CT433. RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH, RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

TERINGIN

Sungguh, saya teringin hendak makan Ayam Goreng Berempah lagi. Tetapi di Sarikei, tidak ada orang menjualnya kerana ia bukan makanan yang popular di sini. Saya bagaikan mengidam pulak. 🙂

Pertama kali saya merasai masakan Ayam Goreng Berempah adalah semasa belajar  di peringkat Master (Sarjana) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bandar Baru Bangi pada akhir tahun 2008. Saya membeli menu ini di gerai atau cafe di dalam kampus UKM.  Sejak itu saya sangat menyukai masakan ayam goreng tersebut.

Harga ayam goreng berempahnya ter-ter-tersangaaaatlah murah iaitu RM2.50 seketul. Memang harga makanan di dalam kampus UKM semuanya murah. Ini adalah peraturan yang dikenakan oleh pihak Universiti kepada para peniaga di dalam kampus, sesuai dengan “poket” mahasiswanya. Mungkis sekarang, harganya berbeza kerana ada tambahan GST %.

Bayangkan, hanya RM2.50, saya dapat makan ketulan ayam yang besar dan isi yang banyak. Memang sangat mengenyangkan.  Alhamdulillah. Rasanya yang lazat, kulit yang rangup dan isi yang kenyal. Rempah-ratusnya terasa hangat di lidah. Masya Allah, sungguh sukar dibayangkan keenakannya.

Selain ayam goreng berempah, saya juga menyukai masakan Burung Puyuh Goreng Berempah. Untuk merasai keenakan burung puyuh goreng berempah, saya perlu ke Pasar Malam yang diadakan setiap hari Rabu dan Jumaat di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi ketika itu.

*

Sumber: Carian Google – Burung Puyuh Goreng Berempah

*

DARI DAPUR HUANG KITCHEN

Oleh kerana sukar untuk membeli Ayam Goreng Berempah ini, saya perlu mencari di internet Resepi tersebut dan membuatnya sendiri. Ternyata sangat banyak Resepi Ayam Goreng Berempah di internet. Saya hanya perlu pilih dan membandingkan bahan-bahan yang digunakan.

Oleh kerana sudah biasa memasak dan mendapat gelaran “Chef 2” oleh anak-anak, saya mempunyai kemahiran untuk menilai bahan yang digunakan dalam sesuatu masakan. Sudah pasti penilaian ini dilakukan setelah melihat dan meneliti banyak resepi yang dipaparkan, selain sesuai dengan selera kita.

Ada pepatah menyatakan bahawa “Lain padang lain belalangnya”. Tentulah lain orang lain pula resepinya. Dalam banyak-banyak resepi  yang saya kaji, saya sangat tertarik dengan Resepi Ayam Goreng Berempah (Malay Spiced Fried Chicken) dari HUANG KITCHEN yang dikendalikan oleh Angie Liew. Blog ini  ditulis dalam bahasa Inggeris.

*

Terima kasih Angie Liew. 🙂

*

Sungguh, walaupun Angie Liew berbangsa Cina tetapi meminati masakan Melayu. Saya yakin resepi ini juga diperolehi beliau dari kenalan berbangsa Melayu.

Ketika meneliti, bahan resepi beliau, saya seakan dapat mencium aroma bau ayam berempah saat digoreng dan merasai keenakan serta kelazatan isi ayam goreng berempah di lidah. Rangup di luar dan lembut di dalam. Wow… dahsyat ni…Belum makan dah sedap….hehehe. Alhamdulillah.

Setelah mencuba resepi dari Angie Liew ini, memang benar dan betul, ia SANGAT SEDAP.  Saya sangat sukakannya. SPH dan anak-anak juga sangat menyukai masakan saya.

