhammad kembali ke garisan. Tidak putus asa untuk mencuba lagi.

*

SkateBFatima13BabykuInAction

Dengan satu ketikan saya berjaya merakam aksi gembira Ieesyah kerana berjaya melompat setinggi boleh. Percubaan untuk kesekian kali dari Muhammad.

*

SkateBFatima14BothInAction

Sesi sudah berakhir. Berfoto untuk kenangan.

*

TIDAK MUDAH

Hakikatnya mengambil foto dengan objek bergerak pantas tidak semudah yang disangka walaupun pergerakannya dirancang. Saya harus memberi banyak arahan kepada Akram dan Ieesyah untuk memulai gerakan atau menghentikannya.

Menggunakan continuos shot memudahkan saya mengambil seberapa banyak gambar dalam satu katupan. Selain itu, saya perlu menjaga jarak dengan objek foto yang akan diambil. Semakin dekat jarak objek, maka semakin cepat shutter speed yang diperlukan untuk “membekukan” objek.

Menunggu setiap aksi Akram dan Ieesyah yang sudah saya arahkan gerakan dan hentiannya, membuat saya menahan nafas untuk menanti saat yang diinginkan dari lensa kamera saya. Lebih tepat lagi, i am using my inner eye.

Melihat kepada hasil yang saya rakam di atas, saya tidak tahu sejauh mana kualiti foto yang saya ambil kerana tidak ada jurufoto profesional yang dapat memberi komentar.Β  πŸ˜€

*

KASUT RODA

Aksi lasak Ieesyah tanpa takut jatuh mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak.Β  Ketika usia 14 tahun saya memiliki kasut beroda kuad yang 2 rodanya di letak di depan dan 2 rodanya di belakang (quad skate).

*

kasut roda

Sumber Googles

*

Alhamdulillah, akhirnya saya jumpa satu-satunya foto kasut roda di Gooles. Beginilah kasut roda saya dahulu. saya mempunyai dua pasang kasut roda seperti di atas. Untuk kasut roda ini anda harus memakai kasut sendiri. kemudian tali diikat pada kasut dengan kuat agar tidak terlepas.

Melihat foto ini mengimbas kembali kelincahan saya bermain dengan kasut roda tersebut. Sebuah nostalgia yang manis penuh dengan jatuh bangun sebelum mahir menggunakannya dengan cekap.

Saya sangat mahir menggunakan kasut roda ini di jalan atau lapangan. Malah beberapa aksi pusingan badan dan melompat juga dapat saya kuasai. Cuma tidak ikut mana-mana pertandingan sahaja. πŸ˜€

Mengenang kelasakan gaya saya di zaman kanak-kanak yang menguasai permainan anak lelaki menyebabkan saya tidak merasa khuatir akan sikap lasak yang menurun kepada Ieesyah. Bagi saya sifat berani harus dilakukan untuk menghilang rasa takut.

Jelas pada saya bahawa Ieesyah banyak menurun sifat yang ada pada saya berbanding dua orang kakaknya. Kerana itu saya memberi gelaran kepada Ieesyah dengan nama Ibtisam Fatima (Senyuman Fatima).

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima4 April 2015 (Sabtu)/ 14 Jamadil Akhir 1436H/ 1.08 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. belajar menjadi sahabat setia kepada buku. Buku merupakan teman dan guru yang tidak pernah memarahiku. Buku menjadi jambatan ilmu untuk aku berhubung dengan dunia manusia. Malah dengan buku aku dapat menguasai dunia sehingga mampu aku masukkan ke dalam tas tanganku.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

DEDIKASIKU UNTUKMU… Tika fajar membisu sebelum mentari menyuluh bumi, bangkitlah dari peraduan semalam untuk menyerah diri ke pangkuan Ilahi. Jika hari ini terindah dalam hidupmu, pastikan segala kesyukuran itu kembali kepada YANG TERINDAH. Semoga dirahmati Allah SWT. Β  Aamiin. Wassalam. πŸ™‚

*

IngatanFatima1Padamu

*

*

36 thoughts on “CT322. DARI LENSA MATAKU (7): SKATEBOARD ACTION WITH SPORTS MODE

  1. Assalamualaikum Mbak Fatimah..
    Wow foto Akram yang sedang meloncat itu keren banget. Nemu banget momen ini..,Hahaha…anak muda, aku kagum pada ketangguhan dan kelenturan tubuh mereka..

    Salam dari Bandung Mbak πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Semangat anak muda memang sukakan cabaran. Mereka tidak takut jatuh dan sakit apabila mahu mencuba sesuatu yang baru. Kita sahaja, ibu bapa yang bimbang akan keselamatan mereka. Masa muda masa untuk berkreativiti ya, mbak. Penuh harapan dan cita-cita tinggi.

      terima kasih mbak Evi dan salam manis di penghujung pekan. πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, akhi Abdullah…

      Alhamdulillah. Dulu skateboard hanya mainan anak-anak orang berada yang tinggal di bandar. Harganya juga mahal, maka skateboard tidak dikenali ramai berbanding kasut roda yang murah harganya.

