Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh
ALHAMDULILLAH…. hari kemenangan kian menjelma bersama kepiluan yang tak mampu dihindari mengiringi pulangnya Ramadhan kembali ke pangkuan Ilahi. Sayap rahmat kian meredup diri setelah menyebarkan seluruh perintah Tuhan Sekalian Alam ke pelusuk jiwa mukmin yang merebut keberkatannya.
Kembang pahala berganda, mulai menguncup bunganya setelah diraih penuh rindu oleh sekujur tubuh yang merindui syurga Tuhannya. Siraman ampunan menghujani murni segala dosa, menyapu duka dan nestapa dari sekujur jasad yang belum puas menghirup wanginya cinta Sang Pengasih di bulan bahagia.
Masya Allah, alangkah ruginya, mereka yang membiarkan kesucian Ramadhan berlalu pergi tanpa pengisian rohani yang bermakna untuk bekal akhiratnya. Setelah berlalu Ramadhan tahun ini, apakah kita menyakini akan menghirup lagi kesegaran aroma Ramadhan akan datang ?
Rebutlah peluang hari ini selagi nafas masih berhembus segar, jantung masih berdetak kuat, nadi masih berdenyut kencang dan nyawa masih di kandung badan. Tidak ada kali kedua untuk sekelumit nafas yang dipinjam. Oleh itu, hargailah HARI INI dan hari-hari yang masih berbaki. HARGAILAH IA, semoga senyummu mengukir mekar di sana nanti. Penuh redha dan syukur yang panjang.
SELAMAT TINGGAL RAMADHAN SEHINGGA BERTEMU LAGI
**************
SAHABAT…. SEINDAH SYAWAL menjelma, hari bahagia yang dinanti oleh semua Muslimin dan Mukminin sedunia setelah berjuang di medan nafsu bagi mengumpul seladang pahala.
SELAMAT HARI RAYA diucapkan dengan setulus kata mesra mengharapkan sejahtera dan gembira bersama keluarga dan sanak saudara di hari mulia. HARI KEMENANGAN disambut penuh gemilang, mengucap syukur atas segala nikmat kekayaan dan kurnia kesihatan sehingga masih mampu bergerak dan mewarnai kehidupan di muka bumi ini.
Kemaafan dipohon jika terdapat silap dan salah, agar tidak ada hati yang merana dek bicara yang merongkai rasa sehingga menghiris hiba, berlagu sendu dan bermuram durja. Hanya harapan kebaikan selalu bersama kita. Mudahan semuanya terampun sudah tanpa bekas bara di jiwa agar hati menjadi tenang, sedamai tasik kencana.
***************
Buatmu, SAHABATKU YANG DIINGATI….perjalanan hidup ini selalu ada ombak melanda dan onak berduri. Sering kali kita diuji dalam menerjah arus yang cuba menenggelamkan keakraban dalam persahabatan. Sering kali juga, kita berusaha menebarkan harumnya persaudaraan agar berpanjangan di naungan kasih sayang yang cuba dibina. Akan kekalkah ia ? Selalu ada rindu yang bermukim di lubuk hati yang terdalam, mengharapkan silaturahmi ini tetap bertahan di bawah lembayung rahmat Tuhan Yang Maha Esa. Hadirlah dengan indah tanpa rasa lelah.
SALAM HARI RAYA mengiringi kemuliaan Syawal menghadir diri penuh gemerlapan. Semoga bahagia dan sejahtera dalam lindungan Yang Maha Perkasa. Mohon diampun dan maaf dipinta, setelah sekian lama kita bersua di medan maya dalam bisunya bicara dan tulinya suara. Namun kita berpandang dengan hati dan senyum yang tidak pernah bersua. Hanya goresan tulis dan ketikan aksara yang menjadi pengantar menyusun kata antara kita. Semoga Allah masih mengizinkan persahabatan ini terjalin dengan indahnya. 😀
SELAMAT HARI RAYA UNTUKMU…. DAN TERIMA KASIH, MASIH SUDI MENJADI SAHABAT YANG TERBAIK DALAM LINGKARAN KEHIDUPANKU DI DUNIA, JUGA DI AKHIRAT. AAMIIN. YA RABBAL’ALAMIIN.
****************
TERIMA KASIH ATAS INGATAN
Kad raya elektronik dari BintangZohra, dari Singapura. Diterima pada 13 Ogos 2012 (Isnin), jam 7.49 pagi. TERIMA KASIH.
****************
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
**************
14 Ogos 2012 (Selasa)/ 26 Ramadhan 1433H/ 1520 petang – Bintangor, Sarawak
AKU…. dengan penuh pengertian memahami, ada kala kita perlu MENANGIS supaya kita sedar bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa riang, gembira dan bahagia. Tetapi Tuhan ingin menguji kita dengan mengambil apa yang dipinjamkan buat sementara, yang bukan milik kita untuk menilai taqwa dan cinta pada-NYA. Ada kalanya kita juga perlu KETAWA, supaya kita dapat menilai betapa mahalnya HARGA SETITIS AIR MATA. Berbahagialah bagi mereka yang sabar dengan TANGIS dan TAWA yang mempunyai cerita sendiri dalam kisah hidupnya. Terima kasih Ya Allah… memberi aku kekuatan untuk melalui segugus rasa yang menggigit jiwa dengan sabar yang masih dipelajari nikmatnya. Aamiin.