*

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT AYAM GORENG BEREMPAH

Sewaktu menulis posting ini, saya sudah menggoreng masakan Ayam Goreng Berempah sebanyak 8 kali dalam masa 2 bulan. Memang “hantu” ayam gorenglah ni, kan…betul, betul, betul, betul. 😀

Tanpa membuang masa, saya kongsikan foto langkah-langkah ringkas membuat Resepi Ayam Goreng Berempah yang saya masak sendiri dengan menggunakan Resepi yang diambil dari blog Huang Kicthen untuk dikongsikan.

Anda juga boleh merujuk resepi tersebut dari blog Huang Kicthen kerana langkahnya lebih praktis dan lengkap berbanding foto saya yang ringkas tetapi masih sama tujuan akhirnya.

Mari kita mulakan….. dengan Basmalah dan senyuman. 🙂

*

Saya suka menggunakan paha ayam kerana isinya sangat lembut dan memotong sederhana besar agar cepat masak.

*

“Blend” semua Bahan A. Sebenarnya, untuk bahan A ini, saya lebih suka mengasingkan serai dari bahan lain yang di’Blend” atau di tumbuk halus. Serai saya sediakan dalam 5 atau 6 inci panjang, kemudian saya potong 1 inci.

Saya tumbuk lumat agar serai akan lebih nampak berserat-serat talinya. Kemudian campur ke dalam bahan “blend” tadi. Saya, SPH dan anak-anak sangat suka makan serai yang rangup. Sedaap. Percayalah.

*

Campur semua bahan A dan gaul rata

*

Bahan ini yang melazatkan ayam goreng berempah nanti. Untuk jintan putih, jintan manis dan ketumbar, saya menggunakan serbuk yang sudah siap dijual di pasaran. Maka tidak perlulah anda sanggai (goreng kering) dan kemudian tumbuk. Rasanya sama sahaja.

*

*

Ada orang kata, susah nak sediakan semua bahan ini. Sebenarnya tidak susah pun kecuali ORANG MALAS…hahaha… Kena dah ! Memasak ni kena banyak BERSABAR. Dah nama masakan sedap, memang macam tu lah, kan. Hanya orang rajin sahaja yang RAJIN. 🙂

*

Perapan bahan dan ayam… belum masak sudah me”liur” dan meng”giur”kan… 😀

*

Oleh kerana saya membuat banyak, maka saya bahagikan kepada beberapa bungkus untuk diperap.  Jadi mudah saya memasaknya bila-bila masa. Simpan dalam “frezer”. Kerana itu dalam sebulan kami boleh makan beberapa kali… Bijak tak. 😀

Selain itu, perapan dalam bungkusan ini akan lebih menyerap bahan A dan B ke atas ayam. Nanti anda dapat rasai, rempahnya sampai ke dalam isi ayam dan lembut apabila sudah masak. Sebab itu tidak perlu lama menggorengnya.

*

Bau aroma dari rempah ayam goreng tersebar ke seluruh rumah. Rasa tak sabar hendak merasai kelazatannya.

*

Sudah siap hidang untuk di makan

*

SEBENARNYA….

… ada menu lain yang saya masak untuk dimakan bersama Ayam Goreng Berempah ini. Anak-anak sangat menyukainya iaitu KUAH AYAM PERCIK, resepi asal dari Kelantan. Insya Allah, episod selepas ini akan disambung kepada Resepi Kuah Ayam Percik pula.

*

*

RAMADHAN DAH DEKAT

…. boleh lah mencuba resepi AYAM GORENG BEREMPAH untuk hidangan berbuka puasa anda nanti.

SELAMAT MENCUBA

*

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima9 Mei 2017 (Selasa)/ 12 Sya’ban 1438H/ 9.50 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. menggenggam harapan untuk mencapai apa yang diimpikan sebelum jemputan meragut seluruh kebahagiaan dalam hidupku. Ya Allah, semoga harapan meniti setiap jejak Rasul-Mu akan tertunai pada saat dan ketika yang Engkau takdirkan untukku. Aamiin Ya Rabb.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU…. aku dan rindu padamu…biarlah tidak semuanya terlihat asal jelas wajahmu, biarlah tidak semuanya terdengar, asal jelas suaramu. Kadang kala kita meminta, tetapi Allah yang memberi. Selalu ada doa untukmu. Aamiin.  Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

20 thoughts on “CT433. RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH, RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM

  1. assalamu alaikum
    kak, resepi ini menggiiurkan sekali, pakai daun kari pastilah aromanya sangat harum..
    halia itu ginger kak?
    saya simpan resep ini ya, terima kasih banyak

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda….