      Terima kasih akhi dan salam hormat. πŸ™‚

  2. Assalamualaikum kak Fatimah

    Wah Ieesyah dan Akram putranya kak Fatimah ya, sudah besar besar ya kak πŸ™‚

    Kebetulan baru bulan lalu keponakan saya pun membeli camera canon yang persis sama, hanya saja saya kurang tau untuk serie nya. Hasil fotonya memang luar biasa dan kalo di Jakarta canon yg ia beli kemarin seharga Rp. 6 juta πŸ™‚
    Salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi…

      Kamera DSLR ini memang memberi kepuasan kepada kita berbanding kamera kompak. Namun begitu, perlukan kepada kemahiran tertentu agar gambar yang dirakam memberi impak yang berkualiti serta kepuasan kepada kita. Kamera jenis ini memang bernilai harganya.

      Terima kasih mbak Sussi dan salam manis. πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Zaini….

      Belajar memoto tidak susah hanya ketik sahaja. Yang penting emosi dan fokus kita agar mencapai kepuasan yang dikehendaki dalam rakaman gambarnya.

      Terima kasih dan salam sejahtera. πŸ™‚

  3. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
    Alhamdulillah punya saudari dari Malaysia, meskipun hanya didunia maya. Mengomentari hasil photo anda seperti bukan seorang juru photo amatiran,Saya selalu melihat kesungguhan anda dalam setiap postingan inilah pelajaran yang saya dapatkan dari setiap mengunjungi blog anda.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Mawardi…

      Alhamdulillah dan terima kasih atas apresiasi tMawardi erhadap blog LMGS G2 ini. Semoga beroleh manfaat dan kebaikan dari tulisan yang dipaparkan.

      Salam sejahtera dan sukses hendaknya. πŸ™‚

  4. Assalamualaikum bunda. MAsya Allah Akram dan Ieesyah pinter sekali bermaun sakteboard ya. Saya malah gak bisa bun, takut jatuh πŸ™‚ Tapi kalau anak-anak biasnaya lebih berani ya

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya…

      Saya juga takut mencubanya. Mungkin bila semakin usia menginjak tua, rasa takut pada keselamatan diri semakin meningkat ya berbanding saat kita di usia muda, semuanya hendak dicuba dan dilakukan tanpa rasa takut untuk jatuh atau sakit.

      Terima kasih Lidya dan salam manis selalu. πŸ™‚

  5. Assalamualaikum Mba Fatimah

    Ya Allah, baru sempet mampir ke sini masa 😦
    Dan langsung diperkenalkan dengan Abang Akram dan Ieesya yang super kerenn.
    Dulu sewaktu aku diusia Ieesya mainnya barbie mainstream banget yahh πŸ™‚
    Salut buat Abang Akram dan Ieesya.

    Mba, Ieesya itu nama yang cantik sekali, kelak aku punya anak perempuan aku ingin memberikan nama itu juga yahh hehehee…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kenanga….

      Alhamdulillah, senang menerima kunjungan Kenanga.
      Anak-anak memang mempunyai permainan kesukaan mereka. Kenanga pasti anak yang manja kerana suka main patung ya.

      Beza dengan saya yang biasanya menyukai permainan anak lelaki dan sukan lasak. ini mungkin terbentuk oleh persekitaran kehidupan kerana ramai saudara lelaki daripada perempuan.

      iya, nama Ieesyah (kehidupan) memang cantik. Ia nama yang indah dari al-Quran, diambil surah al-Qari’ah, ayat 7 iaitu “fa hua fii ieesyatir roodhiah” – maka ia berada dalam kehidupan yang memuaskan (senang).

      Silakan Kenanga, nama yang amat bermakna dan kebanyakan anak yang diberi nama Aisyah atau Ieeyah menjadi anak yang aktif dan cerdik fikirannya. Insya Allah. (berdoalah untuk tujuan kebaikan).

      Terima kasih sudah menyapa dan salam manis. πŸ™‚

      • Alhamdulillah Mba, meskipun saya bermain boneka dan berada dalam lingkungan dengan kasih sayang berlimpah, tapi saya tumbuh menjadi wanita yang mandiri πŸ™‚

        • Alhamdulillah, sebaiknya begitulah kita apabila sudah menginjak dewasa. Sifat mandiri akan mematangkan kita menjadi lebih rasional dan berkaliber di mata sesiapa yang berada di sekeliling kita. Semua itu berlaku disebabkan oleh pengalaman yang dilalui setiap hari.

          Terima kasih mbak Kekenangan atas kunjungan.
          Salam manis selalu. πŸ™‚

  6. Assalamualaikum ukhti Fatimah,
    melihat anak seusia Akram dan Ieesyah bermain skateboard,,sungguh menyenangkan, dengan skateboard mereka bisa berlatih keseimbangan dan konsentrasi,,yang mana hal itu akan sangat berguna kelak bila mereka dewasa, terutama saat bekerja…
    meskipun baru belajar memotret benda yang bergerak,,,namun hasilnya lumayan baguslah….
    keep happy blogging always….salam dari makassar dan Banjarbaru πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto…

      Aktiviti sukan lasak memang bagus untuk pertumbuhan otak anak-anak sepanjang perkembangan umur mereka.