– SITI FATIMAH AHMAD –
Assalaamu’alaikum wr.wb…
Dalam syahdunya takbir bergema, inginku ucapkan SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATHIN. Mudahan lantunan takbir yang membesarkan Allah di Hari Kemenangan ini menjadikan kita semakin mensyukuri nikmat umur dan kesihatan yang diberikan kepada kita kerana msih bersama di dunia ini. Barakallahu lakom.
Silakan nikmati LAGU-LAGU RAYA KEGEMARAN SAYA untuk merasaikan keindahannya hari lebaran yang bakal menjelma ini.
DEDIKASIKU UNTUKMU…. Semoga di hari lebaran ini, kegembiraan dan kebahagiaan akan menyelimuti dirimu dan sesiapa yang bersamamu. Maaf ku pohon atas segala ketelanjuran kata juga tingkah yang pernah dihadirkan sepanjang kehidupan yang kita lalui. Terima kasih kerana masih ada untuk menjadikan dunia ku menjadi ceria. SELAMAT HARI RAYA.
Wassalaam. 😀
salam kenal bunda
Mohon maaf lahir dan batin … ya kak…
Selamat hari raya Idul Fitri
Salam buat keluarga
Sama-sama bermaafan mbak Monda….
Semoga Syawal yang bakal menjelma nanti, bisa meneguhkan silaturahmi yang membahagiakan.
Salam Ramadhan penuh barakah.
Salam mesra buat keluarga mbak juga di sana. 😀
Pendakian Ramadhan benar- benar sudah mendekati puncaknya. Semakin terasa melelahkan, tapi semakin terasa nikmatnya.
Semoga perjalanan panjang ini dapat kita sempurnakan menuju puncak kemenangan….
Selamat sampai di puncak kegembiraan Hari Fitri, 1 Syawal 1433 H (yang insya Allah jatuh pada tanggal 19 agustus 2012)
Semoga kita diizinkan merai hari kemenangan tersebut dan bersyukur atas segala kurnia yang diberikan selama ini.
Selamat Hari Raya.
Terima kasih, mas Zainal. 😀
Aamiin… semoga 10 terakhir Ramadhan memberi kemanisan dalam kehidupan yang tentunya mahu direbut sebagai kemuncak pengibadatan di bulan barakah ini.
Semoga beroleh lailatur Qadar dengan membanyakkan ibadat di penghujung malam-malam terakhirnya.
wa ‘alaikum salam warahmatullah wabarakatuh ..subhanallah kata-kata yang sangat indah …selamat menyambut Hari ied fitri.. maafkan lahir dan bathin..semoga perjuangan kita di bulan Ramadhan mampu menempa jiwa yang taqwa ,, hingga mampu berjalan dengan kokoh untuk ketaatan kepada Allah buat sebelas bulan berikutnya …
salam hangat mbak.. 🙂
wa ‘alaikum salam warahmatullah wabarakatuh wa ridhwanuh..
Selamat hari raya juga mbak.
Aamiin… mudahan perjuangan menentang nafsu nafsi yang semakin mengertak jiwa untuk menjadi lebih mantap iman dan menjadi muslim sejati akan menguatkan diri berjalan atas landasan yang diredhai Allah.
Semoga Allah menerima alam ibadah kita, mbak dan menjadi lebih baik dari semalam.
Terima kasih, mbak.
Salam hangat kembali dan selamat berbuka puasa dari saya. 😀
Assalamualaikum Mbak Siti. Subhanallah kartu-kartu ucapan hari rayanya cantik semua. Merancang sendiri ya Mbak? Keren! Ohya mendahului ucapan selamat hari raya mbak. Semoga Ramadan tahun depan kita masih bertemu ya..
Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…
Terima kasih, mbak atas apresiasinya.
iya, mbak dengan inisiatif sendiri kerana minat dan inginkan keceriaan syawal itu terasa dalam bulan Ramadhan yang semakin memilukan kepergiannya.
Aamiin… semoga diizinkan Allah jua.
Salam hangat dan manis selalu buat mbak Evi. 😀
Subhanallah,,, semoga kita mampu merengkuh hari fitrah nya,,,, dan brtmu ramadhan selanjutnya 🙂
Barakallah…
Aamiin… Ya Rabbal’alamiin.
Mudahan bisa bertemu lagi. Insya Allah.
Terima kasih Riky.
Selamat berpuasa. 😀
Selamat hari raya idul fitri 1433 H mohon maaf lahir & Bathin
Selamat Hari Raya dan semoga gembira bersama keluarga di lebaran menjelma.
Terima kasih mas Satar.
Salam Ramadhan.