      Iya, halia itu ginger atau jahe di sana. Daun kari lebih sedap apabila digoreng kerana daun kari menjadi rangup seperti kerepek.

      Silakan, mbak. Mudahan mencapai kelazatan dan keenakan rasanya jika mencubanya nanti.
      Terima kasih kembali kerana sudah berkunjung dan salam manis. 🙂

  2. Assalamualaikum bu Hajjah Fatimah. Wah, saya senang sekali bisa contek resep bu Hajjah. Jintan manis beda dengan jintan putih biasa ya? Saya penasaran ingin coba resep ini. Terima kasih sudah berbagi resep ini. Salam sedap dari Jakarta Pusat.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany….

      Jintan manis sangat berbeza rasa dan warnanya dari jintan putih. Kalau masakan berempah, dua jenis jintan ini tidak boleh dipisahkan. Begitu juga ketumbar. Ia adalah bahan wajib untuk meningkatkan kelazatan masakan tersebut.

      Silakan mencubanya mbak dan pasti mbak suka, lebih lagi anak-anak. Cuma kalau anak tidak suka pedas, kurangkan cili dan karinya.

      Salam sedap kembali dan terima kasih atas kunjungan. 🙂

    • Silakan Didi, tidak perlu tunggu berjodoh dulu, boleh dicuba sendiri kerana sekali merasainya, pasti nak lagi, lagi dan lagi… :D. Selamat mencuba.

      Terima kasih kembali Didi dan salam manis. 🙂

  3. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

    Aaaa… Melihat ayam goreng berempah, terasa titik pula selera, Mbak Fatimah. Jadi inget ayam goreng yang dibuat ibu saya, juga Rasanya nikmat. Berbeda dengan ayam goreng yang saya buat sendiri, kurang enaknya 🙂

    • Wa’alaikum salaam warahmatullahi wabarakatuh, mbak Evi….

      Masakan ibu tiada tandingannya mbak, selalu kita ingat dan ingin selamanya. Malah kita sendiri tidak dapat menandingi rasanya walau dibuat dengan cara yang sama. Boleh dicuba resepi ini pula untuk anak-anak mbak Evi pasti mereka juga tidak akan meluapainya. Silakan mbak

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam manis selalu. 🙂

  4. Pingback: CT435. CARA MEMBUAT KUAH AYAM PERCIK | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  5. Assalamualaikum sis… Sedap ayam goreng sis. Saya sudah mencubanya. Saya ada satu soalan sis, mcm mn mau kekalkan rempah ayam tu bila dlm freezer? Saya sudah letak dlm freezer, ayam dan rempah membeku dan bila di goreng rasanya berbeza dgn ayam rempah yg blm blm di sejuk bekukn? Mohon pencerahannya sis bagaimana caranya. Terima kasih

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Sue…

      Alhamdulillah, saya senang Sue sudah mencuba dan merasainya. Itulah nikmat bila buat sendiri, boleh makan sebanyak yang kita suka.

      Begini, sebelum memasak lebihan ayam berempah yang disimpan dalam freezer, Sue perlu keluarkan lebih awal dan biarkan dalam suhu bilik sehingga lembut seperti biasa, barulah memasaknya. Itu sahaja. Jangan memasak ketika masih keras. memang akan lain rasanya. Harap dapat membatu. Jangan pernah putus asa. Selamat mencuba lagi.

      Tarima kasih Sue sudah berkunjung dan salam manis. 🙂

  6. Pingback: CT461. MENYOROT PENULISANKU DI TAHUN 2017 | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.