      Justeru anak yang aktif akan mudah berhadapan dengan cabaran dan tidak mudah mengalah kepada rintangan yang ditempuh. Sebagai ibu bapa, kita perlu mengawasi demi keselamatan mereka.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam hormat. πŸ™‚

  7. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Masya Allah, foto-foto dengan aksi lompatan itu bagus-bagus, Mbak πŸ™‚
    Sungguh saya ikut menangkap kegairahan dan kegembiraan dalam berolahraga tersebut.
    Jadi kepengin rasanya ikut, hehehe

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Jika yang beraksi itu anak-anak muda, memang kagum kita melihatnya dan mereka sangat berani melakukan aksi yang “meruntuh” hati kerana ngeri dan nyeri. mungkin berbeza melihat golongan bapa melakukannya, ya. Mungkin papan luncur itu boleh patah kerana berat badan mereka.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam takzim. πŸ™‚

  8. Assalamu’alaikum Wr.Wb Mbak Fatimah…
    Canon 650 D mempunyai resolusi yang cukup bagus yakni efektif 18 mp…kalau saya terbiasa pakai Nikon mbak…dari dulu pakai D90…(sekarang udah gak diproduksi)….

    Wassalamu’alaik Wr.Wb…salam manis dari sleman yogyakarta…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Yuni….

      Memiliki kamera yang memberi nilai tersendiri kepada kita tentu menambah semangat untuk merakam foto, ya mbak. Kamera Nikon juga bagus dan saya melihat jenama itu mempunyai spek yang baik untuk dimiliki, tetapi saya tetap setia dengan Canon. πŸ™‚

      Salam manis kembali, mbak Yuni dan terima kasih atas kunjungan. πŸ™‚

  9. Senangnya ya bu bisa melihat perkembangan anak-anak dengan keaktifan mereka yang kadang membuat kita geleng-geleng kepala sambil tersenyum. Tentu momen-momen seperti itu akan sangat kita rindukan di masa yang akan datang saat mereka telah beranjak dewasa dan pada saat itulah mereka akan sibuk dengan dunia mereka sendiri, sekolah dan teman-teman mereka. Maka, dengan merekamkan segala tingkah polah mereka saat kecil itulah yang akan menjadi pengobat rindu bagi kita untuk mengingat masa-masa indah.

    Kelak suatu saat nanti kita pasti akan merindukan masa-masa dimana kita sebagai orangtua pada waktu itu disibukkan mengolahkan susu mereka kala tengah malam,
    menyuapi mereka, mengayunkan mereka, menimang dan menggendong mereka, sampai saat betapa lelahnya kala mereka mengalami sakit panas.

    Masa-masa yang kadang melelahkan itu pasti akan berlalu karena seiring berjalannya waktu, mereka akan dewasa dan sibuk dengan dunianya sendiri. Dan disitulah kadang kita ingin merasakan kembali masa-masa melelahkan tersebut.

      • Teruja itu maksudnya dalam bahasa Inggeris ialah “very excited”. Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia pula adalah” tersangat gembira”.
        Sukar juga untuk menterjemahkannya dalam bahasa yang tepat.

    • Alhamdulillah, dunia anak-anak memang meriah dengan tingkah olah yang memeningkan kepala orang tua. Demikianlah Allah SWT menjalankan waktu dengan silih bergantinya peranan manusia mengikut usianya.

      Dulu kita juga pernah melalui pengalaman tersebut dan pastinya kita memahami apa yang mereka lakukan. Namun begitu, kebanyakan kita malas mempeduli apa yang anak-anak inginkan sehingga mereka terabai dan hilang kepercayaan kepada orang tuanya.

      Iya, momen yang penuh keriangan, kebersamaan dan kasih sayang apabila dirakam akan menjadi kenangan yang dirindukan saat kita sudah tua dan anak-anak menginjak dewasa bersama kerjaya mereka masing-masing. Saat bersama kian jauh apabila anak-anak menjalani hidup sendiri. Hanya foto rakaman sahaja yang menjadi tatapan mata dan menawar rindu di hati.

      Terima kasih Ifan sudah berbagi pengalaman dan rasa tentang harapan yang bakal ditempuh dan ditinggalkan saat masa melalui usia tanpa sedar kita melaluinya dari detik ke detik yang tidak bersapa rasa.

      Senang menerima kunjungan dari Ifan.
      Salam sejahtera dan salam sukses selalu. πŸ™‚

    • Alhamdulillah, semoga mereka menjadi anak soleh dan solehah.
      Angan-angan dapat direalisasi jika mahu menggumpul wang untuk membeli skateboard, Jefry. Mudahan tercapai impiannya.

      Terima kasih dan salam sejahtera. πŸ™‚

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.