Assalamualaikum wr wb, teman yang diingati selalu, Farimah
semoga berbahagia bersama keluarga tercinta dan menjalani akhir-akhir Ramadhan ini dipenohi dengan barkah dan rahmatNYA.
Selamat menyambut Idil Fitri hari kemenangan saya ucapkan, minal ‘aidin wal faizin.
Maaf di atas segala kesilapan saya melalui tinta-tinta ini yang berkemungkinan tidak sedap didengar telinga atau mengguris hati pabila membacanya.
Terima kasih banyak-banyak kerana kad saya menjadi hiasan istimewa di sini dan balasan kad dari awak amat saya hargai.
Lagu-lagu klasik raya memeriahkan lagi suasan di sini. Terhibur mendengarnya.
Di sini, anak-anak saya di ambang peperiksaan dan ujian, memberi dorongan dan semangat dari saya dan suami tak putus untuk mereka. Cutinya pula cuma 1 hari public holiday, nasib baik hari raya jatuh hari Ahad jadi dapatlah 2 hari untuk bercuti.
InsyAllah bertemu lagi di lain masa, sekali lagi saya ucapkan:-
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
minal ‘aidin wal faizin
maaf zahir batin
Wa’alaikum salaam wr.wb, sahabatku Zohra…
Aamiin, Ya Rahmaan Ya Rahiim. Kamis semua sihat dan baik-baik sahaja. Didoakan Zohra dan keluarga di Singapura juga demikian sama.
Sama-samalah kita saling bermaafan atas segala tutur kata dan bicara yang mungkin tidak kita sedari ketika bersilaturahmi. Mudah kemaafan akan mengeratkan lagi persahabatan yang terjalin sudah.
Oh, jadi di Singapura juga sama di Malaysia. Sekarang musim peperiksaan dan anak-anak saya juga sudah menghadapinya. Saya perhatikan bahawa bulan puasa ini memberi mereka lebih masa untuk mengulang kaji pelajaran. Semoga anak-anak kita berjaya dalam ujian mereka.
Sekejap ya cuti raya di Singapura. Kebetulan pula di Malaysia, cuti raya tahun ini bersamaan dengan cuti semester ke 2, maka cutinya lama sedikit iaitu 9 hari. Alhamdulillah.
Terima kasih atas kunjungan Zohra yang selalu menyenangkan.
Selamat berpuasa dan salam Ramadhan yang indah. 😀
kunjungan perdana mba,, langsung jatuh hati dg blognya. slamat hari raya,,
taqobalallohu minna waminkum…
Alhamdulillah, terima kasih Sun.
Blog ini hanya menampilkan bicara hati dan pengalaman biasa seorang insan di muka bumi ini untuk dikongsikan bersama.
Semoga beroleh manfaatnya. Terima kasih sudi singgah perdana di sini. Semoga betah kemari lagi.
Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya.
Salam kenal.
Assalammualaikum Bonda,
Salam Syawal buat Bonda sekeluarga, semoga mendapat barakahnya. Raya kali ni seperti tahun2 yang lalu, kami sekeluarga pulang ke Perak kampung saya kerana suami yatim piatu.
Tahun pertama kahwin, katanya semenjak ibunya meninggal dunia (umur suami 12 thn) hari raya tiada bermakna lagi. Saya bertekad utk jadikan hari raya yang terindah buatnya, bertungkus lumus membakar lemang,pergi ke pasar , pakaian sedondon, solat hari raya bermaafan dgn seluruh keluarga dan yang paling seronok di kampung saya masih mengamalkan amalan menziarahi pada hari raya pertama bermula selesai solat hingga ke petang.
Letih, tetapi sangat seronok melihat tetamu berduyun datang. Amalan ziarah kami teruskan hingga raya ke 3 ke rumah sanak saudara pula. kemuadian barulah pulang ke kl semula melawat saudara sebelah suami.
Sambutan di sana tentu lagi meriah ya Bonda, salam sayang dari saya sekeluarga buat Bonda sekeluarga dan buat semua. Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin
Wa’alaikum salaam wr.wb, Has…
Aamiin, Ya Rabbal’alaamiin. Mudahan Ramadhan ini memberi banyak perubahan dan kebaikan dalam hidup kita untuk menyusuri Ramadhan seterusnya.
Subhanallah, meriahnya sambutan raya di kampung Has. Tentu bertambag meriah apabila semua adik beradik berkumpul dan saling bertemu sesudah lama tidak bersama.
Di kampung bunda juga demikian sama, tetapi kemeriahannya tidak sama seperti bunda kecil-kecil dulu. Bila dah berkeluarga dan duduknya sudah berjauhan, pasti ada yang tidak pulang dan orang tualah yang paling riang dengan anak-anak yang menjenguk datang.
Sayu pula mengetahui tentang kesedihan yang dirasai oleh suami Has. Semoga segala usaha yang Has lakukan untuk suami dan anak-anak akan menjadi suasana Hari Raya bertambah berseri. Bersyukurlah kerana kita masih punya orang tua dan anak-anak kita masih ada kita.
Terima kasih Has menyapa bunda di akhir Ramadhan. Mudahan Ramadhan ini mempunyai barakah untuk dijadikan penambah iman dalam meningkatkan amalan dan ibadah kita.
Selamat berpuasa dan selamat hari raya.
Maaf zahir dan batin.
Salam sayang kembali dari bunda buat Has sekeluarga. 😀
Salam hari aya juga Bunda Siti,
Mohon maaf lahir & batin, semoga puasa kita diterima Allah SWT & dapat bertemu kembali dengan Ramadhan tahun depan.
Semoga kita bisa istiqamah, amalan2 kita dibulan Ramadhan bisa diaplikasikan juga dibulan-bulan berikutnya.
Aamiin Ya Aziiz Ya Jabbar…
Hanya kepada Allah kita memohon agar setiap amal ibadah kita diterima sepanjang bulan barakah ini berlangsung dan mengharapkan segala apa yang kita telah jalani sepanjang Ramadhan akan kekal di bulan-bulan lain sehingga bertemu Ramadhan seterusnya.
Terima kasih nanda Dedekusn.
Selamat Hari Raya
Salam Ramadhan Dede. 😀
Alhamdulillah…. amien…..
halo bunda, lama tidak mampir. 😀
Selamat hari raya Idul Fitri bunda, semoga puasa dan amal perbuatan kita selama satu bulan ini diterima oleh Allah SWT. 🙂
Hai Loewyi…
Alhamdulillah, senang menerima kunjungan dari nanda Loewyi kembali setelah lama tidak bersilaturahmi ke mari. Semoga sukses dalam pengajiannya.
Aamiin… mudahan banyak kebaikan yang kita perolehi di sepanjang Ramadhan ini. Bunda harap bacaan Quran Loewyi dapat dikhatamkan pada bulan ini.
Terima kasih Loewyi.
Selamat berpuasa. 😀
Assalamu’alaikum Bunda.
Tidak terasa ya sebentar lagi kita akan meninggalkan bulan suci yang penuh ampunan ini, kita semua berharap dapat bertemu kembali dengan bulan ramadhan tahun depan. Insya Allah.
Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri 1 Syawal 1433 H. Minal Aidin Wal Faizin, Mohon Maaf Lahir dan Bathin.
Salam hangat dari Lombok – Indonesia. 🙂
Wa’alaikum salaam wr.wb, Irfan…
Aamiin… mudahan pertemuan itu akan menjadi nyata andainya kita diizinkan hadir lagi di tahun akan datang. Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku sebentar lagi. maka, kita harus merebut peluang yang ada kini untuk meraih sebanyak-banyak amal ibadah buat bekal akhirat.
Terima kasih Irfan. Ucapan Selamat Hari Raya kembali buat Irfan dan keluarga di sana.
Salam Ramadhan yang barakah. 😀
Amin… Terima kasih Bunda. 🙂
Sama-sama kembali, Irfan. 😀
Assalamualaikum
Taqobalallahu minna wa minkum wa ja’alanallahu minal aidin wal faizin
Semoga Allah menerima amalan-amalan yang telah aku dan kalian lakukan dan semoga ALLAH menjadikan kita termasuk orang-orang yang kembali kepada fitrah dan mendapat kemenangan,
Selamat Menyambut Dan Merayakan Hari Raya Idul Fitri,
Mohon maaf lahir batin bila ada salah dan khilaf selama ini,
Salam hangat dan hormat dari Makassar- Indonesia
Wassalam
Wa’alaikum wr.wb, mas Hariyanto…
Aamiin… Ya Rabbal’alamiin. Dengan kasih sayang Allah ke seluruh alam di bulan barakah ini, mudahan kita dilimpahi rahmat dan ganjaran-NYA untuk semua amal ibadah yang kita lakukan.
Dengan hadirnya Syawal, hari kemenangan yang hanya dimiliki oleh mereka yang telah berjuang di medan nafsu untuk mematuhi perintah Tuhannya.
Terima kasih mas Hariyanto.
Selamat hari Raya, maaf zahir dan batin.
Salam hormat dan sejahtera selalu. 😀
hadir kembali mecari ketupat lebaran 🙂
Assalamu’alaikum @mba SFA
Selamat hari raya ‘idul fitri, mohon maaf lahir dan bathin….
(salam khusus buwat si kecil … 😀 )
Saudaramu, Haniifa.
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Haniifa…
Hehehe… pasti Aisyah akan tersenyum gembira bila ada salaam untuknya. Saya dapat bayangkan dia menyoal banyak soalan tentang orang yang memberi salam padanya. Saya pula tidak tahu bagaimana mahu menjawabnya. 😀
Terima kasih mas Haniifa.
Selamat Hari raya, maaf zahir dan batin.
Salam hangat selalu. 😀
Assalamualaikum Wr. Wb
Tiada kata yang pantas disampaikan selain ucapan minail aidhin wal faidzin atas segala salah yang sengaja ataupun tidak selama berinteraksi melalui dunia blogging
maafkan saya bunda
salam dari pamekasan madura
Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang CM…
Sama-sama kita bermaafan, memohon keampunan kepada Allah di hari mulia hari bahagia yang bakal menjelma ini. Saya juga Kang selama bersama berkongsi hikmah di maya pada ini.
Terima kasih dan semoga bergembira bersama keluarga.
Salam hormat selalu. 😀
Mohon Maaf Lahir Batin atas segala salah sikap; salah ucap selama kenal makhluk yang avatarnya terpampang di atas ini ya, Mbak.. 😀
Semoga Allah menggenapkan segala kurang dalam ibadah kita dan membulatkan kembali fitri kita. Aamiin.
Hehehe… saya hanya kenal makhluk yang avatarnya di atas itu. kalau mas Muxlimo sendiri saya kenal dari tulisannya aja. Alhamdulillah, saya banyak belajar dari pemikiran kritis mas Muxlimo tentang Islam dari pelbagai perbincangan.
Tulisannya selalu membuat saya pening kepala dan harus mengkaji lebih banyak bacaan untuk mengetahui apa yang dilampirkan bagi membantu sesiapa untuk memahami tentang ketuhanan Allah dan akidah mereka. Sangat menarik dan bisa memiris hati. 😀
Aamiin… semoga Allah memberi kebaikan atas segala apa yang kita lakukan bagi menuruti perintah-NYA.
Terima kasih akhi Muxlimo.
Salam mesra. 😀
Assalamualaikum Bunda Fatimah,
Mohon Maaf Lahir dan Bathin
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1433H,
Semoga menjadi hari kemenangan bagi kita semua, Aamiin.
Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…
Aamiin… mudahan kebahagiaan dan kegembiraan mengiringi datangnya Syawal untuk bersma keluarga dan sanak saudara.
Terima kasih, mbak
Selamat menjalani puasa yang berbaki ini dengan cerianya.
Salam manis selalu. 😀
Selamat Idul Fitri kepada ibu dan keluarga di sarawak. Mohon maaf lahir dan bathin
Terima kasih atas ucapannya. Ifan.
Semoga selalu dalam rahmat Allah swt.
Salam Syawal menjelma. 😀
Assalaamu’alaikum Bunda. . .
Besok adalah malam Takbiran, pasti ramai.
Rencana besok mau dampingi anak2 TPQ untuk Takbir keliling. 🙂
Selamat hari raya idul fitri untuk Bunda dan Keluarga.
Mohon maaf lahir dan batin ya, Bun.
salam snyum dan salam peluk untuk bunda. ^_*
Wa’alaikum salaam wr.wb, Idah manis…
Iya, di Malaysia hari ini melihat anak bulan dan Maghrib nanti akan ditunggu pengumuman rayanya. Alhamdulillah, tahun ini bunda bisa solat sunat Hari Raya di masjid. Beberapa tahun lalu selalu sahaja ada halangan. Wah,,, seperti anak-anak kecil aja bunda ni. 😀
Terima kasih untuk kunjungannya.
Selamat Hari raya buat Idah sekeluarga di sana.
Semoga berbahagia dan ceria bersama anak-anak TPQ untuk takbur keliling. Di kampung bunda, tidak ada budaya ini.
Salam senyum menawan buat idah sayang. 😀
assalamualaikum.wr.wb
kami sekeluarga mengucapkan
.
mohon maaf lahir dan batin
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Zainal…
Terima kasih atas ucapannya.
Salam Aidil Fitri yang pasti memberi kemenangan buat kita yang telah menguliti diri mematuhi perintah Allah selama Ramadhan ini. Semoga diterima Allah segala amal ibadah kita. Aamiin.
Salam Syawal yang mulia. 😀
Asm….
Salam Aidilfitri dr kami di Teluk Intan…mohon maaf yg sengaja mau pun sik sengaja.
Tahun kmk org raya di Teluk Intan aja…Ani, umar & Aisyah kenak chicken pox…mula2 Hanzalah lepas ya baru sidaq..
First time raya di rumah sendiri…sedih juak tapi apa kan daya dah takdir…Kitak raya siney?
Wa’alaikum salaam wr.wb, Tuan Haji Faisal….
Masya Allah, kasihannya Ani dan anak-anak di sinun kenak sakit pula di Syawal yang tiba ini. Kamek doakan kita beranak semua sihat, bahagia dan gembira walau sedang diuji Allah swt.
Demikianlah Allah memberi “kasih sayang”-Nya untuk melihat kesyukuran dan kehambaan hamba-Nya. Bersabar dan tabahlah dalam menerima apa jua ujian Allah. Berkat sabar, pasti ada kebaikannya. 😀
Alhamdulillah, dalam pada ya, dapat juak beraya di rumah sendirik. Kamek raya di kampung Sri Aman. Pian pulang raya tok. Mudahan kitak duak Ani dapat raya di Sri Aman tahun depan.
Terima kasih telah menghantar khabar dengan kamek di sitok. Mudahan Allah menerima segala amal ibadah kita sepanjang Ramadhan yang lalu dan mengampuni segala dosa2 kita semuanya. Aamiin.
Selamat Hari Raya dan Maaf zahir bathin.
Salam sayang dan rindu selalu buat Ani dan anak-anak di Teluk Intan. 😀
Assalamu ‘alaikum Bunda….
Alhamdulillah, Ramadhan hampir berakhir.. Meski kita bersedih hati kehilangannya, tapi setidaknya ia telah memberi kita kesempatan memperbaiki diri dan beroleh banyak pahala dari amal soleh yang kita kerjakan selama bulan ramadhan. Semoga usia kita sampai pada ramadhan tahun depan. Aamiin.. 😀
Maafkan saya bunda, karena sudah lama sekali tidak meninggalkan komentar di blog bunda yang cantik ini. Semakin hari semakin sibuk, pekerjaan blog tambah banyak dan tugas kuliah saya di tingkat akhir yang membuat saya harus lebih fokus..
Tapi saya sering mampir ke blog bunda, sekedar membaca untuk menambah kasanah dan pelbagai renungan untuk menjadikan hidup lebih baik. Tulisan bunda memang bagus bagus sekali.. 🙂
Ohya, saya pribadi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk bunda sekeluarga, Mohon Maaf lahir dan bathin.. Semoga amal ibadah kita diterima disisi Allah SWT. Aamiin…
Salam hangat dari Medan… 😀
Wa’alaikum salaam wr.wb, Legy Masyhury…
Alhamdulillah, akhirnya mendapat khabar dari Masyhury yang kian sibuk dengan pengajian akhirnya. Bunda doakan semoga sukses dan terus berjuang untuk menghasilkan kecemerlangan dalam pelajaran.
Setiap peluang yang hadir dalam hidup ini jangan sekali-kali dipersiakan. itulah jalan yang harus ditempuh kerana kita tidak ketahui apakah kita akan melalui jalan ini lagi. Kejayaan yang dicapai dari setiap langkah yang digerak pasti akan berdampak besar untuk masa depan di dunia dan akhirat.
Terima kasih atas kata penghargaan terhadap karya-karya bunda, juga kunjungan-kunjungan Masyhury walaupun tidak meninggalkan jejak di blog bunda. Semoga ada manfaat yang diperolehi selama ini. Hadirlah tika tidak sibuk melanda. Bunda senang dapat membaca sedikit komentar yang sudah lama tidak berbekas di sini.
Maaf baru bisa membalas kerana mudik dua kampung dan tentunya kemeriahan hari raya masih belum hilang ketika kembali ke Sarikei ini.
Selamat hari raya dari bunda dan keluarga buat Masyhury.
Maaf zahir dan bathin.
Salam hangat kembali. 😀
Pingback: 1 Syawal 1433 H « FAITES COMME CHEZ VOUS
Assalamu’alaikum Wr. Wb…
Wah, saya terlambat nih Mbak. Mbak Fatimah malah sudah terlebih dulu berkunjung di menjelang lebaran. Tapi tak apalah ya Mbak, yang penting niatan kita untuk berbuat baik tetap terlaksanakan.
Sepertinya tak cukup rangkaian kalimat indah untuk mengaku salah, yang terutama keikhlasan hati untuk memohon ampunan kepada Allah dan sesama. Untuk itu, mohon dimaafkan segala khilaf dan salah saya, lahir dan batin.
Selamat merayakan hari kemenangan di Idul Fitri ini, taqobalallahu minnaa wa minkum…
Salam hangat untuk keluarga di Sarikei, Sarawak.
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden…
Semoga keampunan dan kebaikan menyatu dalam kasih sayang Allah untuk kita, para hamba-Nya yang berusaha melaksanakan titah perintah dan larangan-Nya di sepanjang kehidupan Ramadhan berlangsung dengan akhir penghujung yang penuh bahagia dan kemenangan.
Terima kasih mas Raden atas kunjungan dan mudahan Syawal ini membawa barakah kepada seluruh keluarga agar sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. Aamiin.
Selamat Hari Raya dan salam Syawal yang mulia. 😀
Assalamu’alaikum Wr. Wb…
Bunda, kami hanya mampu tersipu malu nih, lha ternyata Bunda telah berkunjung dulu pada kami yang lebih muda. Padahal mestinya kami, yang muda ini yang mengunjungi Bunda terlebih dulu dengan membawa permohonan maaf. Maafkan kekhilafan kami ya Bunda…
Semoga silaturahmi di hari fitri
membawa bunga keberkahan
mohon dimaafkan atas kesalahan kami
semoga Allah memberi ampunan
Taqobalallahu minnaa wa minkum
minal ‘aidin wal faizin…
Salam sayang selalu dari kami, anak-anak di Galeri Siswa.
Wa’alaikum salaam wr.wb, anak-anak @ sahabat Galeri Siswa…
Subhanallah, siapapun kita baik muda atau tua (usianya) :D… harus berusaha mendekatkan diri tanpa ada jurang yang memisahkan dalam memberi kebaikan dan kesenangan dalam bersilaturahmi. Oleh itu, siapa yang mendahului haruslah mendatangi dahulu agar jalinan tetap segar dan bermanfaat.
Aamiin… semoga apa yang kita semua harapkan dari tingkah laku dan ulah perbuatan yang lalu, yang terhasil oleh tidak bijaknya dalam berbicara dan menyusun kata akan diampuni Allah jua. Silap dan salah pasti ada kebaikan yang meningkah ruah.
Terima kasih hadir menyapa kembali.
Selamat Hari Raya dan sukses semuanya.
Salam sayang kembali dari bunda buat anak-anak di sana. 😀
Assalamu`alaikum kakakku, terima kasih di atas persaudaraan yang erat ini. Senang sekali menerima seorang kakak seperti akak. Membaca coretan hati di atas sahaja sudah menenangkan jiwa saya, terasa seperti akak berada di tepi saya membisikkan kalimat yang sungguh indah tersusun.
Insya-Allah kak, akan saya sematkan segala nasihat akak di atas, menghargai apa juga yang saya miliki pada hari ini dan merebut setiap peluang yang ada. Ya Allah, berikan kesihatan, rezeki dan Nur kepada seisi keluarga kakak saya di sana…
Oh ye kak, di kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf kalau ada di antara tutur bicara saya di dalam blog pernah melukakan perasaan akak, minta maaf kak. Saya hanya insan biasa yang tidak dapat lari daripada membuat kesilapan.
Selamat Hari Raya kak.
Wa’alaikum salaam wr.wb, dik Mama…
Aamiin… Ya Rabbal’alamiin. Rasa terharu menyelinap ke ruang hati akak saat membaca torehan kata yang menenang jiwa dari dik Mama. Semoga Allah merestui persaudaraan yang terjalin selama ini. walau tidak pernah terlihat wajah dan hanya berbisik dengan kata, silaturahmi antara kita tetap terjalin mesra. Alhamdulillah.
Di samping mengingati orang lain, akak juga mengingati diri sendiri agar berlaku perubahan dan peningkatan diri dalam mengubah aksi dan sikap yang mungkin berupa nafsi-nafsi selama ini. Apa yang berlaku selama nafas kita berhela di bumi bertuah ini, di harap memberi ibrah dan menghadapinya dengan qanaah yang berlanjutan kepada kekuasaan Allah aw dalam mengurus segala makhluk-NYA.
Kemaafaan adalah pintu kebaikan untuk kita saling mengakui kesilapan diri yang kemudiannya membekas sejuta bahagia di hati dan banyak maslahah yang dapat kita ceburi untuk mengumpul bonus di sana nanti. Akak juga demikian sama andai ada bicara yang tajam tidak terperi. kadang kala tidak akak sedari saat ia diukir dalam kata berbahasa indah. 😀
Selamat hari raya buat dik Mama dan keluarga. Bagaimana hari raya di Labuan. Adakah semeriah di Kedah ?
Salam sayang dan rindu dari akak buat dik mama. 😀
Berat rasanya berpisah dengan Ramadhan. Meski kita masih ingin selalu bersama bulan itu, tetapi waktu terus berjalan dan bulan pun harus berganti. Kita hanya bisa merindukan dan berharap akan dipertemukan lagi di bulan Ramadhan berikutnya.Insya Allah…
Semoga Allah mengampuni segala dosa dan menerima semua amal ibagah kita. Amin.
Aamiin, semoga harapan dan kerinduan untuk bertemu Ramadhan akan datang dimakbuli Allah untuk mas Muhammad dan semua kita yang merasai sama.
Mudahan setiap amal ibadah dan permohonan ampun kita diterima Allah melalui kasih sayang dan rahmat-NYA yang melimpah ruah di sepanjang Ramadhan dan bulan lainnya juga.
Terima kasih mas Muhammad.
Salam Syawal yang murni. 😀
HAPPY IED MUBARAK Bunda …
mohon maaf lahir batin 🙂
Selamat Iedul Fitri juga, Mila. 😀
Semoga sukses dan sihat selalu.
Assalamu’alaikum Wr. Wb…
Mohon di maafkan lahir dan bathin
Taqobalallohu minna waminkum…
Minal ”Aidin wal Faidzin
Wassalam….
Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang KC…
Mohon maaf kembali.
Terima kasih. Semoga sukses selalu.
Salam sejahtera. 😀
selamat hari raya idul fitri 🙂 tapi sedih rasanya harus menanti 11 bulan untuk bersua kembali dengan idul fitri lagi..
Berdoalah agar dipanjang usia untuk kembali bersama Ramadhan tahun akan datang. Mudahan ada keberkatan di sepanjang 11 bulan yang bakal ditempuh dengan ibadah-ibadah seterusnya.
terima kasih Damasmuslim.
Selamat Hari Raya. 😀
Assallamualaikum. wh. wh….
“Selamat Hari Raya” buat Mah & keluarga tersayang.
Maafkan segala kesilapan yang lalu… dan semoga
bergembira di hari lebaran ini. Salam sayang dariku
yang jauh. Maaf Zahir n Batin.
Luv u …
Wa’alaikum salaam wr.wb, Dahlia dikasihi…
Selamat Hari Raya juga buat Lea dan keluarga di Perak.
Semoga berbahagia dan sihat selalu hendaknya. Kamekpun nak mintak maaf juak mun ada salah silap selamak tok. Ni tauk ada kelakar yang sik kenak di hati. Kosong-kosong Lea. 😀
Terima kasih Lea.
Salam sayang dan rindu selalu. 😀
Assalamualaikum warohmatullohi wabarokatu…..
sselamat pagi bunda siti semoga selalu dalam lindungan Alloh SWT,
tak lupa bunda dihari yang fitri ini saya dan keluarga mengucapkan selamat hari raya idul fitri maaf lahir batin ya bund? salam dari umi dan dida buat bunda siti dan buat ais
Wa’alaikum salaam warahmatullahi wabarakatuh waridhwanuh…
Selamat pagi juga Akhmad Fauzi.
Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Alhamdulillah, bunda sihat sehingga setakat ini. Didoakan Akhmad, Umi dan Dida sihat juga di sana dalam rahmat Allah swt.
Terima kasih sudi hadir menyapa walaupun tidak dari link blognya. Semoga silaturahmi ini tetap baik dan diberkati Allah.
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
Salam sejahtera dan sukses selalu. 😀
Bunda Fatimah Selamat Hari raya Idul Fitri 1433H, Minal Aidin Wal Faidzin, mohon maaf lahir dan bathin.
maaf br bisa maen ke blog Bunda. pkbrnya Bunda Fatimah?
with love – wit
Hai Wits comel…
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
Bunda sihat aja dan didoakan Wiits juga demikian sama. 😀
Tidak mengapa, Wits.. jika ada waktu senggang, silakan mampir dengan senangnya.
Sayang juga dari bunda buat Wits. 😀
mohon maaf lahir batin
semoga ibadah puasa kita diterima Allah
aamiin
Aamiin… semoga Allah selalu menerima apa jua ibadah kita selama menginap di muka bumi ini.
Terima kasih Adrian. Maaf zahir batin.
Salam Syawal yang mulia. 😀
Bunda, selamat Idul Fitri ya..
Mohon maaf lahir dan batin 🙂
Sama-sama juga mbak, kita saling bermaafan selama silaturahmi yang pernah kita jalin bersama.
Maaf zahir dan batin.
Salam manis buat mbak Akin. 😀
Assalamu’alaikum Bund,,
mohon maaf lahir bathin Bund, mohon dimaafkan segala kesalahan baik yang disengaja ataupun tidak,,
semoga kita masih diberi kesempatan untuk terus bertemu walau hanya lewat dunia maya ini..
slam sayang selalu buat Bunda, dari Jakarta .. 🙂
Wa’alaikum salaam wr.wb, Fitray yang baik…
Takbir Raya yang menyentuh hati dilatar belakangkan dengan adunan melodi yang menyegarkan. Bunda senang mendengar dan mengikuti takbirnya yang berlainan dengan irama takbir di Malaysia. 😀
Aamiin… bunda juga demikian sama berharap diberi kesempatan untuk bertemu muka dengan Fitray jika diizinkan Allah pada masa yang ditentukan. Tiada siapa menyangka apa yang akan berlaku selepas ini.
Terima kasih Fit, hadir menyapa bunda dengan kiriman takbir yang menyentuh hati. Maaf juga dari bunda.
Salam sayang kembali buat Fitray. 😀
Salam Syawal yang mulia buat Adelays yang sudah lama tidak berkunjung kemari. Mudahan kebaikan dan sukses selalu melingkumgi kehidupan Adelays di dunia dan akhirat.
Terima kasih Adelays.
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
Salam mesra dan takzim selalu. 😀
Taqobbalalloh minna wa minkum, mohon maaf zahir dan batin….semoga Ramadhan dan aidil fitri yang telah berlalu berbuahkan pribadi-pribadi yang menawan , pribadi yang taqwa dan meraih ampunan
Aamiin, Ya Rabbal’alamiin.
Mudahan kitalah antara peribadi-peribadi yang menawan dan bertaqwa itu. Selamat menjalani bulan-bulan haji dengan penuh syukur.
Terima kasih Nediar.
Maaf zahir dan bathin.
Assalaamua’laikum Warrahmatullaahi Wabarakaatuh Bunda,
mohon maaf lahir batin 🙂
Wa’alaikum salaam warrahmatullaahi wabarakaatuh wamaghfiratuh, Ardian.
Senang menerima kembali kunjungan Ardian yang sudah lama menjarak diri dari maya ini. Semoga sukses dan bahagia bersama keluarga di bulan mulia ini. Mudahan kembali aktif menulis.
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
Salam Syawal. 😀
Nice